Orang Asing
Tadashi berjalan dengan tak bermaya. Setiap perjalanannya itu, diperhati oleh semua pelajar yang berada di sekitarnya. Diri Tadashi kini seumpama ada suatu bayang hitam yang menampakkan dirinya seperti orang kemurungan.
Tadashi terus melabuhkan punggung di kerusinya lalu meletakkan kepala di atas meja. Seperti biasa posisi yang selesa diambil. Tangan kiri berlipat atas tangan kanan lalu kepala diletak beralas tangannya untuk menggantikan bantal.
Setelah posisi telah ditetapkan, mata pun mulai lali. Tapi belum sempat dia mahu menutup mata ada suara yang memanggil namanya.
"Tadashi...Tadashi....." Bisikan itu betul-betul dekat dengan telinganya.
"Kau nak apa?" Tanya Tadashi dengan nada tidak berpuas hati. Iyela...aku baru nak tidur ada ke pulak boleh kacau.
"Ada budak baru ke dalam kelas kau?? Aku dengar dia overseas. Orang mana??" Tanya gadis yang berambut hitam paras bahu itu.
"Nino.....yang kau nak sibuk-sibuk ni asal??? Lantak la budak baru ke lama ke, bukan masalah ko pun." Kata Tadashi dengan menjulingkan biji matanya sehingga tak dapat lagi dikesan.
" Kalau kau nak pass kat kawan kau....baik tak payah. Dia Islam....tak de senget-senget macam dia tu..." Sindir Tadashi bersahaja.
" Korang kutuk aku eh??" Tiba-tiba Ada suara yang serak-serak basah mencelah perbualan mereka.
Ketibaan gadis itu nampaknya tidak disukai pelajar-pelajar yang berada di situ. Masing-masing membuat muka meluat.
" Mana ada....aku tanya pasal budak baru tu...dia Islam...and dia tu perempuan." Kata Nino menjelaskan perihal budak baru itu.
" Wahhhh....boleh la kita berkenalan kan Nino...." Ujar gadis itu dengan terujanya.
" Apa yang kau excited sangat dengan same gender niii....daripada kau minat perempuan...lebih baik minat aku. Aku ni laki tulen tauu..." Walaupun matanya kuyu, tapi masih lagi menyempat untuk try si Kim Mirae.
Ya la....siapa sahaja yang tak sukakan Kim Mirae yang mempunyai rupa paras yang cantik lagi rupawan itu. Dia yang mempunyai bulu mata yang sangatlah lentik di samping cat eyes- nya. Tambahan hidungnya yang kecil serta mulut heart-shape menyerlahkan lagi kecantikannya.
Tetapi malangnya, dia minat sejenis. Hampir kesemua orang di sekolahnya menjauhi kerana itu. Cuma sahabat baiknya sahaja yang setia bersamanya iaitu Nino. Gadis yang membawa aura lain darinya itu sahaja kawan yang dia ada.
Nino yang nampak agak dark itu sebenarnya adalah seorang yang sangat manja. Tentang rupa, dia berkulit agak pucat. Dan dah tak de sangat nak describe dia...sebab dia memang elok and dark.
Nino dan Mirae sudah berkawan dengan Hikaru dan Tadashi sejak tadika lagi. Tapi selepas apa yang terjadi mereka menjadi renggang.
Sibuk mereka berbual tanpa diendahkan oleh Tadashi, Acha sudahpun tiba di sekolah pada pukul 7 tepat. Dia cuma merasakan hairan kerana ada seseorang yang berada di tempat duduknya.
"Sorry la ganggu...ni tempat aku." Kata Acha dengan senyuman yang nampak sangat tak ikhlas.
Nino terus bangun dan mengutumkan senyum yang kelat. Tetiba sahaja Mirae terloncat teruja dan terus memegang tangan Acha Adzreen. Tindakan Mirae itu mendapatkan pandangan yang jijik dari semua orang.
"Ouhhh...jadii kau la budak baru tuu!! Hi!!! Nama aku Kim Mirae. Aku dari kelas 4-a. Depannnn tu jeee...." Acha cuma membalas dengan senyuman janggal dan menyambut jabatan tangan Mirae.
"Dah mula la dia tu...dulu laki sekarang perempuan. Yang dah sah-sah nampak dia tu Islam pun nak lagi."
"Kalau sekali dua tak pe tau...ni dah berkali-kali. Naik nyampah aku."
"Apa yang dia nak sangat hah dekat perempuan niii??? Laki macam kita ni tak cukup ke?? Tak paham aku kaum tak straight ni..."
Pelbagai cemuhan yang didengar tapi masih sama....wajah Mirae pun tidak berubah. Ceria, excited, happy terlebih pun ada. Yang nampak seperti di cemuh pula adalah Nino. Mungkin ini yang dikatakan kawan yang sebenar. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.
Selepas kehadiran Acha di situ, ada kehadiran yang kedua pula iaitu Hikaru yang memasuki kelasnya seperti biasa. Dia yang bersifat tenang dan pendiam itu tak terkesan pun dengan apa yang berlaku. Tapi apabila tempatnya juga diduduki seseorang, Hikaru pun bersuara.
"Ni tempat aku. Boleh tolong beralih??" Tanyanya dengan lemah lembut sekali.
Mirae menoleh ke arah Hikaru sambil melihat dari hujung rambut Hikaru hinggalah ke kasut sekolahnya. Muka tak berpuas hati atau meluat dipamerkan Mirae.
"Sibuk je mamat ni...aduhhh." Kata Mirae dengan nada menyakitkan hati.
"Byeee budak baruu...nanti kita jumpak lagii auuu...." Sambung Mirae tapi kini nadanya sangat berbeza. Pelik sungguh kau Mirae.
Dia sempat melibaskan rambutnya yang lurus itu di depan muka Hikaru sebelum pergi. Hikaru cuma menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Naik hairan Acha jadinya. Adakah Hikaru mempunyai hati terhadap Mirae bengkok tadi tu?
Acha yang melihat Hikaru dengan wajah peliknya itu terus ditatap Hikaru. Lalu dia memberikan senyuman yang sangat manis kepada Acha. Tak sanggup untuk bertantangan mata bila rupawan begitu tersenyum pada insan biasa ini.
Acha tidak memalingkan muka sehinggalah habis sesi persekolahan.
•-----------------------------------•
Kringggg!!
Loceng berbunyi menandakan tamatlah 'penderitaan' semua murid-murid di sekolah mereka.
Berpusu-pusu mereka keluar bagaikan anak ayam terlepas. Dalam keadaan yang riuh begitu, Tadashi masih lagi tenang dibuai mimpi. Sepanjang sesi persekolahan hari ini, dia cuma menghabiskan masanya dengan tidur. Satu mata pelajaran pun tidak dia kisahkan.
"Tadashi!! BANGUN!!!"
"TADASHIIIII !!!"
" Apa nak jadi dengan kamu ni, Tadashi....."
Segalanya diendahkan. Dirinya kini merasakan seperti ada sesuatu yang tidak gembira. Perasaan itu membuatkan dirinya bertambah malas untuk bergerak dan terus menerus dengan tidur.
Matanya yang berwarna perang itu dibuka sedikit. Melihat ke arah tingkap yang menampakkan langit senja yang sungguh indah. Diiringi awan jingga serta burung-burung yang berterbangan menambahkan lagi ketenangan padanya.
•--------------------------------------•
"Aduhhh mana pulak aku punya buku niiii....kena pergi kelas balik." Kata Erika Lee dengan mendengus. Dah boleh balik rumah, tiba-tiba buku tertinggal. Memang rasa nak baling semua benda waktu tu.
Erika berlari secepat mungkin untuk ke kelasnya. Sebaik sahaja dia membuka pintu kelas, Tadashi sudahpun tercegat di depannya. Dalam keadaan yang tergopoh-gapah, dia terjatuh ke dada Tadashi.
Manakala Hikaru dan Acha juga turut menuju ke kelas mereka untuk mengambil buku yang tertinggal. Waktu-waktu sebegini memang terdapat banyak perkara yang akan 'tertinggal'.
" Tunggu kejap. Aku nak gi--" Hikaru yang tetiba terdiam itu disedari oleh Acha. Lalu dia pun menjengukkan kepalanya untuk lihat apa yang terjadi.
Terbuntang luas biji mata mereka berdua. Erika yang masih di atas Tadashi dan Hikaru dengan Acha di depan pintu itu betul-betul memberikan suasana 'krik krik'.
"Sorry la ganggu...tak pe kitaorang cau lu...." Celah Acha sambil mencuit-cuit si Hikaru untuk pergi.
Hikaru yang tak habis dengan terkejut tambahan mulutnya yang terlopong itu masih lagi membatu.
"Ehh!! Korang salah paham nii....aku sebenarnya terjatuh atas dia sebab kalut nak amik buku." Jelas Erika cemas.
" Betul tu...mulut kau tu Hikaru, tutup sikit. Luas sangat tuu.." Sambung Tadashi pula sambil menggabus bajunya yang ada habuk lantai.
Hikaru dan Acha berpandangan lalu mengangguk kepala mereka. Erika dan Tadashi pula berlalu pergi dari situ. Tetapi langkah Erika tersangatlah laju. Jauh beza dengan Tadashi yang longlai tu.
•--------------------------------------•
"Tadashi tu ok ke tak eh?" Tanya Acha pada Hikaru dalam perjalanan pulang.
Mereka menuju ke rumah Hikaru kerana dijemput untuk makan malam bersama. Jadi disebabkan dijemput, Acha pun ikutkan sahaja.
"Entah. Dia jarang macam tu. Tapi tak pe...nanti dia ok la tuu..." Ujar Hikaru sambil menguntumkan senyuman.
Aduh...mamat ni memang murah dengan senyuman. Kalau selalu macam ni memang boleh tergugat iman. Acha terus mengangguk tanpa berkata apa-apa.
"Mama, papa, saya dah pulanggg!!.." Hikaru masuk ke rumahnya dengan perasaan yang gembira sekali.
Rindu sewaktu dengan keluarga dulu. Kalau aku balik, aku lah yang menjadi orang paling bising dalam rumah. Sekarang ni aku bising pun buat apa...tak boleh nak gaduh dengan sesapa.
"Wahhh....anak mama dah-- Eh...ada kawan baru. Konnichiwa." Sambut ibu Hikaru dengan sopan. Ibunya terlihat seperti seorang yang sangat tenang dan baik.
"Hah?! Kawan baru?? Wah,wah....bagus la kamu ni---- dia Islam ke?" Nada gembira menyambut tetamu tiba-tiba berubah menjadi berbisik dengan anaknya. Ayah Hikaru terlihat seperti seorang yang suka berjenaka.
Wajahnya saat berbisik dengan Hikaru juga sudah lawak, apatah lagi bila bersuara.
"Iyer... Dia Islam...dari Malaysia. Kitaorang sekelas ma,pa." Jelas Hikaru dengan senyuman kepada mama papanya. Ni kalau Islam, memang syurga tempat kau.
" Ouhh...kalau gitu mari laa kita makan malam sekali." Ajak ibu Hikaru dengan tenang.
Acha terus menjadi cuak. Aku ni Islam...so aku tak boleh nak makan malam dengan diorang. Kenapa laa aku tetap nak datang jugak. Acha terus bersuara tentang dirinya.
"Minta maaf makcik, pakcik, Hikaru....saya tak boleh join kot. Saya Islam,tak boleh makan makanan yang bercampur khinzir. Or makanan yang dimasak dengan periuk ke kuali ke yang dah masak khinzir. Saya minta maaf ye..." Terangguk-angguk kepalanya meminta maaf kepada mereka.
" Pfttt---HAHAHAHAHAHA! Kitaorang memang tak makan khinzir. Makcik kamu ni hah, dia vegetarian. Sebab dia sorang habis sampai ke anak-anak tak makan daging. " Belum sempat ayah Hikaru menghabiskan ayat,bahunya terus ditampar lembut ibu Hikaru. Dia mengusap sedikit kesan tamparan itu.
"Hahaha....hah, hah lagi satu nii...kan tak de anjing kat luar, itu pun sebab makcik kamu....HAHAHAHAHA *pang pang* " sambungnya lagi, tapi yang ini dengan bertepuk meja lagi.
Berani sungguh kau pakcik Osamu....nampak gaya kau tidur luar malam ni.
" Ouhhh....kenapa makcik tak nak bela anjing?" Tanya Acha kebingungan. Hikaru cuma tersenyum bila melihat telatah keluarganya dengan Acha yang blur.
"Makcik tak simpan anjing kat rumah sebab kesiankan dia. Kalau kita nak bebas, apatah lagi diorang... kan abang??" Terus tanyakan pada si suami.
Pakcik Osamu cuma mengelap air mata akibat terlalu banyak ketawa. Mereka suami isteri sungguh bahagia...sweet je macam Encik Adzli dan Puan Ezzah.
Makcik Osamu hanya melayankan suaminya itu. Hikaru masih lagi tersenyum. Adakah Hikaru sememangnya begini? Senyum saja yang dia tau.
"Jemput la makan...tak de sebarang alkohol atau makanan yang haram untuk Islam kecuali sayur sahaja." Jemput makcik Osamu dengan lembut sekali.
"Saya dah pulang."
"Oi,oiiii....anak ayah yang dingin tuuuu....mari la makan sekali..." Pelawa pakcik Osamu.
" Kenyang." Jawab budak lelaki itu dingin.
Acha cuba memanjangkan lehernya untuk melihat siapakah gerangan budak dingin tu.
"Abang bawak kawan dia balik...jadi datang la tunjuk tanda hormat..." Tegur makcik Osamu sangatlah lembut...Sama macam mak-mak dalam anime.
Tetapi perkataan 'bawak kawan' tersangat sakit di telinga anak kedua makcik dan pakcik Osamu. Dia terus menunjukkan dirinya dengan muka yang tersangatlah dingin.
Dia kelihatan seperti tinggi abangnya sendiri. Rambutnya yang digayakan wolf-cut serta t-shirt hitam yang besar dari saiz badan,disarungkan dengan seluar denim hitam. Perwatakan yang dia bawa benar-benar berbeza dengan abangnya atau dengan keluarga sendiri.
Dalam tak sedar , budak lelaki itu sedang merenung habis ke dalam sanubari Acha sendiri. Inilah kali pertama Acha merasakan takut untuk ber eye contact dengan stranger. Acha cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Budak lelaki itu hanya menggulingkan matanya kerana dia merasakan orang luar or 'orang asing' tersangatlah menjengkelkan.
"Haru tak menerima, menyambut or mengalu-alukan kedatangan orang asing. Diorang menyusahkan, menyemak dan tak guna. Simple. Takkan benda lepas tak belajar- belajar lagi." Katanya dan terus berlalu.
Sungguh biadap budak tu. Sikit pun dia tak kisah tentang air muka mak ayah dia. Hikaru cuma melihat adiknya hingga tak dapat untuk mencari bayang lagi.
Acha cuma tertunduk. Tak tahu sama ada malu dengan kehadirannya yang tak diundang ataupun malu dengan apa yang terjadi sekarang ni.
Tapi bila diingatkan kembali, dalam situasi begini dirinya perlu menjadi mood booster. Tadi dah dingin sangat, jadi Acha perlu menjadi haba yang hangat dan tenang.
"Sedap betul makcik masak....ummm.... Rindu mama saya."
"Mestilaa sedap...bini pakcik masak tuuu...."
Suasana kembali riuh seperti tadi.
Melihat jam yang menunjukkan pukul 10 malam, membuatkan Acha menjadi takut untuk pulang ke asramanya. Ibu Hikaru terus mempelawa dirinya untuk tidur di situ untuk malam ini.
"Hikaru ada dua adik perempuan...jadi ada la bilik spare untuk diorang. Ahh??"
"Acha."
"Hah...Acha boleh la tumpang bilik tu..." Kata makcik Osamu dengan senyuman yang manis sekali. Sekarang tak hairanlah bagaimana senyuman Hikaru begitu.
"Terima kasih makcik, pakcik sudi tumpangkan saya di sini..." Kata Acha sambil menundukkan dirinya sebagai tanda terima kasih.
" Ouhhh.... sama-sama..."
"Buat la macam rumah sendiri yerr...." Pesanan pakcik Osamu dan terus berlalu.
Elok hendak pejamkan mata, dia kembali lagi...
" Jangan buat macam rumah sendiri sangat tau..."
"Abanggggg....dah dah la tuu..."
"Iyeeee" sambil melambaikan tangan.
Sungguh gembira semua isi rumah ini. Tapi mungkin cuma dia sahaja yang....tahu-tahu laaa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro