Ch.4: Tempat tinggal
Keesokan harinya,
Jam 0800
"Huarghh..."Ali menggosok-gosok matanya selepas dikejut oleh Khai.
"Jom turun.Breakfast dah siap."Kata Khai.
Ali bangun dari katil milik Khai lalu meregang badannya.
Melihat Khai sudahpun membuka pintu,dia berjalan mengikuti lelaki berkaca mata tersebut.
Keluar sahaja dari bilik,mata mereka tertumpu ke arah Rudy yang sedang menguap sambil menggaru-garu lehernya.
"Oh,Rudy.Awal bangun."Tegur Khai.
"Ha? Oh.Haha."Balas Rudy yang terlihat sedikit mamai.
"Tang!Tang!Tang!"
"Bunyi apa tu?"Tanya Ali sedikit cemas.
"Entah.Jom tengok."Kata Khai.
Mereka bertiga terus bergegas ke dapur untuk melihat apa yang berlaku.
.
.
"Ambik kau! Hiyargh!"
"Tang!"
"Jangan harap!"
"Tang!"
"Jet....Moon....saya nak masak ni...."Kata Iman cuba meredakan perlawanan mereka berdua.
Khai,Ali dan Rudy yang baru sampai menepuk dahi mereka apabila melihat dua orang remaja tersebut sedang berkelahi menggunakan senduk dan spatula.
Iman pula menghela nafas berat apabila spatula yang ingin digunakan untuk memasak dijadikan alat untuk berlawan.
Tiba-tiba seorang lelaki berambut blonde muncul sambil kedua-dua tangannya menarik kuat telinga dua orang remaja tadi.
"A-Aduh! Sakit Chris! Tolongggg!"Jerit Jet.
"Aw aw aw sakit sakit! Perlahan lah sikit!"Ujar Moon sambil sebelah matanya tertutup rapat menahan sakit.
Chris melepaskannya lalu mengambil senduk dan spatula yang dipegang mereka berdua.
"Pagi-pagi dah meroyan.Nah Iman."Kata Chris sambil menghulurkan senduk dan spatula yang dipegangnya.
"Terima kasih."Balas Iman.
Ali mengalihkan pandangannya kepada meja panjang yang telah diletakkan beberapa pinggan diatasnya.
"Ni tempat kau Ali."Kata Khai sambil menarik kerusi meja tersebut.
"Oh.Terima kasih."Balas Ali sambil tersenyum.
Namun senyumannya terus hilang selepas melihat wajah seorang gadis yang berada dihadapannya.
Dia sedang khusyuk membaca buku dengan cermin mata miliknya.
"Gulp!"Ali menelan liur sedikit takut.
Gadis itu mengangkat wajah memandangnya.
"Relaks.Aku tak makan orang."Kata gadis itu sambil matanya kembali menatap buku yang dibaca.
Ali masih kelihatan tidak senang duduk.
"Nah,roti kau."Kata seorang lelaki sambil meletakkan sekeping roti di dalam pinggan milik Ali.
Ali menoleh memandang lelaki tersebut.
"Terima kasih Jet."Ujar Ali.
Jet hanya mengangguk lalu berjalan sambil meletakkan setiap roti di dalam pinggan yang disusun di atas meja.
Namun langkahnya terhenti apabila dia melihat seorang gadis yang tadi berlawan dengannya menggunakan senduk.
Gadis itu sedang sibuk bermain game di dalam telefon pintarnya.
Jet yang menyedari hal itu mengawal satu-satunya kepingan roti lalu menyorokkannya di belakang Moon.
"Eh?! Roti dah habislah!"Kata Jet berlakon.
Moon tidak mempedulikan Jet dan sambung bermain game.
"Kesian Moon.....tak dapat nak sarapan...."Tambah Jet berpura-pura sedih.
"HA?! Apa dia?!"Moon mengangkat wajahnya memandang Jet.
"K.O!"Telefon Moon berbunyi.
"Tidak!!!"Jerit Moon lalu menghempap wajahnya diatas meja makan tersebut.
Muka Jet mula memerah menahan tawa.
Namun perasaan ingin ketawanya terus hilang apabila dia melihat Chris dari jauh sudah memegang pedang kristal sambil menatapnya tajam.
"Eh eh! Moon ni ada sekeping lagi.Jangan nangis eh."Kata Jet sambil meletakkan sekeping roti yang tadi disoroknya ke dalam pinggan Moon.
Moon menjeling tajam ke arah Jet.
"Humph!"
Ali yang melihat gelagat dua orang itu hanya menggeleng kepalanya sambil tersenyum.
.
.
Selesai sarapan pagi,seperti yang dijanjikan Khai semalam,dia membawa Ali untuk meneroka kawasan rumah agam tersebut.
"Yang ni pulak perpustakaan."Kata Khai sambil memulas tombol pintu bilik tersebut.
"Woahhhh!!Besarnya!"Gumam Ali teruja.
Mereka berjalan memasuki perpustakaan tersebut.
"Banyaknya buku...."Monolog Ali.
Khai yang terdengar kata-kata Ali tertawa kecil.
"Memanglah.....nama pun perpustakaan."Kata Khai.
"Hehehe.."Balas Ali malu-malu.
Mata Ali tiba-tiba tertumpu pada seorang lelaki yang sedang mencapai sebuah buku.
"Zass!"Panggil Ali sambil melambaikan tangannya.
Zass hanya membuat tabik dua jari lalu sambung melakukan aktivitinya.
Khai dan Ali berjalan naik ke tingkat lebih atas perpustakaan itu.
Perasaan kagum Ali masih jelas terpapar.
"Oh,hai korang."Sapa seseorang yang sedang duduk sambil memegang sebuah buku.
"Bulat!"Panggil Ali.
"Yo Ali."Balas Bulat sambil tersenyum.
"Ah...cerahnya...."Kata Bulat memalingkan wajahnya menghadap tingkap perpustakaan tersebut.
"Korang nak gi mana pulak lepas ni?"Tanya Bulat tanpa memandang mereka.
"Luar."Balas Khai singkat.
"Oh,okay.Have fun."Kata Bulat lalu sambung membaca buku yang dipegangnya.
.
.
"Yang ni bilik untuk tenangkan diri."Kata Khai.
"Tu piano Chris.Kalau kau reti main,main je."Tambah Khai lagi.
Ali mengangguk sambil tersenyum.
"Banyak betul bilik kat rumah ni."Kata Ali.
"Hahaha...jangan risau.Yang ni last."Balas Khai.
"Lepas ni kita jalan kat luar pulak."Tambah Khai.
"Okey."
........................................................................
Mereka berdua berjalan keluar dari rumah itu ke halaman belakang.
Tempat air terjun berada.
Mata Ali membulat.
"Cantiknya......"Gumam Ali terpesona dengan keindahan air terjun itu.
Mata Ali tiba-tiba tertumpu pada sosok tubuh seorang gadis bertudung kuning.
"Iman!"Jerit Khai dari jauh.
Iman yang sedang terapung diatas air membuka matanya.
Dia tersenyum ke arah Khai lalu berdiri.
Iman berjalan diatas air mendekati mereka berdua.
Mulut Ali ternganga luas kagum melihat kuasa milik Iman.
Baru sahaja Iman ingin menanyakan sesuatu,mereka bertiga terdengar suara seorang lelaki menjerit.
"WARGHH!!"
"Haha! Padan muka kau!"Jerit seorang gadis.
"Haih....diorang berdua ni lagi..."Kata Khai sambil menepuk dahinya.
Iman hanya tertawa kecil.
"Brrrr...Sejuknya...."Kata seorang lelaki yang basah lencun berjalan menghampiri mereka bertiga.
"Eh? Khai? Ali? Apa korang buat kat sini?"Tanya Jet menggigil kesejukan.
Moon tiba-tiba muncul disebelah Iman.
"Haah.Apa korang buat kat sini?"Tanya Moon.
Ali yang terkejut dengan kemunculan Moon memegang dadanya.
"Harini aku jadi tour guide Ali."Kata Khai.
"Ohh."Jet dan Moon mengangguk faham.
Moon kembali menjadi halimunan lalu mengejar Jet.
"Alamak."
Jet menggunakan kuasanya lalu terbang sebelum Moon menendangnya ke dalam sungai untuk kali yang entah keberapa.
Iman pula kembali berjalan di atas air lalu bersila untuk mengosongkan fikiran.
Ali dan Khai sambung berjalan menuju ke pagar utama untuk keluar melihat hutan di sekitar rumah ini.
.
.
"Patutlah banyak bilik! Besar betul rumah tu dari sini!"Kata Ali separuh menjerit.
"Macam istana!"Jerit Ali.
"Hahaha...aku pun terkejut jugak waktu datang sini."Balas Khai.
Wajah Ali yang teruja bertukar keliru.
"Tapi kan......kenapa tak pernah dengar pun pasal rumah ni? Pasal korang?"Tanya Ali.
Khai terkedu seketika.
Namun kembali tersenyum.
"CyberNova dengan hutan ni macam dua dunia berbeza."Kata Khai.
"Maksud kau?"Tanya Ali.
Khai menoleh kebelakang.
"Nampak hutan tu?"Soal Khai.
Ali turut menoleh melihat hutan yang dikatakan Khai.
"Nampak."Ujar Ali sambil mengangguk.
"Kalau kau ikut jalan tu,kita akan jumpa satu gua yang memisahkan CyberNova dengan hutan ni."Jelas Khai.
"Macammana boleh jadi macam tu?"Tanya Ali yang masih kurang faham.
"Aku pun tak pasti.Tapi Jet pernah cerita yang mendiang atuk dia merupakan bekas ketua ahli sihir terkemuka."Jawab Khai.
"Sebab tu lah perpustakaan tadi besar,betul tak?"Kata Ali.
Khai mengangguk.
"Jet kata,waktu atuk dia jumpa rumah tu, CyberNova masih aman.Tapi selepas beberapa tahun, CyberNova mula hancur.Penjenayah merata-rata,rakyat hidup serba ketakutan,pemerintahan yang zalim dan banyak lagi."
"Jadi,atuk Jet buat satu mantera untuk putuskan hubungan hutan ni dengan CyberNova supaya Jet selamat."Jelas Khai.
"Kalau kau keluar dari gua tu,kau akan jumpa CyberNova.Tapi,kalau nak masuk balik,kau mesti salah seorang daripada 11 pemilik kuasa."
"Tapi aku bukan-"
"Jangan risau,buat masa ni,biar Chris dengan Iman uruskan hal tu.Nanti dah siap,diorang akan bagitahu."Tambah Khai.
Ali mengangguk.
"Dan Ali,mulai harini,tempat tinggal kau adalah dalam hutan ni.Sekali dengan kitorang semua."Kata Khai.
Mata Ali membulat.
Dia mula terkenang susah payah hidupnya selama 14 tahun menanam sayuran hanya untuk meneruskan hidup.
Tidak pernah dia fikir yang hidupnya akan berubah drastik selepas diculik dan dipukul.
Mata Ali mula berkaca menahan sebak.
Namun-
"Dah,jom balik."Kata Khai.
Ali mengesat airmatanya.
"Jom."
........................................................................
So macammana? Okey?
Kalau korang suka sila vote dan comment!
Byebye
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro