Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Ch.9: Latihan Pt.2


Pagi cuti yang indah,

Jam 0400

-

"BANGUN ALI!"Teriak Jet yang berada di tepi katil Ali.

"WARGHH!!"Ali terbangun dengan kedua-dua matanya terbeliak terkejut akan teriakan Jet.

Terasa seperti rohnya terkeluar dari badan seketika.

Matanya ditumpu ke arah Jet yang sedang memakai baju sejuk.

"Ada apa ni Jet?"Tanya Ali sambil menggosok-gosok mata kanannya.

"Semalam kan Chris suruh kau bersedia.Harini kita....."


















"Nak panjat bukit."Kata Jet sambil tersenyum lebar.

Mata Ali membulat seketika.

Langsir yang menutupi tingkap diselak.

Gelap gelita dan berkabus.

"Pukul berapa ni?"Tanya Ali yang sudah sedar sepenuhnya.

Jet mengangkat empat jarinya.

"Empat?!Awalnya!"Kata Ali dengan nada yang agak kuat.

"Mestilah.Nak panjat bukit kena awal-awal.Nanti dah panas,terbakar kau."Balas Jet.

Jet mencampakkan sehelai baju sejuk ke arah Ali lalu menggalas begnya yang tadi diletakkan di atas lantai.

"Dah.Pakai baju tu dan ikut aku."Ujar Jet lalu beredar keluar dari bilik Ali.

"Erk...."Ali melihat sehelai baju tebal di tangannya lalu berdiri.

Dia menyarungkan baju itu lalu mengambil beg buruknya yang diletakkan di atas meja.

Tanpa membuang masa,dia terus turun ke bawah mengikut Jet.
.
.
.



















"Nah."Jet menghulurkan sebuku roti dan sebotol air mineral kepada Ali.

"Terima kasih."Kata Ali sambil tersenyum nipis.

"Jom."Kata Jet yang sudah berjalan menuju ke pintu hadapan.

Ali hanya mengikutnya dari belakang.
.
.











"Sejuknya...."Gumam Ali sedikit menggigil selepas keluar dari rumah agam tersebut.

Semuanya gelap layaknya malam.

"Alah kau ni,belum panjat lagi dah menggigil.Nanti kat puncak macammana?"Soal Jet menaikkan sebelah keningnya.

Ali sedikit terasa dengan kata-kata Jet.

Namun dia kembali tersenyum lalu mengangguk.

"Betul tu.Ni baru sikit je."

"Jom.Aku dah sedia!"Teriak Ali yang mula bersemangat.

"Macam tulah baru layak dapat kuasa."Ujar Jet lalu berlari laju ke dalam hutan.

Ali yang tidak mahu sesat mengikut Jet dari belakang.
.
.



















Mereka merentasi hutan yang sangat gelap dan sejuk itu

"Hooo hooo..."

"Ssssss...."

"Tuk! Tuk! Tuk!"

Pelbagai bunyi aneh yang didengar Ali menyebabkan bulu roma nya tegang.

"Jet.....tunggu aku...."Bisik Ali yang ketakutan.

Pemilik kuasa angin itu malah berlari lebih laju meninggalkan Ali.

"JET!"Teriak Ali lalu berlari sepantas mungkin.

"Grrrr......"

"Hihihi....."

Ali sudah mula menggigil ketakutan.

Langit masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk cerah.

Bayangan Jet mula hilang walaupun larian Ali dipercepatkan.

"Jet! Jet!"Jerit Ali yang mula panik selepas bayangan Jet sudah tidak kelihatan.

"Ssssss...."

Kelopak mata Ali mula berair.

Walaupun letih,dia tetap berlari untuk mendapatkan Jet.

"PAK!"

Ali jatuh tersembam.

Tapak tangannya sedikit luka.

Pipinya kotor akibat percikan lopak air.

"Shush!"Dia terdengar sesuatu disebalik pokok-pokok hutan itu.

Badannya kembali bangkit.

"Aku kena selesaikan latihan ni."

Ali memecut laju mendaki bukit tersebut.

Kakinya yang sakit itu tidak diendahkan.

........................................................................














Setelah lebih 45 minit berlari dan mendaki,Ali mula kehausan.

Botol air yang diletakkan di dalam beg diambilnya.

Ali dengan pantas meneguk air tersebut.

Bungkusan roti juga dia ambil lalu membukanya.

Ali menggigit sedikit dari roti itu lalu kembali melakukan aktivitinya tadi.

Jari telunjuknya dijilat.

Dia mengangkat tinggi tangannya.

"Aku dekat bahagian barat."

-

"Bukit yang korang nak pergi ni menghala ke arah timur iaitu bertentangan dengan gua pemutus."Kata Chris sambil membelek buku catatan miliknya.

-

Mata Ali membulat.

"Mustahil...."Gumamnya yang sudah mula panik.

"Relaks Ali."

Dia memejamkan matanya lalu menjilat jarinya sekali lagi.

"Aku memang dekat bahagian barat."

Ali mendapat idea.

Dia mencari pokok yang tinggi dan mempunyai dahan yang kuat.

Setelah menjumpainya,dia bagaikan seekor monyet memanjat pokok itu.

Matanya tertumpu ke arah sebuah gua.

"Cis! Tak guna kau Jet."Monolog Ali.

Dia turun dari pokok itu lalu mengubah hala tujunya ke arah timur.

Jarinya sekali lagi dijilat.

"Aku akan buktikan kat korang."

Tangannya diangkat tinggi.
































"Yang aku pun salah seorang pemilik kuasa."

........................................................................




























Ali POV

-

Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Keadaan masih lagi sejuk.

Tetapi cahaya mentari sudah dapat dilihat sedikit.

"Shuuu....."

Aku terus berlari apabila mendengar bunyi aliran sungai yang tidak jauh dariku.

Aku merentas sebuah hutan yang aku rasa punca bunyi aliran tersebut.
.
.















"Woah...."

Mataku terbeliak melihat air terjun dan bukit sebaik sahaja merentasi hutan itu tadi.

"Yeah! Aku dah hampir!"Ujarku gembira.

Aku dengan penuh semangat berlari memanjat batu-batu yang  melitupi kawasan air terjun ini.

Aku berlari dan mendaki sehinggalah aku menjumpai sebuah tebing yang sangat tinggi.

Mataku tertumpu kepada seorang lelaki yang sedang duduk di hujung tebing itu.

"JET!!!!"Aku menjerit sekuat hati.

Dia memandang ke arahku.

"ALI!!!"Balasnya sambil melambai tangan.

Aku dengan gembiranya berlari ke arah Jet yang masih agak jauh.

Sampai sahaja di depannya,bahunya aku lepuk dengan kuat.

"Aduh! Kenapa pukul aku?"Marah Jet.

"Kau dah lah tinggal aku dalam hutan sorang-sorang,lepastu tipu aku.Nasib baik tak kena makan tahu tak?!"Tengking ku semula.

"Ahahaha.....jangan risaulah."Balasnya sambil tertawa.

Sebelah keningku diangkat.

"Kenapa pulak?"Soalku.

Dia menuding jarinya kebelakang ku.

Aku dengan riak wajah hairan menoleh.

Mataku membulat.

"K-Korang pun a-ada?"Ujarku gugup

Mereka tersenyum.

"Kitorang ikut kau la."Kata Chris.

"Lagipun kitorang memang dah plan nak buat picnic kat sini."Sampuk Roza.

"Yo Ali! Hebatlah kau!"Kata Khai.

Aku menggaru leherku yang tidak gatal.

Tiba-tiba mataku tertumpu kepada Alicia yang berjalan mendekati ku.

"Aku baru nak tengok kau kena makan."Bisiknya.

"Gulp!"Aku meneguk liur.

"Tapi tak sangka kau bijak cari jalan."Tambahnya lalu berjalan ke arah Iman yang sedang menyediakan makanan.

Bahuku ditepuk Chris.

"Tahniah."Ujarnya sambil tersenyum.

"Terima kasih.Kalau bukan sebab kau,aku mesti dah sesat."Balasku sambil membongkokkan badan tanda hormat.

Tiba-tiba lengan bajuku ditarik Jet.

"Eh eh! Apahal ni?!"

Dia mengheret ku sehingga betul-betul hampir dengan curam yang sangat tinggi itu.

Menyedari apa yang ingin dilakukan Jet,wajahku terus pucat.

"JANGAN JET-"

Dia melompat dari curam itu sambil tangannya masih memegang erat kolar bajuku.

Aku yang sedang jatuh bersamanya menutup mata sambil menjerit-jerit.

"AKU TAK NAK MATI! AAAAAA!"

"SESIAPA TOLONG!"


















"Korang memang dah mati."





















Mataku terbuka luas.

"SPLASH!!"

Badanku basah lencun.

Jet menarik ku dengan kuasa anginnya naik ke atas curam itu semula.

Wajahku masih terkejut.

"Suara siapa tadi?"Ujarku mengejutkan mereka semua.

"Suara apa?"Tanya Jet.

Aku cuba mengingati semula apa yang dikatakan suara itu tadi.

"Ah takpelah.Aku dah lupa."Balasku sambil mengusap dahi.

Menyedari diriku yang sudah basah lencun,aku menarik lengan Rudy dan Jet lalu terjun dari curam itu sekali lagi.

"Tunggu aku!"Aku terdengar suara Khai dan Bulat dari belakang.

"WOOHOOOOO!"

End of Ali POV

........................................................................

















Setelah sakan bermandi manda,akhirnya mereka dipanggil oleh Mika untuk bersarapan.

"Chris,kenapa tak mandi sekali?"Tanya Ali.

"Sebab-"

Bulat yang sudah lapar cuba mengambil sandwich dari bekas yang sudah dibuka oleh Iman.

Namun tangannya tiba-tiba dipukul Roza.

"YANG DAH BASAH PERGI DUDUK ATAS BATU.JANGAN MIMPI NAK DUDUK ATAS TIKAR."Kata Roza dengan matanya yang berapi-api.

"Sebab tu lah."Sambung Chris tersengih-sengih.

Ali yang belum pernah melihat Roza marah dengan pantas berlari lalu bersila diatas batu.

"PAK!"Kepala Ali dipukul seseorang.

"Sebab kau,aku dah kena duduk atas batu."Kata Rudy yang sedang menahan amarah.

Ali sudah berpeluh-peluh takut dengan Rudy yang mula kelihatan aura kegelapannya.

"Dah.Tak payah nak kecoh-kecoh.Makan ni lepastu pergi sambung mandi."Kata Alicia sambil menghulurkan 2 pinggan plastik yang diisi sandwich dan buah potong.

"Woah....terima kasih!"Ujar Ali namun tidak diendahkan Alicia.

Ali mengalihkan pandangannya kepada Rudy yang sibuk mengunyah sandwich miliknya.

"Apa?"Soal Rudy dingin.

Ali menggeleng laju lalu mengambil sandwich miliknya.

Dia menggigit sandwich itu dengan mata terpejam.

"Umm....sedapnya....."Gumam Ali.
.
.
.

















Selesai bersarapan,Ali dengan semangatnya menarik Chris lalu terjun ke dalam sungai dari curam yang tinggi itu.

Chris malah membuat gelongsor menggunakan kristal-kristal miliknya.

Mata Ali terbuntang seketika.

"WOAHHHHHHH!!!"Teriaknya yang meluncur laju dari gelongsor kristal milik Chris.

"SPLASH!!"





"Hebatnya Chris!"Jerit Ali.

Ali melihat gelongsor kristal itu semula.

"Eh? Dah hilang?"Soal Ali hairan.

"Kalau kau dah boleh kawal kuasa dengan baik,kau boleh hilangkan semula kesan daripada kuasa kau.Benda ni bagus untuk hilangkan apa-apa bukti waktu tangkap penjenayah."Jelas Chris.

Ali mengangguk faham.

"Dah.Jom naik a-"

"SPLASH!!"

"Apakah?!"

"Hahaha berjaya Moon kenakan korang berdua!"Kata seorang gadis.

Mod halimunannya hilang lalu menampakkan wajahnya yang sedang tertawa.

Chris dari jauh menggeleng.

"Dah.Jom naik."Kata Chris lalu mengheret dua remaja itu.
.
.






















"Ada apa-apa lagi?"Tanya Roza.

"Tak.Semua dah cukup."Balas Iman.

"Okey,jom balik."Kata Roza.

"Jom!"Sahut kesemua pemilik kuasa.

........................................................................




















So macammana,okey tak latihan kedua Ali dengan Jet?

Kalau korang suka silalah vote dan komen:)

35 votes let's go everyone!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro