Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Penyesalan

Buku yang dihulurkan adalah buku mata pelajaran bahasa Inggeris. Naik hairan Acha apabila buku itu berada di tangan orang lain....orang yang tidak dikenali.

" Saya dah tulis nota dan latihan yang awak perlu buat....jadi lepasni awak tak payah kena marah dah..." Senyuman diukirkan lalu buku kepunyaan Acha diletakkan ke atas mejanya.

" Arigatou." Sambil membelek buku yang diberi.

Hikaru menoleh kembali pada Acha apabila mendengar ucapan terima kasih darinya. Dia cuma tersenyum gembira kerana dapat membantu.

Acha masih tiada sebarang reaksi daripada apa yang dilakukan untuknya. Tapi dia cuma teruskan mengulang kaji tanpa mengendahkan Hikaru yang berada di situ.

•-----------------------------------•

  "Ahhh dah habis pun.... Penat gila nak tunggu sampai waktu balik..."

  "Wei jom la kita pegi lepak dekat padang baseball tu!! "

  " Teman la aku pergi library.... "

Pelbagai karenah orang bila dah habis  waktu persekolahan. Suasana yang riuh itu membuatkan Acha berasa kurang senang. Mungkin kerana dirinya itu tak suka dengan keadaan yang bising.

Sebaik suasana di dalam sekolah itu sedikit lekang, Acha pun terus keluar menuju ke asramanya. Rasa penat dan rindu akan keluarga menyelubungi diri. Dalam bergembira untuk balik dan tidur , tetiba ada seseorang yang memanggil namanya.

  " ACHAAA, ACHAAAAA!!     TUNGGUUU--"

Acha menoleh ke arah suara garau itu. Dia ternampak seseorang yang berlari ke arahnya dengan teruja sekali.

    "A-awak nak p-pegi mana?" Tanya Hikaru yang sangat kepenatan akibat berlari. Risau sungguh kalau dia terlepas Acha yang berjalan dengan laju tu.

Acha memandang Hikaru dari atas sampai ke bawah. Melihat dia yang tercungap-cungap itu, dihulurkan sebuah botol air mineral yang baru dibeli. Dah alang-alang ada bagi je la.

   "Terima kasih." Terus diambil air itu lalu diteguknya dengan lahap sekali. Selesai minum, dia terus mengukirkan senyuman kepada Acha.

    "Aku dah tolong kau, and kau pun dah tolong aku. Jadi kita dah tak ada hutang apa-apa. " Jelas Acha disebalik kebaikannya. Ingat aku nak tolong saja je ke.

    "Eh tapi saya datang-"
   
    "Aku."

    "Hah?" Tanya Hikaru dengan wajah berkerut.

    " Tak payah nak formal-formal sangat dengan aku." Kata Acha yang cuma melihat ke arah tangannya sendiri.

     " Ouhhh....ok ah kalau gitu. Aku datang sini sebab nak ajak kau pegi padang baseball. Jommm?"

Acha melihat Hikaru seolah-olah tidak percaya. Dia nak ajak aku pegi baseball? Muka aku ni nampak macam atlet ke mat?

      "Pegi sana tu main ke tengok je?"

      "Tengok je...tapi aku tengok kau dari tadi study. Kalau benda macam ni mesti kau rasa buang masa kan?" Tanya Hikaru dengan wajah yang kecewa. Aku sepatutnya fikir dulu sebelum ajak....aduhh.

       "Aku call parents aku dulu." Kata Acha dalam nada yang mendatar. Meremang bulu roma mendengar suaranya.

•----------------------------------------•

   "Lari cepat Tadashi!!! Satu kotak   lagiii!!"

Suasana yang kecoh di sana membuatkan Acha berasa janggal. Dia merasakan tersisih kerana ada saja pelajar dari kelasnya di situ tetapi semuanya melihat dia seperti tak pernah berjumpa.

Segala expectations yang diberikan kepada ibu bapanya tadi habis berterbangan hancur. Sekarang reality nya tersangatlah sakit. Aku hadap je la...

"Nanti orang buat apa-apa kat Acha macam mana?"

" Tak pe ma....kalau diorang buat apa-apa kat Acha, Acha lawan la balik... Lagipun yang ada kat sana mostly kawan Acha. Mama abah izinkan ke tak ni? Kalau tak, it's ok."

" Pegilaa....jaga diri elok-elok. Jangan ikut stranger mana-mana pulak."

" Ok ma,bah....love u!!"

  "Huhuhu ....habis terasa macam buang masa bila terpacak kat sini tanpa buat apa-apa. Beria je minta permission tadi." Omel Acha pada dirinya sendiri.

Hikaru yang melihat Acha seperti tidak suka dengan apa yang dia hadap sekarang ni cuba untuk mendekatinya. Hikaru mengajak Acha untuk duduk di bangku panjang sebelahnya yang masih kosong. Dia sengaja letakkan segala barangan di bangkunya sendiri untuk mengelakkan Acha duduk di sebelahnya.

Tetapi sebelum dia sempat melakukan sedemikian, sudah ada seorang manusia yang memanggilnya tak kena pada masa.

    "Woiiii!!!! Jom ah main sekali Hikaru... Daripada duduk je dekat situ." Kelihatan Tadashi terkinja-kinja memanggil namanya sambil menghayunkan tangannya ke kiri dan kanan.

Tadashi terus mendekati mereka berdua sambil mengambil air dari dalam begnya.

    "Kau main je la dengan diorang... Aku ni tak pandai la kalau bab baseball niii..."

    "Jom je laaa...."

    "Ehhh tak pe laa..."

     "Korang memang nak terus macam ni ke? Kau pun Tadashi dah dia tak nak, tak payah la paksa. Jom sambung main." Suara itu membuatkan Tadashi terus berhenti memujuk Hikaru dan memaling ke arah lelaki tadi.

Semua mata tertumpu pada Hikaru. Acha cuma melihat perangai sesekor di sana. Mereka melihat Hikaru dengan penuh rasa meluat dan tidak suka. Bukan setakat dari segi pandangan tapi juga dari mulut-mulut puaka mereka.

Tetapi yang membuatkan Acha hairan adalah riak wajah Hikaru yang tidak berubah. Dia masih sama. Tiada reaksi malu mahupun marah. Mamat ni betul ke tak? Dia terencat ke?

Tadashi yang mula bengang dengan ayat yang dikeluarkan tadi terus bersuara.

    "Lantak aku la--" Belum sempat dia menghabiskan ayat, ada suara yang lagi marah tiba di situ.

     "Hikaru, aku dah cakap berapa kali hah? Yang aku tak suka kau bercakap, berkawan or berkenalan pun dengan orang asing. KAU PAHAM KE TAKK!?!"

Setiba sahaja manusia itu, semua mata dan mulut yang jahat tadi terhadap Hikaru Osamu terus beralih ke tempat lain. Lelaki yang lantang bersuara tadi pun terdiam. Yang lagi lawaknya adalah dia terus menjadi pucat lesi.

  " Eh aku datang sini bukan selalu pun Haru. Plus...aku bawak kawan baru, dari..... Malaysia!!" Ujar Hikaru kepada adiknya,Haru Osamu sambil menunjukkan ke arah Acha dengan gaya seolah-olah mengumumkan seorang pemenang.

Haru memandang Acha sinis. Tanpa berkata apa-apa dia terus mengambil beg kepunyaan abangnya dan berlalu pergi dari situ. Hikaru yang melihat kelakuan adiknya itu terus bangun dan meminta maaf kepada Tadashi.

     "Aku minta maaf Tadashi--"

     "CEPAT BOLEH TAK?!"

      "Hah...ok ok."

Mereka berdua meninggalkan padang itu, Tadashi serta Acha di situ. Riak wajah Tadashi yang seperti melakukan kesalahan itu disedari Acha. Terasa hairan bila Tadashi tidak bersuara sewaktu mamat yang iras Hikaru tadi tiba sedangkan dia tidak melakukan apa-apa yang menyakitkan Hikaru macam si tak guna tu.

Dalam Acha sibuk memikirkan perihal tadi, Tadashi sudah bergegas pulang. Tidak mahu melepaskan Tadashi pergi, Acha terus mengejar .

     "Weiii!!! Tadashiiii!!! Berhenti laa!!! "

Tadashi menoleh ke arah Acha. Dia terus memberhentikan langkahnya dan menunggu Acha Adzreen dengan senyuman yang tak berapa manis.

     "Kau ok tak?" Tanya Acha pendek.

Tadashi cuma mengangguk. Dirinya yang merasakan ada yang tak kena dengan hubungan mereka terus lagi bertanya.

      "Tadi tu siapa?" Kini Tadashi terus mengangkat muka bila mendengar soalan itu.

       "Dia adik Hikaru, Haru nama dia. Dia tak suka orang yang marah abang dia.....or dia sebenarnya tak suka aku..." Jelas Tadashi dengan nada yang ala-ala sembunyikan rasa sedihnya.

Belum sempat Acha berkata, Tadashi terus memegang bahunya dan memusingkan Acha ke belakang.

      " Baik kau balik sekarang. Nanti dah gelap, bahaya pulak kat kau. Ke nak aku hantar ??" Sempat pulak dia menyakat.

       " Ehh, tak pe....tak perlu. Aku boleh balik sendiri. Byeee. Jumpa esok." Kata Acha sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda selamat tinggal.

Tadashi cuma melambaikan tangannya. Senyum yang dipamerkan seperti menyimpan seribu rahsia dan sakit. Tapi....masih lagi tak diketahui.

•-------------------------------•

   "Haihhh....bila la kita boleh berbaik macam dulu hahh??" Keluh Tadashi sambil merebahkan badannya ke atas katil.

Perasaannya yang sudah 9 tahun berlalu kini kembali menghantui dirinya. Walaupun kejadian berlaku sewaktu mereka masih lagi kecil, tetapi hingga kini tetap tak boleh untuk lupakan apa yang telah terjadi terhadap persahabatan mereka.

    "Kalau la dulu aku tak salahkan diorang mesti semua ni tak jadi. AHHHHH!!!" Mukanya ditekup pada bantal untuk mengelakkan suaranya kedengaran.

   

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro