Mimpi Ngeri
Tup, tap, tup, tap
Bunyi tapak kaki bergema dalam kesunyian malam ini. Untuk sedapkan hati, Acha merasakan itu adalah Hikaru yang turun untuk minum air... maybe.
Tapak kaki itu semakin hampir bunyinya dengan pintu bilik. Badan terus menggigil ketakutan. Selimut terus diambil untuk berselubung.
Di mulut dan di hati sudah habis qatamkan satu Al-Quran. Segala zikir telah dibacanya. Tiba-tiba tapak kaki itu berhenti di hadapan pintunya. Husnuzon pada masa kini sudah tak berguna lagi.
Sekarang Acha tidak memikirkan ini adalah Hikaru tetapi terus disyakinya si pakcik Osamu. Otaknya lagi bercelaru bila pintu biliknya dibuka. Memang sah ini adalah pakcik Osamu.
Menurut apa yang dia selalu baca, berdasarkan pengalaman student- student perempuan di Jepun, lelaki tua di sini sememangnya miang contohnya seperti si Mishima tu.
Jadi tak mustahil kalau yang masuk bilik aku ni adalah pakcik Osamu. Acha menarik nafasnya sedalam yang mungkin lalu menghembusnya. Dia mengumpul keberaniannya yang setebal kertas tu lalu membuka selimutnya.
"KAU ORANG ASING TAK GUNAA!!!" Wajah Haru betul-betul di depan matanya sambil mengajukan pisau tangan.
"AHHHHHHHHH!!!!"
"Acha....Acha....ok tak tu??"
"Tolong aku....aku tak boleh....nak gerak...." Itu sahaja yang dapat dikeluarkan dari mulut Acha Adzreen kini. Badannya menjadi lemah akibat mimpi tadi.
"Betul-betul menyusahkan." Sepintas lalu sahaja cemuhan yang Haru berikan. Dia terus turun ke bawah dan pergi.
"Ni dia kunci....cepat buka." Pakcik Osamu memberi kunci pada Hikaru.
Kunci diambil lalu mereka melihat Acha yang sudah siap dengan pakaian sekolahnya. Naik hairan semua di situ. Jeritan tadi macam mana?
"Kau ok tak??"
"Kenapa kamu menjerit tadi?? Ada apa-apa yang jadi kat kamu ke?"
Soalan ditanya bertubi-tubi. Acha cuma memberikan senyuman yang lesu. Ibu Hikaru memimpin Acha keluar dari bilik dan turun untuk bersarapan.
Haru sedang sedap makan di situ terus bangun dan mengambil begnya. Acha tidak melihat sedikit pun ke arah Haru. Mungkin kerana mimpi tadi.
•----------------------------------------•
Hikaru masih merenung ke arah Acha. Dirinya yang cuma membisu dari tadi membuatkan Hikaru berasa risau. Apakah yang terjadi dekat Acha? Ada hantu ke kat rumah aku? Kenapa bukak pintu bilik dia macam tak de apa-apa?
" Kau tak nak tanya nama mak ayah aku?" Tanya Hikaru untuk menarik perhatian Acha.
"Hmm...apa dia?" Balasnya pendek.
"Mama aku Fuka, bapak aku Suzuki."
Acha cuma mengangguk. Keadaan sangatlah janggal. Ingatkan makin rapat tapi lain pulak jadinya. Mereka berdua terus berjalan hingga ke perkarangan sekolah.
"OIIIIII!!!!" Kedengaran suara yang sangatlah lantang seperti memanggil seseorang.
Semua yang berada di depan pagar sekolah melilau mencari suara tersebut. Tak terkecuali juga dengan Hikaru. Tapi Hikaru sahaja yang begitu, Acha tidak terkesan pun dengan suara itu.
Dia masih mengelamun seperti orang yang tak sedarkan diri.
"Awalnyaaaa korang datang....ehh tapi asal kau dengan Acha datang sekali. Dah plan ehh?? Asal tak ajak aku???" Tadashi memeluk tubuh sambil memusingkan badannya ke kiri dan kanan tanda merajuk.
Hikaru cuma tersenyum melihat gelagat kebudak-budakan kawannya itu. Dia cuba untuk pujuk Tadashi sama macam pujuk adik sendiri.
Tetapi melihat Acha yang tak endahkan mereka itu berjalan dengan pantasnya meninggalkan mereka berdua, cepat-cepat Hikaru menarik tangan Tadashi agar tak terlepas dari Acha yang sudahpun berada di depan.
•------------------------------------•
"Weh...weh...." Tadashi membisik untuk menarik perhatian Hikaru.
Jarinya menunjuk-nunjuk ke arah Acha. Hikaru hanya melihat ke arah Acha tanpa memberi sebab kepada Tadashi.
Selepas mendapat reaksi sebegitu, Tadashi terus menghembus nafas kerana tidak berpuas hati. Pensel diletakkan di atas muncung bibirnya. Badan disandarkan ke kerusi dan kakinya berposisi bersilang.
Fokusnya hilang. Tidak lagi berada dalam apa yang dibawakan realiti. Matanya tertumpu pada Acha yang suram sahaja. Aura dingin itu membuatkan Tadashi berasa ingin tahu sebabnya.
"Kau tu orang asing."
"Pengkhianat. Penipu. ORANG ASING."
"Orang yang tak kenang budi macam kau tak layak jejak rumah ni. Jijik."
Thump!
Buku kepunyaan Tadashi ditepisnya hingga terjatuh. Buku yang setebal kamus tu sememangnya menghasilkan bunyi seperti cempedak yang terjatuh.
Semua mata melihat ke arah Tadashi yang masih mamai. Mukanya berpeluh dan matanya berair seperti orang menangis.
Hikaru mengangkat bukunya dan letak kembali ke atas meja. Acha menghulurkan tisu kepada Tadashi sambil menunjukkan ke arah mulutnya. Mungkin untuk lap air liur basi kot.
Tadashi cuma mengambil dan terus ke tandas. Dia melihat dirinya dalam cermin. Ditenung dalam-dalam matanya yang merah. Air mata mula membasahi pipinya yang licin itu.
Teriakannya makin lama makin teresak. Saat menangis terasa seperti habis segala 1001 kesedihan dikeluarkan walaupun tanpa kata-kata.
Dia mengetap bibirnya. Tangan dicengkam kuat sehingga menampakkan urat lengan. Tanpa sedar dia terus menumbuk dinding tandas sampai dapat dilihat kesan retakan itu. Penumbuknya sudah berdarah akibat tumbukan itu.
Baru sahaja tangannya diangkat untuk melepaskan tumbukan yang kedua, ada seseorang yang sudah menghalangnya.
Bahunya ditepis walaupun lembut tapi daya yang digunakan sangatlah kuat.
"Apa kau buat ni Tadashi?!" Soal Hikaru dalam nada cemas. Mukanya juga berkerut risau.
Sebaik mendengar suara itu, Tadashi terus memeluk Hikaru dengan erat sekali. Dia meletakkan mukanya di leher Hikaru. Esakannya semakin kuat. Digosok-gosok belakang badannya supaya Tadashi lebih tenang.
"Aku rindu mama aku. Tapi aku benci dia."
Hikaru terus menolak dakapan sebaik sahaja mendengar ayat itu.
" Apa kau cakap ni Tadashi?! Mama kau dah tak de tau tak?! And kau senang je cakap kau benci dia. Kau dah kenapa hahh?!!" Nada Hikaru terus meninggi.
Tadashi cuma menunduk sambil menangis.
" Aku benci dia sebab aku akan nangis setiap kali aku rindu dia. Aku benci dia sebab aku akan nampak macam orang yang lembik setiap kali aku ingat dia. And aku benci dia, sebab dia.... hubungan aku dengan kawan aku renggang."
Matanya yang merah kini bertentangan dengan Hikaru.
Hikaru terdiam mendengar apa yang Tadashi katakan. Dia terus menghampiri kawannya itu.
"Even kau kuat, handsome and tough, but nangis tu tak salah pun. Kau takkan nampak lembik pun kalau nangis. Kau still nampak macam orang yang kuat. Even kau laki, kau pun ada perasaan. Kau tak boleh set mind kau macam ni. Nanti kau boleh stress. Nangis la selagi boleh. But kalau kau cakap yang dia punca kau hilang kawan, kau salah. Kalau kau bagitahu kitaorang awal-awal....benda ni takkan jadi. But believe me, nanti semuanya akan normal balik."
Hikaru memegang bahu Tadashi sambil menguntumkan senyuman. Tadashi cuma mengangguk dan terus membasuh mukanya yang merah itu. Mereka berdua terus menuju ke kelas kembali.
Acha yang menyedari kehadiran mereka terus pergi ke arah Hikaru dan Tadashi.
"Kau ok tak? Tangan kau asal?" Tanya Acha sambil matanya tertumpu pada tangan yang berdarah itu.
Tadashi dan Hikaru perlahan menoleh ke tangannya. Reaksi terkejut beruk mereka berdua tersangatlah kelihatan. Cepat-cepat tangan kiri Tadashi tergapai-gapai.
Hikaru pulak melilau mencari kain untuk sembunyikan kesan luka dan darah tangan Tadashi.
"Ahhhhh!!!! Asal kau tak bagitau aku tadi hahhh???"
"Mana la aku nak sedar pulak pasal tangan kau..."
Benda yang kecil macam semut pun orang akan tahu kalau dah bising serupa nak umum satu sekolah. Kesemua pelajar di dalam kelas terus menoleh ke arah mereka yang tengah kecoh itu.
Acha yang berada di situ cuma tersengih kekok kerana malu dengan perangai dua ekor tu. Tangannya menepis-nepis mereka yang kekalutan. Lalu dihulurnya sehelai kain sapu tangan. Hikaru yang perasan akan sesuatu yang dihulurkan Acha terus mengambilnya.
Mereka terus membalut tangan Tadashi dan kembali tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku. Muka poyo dipamerkan Tadashi manakala Hikaru pula menghembus nafas lega kerana selesai juga kekecohan tadi. Acha cuma menggelengkan kepalanya melihat telatah mereka berdua.
•-----------------------------------•
"Khau ashal ahh pagi tadi?? Monyok jerrr...Akhu ghisauuu tau akk??" Tersembur-sembur sandwich dari mulut Tadashi. Hikaru yang mendengar persoalan Tadashi turut mengangguk kepala tanda setuju dengan soalan berikut.
Acha masih tercengang. Dah la aku tak faham sangat kalau cakap jepun properly, ni dia cakap macam bahasa apa entah...lagi la aku tak faham.
"Kau cakap apa??? Aku tak faham laa..." Tanya Acha sampai tersenget-senget kepalanya.
Hikaru cuma tergelak kecil melihat Acha yang kebingungan. Acha yang sedar tentang hal itu, terus menundukkan wajahnya akibat malu.
"Tadashi tanya kau....asal kau muram je pagi tadii?" Hikaru ulang kembali apa yang ditanyakan Tadashi tadi dengan mengangkat kedua belah keningnya yang terbentuk elok tu.
"Ouhhhh....cakap laa betul-betul. Ni dengan mulut penuh kau cakap,memang la aku tak paham."
Tadashi terus ternganga sedikit mulutnya. Rasa seperti memang lelaki sahajalah yang bersalah.... perempuan semua betul.
"Tak de pape....maybe aku nak datang bulan kot...." Acha mengangkat- angkat bahunya sambil mengunyah sandwich telur.
Hikaru dan Tadashi berpandangan lalu menganggukkan sahaja kepala mereka. Harap-harap betul la apa yang dia cakap tu.
•--------------------------------•
Selesai sesi persekolahan untuk hari ini. Acha terus menuju ke blok asramanya. Hikaru cuma melambai kepada Acha tanpa mengajaknya untuk singgah di rumah dahulu. Bukan apa, tapi dia risau akan apa yang terjadi pagi tadi terhadap Acha.
Acha cuma tersenyum melihat Hikaru yang melambai-lambai kepadanya. Dia membalas sedikit sahaja untuk membuat Hikaru tu berhenti. Tapi lambaian Hikaru makin agresif. Tambahan pula dengan mukanya yang hidung tu sengaja dikerutkan.
Tengah-tengah tersenyum Acha terus sedarkan diri sendiri. Kenapa aku senyum pasal mamat tu? Asal muka macam tu pun melekat dalam kepala ni?
Ditampar-tampar mukanya yang gebu itu. Acha menggeleng kepalanya dengan kuat sekali berulang kali. Walaupun teruk tapi Alhamdulillah, dah sedar balik.
Acha melihat ke jam tangan G-Shock nya itu. Jarum pendek menunjukkan ke nombor 4 dan jarum panjang di nombor 12. Dia terus bergegas ke sesuatu tempat. Tempat yang dituju adalah kedai runcit.
Dia mengambil beberapa keperluan dirinya. Tak lupa juga dengan makanan ringan yang dapat menemaninya hingga lewat malam nanti. Selesai memilih-memilah, Acha mengumpul barangan itu dan letakkan di atas kaunter untuk dibayar.
Tengah dia sibuk mencari beg dompetnya, dia terlihat satu sosok tubuh yang seperti pernah dia nampak. Matanya terus tertumpu ke sosok itu meski tangan sibuk meraba beg sandangnya. Habis sahaja dia membayar, Acha masih menunggu kalau-kalau sosok itu mahu alihkan muka ke atau bangun pun jadilah....kerana dirinya cuma mahu tahu siapa sahaja gerangan sosok itu.
Tiba-tiba, lelaki itu berdiri. Dari belakang dia kelihatan seperti berusia sedikit daripada Acha, mungkin kerana tingginya yang sangat lampai. Telefon di tangan lelaki itu diangkat ke telinganya, dan waktu itulah muka lelaki itupun kelihatan.
"Hahhhh?!? Diaaaa?!!?!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro