2
Kim Yeonsoo menghayun langkah memasuki pusat latihan The Assassin. Mata gadis itu melilau mencari kelibat adik kembarnya.
Tidak lama kemudian, susuk tubuh adik kesayangannya itu kelihatan sedang berehat bersama pembunuh upahan sebayanya yang lain.
Yeonsoo mendekati mereka.
"Amboi, soronok bersembang ya!" Tegur Yeonsoo.
"Yeonsoo, marilah duduk dulu. Ada gosip hotzz ni." Jeon Jungkook si diva menarik tangan Yeonsoo supaya duduk disebelahnya.
Kim Yeonsoo akur. Sebelum memulakan latihan yang memenatkan, ayuhlah kita membawang terlebih dahulu. Siapalah yang memandai reka latihan untuk belasah punching bag tak bersalah tu? Kesian dia.
"You all tahu tak semalam, I lalu depan dorm Rihanna?" Jungkook memulakan cerita. Kipas cina merah jambu bercorak hello kitty setia mengipas wajahnya.
"Lepas tu apa jadi?" soal Yeonji ingin tahu.
"Lepas tu-
"Lepas tu, Yeonsoo sila ikut saya," seseorang menyampuk percakapan Jungkook.
"Hey, diamlah! tak nampakkah I tengah bercerita?" Marah Jungkook. Tidak senang apabila ceritanya tergantung.
Kipas cina miliknya ditutup lalu lelaki itu berpaling untuk melihat siapakah gerangan lelaki yang memotong percakapannya tadi.
Tubuh tegap Kang Daniel menyapa pandangan mata.
"E-eh tuan. Tuan buat apa dekat sini?" Soal Jungkook dengan suara kepitnya.
"Saya yang patut tanya apa yang korang buat dekat sini? Masa latihan dah start sepuluh minit lepas. Kenapa kamu semua masih di sini?" soal daniel tegas.
Jeon Jungkook menelan liurnya perih. Tidak sangka pula CEO The Assasain mahu datang hari ni. Lagi pula, sebelum ni okay jer Daniel tumpang bergosip sekali.
Mood terbang mungkin.
"Alala, kecutlah tu. Saya gurau sahaja. Silalah sambung bergosip tu. Tapi nanti masa latihan tambah satu jam, okay?" Daniel berkata lalu mengukir senyuman manis ke arah mereka.
"Okay, boss!" ujar Yeonsoo, Yeonji dan Jungkook. Hyerim iaitu satu-satunya pembunuh upahan yang kekurangan upaya pula cuma mengangguk kerana tidak mampu berkata-kata.
Yang pasti, readers tak perasan akan kewujudan Jung Hyerim yang duduk di sebelah Yeonji. Iyakan? Benarkan?
Tahu kenapa mereka jawab okay dan tak kisah latihan di tambah satu jam? Sebenarnya, pusat latihan The Assassin ditutup pada pukul enam petang dan sekarang pukul lima tepat. Jadi, tak perlu latihan tambahan.
"Yeonsoo, tak perlu nak okay sangat. Saya cakap ikut saya," arah Kang Daniel.
Yeonsoo mengeluh kecewa. Baru je nak dengar gosip hotzz dari wartawan tak bertauliah Jungkook bin Jeon.
"Korang pun tak perlu suka sangat. Nanti saya suruh guard tutup lewat bilik latihan ni," sambung Daniel sebelum bergerak pergi. Sempat lagi Yeonsoo menjelir lidah ke arah mereka.
***
Maaf lama tak update. Telefon Yuyu dirampas eommaku😭 cedihnya titew. Btw, Selamat Hari Raya AidilAdha. Adakah saya orang yang paling lambat wish? Tak kesah, janji dah. Bubai...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro