Kesedaran
"Jadi, sampai sekarang laa Haru perangai macam tu. Dia tak nak pergi sekolah yang sama dengan aku sebab tak nak jumpa dengan Tadashi. Sekolah dia tu jauh tau tak? Dia nak kena jalan kaki setiap hari and sebab tu la dia jarang pergi sekolah. Lepastu dia salahkan semua orang. Aku pun tak tahu la nak salahkan siapa sekarang ni. Ehh, tapi kau faham kan apa yang aku bebel dari tadi tu?" Hikaru terus beralih ke arah Acha yang sedang tekun mendengar cerita darinya.
Acha pun terus mengangguk sambil memegang dagunya ala-ala seorang detektif.
"Jadi Haru jadi macamtu sebab dia ni suka pendam la kan?" Tanya Acha sambil meneruskan kerjanya mencuci pingan.
"Iyerla kot..." Hikaru cuma mampu bersetuju dengan apa yang dikatakan kerana dia sendiri tidak faham dengan perangai adiknya itu.
Keadaan kembali senyap selepas Hikaru tamat bercerita. Tapi kalau di depan memang riuh, kedengaran suara Tadashi dan Encik Suzuki ketawa seiring. Suasana begitu membuatkan Acha rindu akan keluarganya.
"Mmm...kau call dah ke parents kau harini? " Tanya Hikaru untuk memecahkan kesunyian.
Aik, macam mana dia boleh tahu yang aku nak telefon mak ayah aku ni? Kitorang ada telepathy ke?
"Tak lagi..."
"Pergi laaa sekarang,call parent kau. Takpe benda ni aku buat...small matter je niii." Kata Hikaru dengan memberikan senyuman yang manis.
•----------------------------------•
Setelah beberapa jam Acha berbual dengan ibu bapanya, dia pun terus masuk kembali ke dalam rumah. Kelihatan Tadashi sedang bersiap untuk pulang.
"Kau nak balik dah ke?" Tanya Acha.
Semua mata ke arah Acha saat dia bertanya.
"Haah. Aku kena balik...ayah aku sesorang kat rumah tu. Kau nak balik tak? Jom aku hantar." Pelawa Tadashi.
"Aku pun nak balik laaa... Tapi takpe aku balik sendiri." Acha terus menggalas beg sekolahnya.
"Tak boleh bahaya. Biar aku hantar." Tiba-tiba sahaja Tadashi dan Hikaru bercakap serentak. Ayatnya pun sama.
Mereka berpandangan apabila tersedar yang mereka melakukannya serentak. Bukan sahaja mereka yang terkejut, malah Puan Fuka, Encik Suzuki dan Acha juga sama.
"Hahahaha!!! Caring betul korang yer..." Sakat Encik Suzuki.
Muka kedua-duanya mula kemerahan kerana malu. Puan Fuka juga tersenyum melihat gelagat dua orang anak terunanya.
"Ehh, tak pe....aku boleh balik sendiri. Jangan risau lahh." Kata Acha kepada mereka berdua.
Acha dan Tadashi pun menuju keluar diikuti Hikaru yang pergi untuk menghantar mereka hingga ke depan pintu. Tangan dilambai sebelum masing-masing pulang.
Tiba-tiba badan Hikaru ditepuk dari belakang. Encik Suzuki berdiri di sisi anaknya dengan senyuman nakal dan terus sambung ketawa. Hikaru cuma mampu tersenyum melihat ayahnya yang kuat 'membahan' tu. Yang kuban-kuban je papa ni.
•------------------------------------•
"Kau betul ke ni nak balik sendiri? Berani ke hah?" Muka yang hampir sama macam Shin Chan ditayangkan Tadashi.
"Betul laaa..." Kata Acha dengan penuh yakinnya.
"Macam mana kalau ada hantu Jepun....uwehhhh." Tadashi menakut-nakutkan Acha dengan membuat gaya zombi.
"Ishhh, mana ada han--"
PANGGG!
"UWAHHHH!!!!" Jerit dua-dua manusia itu.
Acha cuba melihat keadaan sekeliling, tapi apa yang ada hanyalah seekor kucing yang sedang duduk di atas penutup tong sampah. Mungkin dialah punca bunyi tadi.
Kemudian Acha mencari Tadashi yang sudah hilang dari pandangan.
"B-benda apa t-tadi tu?" Kata Tadashi tergagap-gagap.
Dia bersembunyi di belakang beg sekolah kepunyaan Acha. Mulalah orang nak ketawa besar ni.
"Aikk Tadashi, tadi kau berani sangat?" Acha masih cuba menahan ketawa.
"Aku tak takutla...just terkejut je." Tadashi kembali ke posisi normal. Muka belagak wajib.
"Hahahaha!!!"
"Dah la, dah laaa..." Tadashi menampar-nampar bahu Acha seperti gaya Mirae.
"Bye,aku balik dulu." Kata Tadashi ala-ala merajuk.
Acha cuma melambaikan tangan dengan senyuman yang masih tak pudar di wajah. Tadashi pula berlari pulang akibat malu. Haihhh, Tadashi...Tadashi.
Dalam perjalanan pulang sambil mengingatkan perangai si Tadashi tadi, tiba-tiba dirinya terasa seperti seram sejuk.
Kepalanya pula dengan sendirinya bergerak dan menoleh ke sisi kirinya. Dah kenapa kepala aku nak kena berpusing ni? Mahu tak mahu Acha merelakan matanya dibuka dan melihat perlahan-lahan ke arah kepalanya ditoleh.
Kelihatan ada suatu taman permainan di sisinya. Mula-mula dia berasa lega kerana itu cuma taman permainan tapi sekarang jantungnya berdegup kencang. Buaian yang tidak berpenghuni dihayunkan sendirinya. Tiada angin atau apa-apa tapi dia bergerak.
Lagi sekali, tubuh badan Acha bergerak dengan sendiri. Tanpa arahan dari otak dan kakinya berjalan ke arah buaian tersebut. Tangan dan mukanya mulai berpeluh. Jantungnya pula terasa seperti mahu berhenti.
Jaraknya semakin dekat dengan buaian yang bergerak itu. Semakin dekat. Dah makin dekat. Dahhhhhhh.....
Mata yang berwarna perang itu dibuka perlahan-lahan apabila berada di depan buaian itu.
"Haru?" Suaranya dikeluarkan.
Mata mereka bertentangan. Kelihatan Haru sedang menolak buaian itu untuk bergerak. Acha terus menarik nafas lega.
Muka Haru yang dingin itu ditundukkan kembali ke tanah dan terus menolak buaian itu. Sedikit pun dia tak kisahkan tentang Acha yang berdiri di situ.
Keadaan di situ tersangatlah sepi. Tiba-tiba terhambur ketawa kecil dari Acha.
"Kau dah kenapa?" Tanya Haru dingin.
"Takde apa-apa." Acha membalas sambil melabuhkan punggung ke tanah.
Mata Acha terus menatap tubuh yang menyedihkan itu.
"Kenapa kau tak balik rumah lagi? Kan aku dah balik." Acha cuba memulakan perbualan.
"Kau ingat kau hebat sangat? Sampai aku kena keluar dari rumah just sebab kau? Perasan." Haru tersenyum kelat.
Daripada muka lelaki itu, terlihat yang dia seperti menyimpan seribu satu rahsia.
" Lepastu? Kenapa kau tak nak balik? Takkan la sebab kau tak suka family sendiri pulak kan?" Acha cuba untuk bergurau dengannya walaupun dia tahu yang tindakan begitu tersangatlah tak bijak.
Elok sahaja Acha habiskan ayatnya, terus terjawab apa yang ditanyakan tadi.
" Haah." Pendek,ringkas...tapi apabila mendengar terasa sakitnya sampai ke dalam lubuk hati.
Acha terdiam. Tak pernah terlintas di fikirannya yang ada juga orang di dunia ini membenci keluarga sendiri. Sekarang dia sedar kenapa kakaknya sendiri tak nak balik ke rumah, mungkin dia juga sama macam Haru.
"Kau tak rasa kesakitan yang kau rasa sekarang ni, disebabkan diri kau sendiri?" Acha memberanikan diri untuk suarakan apa yang dia rasa.
Dia bangun dan terus hayunkan dirinya di buaian yang bersebelahan Haru.
"Kenapa diri aku? Diorang tak bagi perhatian dekat aku sama rata. Apa yang diorang selalu banggakan semuanya Hikaru. And aku? Aku ni apa?! " Suara Haru naik satu oktaf.
Urat dikepalanya mula kelihatan.
"Yang kau cakap, kau kena kerja tu...siapa suruh kau pergi kerja?" Acha tanyakan soalan kedua dengan tenang sekali.
"Apa yang aku minta selalu tak dapat. Jadi aku kena kerja untuk dapatkan apa yang aku nak tanpa menyusahkan orang lain." Haru menjawab dengan melabuhkan punggung di buaian yang ditolaknya.
"Tapi, bila diorang takde duit...aku yang tolong. Kau mesti nak salah faham tentang diri aku. Kau mesti kata aku berkira dengan keluarga sendiri...tak. Sikit pun tak. Selagi aku boleh tolong, aku tolong but sampailah aku kena tolong dia yang ada masa untuk study, pergi sekolah, hidup macam orang biasa tu...aku mula rasa mama papa aku betul-betul tak adil." Haru meluahkan semuanya.
Acha melihat Haru yang tak kelihatan wajahnya itu.
" Kat Malaysia dulu, aku pun selalu kerja. And yup! Niat aku sama macam kau...nak beli barang sendiri tanpa susahkan orang lain. Tapi dalam keluarga dan hidup, kita kena la melengkapi satu sama lain. Macam puzzle! And kau pun kena jadi macam tu juga. Kau piece of puzzle yang tak lengkap dan kau perlukan puzzle yang lain untuk jadi lengkap and perfect." Acha cuba untuk sedarkan Haru dengan senyumannya.
"Kau tak tahu dan tak faham apa-apa pun pasal aku. Jadi jangan menyibuk." Haru bangun dan mula mengatur langkah pergi.
"Kenapa kau tak boleh maafkan Tadashi lagi? Sedangkan kau tahu yang emosi dia waktu tu tak stabil. Mak dia tengah sakit. Dan kau sebagai kawan mesti la kena faham dia,kan?"
Langkah Haru terhenti apabila mendengar nama yang disebut. Dia terus menoleh kembali ke arah Acha.
Mata mereka betul-betul sedang menatap satu sama lain. Tapi mata Haru penuh dengan kebencian dan dendam bagi Acha pula cuma tenang dan menunggu jawapan dari Haru.
"Aku dah cakap orang asing memang tak guna."
" Kau terlalu berdendam tanpa fikir benda yang logik...sebab tu kau jadi macam ni." Acha cuba lagi untuk pujuk hati Haru yang keras macam batu itu.
"Aku tak suka gaduh dengan perempuan. Kau pergi la balik negara kau, jangan kacau hidup aku." Haru terus bergerak pergi.
"Family kau, abang kau dan Tadashi,kawan baik kau sendiri, diorang semua perlukan kau yang dulu. Bukan yang cuma penuh dengan kebencian ni." Acha juga turut berdiri dengan menggalas kembali begnya.
"Aku tahu yang aku ni bukan siapa-siapa dalam hidup kau but untuk kawan-kawan aku, tolong muhasabah diri kau dan jangan asyik tengok kesalahan orang lain. Nanti kau jugak yang menyesal." Selesai memberi ceramah motivasi kepada Haru, Acha terus beredar dari situ.
Dia meninggalkan Haru di belakang yang sedang melihat dia pergi.
Pada mulanya, terasa seperti apa yang Acha katakan itu hanyalah suatu susunan ayat yang kosong dan tidak bermakna. Tetapi apabila keadaan menjadi sepi dan sunyi, kesedaran tentang apa yang dia buat selama ini mulai muncul.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro