Ch.13: Bunker
Sekitar kawasan rumah agam
Jam 1930
-
Ali dan Alicia sudah berada di hadapan pintu rumah agam milik mendiang atuk Jet.
Ali dengan penuh berhati-hati memulas tombol pintu tersebut.
Dia menolaknya perlahan-lahan sambil matanya ditumpukan di sekeliling ruang tamu layaknya seorang pengintip.
"Okay,line clear."Bisik Ali kepada Alicia yang berada di belakangnya.
Alicia hanya meng-hmm-kan sahaja bisikan Ali sambil menanggalkan kasut miliknya.
Mereka berdua dengan penuh berhati-hati melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
.
.
"Alicia,aku rasa kita-"Tidak sempat menghabiskan ayatnya,mata Ali membulat sebesar bola pingpong.
Alicia mengangkat sebelah keningnya kehairanan.
"B-B-Belak-kang k-k-kau...."Ujar Ali penuh gugup sambil menuding jarinya ke arah lembaga hitam di belakang Alicia.
"Gulp!"
Baru sahaja Alicia mahu menoleh kebelakang-
"ADUH SAKITTTT!!"Jeritnya menggegarkan ruangan tingkat bawah.
"Oh,berani lagi eh kau jejak kaki lepas dah hancurkan ruang tamu."Kata wanita yang sedang menarik telinga Alicia sambil mengheretnya ke dapur.
"AMPUN ROZA!!"Jerit Alicia lagi.
Ali dari jauh hanya memerhatikan dua orang itu dengan mata yang tidak berkelip.
.
.
"Kau tak lapar ke?"
"Eh?"Ali memandang ke arah Khai yang tiba-tiba berada di sebelahnya.
"Oh,tak-"
*Growl*
"Hmm?"Usik Khai sambil menaikkan kedua-dua keningnya.
"Ehehe."Balas Ali sambil menggaru lehernya yang tidak gatal.
Khai tanpa membuang masa terus menolak Ali ke dapur.
.
.
Alangkah terkejutnya Ali apabila melihat Alicia yang sedang sibuk membasuh pinggan yang bergunung-ganang di dalam sinki.
Tidak perasan akan Ali dan Khai di sekitarnya,Alicia mengeluh.
"Haih.....apalah nasib...."Keluh gadis penguasa petir itu.
Berasa sedikit bersalah,Ali cuba menawarkan perkhidmatan untuk menolongnya tanpa mempedulikan perutnya yang sudah membuat konsert.
"Nak aku tolong?"Ujar Ali.
Alicia sedikit terkejut dengan kehadiran Ali.
Namun wajahnya kembali normal selepas melihat Khai.
Dia melontarkan sebuah senyuman manis kepada Khai sebelum matanya kembali fokus kepada pinggan-pinggan di depannya.
"Oklah,tak nak kacau korang.Aku pergi dulu."Kata Khai lalu berlalu pergi.
Mata Ali yang sibuk memerhatikan kelibat Khai sekarang tertumpu pada Alicia.
Wajah gadis itu masam mencuka.
"Err....Alicia?"Panggil Ali.
Lupa akan kehadiran Ali,Alicia dengan pantas mengubah riak wajahnya menjadi 'cool'.
"Apa dia?"Soal Alicia tanpa memandang Ali.
"Ada apa-apa aku boleh tolong?"Pinta Ali.
"Ada.Tolong makan."Balas Alicia.
Ali mencebik sebaik sahaja mendengar jawapan Alicia.
"Ye lah."Balasnya lalu berjalan mengambil pinggan dan segelas cawan.
-
Alicia POV
-
"Jangan mimpi aku akan bagi kau dengar perbualan kitorang."
Aku memejamkan mata buat seketika.
Sebaik sahaja mataku dibuka,kedengaran beberapa bunyi dari peranti-peranti keselamatan yang dipasang di dalam rumah agam ini dinyahaktifkan oleh kuasa milikku.
Aku menarik nafas sedalam mungkin lalu menghembusnya.
"Baik.Aku dah sedia."
"Ali."Panggilku dengan tangan yang masih ligat membasuh pinggan.
"Hmm?"Balasnya dengan mulut yang penuh.
"Apa maksud kau yang pemilik kuasa tak makan selama 6 bulan adalah sesuatu yang normal?"Soalku.
"Eh? Khai cakap korang semua pun macamtu."Balasnya lalu meneguk segelas air.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Berdasarkan apa yang jadi dalam hutan petang tadi,kau rasa apa kuasa milik kau?"Soalku lagi.
"Hmm.....penyembuhan?"Ucapnya kedengaran tidak yakin.
Aku sekali lagi menganggukkan kepalaku.
Kali ini aku memusingkan badanku menghadapnya yang sedang berjalan ke arahku sambil membawa pinggan dan cawan.
Ali memberhentikan langkahnya lalu fokus kepadaku.
"Tapi macammana kalau aku kata......"
"Pemilik kuasa penyembuhan tu tak wujud?"
-
End of Alicia POV
Baru sahaja Ali ingin membalas pernyataan Alicia,siren rumah agam itu tiba-tiba berbunyi.
"Hah?! Kenapa ni?"Soal Ali yang mula panik.
"Jom."Kata Alicia lalu memegang erat baju Ali.
*Poof*
.
.
Ali membuka matanya hanya untuk dikejutkan dengan kesemua pemilik kuasa yang telah tiba di sebuah bilik yang tidak pernah dilihatnya.
"Tempat apa ni?"Tanya Ali.
"Bunker bawah tanah.Lazimnya digunakan apabila siren rumah dihidupkan menjadi tanda perjumpaan segera dan rahsia."Jelas Chris.
Ali mengangguk dengan wajah yang serta merta berubah serius.
"Baik.Chris akan mulakan."Kata Chris lalu meng-scan tangannya pada meja bulat yang diletakkan pokok sebagai hiasan.
Sebaik sahaja tangannya di-scan,meja itu terbuka dengan sendirinya menyebabkan pokok yang diguna sebagai hiasan itu seolah-olah disedut di dalamnya.
Pokok itu terus hilang dari pandangan lalu digantikan dengan pancaran hologram yang membentuk beberapa menara utama CyberNova.
"Semalam,jam 1535,sebuah letupan kecil berlaku di Menara Nitroglycerin
menyebabkan sedikit kehancuran tanpa sebarang kecederaan dilaporkan."
"Saya baru dapat laporan satu lagi letupan yang lebih besar berlaku di Menara Nitrocellulosic hari ini jam 1945."
"Letupan menyebabkan 13 cedera dengan 2 ditahan di ICU."Jelas Chris.
"Letupan bersiri,huh?"Sampuk Rudy.
Chris mengangguk.
"Betul.Dan menara seterusnya adalah-"Kata-kata Chris dipotong Jet.
"Chlorates."Ujar Jet.
Chris memetik jarinya.
"Tepat sekali."
"Jadi,apa rancangan kita?"Soal Ali.
"Kita akan berpecah,obviously."
Sampuk Moon.
"Tak."Celah Roza.
"Ehhhh? Kenapa tak?"Soal Moon.
"Kita takkan terus berpecah.Musuh dapat baca nanti."Jelas Roza.
"Dan destinasi utama kita bukan Menara Chlorates."Tambah Roza.
"Hah?!"
"Melainkan........"
"Festival Bunga Api CyberNova."
........................................................................
It's been forever isn't it?
Maaf🙏🙏🙏
Author akan cuba update sekerap mungkin.Bersabar ye.
Nak inform jugak pasal sequel untuk Alicia Side Story,mungkin MUNGKIN akan dipublish Jun.Paling lambat Julai.
Apa-apa nanti author akan inform kat korang.So tunggu ye.
Btw,
Esok Raya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro