Ch.12: Perbezaan
Alicia meneleportkan dirinya dan Ali jauh dari rumah agam mereka.
Ali yang kepeningan menggelengkan kepalanya.
Merasakan yang dia mulai stabil,Ali membuka mulutnya.
"Kita kat mana ni?"Tanya Ali.
Alicia hanya berdiam diri dan meneruskan perjalanannya.
Ali hanya melihat kawasan hutan di sekitarnya yang dipenuhi batu-batu besar.
Melihat Alicia berjalan menaiki tangga usang tersebut,Ali mengekorinya dari belakang tanpa banyak soal.
.
.
.
Setelah beberapa minit berjalan,Alicia akhirnya berhenti.
Dia menghadap sebuah batu besar yang sudah separuh hancur.
"Woah...."Ujar Ali kagum.
Ali melihat tangan Alicia yang memegang batu itu.
Kaki gadis itu terlihat menggigil-gigil.
"Buk!"Lututnya jatuh bertemu tanah.
"Alicia!"Teriak Ali lalu berlari pantas mendapatkan gadis itu.
"Ergh..."Gumam Alicia sambil sebelah tangannya memegang kepala.
"Kau okey tak?"Soal Ali yang sedikit panik.
Alicia perlahan-lahan kembali bangkit dengan bantuan Ali dan daya tahan tangan kanannya pada batu besar itu.
"Jangan risau.......aku cuma terlalu banyak guna kuasa....."Kata Alicia dengan suara yang terdengar serak.
"Kau mesti dahaga kan? Tunggu sekejap aku pergi ambik air dekat sungai."Kata Ali lalu berlari beredar dari situ.
.
.
.
Melihat kelibat Ali yang mulai hilang dari pandangan,Alicia dengan berhati-hati menyandarkan tubuhnya pada batu separuh hancur itu.
Tangan kanannya diangkat separas dada.
Tapak tangannya mengeluarkan arus elektrik yang agak kecil.
"Auch!"
Alicia menyentuh kepalanya kembali apabila sakit yang terasa seperti jarum datang sebaik sahaja kuasanya diaktifkan.
"Tap.Tap.Tap."
Gadis itu mengangkat kepalanya mencari arah datangnya bunyi tapak kaki tersebut.
"Alicia!"Panggil seseorang.
Mata Alicia terus tertumpu pada sosok tubuh yang sedang berlari anak ke arahnya dengan tangannya yang memegang erat sebuah mangkuk.
Lelaki itu merendahkan tubuhnya menyebabkan kedua-dua lututnya menyentuh tanah.
"Nah."Ucap Ali lalu menghulurkan sebuah mangkuk besi yang diisikan aur di dalamnya.
Alicia tergamam seketika apabila melihat wajah Ali yang agak....
familiar.
........................................................................
"Nah."
Gadis itu mendongak kepalanya hanya ingin dikejutkan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan kotor dan comot.
Wajahnya yang putih penuh dengan kesan kotoran.
Pakaiannya pula terlihat serba kekurangan dengan kesan koyakan di merata-rata tempat.
Bibirnya mengukir senyuman dengan sebuku roti dihulur kepada gadis itu.
"Kenapa bagi roti ni?"Soal gadis itu kehairanan.
"Ni sebagai tanda terima kasih sebab selamatkan saya haritu."Balas budak lelaki tersebut.
Gadis itu hanya mengangguk lalu mengambil roti yang dihulurkan.
"Alicia."Kata gadis itu tiba-tiba.
"Huh?"Budak lelaki itu mengangkat sebelah keningnya tanda hairan.
"Alicia.Nama aku Alicia."Jelas gadis itu sambil menggigit sedikit roti tersebut.
"Alicia? Panjangnya."Balas budak lelaki tersebut.
Alicia mengetap giginya sedikit geram.
"Dahtu kau nak panggil apa?"Soal Alicia yang masih geram.
Budak lelaki itu meletakkan tangan kanannya di dagu.
"Hmmm...."
"Aku nak panggil kau Icha.Boleh?"
Katanya dengan senyuman manis.
Alicia tersentak seketika.Tidak perasan pula akan pipinya yang merah layaknya tomato.
"Hurm?"Budak lelaki itu mendekatkan wajahnya sedikit.
Alicia mengundurkan tubuhnya sambil wajahnya yang merah menyala itu dipaling ke tepi.
"Boleh tak?"Budak lelaki itu membuka mulutnya.
Alicia yang sudah tidak tahan mengangguk laju lalu menolak tubuh budak lelaki itu sehingga jatuh ke lantai.
"Aduh!"Teriak budak lelaki itu sambil menggosok-gosok punggungnya.
Matanya tertumpu pada gadis itu yang sibuk mengunyah roti di tangan dengan lingkaran arus elektrik yang jelas kelihatan di tubuhnya.
"Selamat berkenalan Icha."Kata budak lelaki itu sambil tersengih-sengih sehingga menampakkan kesemua gigi rongaknya.
"Nama aku-"
"Alicia?"
........................................................................
"Alicia?"Panggil Ali yang masih menghulurkan mangkuk besi itu kepadanya.
Alangkah terkejutnya dia apabila air mata secara tiba-tiba jatuh dari mata kiri Alicia.
"Alicia?! Kenapa ni?!"Ujar Ali yang mula gelabah.
Alicia akhirnya tersedar dari lamunannya.
Tangannya menyentuh muka.
"Air mata?"Gumamnya.
Mata Alicia tertumpu pada Ali yang berada di hadapannya.
"Siapa kau?"Soal Alicia.
Ali tersentak.
Namun dengan pantas dia menggelengkan kepalanya.
Wajahnya kini kelihatan serius.
"Aku Ali."Kata Ali dengan tatapan tajam pada gadis di depannya.
"Oh Ali,maaf.Aku.....aku pening sikit."Balas Alicia sambil tangannya mengusap dahi.
"Minum ni."Ali mendekatkan mangkuk besi itu pada mulut Alicia.
Alicia meneguknya tanpa banyak soal.
.
.
.
Tiba-tiba satu cahaya kuning melingkari tubuh gadis itu menyebabkan sakit-sakit di badannya hilang serta merta.
Sebaik sahaja cahaya itu hilang,Alicia terus bangun dengan penuh tenaga.
Dia melihat kedua belah tapak tangannya seolah-olah tidak percaya akan apa yang berlaku.
"Macammana?"Ucapnya sambil menatap Ali yang masih terduduk.
Ali mengangkat sebelah keningnya tanda hairan.
"Apa maksud kau 'macammana'?"Soal Ali.
"ZZANG!"Alicia membawa keluar pedang katananya lalu mendekatkannya pada pipi kanan.
"Apa yang kau-"
"ZZANG!"
Mata Ali membulat apabila melihat pedang tajam itu melukai pipi kanan Alicia.
Darah menitik membasahi tanah.
Namun reaksi Alicia sama sekali tidak menunjukkan rasa sakit mahupun takut.
"Bangun Ali."Arah Alicia.
Ali serta merta bangun layaknya tentera.
Pergelangan lelaki itu digenggam Alicia lalu mendekatkannya pada pipi kanan yang dibasahi darah akibat luka sengajanya sebentar tadi.
Berharap akan berlaku sesuatu,tangan Ali malah dibasahi darah.
Alicia sedikit terkejut apabila ideanya tidak berjaya.
Tidak.
Bibir gadis itu mengukir senyuman sinis.
"ARGH!!!"Teriaknya.
Ali mula panik.
"Alicia!"Jeritnya cuba melepaskan pergelangan tangannya yang digenggam erat supaya dapat membantu merawat luka Alicia.
Namun sia-sia sahaja apabila genggaman gadis itu makin kuat.
Dia berkali-kali mengerang kesakitan menyebabkan Ali mula berteriak meminta tolong.
"Tolong!!Sesiapa tolong!!"Jerit Ali yang tangannya masih menyentuh pipi kanan Alicia yang berlumuran darah.
"Alicia bertahan!"Kata Ali.
"ARGHHHHH!!!"Alicia malah menjerit dengan lebih kuat.
Ali yang sepertinya tidak mampu berbuat apa-apa menutup matanya rapat agar jeritan Alicia itu dapat mengurangkan rasa bersalah pada dirinya.
"Alicia maafkan aku."Gumam Ali dengan matanya yang masih tertutup rapat tidak sanggup melihat gadis itu meronta-ronta kesakitan.
Tiba-tiba keadaan menjadi senyap sunyi.
Pergelangan tangannya yang tadi digenggam dengan erat sekarang dilepaskan.
Tangan yang tadi menggenggam pergelangan tangannya berubah tempat kepada tapak tangannya pula.
Kali ini tangan Ali diusap lembut sahaja.
"Buka mata kau."Kata Alicia.
Ali perlahan-perlahan membuka matanya hanya untuk dikejutkan dengan pipi kanan Alicia yang dilitupi cahaya kuning yang mula menghilang.
Luka besar di pipinya hilang seiring dengan cahaya kuning itu tadi.
Tangan Ali dilepaskan Alicia.
Lutut Ali terus rebah ke tanah.
Tangannya menggigil.
"Aku ingat........kau.....kau-"
"Mati? Tak lah."Potong Alicia.
Ali mendongakkan kepalanya memandang Alicia yang masih berdiri.
"Kita semua atau lebih tepat pemilik kuasa,ada kuasa penyembuhan."
"Penyembuhan berlaku apabila pemilik kuasa terluka menyebabkan kuasa asli bertukar menjadi sel yang membantu badan untuk sembuh dengan lebih cepat."
"Sebagai contoh,kalau aku luka,arus elektrik dalam badan aku akan serta merta berubah jadi cahaya yang kau tengok tadi."
"Cahaya tu lah sel penyembuhan."
"Tapi,penyembuhan akan menyebabkan kemampuan kuasa berkurang.Sangat tak efektif kalau tengah berlawan dengan musuh."
Ali yang tadi menggigil ketakutan sekarang mengangguk penuh teruja.
"Cuma......"Alicia memberhentikan kata-katanya.
"Hmm?"Ali yang sudah teruja berasa hairan seketika.
"Penyembuhan biasanya ambil masa 10 minit untuk pemilik kuasa yang mahir dan 30-60 minit untuk pemilik kuasa sederhana."
"Tapi kau-"
"Tang!"
Alicia menembak bahu Ali menggunakan kuasa arus elektriknya.
"Argh!"Ali terus memegang bahunya yang dirasakan berdarah.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat cahaya berwarna hijau terang menutupi luka di bahunya.
Sakit dan parut hilang seiring cahaya hijau itu.
"Sekelip mata je boleh sembuh."
........................................................................
Akhirnya setelah seminggu tak update🤫
Harap korang suka chap kali ni!
Jangan lupa vote dan comment!^^
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro