Ch.2:11 Pemilik kuasa
Ali tersedar dari tidurnya.
Matanya dibuka hanya untuk dikejutkan dengan wajah seorang lelaki berkaca mata yang sedang menatap wajahnya.
"WARGHH!!"Jerit Ali yang terkejut seolah-olah jantungnya berhenti berdegup seketika.
"Korang! Dia dah bangun!"Jerit lelaki itu.
Tangga rumah agam itu diteruni beberapa lelaki dan gadis menuju ke ruang tamu tempat Ali berada.
"Aku kat mana ni? Siapa korang semua?"Tanya Ali.
Dia menyentuh badannya yang disepak tempoh hari.
"Eh,dah tak sakitlah."Gumamnya seorang diri.
"Perkenalkan....kami adalah 11 pemilik kuasa yang merupakan bayi mutasi dari makmal haram CyberNova."Kata seorang lelaki berambut blonde.
"Izinkan kami memperkenalkan diri."Kata lelaki itu lagi.
.
.
Seorang wanita bertubuh tinggi melangkah ke hadapan.
"Aku Roza.17 tahun.Sulung.Pemilik kuasa-"
Tapak tangannya tiba-tiba berasap lalu membentuk sebuah bebola api.
"Api."Katanya lalu membaling bebola api itu tepat ke arah seorang gadis bertudung kuning.
Bebola api itu tiba-tiba bertukar menjadi wap apabila tangan gadis bertudung itu mengeluarkan sejumlah air yang cukup untuk menyejatnya.
"Saya Iman.16 tahun.Pemilik kuasa air."Kata gadis itu sopan.
Ali hanya ternganga kagum melihat kuasa-kuasa milik mereka.
"Woi! Baru tengok sikit dah kagum.Tengok aku punya lah baru syok sikit!"Ali terdengar suara seorang budak lelaki yang ditujukan kepadanya.
"Aku Jet.16.Pemilik kuasa-"
Satu pusaran angin yang kuat tiba-tiba berlaku.
Badan lelaki itu turut diangkat mengikut pusaran angin tersebut.
"Angin."Katanya lalu turun kembali.
Sebaik sahaja dia turun,badannya ditolak sehingga jatuh tersembam ke atas lantai.
Seorang gadis tiba-tiba muncul dibelakang lelaki itu tadi.
"Syok lah sangat."Kata gadis tersebut.
"Aku Moon.13.Bongsu.Pemilik kuasa-"
Dia memetik jarinya.
"Poof!"Tubuhnya hilang entah ke mana.
"Eh?"Kata Ali terkejut.
Dia terdengar petikan jari itu sekali lagi.
"Poof!"Gadis itu muncul betul-betul dihadapannya.
"Halimunan."Kata gadis itu sambil tersenyum manis.
Anak matanya tiba-tiba mengecil seperti dikawal seseorang.
Ali melihat tubuh lelaki berkaca mata yang berada dibelakang Moon itu.
Moon tiba-tiba berjalan ke tepi seperti seorang robot.
"Aku Khai.15.Pemilik kuasa telepathy."Kata lelaki itu lalu memetik jarinya.
Moon tiba-tiba tersedar.
"Khai!"Jeritnya lalu mengejar lelaki berkaca mata itu.
Namun larian mereka terhenti apabila seorang lelaki sepantas kilat tiba-tiba muncul dihadapan.
Dia dengan tenangnya menghirup air minuman menggunakan straw.
Pandangannya dituju ke arah Ali.
"Gulp!"Ali menelan air liurnya.
"ZZSSS!"
Ali hampir sahaja jatuh apabila lelaki itu tiba-tiba berada dihadapannya.
Moon berlari mendekati Ali dan lelaki tersebut.
"Ni Zass.16.Aku anggap dia macam abang sendiri.Dia pemilik kuasa kelajuan."Kata Moon.
"Dan dia......tak cakap."Tambah Moon kelihatan kekok.
Ali mengangguk dengan wajah yang masih kagum.
Mereka berdua mengundurkan diri pergi ke tempat para pemilik kuasa berada.
.
.
Seorang gadis berkulit coklat manis dan berambut pendek berjalan ke hadapan.
"Aku Mika.16.Pemilik kuasa kekuatan superhuman."Kata gadis itu.
"Chris!"Jeritnya.
Tiba-tiba seorang lelaki berambut blonde menyerangnya menggunakan batu-batu kristal.
Gadis itu menghentak kakinya lalu kesemua kristal tersebut hancur menjadi serpihan yang jatuh bertaburan diatas lantai.
"Woahh...."Gumam Ali.
Lelaki berambut blonde itu memandang ke arah Ali.
"Aku Chris.16.Pemilik kuasa-"
Tangannya tiba-tiba membentuk kristal-kristal tajam.
"Kristal."
"Dan aku juga yang menguruskan budak-budak ni."Katanya tersenyum sinis.
"Aku yang uruskan blablabla...."Ujar Moon meniru memek muka Chris.
"Takde Wi-Fi untuk Moon harini."Kata Chris tersenyum lebar.
Mata Moon membulat.
"NOOOOOOO!!!"Jeritnya.
Dia berlari ke arah Chris.
"Moon tarik balik! Bagi Moon Wi-Fi! Moon nak tengok K-drama!"Kata Moon sambil mengejar Chris.
Roza menepuk dahinya dan Iman tergelak kecil melihat gelagat dua orang itu.
.
.
Tiba-tiba suatu aura gelap melangkah kehadapan.
"Ceh."
Hoodie yang menutup kepalanya ditanggalkan.
"Aku Rudy.15.Pemilik kuasa kegelapan."Kata lelaki itu dingin.
Tubuhnya tiba-tiba menghilang.
"Eh?"Gumam Ali.
Ali tiba-tiba merasakan seseorang dibelakangnya.
Tidak sempat menoleh,badannya ditolak.
Matanya dipejam menunggu saat untuk menghempap lantai.
Namun anggapannya salah.
Ali membuka matanya dan dikejutkan dengan tubuhnya yang terapung bak gabus diatas air.
"Apakah?"Kata Ali terkejut.
Badannya diangkat kembali oleh seorang lelaki berkulit gelap.
"Aku Bulat.15.Pemilik kuasa-"
Tangannya menyentuh lantai.
Ali yang tadi terapung,sekarang berdiri seperti sedia kala.
"Graviti."
"Wah.....terima kasih selamatkan aku."Kata Ali sambil tersengih-sengih.
"Takde hal."Balas Bulat sambil menepuk bahu Ali.
Merasakan yang semua dari mereka telah memperkenalkan diri,Ali cuba mengira semula bilangan mereka yang dikatakan 11 orang.
Dahi Ali berkerut.
"Kenapa 10 orang? Bukan patutnya 11 ke?"Tanya Ali.
Mereka terdiam seketika.
Moon yang dari tadi mengejar Chris memberhentikan langkahnya.
Keadaan menjadi kekok.
Akhirnya,Moon membuka mulutnya.
"Err.....Ada siapa-siapa yang nak panggil A-"
"BOOM!"
Elektrik rumah agam itu terputus.
"Tak payah.Dia dah sampai."Kata Rudy.
Mata mereka tiba-tiba tertumpu ke arah cahaya yang sedang meneruni tangga rumah itu.
Gadis itu turun ke bawah.
"Panggil aku Alicia.Pemilik kuasa petir."Katanya tanpa sebarang senyuman di wajah.
Jarinya dipetik.
Elektrik rumah agam itu kembali hidup.
"Alicia lah yang selamatkan kau semalam."Bisik Khai yang hampir dengan Ali.
Ali mengangguk.
Dia memandang wajah gadis itu yang kelihatan jelas.
Matanya terbeliak.
"I-Icha?"
........................................................................
Wow! Kuasa siapa favorite korang?
Jangan lupa vote dan comment!
Stay tune okay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro