Ch.15: Bongsu
Flashback
-
"Jadi,apa strategi kita?"Tanya Ali.
"Aku dah discuss dengan Chris dan Iman,kita bukan takkan berpecah,tapi pantau kawasan dulu."Kata Roza.
Alicia yang selalunya acuh tak acuh ketika mendengar aturan strategi secara tiba-tiba memberi fokus sepenuhnya kepada apa yang dikatakan Roza.Ini kerana Roza jarang sekali mengendalikan hal-hal seperti ini.Alicia tahu bahawa apabila Roza yang memberi arahan,itu bermakna misi kali ini perlu diambil serius.
"Sebab kitorang dah tahu mana diorang sorok bom tu."Tambah Roza dengan senyuman sinis terpapar di wajahnya.
Kesemua pemilik kuasa kecuali Chris dan Iman membulatkan mata mereka.
"Hah?! Tapi macammana?"Soal Moon dengan nada sedikit meninggi.
"Aku pergi tempat letupan dekat Menara Nitroglycerin pagi tadi dan jumpa ni."Roza meletakkan sehelai kertas yang masih mempunyai kesan letupan diatas meja.
Mata kesemua pemilik kuasa tertumpu pada kertas tersebut.
Bulat yang memahami kod di kertas itu membulatkan matanya.
"Nyawa pengunjung dalam bahaya!"Teriak Bulat mengejutkan pemilik kuasa yang lain.
Ali yang tidak memahami apa-apa tanpa ragu membuka mulutnya untuk bertanya.
"Apa maksud kod ni Bulat?"Soal Ali.
"Bom yang patutnya letupkan Menara Chlorates diubah menjadi bunga api yang akan dinyalakan semasa festival bunga api."Jelas Bulat yang kelihatan risau.
"Ni mungkin perangkap,tapi kita tetap kena berhati-hati sebab nyawa pengunjung semua terletak dalam tangan kita.Silap langkah dan nyawa mereka dalam bahaya."Kata Roza sambil menggenggam erat tangannya.
"Sebab tu kita kena berpecah,tapi agak berisiko sebab ada mata-mata yang perhatikan kita semua."Celah Mika.
"Nak tak nak kita kena berlakon supaya nampak real.Walaupun dengar macam tak penting,ni mungkin cara paling efektif."Kata Roza memberi cadangan.
"Dan kita bernasib baik sebab aku kenal pelakon paling hebat dalam rumah ni."Tambah Roza sambil melirik matanya ke arah Alicia yang sedang memeluk tubuh.
Semua pemilik kuasa turut memandang ke arah Alicia.
"Cis! Yelah."Ucap Alicia jelas terdengar seperti dipaksa.
Roza tersenyum penuh makna.
"Moon."Panggil Roza dengan nada yang tegas.
"Y-Ya?"Soal Moon gugup.
"Kalau kau merayap lagi kali ni....siap kau aku kerat 7!"Ujar Roza dengan tatapannya yang membunuh.
Moon mengangguk laju dengan tubuhnya yang menggigil ketakutan.
Namun rasa takutnya hilang apabila dia merasakan bahunya disentuh seseorang.
Dia terus menoleh kebelakang hanya untuk dikejutkan dengan Alicia yang tersenyum nipis padanya.
Sebagai 2 orang yang paling bongsu,mereka boleh dikatakan akrab walaupun berbeza sifat.Mengejutkan bukan?
Tetapi itulah hakikatnya.Moon yang dikenal periang dan ceria sebenarnya mempunyai hubungan baik dengan Alicia yang serius dan dingin.
Alicia yang selalunya lebih memilih membaca buku sanggup meluang masanya bermain permainan video apabila diajak Moon.Lebih menarik lagi,hanya Moon sahaja yang berjaya mengajaknya bermain bersama.
Jika ianya merupakan pemilik kuasa lain seperti Jet atau Khai,Alicia pasti menolaknya tanpa banyak soal.
Alicia juga boleh dikatakan protective terhadap Moon.Alasannya kerana Moon itu bongsu.Padahal dirinya juga bongsu,cuma tua sedikit dari Moon.
"Back to the topic,siapa nak volunteer untuk 'kurung' letupan bom tu nanti?"Tanya Roza kepada para pemilik kuasa.
"Aku dengan Bulat boleh handle."Celah Rudy sambil memeluk tubuh.
"Bagus."Ujar Roza.
"Sorang dari setiap kumpulan perlu pantau dari jauh untuk spot musuh."Celah Khai.
"Aku,Zass dengan Jet.Ada bantahan?"Tanya Roza.
Semua pemilik kuasa menggeleng.
"Apapun jadi,tolong jangan bertindak sendiri.Kalau boleh,aku tak nak sorang pun dari adik-beradik aku cedera."Ujar Roza.
*Sob sob*
Mata mereka tertumpu pada Bulat yang kelihatan terharu apabila Roza menyebut perkataan 'adik-beradik'.
"Pang!"
"Aduh!"Teriak Bulat apabila belakangnya dipukul Rudy.
"Orang tengah serius,kau sibuk nak terharu bagai."Marah Rudy.
"Dah,dah.Nak gaduh lepas ni."Sampuk Chris.
"Itu sahaja buat masa ni.Apa-apa akan dimaklumkan nanti.Bersurai."Kata Roza lalu menghilangkan diri.
-
Flashback off
Festival Bunga Api CyberNova
Jam 2130
-
"KABOOOOOOOOOOOOOOOM!!"
Letupan mematikan itu dengan pantas di'kurung' Rudy menggunakan sfera kegelapan bersaiz gergasi.
"BULAT!"Jerit Rudy.
Bulat yang sudah bersedia dengan pantas melompat ke atas sfera gergasi itu lalu menghentak kakinya di atas lapisan kegelapan yang meliputi serta mengurung letupan bom itu menyebabkan graviti kesemua bahan letupan hilang serta merta.
Kedua-dua tangannya dirapatkan menyebabkan sfera kegelapan itu semakin mengecil kerana bahan letupan yang dikawal gravitinya itu dimampatkan oleh Bulat.
"HERGHH!!"
Sfera itu yang tingginya tadi hampir menjangkaui menara yang berukuran 50 meter sekarang semakin mengecil dan mengecil sehingga ukurannya sekarang hanya sebesar sebuah bilik tidur.
Bulat dengan pantas melompat turun ke bawah lalu mengangkat sfera kegelapan itu dan membalingnya jauh ke atas langit.
"ALICIA!!"Jerit Bulat.
Alicia yang sudahpun meneleportkan dirinya di atas puncak Menara Chlorates mengangkat sebelah tangan kanannya dan membentuk jarinya menjadi pistol dua jari.
Arus elektrik yang terkumpul di tangannya ditembak tepat pada sfera gergasi tersebut menyebabkan letupan yang sangat besar namun sudah tidak merbahaya kerana ia berada jauh di atas langit.
*Kuasa graviti milik Bulat menyebabkan sfera gergasi yang sangat berat itu dapat diangkat dengan mudah.
*Setiap pemilik kuasa yang sudah betul-betul mahir dapat meneleportkan diri mereka.(Masih agak berisiko kerana kecil kemungkinan dapat meneleportkan diri mereka pada dinding.)
"KABOOOM!"
"Wah...."Gumam Ali yang terpesona akan letupan mematikan itu.
Tiba-tiba telinganya yang dipasangkan alat untuk berhubung berbunyi menandakan ada mesej dari salah seorang pemilik kuasa.
"BAHAYA! AKU PERASAN ADA LEBIH KURANG 30 BOM DITANAM BETUL-BETUL BAWAH KAWASAN FESTIVAL!"Jerit Khai menggunakan alat komunikasi itu.
"APA?!!!"Jerit mereka ber-11 serentak.
"Jet,terbangkan seberapa banyak pengunjung ke tempat yang selamat! Sekarang!"Arah Roza.
"Moon! Tolong bawak budak-budak kecik pergi dari tempat tu sekarang jugak!"
Jet dan Moon yang berada dibelakang Ali dengan beraninya melompat dari curam bukit tempat mereka melepak tadi lalu mendarat tepat di atas jalan tar mengejutkan ramai peniaga-peniaga gerai makanan.
"MAAF!"Jerit Jet lalu mengawal angin disekitarnya menyebabkan peniaga-peniaga panik apabila badan mereka mula terangkat dengan sendirinya.
Jet mendaratkan mereka tepat di tingkat paling bawah Menara Chlorates.
"Adik-adik! Ikut saya! Cepat!"Arah Moon kepada kanak-kanak yang sepertinya sibuk bermain bunga api di tangan mereka.
"Kenapa ni?"Tanya seorang gadis kecil di hadapan Moon.
"Akak takde masa nak terangkan!Ikut je!"Kata Moon lalu berlari sambil diikuti kanak-kanak di belakangnya.
"Ali! Status!"Panggil Roza melalui alat komunikasi di telinganya.
"Jet dah hantar beberapa peniaga masuk dalam Menara Chlorates,Moon pulak tengah berlari dengan beberapa budak."Balas Ali.
"Bagus! Perhatikan sekeliling kau! Kalau jumpa seseorang yang pelik terus lapor! Jangan sesekali bertindak sendiri."Arah Roza.
"Baik!"Balas Ali.
Selesai menghantar beberapa budak di Menara Chlorates,Moon dikejutkan dengan suara tangisan yang tidak jauh darinya.
"Hah?!"Moon terus berlari mencari budak tersebut.
Tangisan itu semakin kuat menyebabkan Moon mula panik.
"Tenang Moon."
Tiba-tiba dia melihat tubuh seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencangkung di sebuah lorong sempit yang disyaki punca suara tangisan tadi.
"Adik,sini ikut akak.Bahaya duduk kat sini sorang-sorang."Pujuk Moon dengan lembut.
Budak lelaki itu bangun dengan wajah yang muram.
Namun,senyuman sinis perlahan-lahan terpapar pada wajahnya.
"Heh."
.
.
"Dapat kau."
"KABOOOOOOOOOM!!"
........................................................................
Alicia POV
-
"Alicia! Pantau kawasan bawah! Pastikan takde siapa-siapa pun!"Arah Roza melalui iPod kecil di telingaku.
"Baik."Balasku singkat lalu melompat dari puncak menara ini ke bangunan yang lain.
Gerai-gerai yang tadi dipenuhi ramai orang,sekarang kosong dan sunyi sepi layaknya festival berhantu.
Aku menghasilkan kuasa elektromagnetik agar aku dapat melekat pada dinding bangunan dan memantau dengan lebih mudah.
"Nampak macam dah clear je...."Gumamku sendirian.
Tiba-tiba mataku tertumpu pada gadis yang cuba mendekati seorang budak lelaki.
"Moon?"Monologku.
Aku melompat dan melekat pada dinding untuk mendekati mereka berdua.
"Moo-"Baru sahaja aku mahu memanggil nama Moon-
"KABOOOOM!!"
Mataku membulat sebesar bola pingpong sebaik sahaja letupan besar itu berlaku.
Bom itu betul-betul ditanam di bawah tanah tempat Moon berdiri.
Asap dari letupan itu mula memudar.
"Tidak-"Gumamku yang sudah mula menggigil.
Badanku dengan sendirinya melompat lalu mendarat di atas tanah.
Aku berjalan menghampiri tubuh Moon.
Yukatanya bukan lagi berwarna merah jambu.Ia seratus peratus merah layaknya darah.
Bukan.Ia memang darah.
Dinding di lorong tersebut juga terkena percikan darah tersebut.
"Alicia! Status!"
"Alicia?"
Panggilan Roza itu seolah-olah tidak dapat didengari ku.
Kakiku yang menggigil-gigil tetap aku teruskan menggeraknya mendekati Moon.
Namun budak lelaki di depanku lebih pantas,dia berjalan mendekati Moon sambil melihat tubuhnya yang terbaring di atas tanah.
Wajahnya juga terkena percikan darah.
*Warning:blood*
"Huehuehue......"Ucapnya sambil tersenyum layaknya seorang psychopath.
"Mama mesti bangga dengan aku MUAHAHAHAHA!"Gelaknya dengan nada yang kuat.
Dia perlahan-lahan mengangkat kepalanya memandangku.
"Cari dia ni ke?"Soalnya dengan senyuman sinis yang tidak lekang di bibir.
"NAH!"Teriaknya sambil menyepak tubuh Moon yang sudah tidak bermaya.
"KAU-"
"BOOOOOOOOOOOOOOOOOM!"
Guruh berdentum dengan sangat kuat.
Aku benar-benar marah.
"SIAPA BAGI KAU SENTUH ADIK AKU HAH?!"Jeritku penuh amarah.
Aku menggenggam erat Katana di tangan kananku.
"AKU AKAN HAPUSKAN KAU!"
Tubuhku menghilang layaknya kilat dan secara tiba-tiba berada dibelakangnya.
Katana milikku dilibas tepat di lehernya.
Namun,belum sempat ia mengena leher budak lelaki itu,sebuah letupan bom dari bawah tanah tiba-tiba berlaku.
"BOOM!"
Aku berjaya mengelak dengan melompat ke belakang.
Aku menutup mulutku dari menghidu asap dari bom tersebut.
Asap mula memudar dan wajah budak itu dapat ku lihat semula
Mata tajam ku berjaya menangkap alat penghidup bom yang berada di tangan kanannya.
"DAPAT KAU!"Jeritnya.
"Hah?!"
Aku melihat cahaya di tanah yang membentuk penjuru segi empat sama dengan aku yang berada di tengahnya.
"Bom Flashlight!"Teriakku di dalam hati.
Aku dengan pantas meneleportkan diriku tepat dibelakang budak itu.
Namun kakiku secara tiba-tiba tidak boleh bergerak.
"Perangkap!"
Aku melihat gari besi yang menggari kedua-dua belah kakiku.
"Byebye."Kata budak lelaki itu lalu menekan butang yang berada di tangannya.
.
.
.
Aku yang sepatutnya panik malah tersenyum senget.
"Maaf,tapi aku rasa alat kawalan kau dah rosak."Ujarku sambil memperlihatkan kuasa arus elektrik yang terhasil dari jari telunjuk ku.
"M-M-Mustahil-"Dia berusaha menekan butang alat kawalan itu beberapa kali namun tiada apapun yang berlaku.
"ZZANG!"
"ZZANG!"
Aku memotong kedua-dua gari itu dengan selambanya menggunakan Katana milikku.
Menyedari aku yang berhasil melepaskan diri dari perangkap bodohnya,dia terus berlari layaknya seekor tikus.
"MAMA!!TOLONG!!"Jeritnya.
"Ceh."
Aku merendahkan sedikit tubuhku lalu dengan sepantas kilat tiba-tiba berada dibelakangnya.
"Balasan."Aku terus melibas katanaku tepat pada lehernya buat kali kedua.
"TANG!"
"Hah?!"
Aku melihat seorang wanita berambut panjang dan bertopeng sedang menghalang libasan katanaku menggunakan-
"Katana?"
Dia menolak semula libasan katanaku.
"Mama!"Jerit budak lelaki itu.
Baru sahaja dia ingin memeluk wanita yang berpakaian Yukata putih itu-
"Jangan dekat Lodie,biar mama uruskan."Kata wanita itu.
Sekarang,aku dapat melihat tubuhnya dengan sangat jelas.
"Roza!"Bisikku melalui alat komunikasi.
Tiada respon.
"Chris!"
Masih tiada respon.
"Sesiapa?!"Aku sudah mula naik angin.
"Aku dah tumpaskan diorang semua."Sampuk wanita di depanku.
Mataku membulat.
"Mustahil...."Gumamku tidak percaya.
"Sekarang giliran kau,Nombor 11."Kata wanita itu lalu melibas katananya tepat di wajahku.
Aku dengan pantas mengelak.
Aku mengumpulkan tenaga elektrik di tangan kiriku lalu menembaknya pada wanita itu.
"TANG!"
Dia berjaya membatalkan seranganku dengan sekali libasan menggunakan katananya.
"T-Tak mungkin..."Gumamku yang sudah tidak sedap hati.
Tiada siapa pernah berjaya membatalkan seranganku kecuali dia dan Ali.*Rujuk ch.8
Aku membentuk lingkaran arus elektrik yang agak besar dan sekali lagi menembaknya ke arah wanita itu.
"TANG!"
Aku sudah benar-benar tidak sedap hati.
"Strategi Alicia! Strategi!"
Sedang aku sibuk ingin mengatur strategi,wanita itu dengan pantas melibas katananya namun berjaya ditepis oleh ku.
"TANG!"
"TANG!"
"TANG!"
Dia menyerang dan terus menyerang seolah-olah tidak memberi langsung peluang untuk aku berfikir.
Aku cuba meneleportkan diriku di belakangnya dan terus menghalakan katanaku tepat di belakang badannya.
Namun dia lebih pantas,badannya segera ditunduk lalu kakinya menyepak kedua belah kakiku menyebabkan aku hilang keseimbangan.
"Buk!"
"Ergh...."Baru sahaja aku ingin mengusap pinggulnya yang sakit,wanita di depanku terus menyerangku menggunakan kakinya pula.
Aku menghalang sepakan kakinya menggunakan katana milikku.
"Aku akan kalah kalau terus macamni."
"Liat jugak kau ni."Katanya.
Dia membawa keluar satu lagi Katananya sekaligus membuatkan ku cuak.
Kali ini dia melibas kedua-dua katananya padaku yang masih lagi terduduk di atas tanah.
Aku yang mengetahui akan kebolehan fizikal ku yang tidak setanding dengannya terus mengangkat tangan kiriku yang sudah mempunyai tenaga elektromagnetik padanya lalu tubuhku dengan pantas melekat pada dinding bangunan di lorong tersebut.
"Wah.....boleh tahan.Dah jadi spider-woman pulak engkau ye."Sindir wanita itu.
"Eh silap,spider-girl la."Tambahnya lalu tertawa besar.
Sedang dia sibuk ketawa,aku tanpa membuang masa terus menarik tong sampah besar di belakangnya menggunakan kuasa elektromagnetik.
Baru sahaja aku ingat yang aku sudah berjaya menyentuhnya,tong sampah besar itu tiba-tiba terbelah menjadi empat bahagian.
Leka melihat adegan tersebut,sebuah bom flashlight dibaling tepat di wajah ku.
"SHINGGGG!!"
"ARGHHH!!"Teriakku apabila mata dan telingaku kedua-duanya tidak berfungsi.
Tidak dapat fokus,aku jatuh dari dinding.
Telingaku mengalami tinnitus manakala mataku pula buta sementara.
"PAK!"
Wajahku disepak dengan sangat kuat.
"PAK!"
Kali ni dagu aku pula.
"PAK!"
"PAK!"
"PAK!"
Aku ditendang dan disepak berkali-kali sebelum deria ku perlahan-lahan kembali semula.
Mataku dibuka hanya untuk dikejutkan dengan tubuhku yang sedang terbaring diatas tanah.
Hidungku berdarah,mukaku penuh lebam,sepakan di perut juga masih terasa.
Tatapan mataku tertumpu pada tubuh Moon yang juga terbaring di atas tanah dengan cairan darah yang membasahi tubuhnya.
Aku cuba mencapai tangannya.
Merasakan yang tanganku sudah menyentuh tangannya,aku dengan lembut menggenggamnya.
"Maaf Moon....maafkan Alicia sebab tak dapat lindungi Moon."Ucapku dengan suara yang serak dan juga terbatuk-batuk.
Tanpa aku sedar,air mata di kelopak mataku jatuh membasahi tanah sebelum mataku perlahan-lahan terpeja-
"ALICIA!!!"Jerit seseorang.
"Suara ni....."
"Ni suara Iman."
"KABOOOOM!!"
-
End of Alicia POV
Bulat POV
-
Aku membuka mataku perlahan-lahan apabila terdengar bunyi yang agak kuat.
Ia sepertinya bukan bunyi letupan dari bom.
Aku menyentuh pipiku yang sedikit melekit.
Tiba-tiba aku teringat akan seseorang yang secara tiba-tiba menutup mulutku menggunakan sehelai kain.
Dan aku tidak ingat apa yang terjadi seterusnya.
"Bau ni.......ni ubat tidur."Monologku sendirian.
Aku terdengar bunyi dentuman guruh yang berulang sebanyak tiga kali.
"Alicia?"Gumamku.
Aku cuba mengapungkan diriku untuk melihat apa yang terjadi dari atas.
Mataku membulat.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang gadis berambut blonde yang stylenya sama seperti Alicia,memiliki mata biru yang dikenal milik Iman,sedang memegang Katana milik Alicia dengan kuasa air milik Iman padanya.
Aku yang seringkali menghabiskan masa di perpustakaan untuk menimba ilmu yakin bahawa......
"Itu adalah fusion."
........................................................................
Before korang nak cakap yang author tiru BoBoiBoy or whatsoever,
Take note yang berlambak lagi cerita yang ada kuasa fusion dalam dia.
Plus BoBoiBoy bukan cerita first yang ada fusion.
Kalau korang rasa masukkan fusion lagi menarik,sila komen 'setuju' di bawah.Kalau tak nak sila komen 'tak setuju'.
Kalau takde komen author akan take as 'tak setuju' dan kita akan terus sambung alur cerita normal,simple dan cliche.
Decision is up to you.
Jangan lupa vote dan comment kalau korang suka cerita ni!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro