Pelik
Kringgg!
Bunyi tapak kasut berentak laju seperti berlari. Kepala Hikaru ditoleh ke arah bunyi tersebut. Senyuman diukir lebar hingga menampakkan lesung pipitnya apabila melihat sosok tubuh yang sangat dikenalinya itu.
"Kau ok?" Diri cuba untuk menahan ketawa.
Keadaan Acha yang tercungap-cungap cuba mencari oksigen kelihatan tersangatlah comel.
"Ini hah, buku kau. Aku pinjam waktu kelas tadi, ingat?" Acha menghulurkan sebuah komik Manga.
Hikaru cuma membentukkan mulutnya seperti huruf O dan mengangguk kepalanya.
"Kau tak payah lah, susah-susah berlari semata-mata untuk hantar Manga ni. Ok?" Senyuman sekali lagi terukir.
Acha cuma tersenyum malu. Betul juga, esok-esok pun boleh pulangkan. Haih, apa lah yang dipikirkan dek akal tadi. Tanpa menambahkan lagi kejanggalan yang ada, Manga milik Hikaru cepat-cepat dihulurkannya.
Manga diambil lalu tangan kanannya dilambai ke arah Acha yang sudah bergerak untuk pulang ke asrama. Mungkin kerana malu, iya lah macam mana tak kelihatannya jikalau muka Acha mulai kemerahan.
Hikaru berjalan pulang dalam keadaan yang perasaannya kini sukar untuk dijelaskan. Terasa seperti dirinya ini sedang teringat-ingatkan si budak muka merah itu, Acha Adzreen.
"Haih, Hikaru. Kau ni kenapa hah? Hahaha. Haishh!" Tangannya menampar-nampar udara yang tak kelihatan.
Mukanya pula tersenyum memanjang. Terasa seperti tidak percaya akan mitos itu benar-benar terjadi pada dirinya.
"Kau tahu ada mitos yang cakap, bila umur sudah mencecah 16 tahun maka pada tahun itu kemungkinan besar yang kau akan bertemu dengan cinta sejati!" Tangannya bukan main bersemangat lagi diletakkan ke dada.
"Kau ni yakin je. Kau tu masih lagi tiada yang nak pun, dah nak masuk 17 dah." Selamba badak sahaja kawannya memotong.
Hikaru yang terdengar perbualan tadi, terhambur sedikit ketawanya.
Mungkin terasa seperti mustahil tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, kan?
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Daun pintu dibukanya. Agak terkejut juga apabila melihat bayang Haru sedang duduk di atas sofa. Jarang dia ada di rumah pada waktu begini, bukan kerana ke sekolah tapi selalunya dia akan keluar ke tempat lain. Keluarganya juga kadang buntu sudah untuk memikirkan.
Senyuman yang manis terukir di bibir.
"Kau tak keluar hari ni?" Tanya Hikaru seiya punggung dilabuhkan.
Haru mengangguk tanpa berpandangan. Matanya cuma tertumpu pada kaca televisyen.
"Ouh..." Hikaru masih lagi cuba untuk teruskan perbualan.
Dia merasakan ini seolah-olah seperti kali pertama berbual dengan adiknya sendiri. Sebelum ini, Haru sentiasa sibukkan diri dengan keluar mencari kerja sambilan. Apabila balik ke rumah, mereka berdua seperti orang asing di bawah bumbung yang sama. Langsung tidak bertegur sapa. Kalau diajak berbual pun, Haru akan mengendahkan Hikaru.
Tiada siapa yang dapat mengubah sifat degil dan dingin Haru Osamu.
"Kau kenapa yang tertunduk macam ni?" Suara Haru kedengaran dingin.
Hikaru mengangkat kepalanya.
"Kau benci aku lagi ke?"
Haru menoleh. Wajahnya yang putih pucat itu dipasang riak hairan.
"Apa yang kau cakap ni, bebal?"
"Iyelah...aku bukan macam kau. Kuat. Berfikiran logik kalau bercakap." Belum sempat Hikaru habiskan ayatnya, Haru terus bangun.
"Kalau tak ada benda yang nak cakap, baik diam." Haru terus keluar.
Hikaru cuma melihat rancangan di televisyen dengan tatapan kosong. Dia berasa sedikit gembira apabila adiknya sendiri sudah mula bercakap dengannya seperti dulu. Mungkin kedengaran kasar ayatnya, tetapi itulah sifat Haru sejak kecil lagi.
Hikaru juga terus memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas, iaitu biliknya. Daun pintu dibuka.
Badannya direbahkan di atas katil. Mata memandang kosong ke siling. Entah apa yang kepalanya sedang sibuk fikirkan. Setelah lama termenung, Hikaru terus bangun dan membuang baju seragamnya.
Dia berdiri di depan cermin melihat bentuk tubuh badannya. Nak kata kekurangan, tidak sedikit pun kelihatan perkataan 'kurang' pada dirinya. Mempunyai biceps yang berotot, badannya pula dihiasi dengan six packs yang elok tersusun di perutnya, jadi memang tak tahu di mana cacatnya.
Kemudian Hikaru pusing ke belakang. Perasaan bangga tadi terus hilang. Dia hampir lupa akan parut yang panjang lagi besar di belakang badannya. Itulah satu-satunya kecacatan yang membuatkan dia membenci diri sendiri. Kerana dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya parut besar ini.
Dalam dirinya sedang sibuk memikirkan perihal itu, tiba-tiba loceng berbunyi. Hikaru bergegas turun ke tingkat bawah untuk membuka pintu.
"AHHHHH!"
"AHHHHH!"
Tadashi menjerit sehingga ternampak anak tekaknya begitu juga dengan Hikaru.
"Kau pergi la naik ambil baju dulu." Acha sudah mengalihkan pandangannya.
"Hmm. Korang masuk la, duduk." Hikaru terus berlari.
Mata ketiga-tiga mereka itu saling bertatapan. Muka Acha pula kini sudah mula kemerahan akibat malu melihat Hikaru. Tak pernah lagi dia melihat badan lelaki lain selain dari ayahnya.
"Kau nak goda aku ke tadi?" Tadashi terus bersuara.
Tangannya diletakkan di dada sambil mempamerkan riak wajah seperti konon hampa.
Tercengang Acha yang mendengarnya. Hikaru cuma ketawa mendengar.
"Mana ada. Aku..." Matanya beralih kepada Acha yang masih tak memandangnya.
"Aku lupa tadi, hehe. Minta maaf ye Acha." Hikaru tersengih seperti kerang busuk. Agak malu bila berkelakuan seperti itu tadi.
"Apa?! Sepatutnya kau patut minta maaf dekat aku. Dada kau yang besar tu betul-betul di depan mata aku." Tadashi terus bangun dengan membuntang luaskan biji matanya.
Acha terus mengetuk kepala Tadashi.
"Adeh!" Tadashi menggosok-gosok kepalanya.
"Lagi sekali kau cakap benda merepek, aku hempuk kau." Kedua-dua mereka terhambur ketawa.
Setelah hampir sejam di rumah Hikaru, mereka berdua terus pamitkan diri mereka untuk pulang. Terasa gembira bila mempunyai kawan-kawan untuk menghabiskan masa bersama. Berkongsi cerita, bergelak ketawa...sangat menggembirakan.
Hikaru yang baru sahaja ingin merehatkan punggung di atas sofa itu terus bangun kembali. Pintu dibuka dan menampakkan bayang seseorang yang sedang melangkah masuk. Langkahnya perlahan-lahan memasuki ke dalam rumah.
"Kenapa kau masuk macam pencuri?" Hikaru terus beralih kepada bayang itu dengan tangannya di kepala sofa seperti budak kecil.
Bahu sosok tubuh itu terhinjut.
"Bila masa kau ada kat situ?" Riaknya agak bengang.
"Ouh, lama dah." Hikaru kembali duduk dengan menonton rancangan kartun di televisyen.
Elok kaki ingin membuat langkah seterusnya, ada suara yang memberhentikan lagi dirinya.
"Kau bawa apa tu?" Mata Haru beralih kepada bungkusan di tangannya sendiri.
"Sibuk. Ini kek keju aku. Aku bawa senyap-senyap sebab takut nanti mama tahu. Dia kan vegetarian." Haru turut duduk di sebelah abangnya.
Terkejut Hikaru dibuatnya.
"Tak pernah-pernah kau duduk sebelah aku, kenapa hari ni kau lain? Macam baik." Hikaru melihat tepat ke dalam mata Haru.
Haru melihatnya dengan riak dingin. Dengan pandangan begitu siapa sahaja yang tidak merasa takut. Cepat-cepat Hikaru pandang ke televisyen mereka.
"Kau nak?" Haru membuka bungkusan kek keju itu.
Hikaru cuma menggeleng dengan senyuman di bibir. Jujur dia akui yang sifat Haru sangatlah pelik hari ini, tapi kalau itu adalah perubahan untuk dirinya, Hikaru akan terus menyokong supaya tiada lagi Haru yang dingin.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam. Mata masing-masing kian melayu, menunggu masa sahaja untuk ditutup.
Selesai mandi, Hikaru melakukan rutin penjagaan mukanya sebelum tidur. Kalau tak dilakukan, nanti tak ada Hikaru yang kacak lagi menawan.
Haru memasuki bilik apabila drama kegemarannya sudah tamat. Melihat abang sendiri yang tak habis-habis menempek krim-krim di muka, membuatkan dirinya terhambur ketawa.
Tapi reaksi dari Hikaru lagi melucukan daripada perkara yang Haru gelakkan. Terlopong luas mulut kecil Hikaru apabila mendengar adiknya yang seumpama tiada perasaan itu sedang ketawa.
"Kau dah kenapa ternganga macam tu?"
"Kau gelak ke tadi?" Soalan dibalas soalan.
"Aku gelak pun salah?" Haru terus kembali dingin.
"Tak la. Kau demam ke?" Hikaru meletakkan telapak tangannya di dahi Haru yang bersih itu.
"Tak. Hari ni kawan-kawan kau tak datang?" Haru terus straight to the point dengan abangnya.
"Kau betul-betul pelik." Hikaru terus melipatkan tangan.
"Ada...tapi kitorang cuma borak saja. Tak ada yang istimewa pun." Senyuman kecil terukir tanpa disedari.
Haru menggeleng kepala. Kalau tiada yang istimewa, kenapa tersengih pula ni?
"Hah, iye lah. Aku nak tidur ni...tutup lampu kau sebelum tidur." Kata Haru seiya selimut ditarik.
"Siapa yang buat kau berubah ni, dik?" Kata Hikaru dengan masker di wajah.
"Orang yang baik." Senada dibalas.
Orang baik?
Hikaru mengangkat bahunya tanda dia malas mahu berfikir. Telefonnya diambil sebelum kepala diletakkan di bantal yang empuk itu.
"Korang."
"Kenapa?"
-kawaii acha-chan
"Kau terkentut ke ʕಠ_ಠʔ"
-tomo-dashi
"BUKANLAH!"
"Habis tu?"
-tomo-dashi
"Haru dia bercakap
baik-baik dengan aku."
"Lepastu apa masalahnya?"
-kawaii acha-chan
tomo-dashi is typing...
"Dia tak pernah berbaik
dengan aku. Sejak dari
Tadashi ada lagi!"
"Ouh...bagus lah kalau dia bercakap balik dengan kau."
"(。•̀ᴗ-)✧"
-kawaii acha-chan
tomo-dashi is typing...
"Kau typing apa yang lama sangat ni Tadashi?"
"=_="
"Entah dia ni."
"Hikaru..."
-kawaii acha-chan
"Iye..."
"Aku tidur dulu. Baik-baik la ye
dengan adik kau."
-kawaii acha-chan
"Ouh...ok"
"Aku ingatkan benda apa tadi."
"Oyasumi (selamat malam)."
seen by kawaii acha-chan, tomo-dashi
tomo-dashi is typing...
••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Kepala diletakkan di atas meja. Mata memandang ke luar tingkap yang dihiasi dengan panorama pagi. Di dalam hati sedang menunggu orang-orang yang akan menyinari hidupnya.
Jarang mereka datang lewat, tapi kenapa hari ni?
.
.
.
"Kenapa pula dengan budak ni? Hari ni suruh aku tunggu dia kat rumah pula. Kang nanti dia keluar--"
Belum sempat ayatnya diteruskan, si 'dia' yang disebut Tadashi terus muncul di depan muka pintu. Panjang umur.
"Kau tunggu dia ke?" Haru bertanyakan tujuan Tadashi ke sini.
Dia menyarungkan kasut ke kaki tanpa berpandangan sedikit pun dengan Tadashi yang tercegat kaku di pintu pagar.
Soalan tadi cuma dibalas dengan anggukan. Entah lah bagaimana dia nak menjelaskan perasaannya sekarang. Adakah takut atau janggal kerana sudah berapa lama mereka tidak bertegur.
"Dia ada kat dalam, kau pergi la masuk. Bagitau dia loceng sekolah tak tunggu kaki dia langkah baru nak bunyi. Lambat." Haru bangun seiya tali kasutnya sudah kemas diikat.
Mata Haru memandang Tadashi yang masih menunduk. Tanpa berkata apa-apa, dia mengikat rambutnya dengan getah yang ditangan dan terus berjalan pergi.
"Ehh! Kau dah lama ke kat sini?" Kelihatan Hikaru sedang kelam-kabut menyarungkan kasutnya dengan roti yang dimulut. Mungkin tak sempat nak makan kot.
"Kau buat apa hah lama sangat?! Kan aku dah jumpa dengan Haru." Tadashi berjalan laju lepas Hikaru selesai.
Hikaru tersenyum. Bukankah bagus kalau mereka mula bercakap seperti dulu?
"Dia cakap apa?" Hikaru memandang Tadashi yang laju berjalan. "Dia...dia kata..." Ayat Tadashi menjadi seperti tergantung.
"Dia kata apa?" Hikaru mula risau.
"DIA KATA LOCENG SEKOLAH BUKANNYA TUNGGU KAU LANGKAH MASUK BARU NAK BUNYI! KAU MEMANG NAK JALAN LAMBAT-LAMBAT KE HAH?!" Marah betul Tadashi.
Hikaru berlari dan memaut bahu kawannya itu. Garang ye Tadashi ni bila marah.
Elok kaki melangkah...
Kringgg!!
Masing-masing terus berlari sebelum cikgu disiplin sedar tentang kehadiran mereka.
.
.
.
Aku akan update POF just after aku siap tulis tiga chapter yang coming soon punya...itulah penyebab aku slow update...even aku tau yang tak banyak yang membaca story ini but kalau ada salah silap tu, tegur la. Itu je. Enjoy!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro