Ch.11: Cedera & Sembuh
"ALIC-"
"BANGGGGGG!!!"
Alicia yang sepatutnya diselamatkan Ali malah menghilangkan diri sebelum sempat ditolak.
Batu besar yang dikawal Bulat itu mengenai tepat pada tubuh Ali menyebabkan dia menghempap kuat curam kolam itu.
Kesemua pemilik kuasa terdiam seketika.
"Splash!"
Batu besar itu jatuh menyebabkan percikan air.
Kelihatan tubuh Ali yang tidak sedarkan diri dengan badan yang dipenuhi luka.
Baru sahaja tubuhnya mahu jatuh ke dalam kolam,Alicia sepantas kilat menangkapnya.
Kedua-dua tangannya memegang erat badan Ali lalu dia melompat ke atas.
Tubuh Ali yang tidak bermaya itu dia baring kan diatas tanah.
Pemilik kuasa yang lain berlari pantas ke arah mereka berdua.
"Ali okey tak?"Tanya Moon.
Alicia hanya mendiamkan diri.
Tangannya menampar pipi Ali.
Matanya membulat apabila mulut lelaki itu mengeluarkan sedikit cairan darah.
"Ish!"Alicia mendengus geram.
Kelibat mereka berdua terus hilang daripada pandangan pemilik kuasa yang lain.
"Chris-"Kata-kata Moon dipotong.
"Biarkan diorang.Alicia tahu apa dia buat."Potong Chris.
Moon mengangguk faham dengan wajah yang sedih.
........................................................................
Alicia POV
-
"Bangun Ali."Ujarku membaringkannya di atas sebuah katil yang diletakkan khas di ruang tamu.
Dahinya terlihat berkerut dengan mata yang masih terpejam.
Dia pasti sedang menahan sakit.
Aku tanpa melengahkan masa terus berlari ke bilik tempat ubat-ubatan disimpan.
"Sekejap."Monologku dengan langkah yang terhenti.
"Kenapa aku rasa macam ni?"
"Kenapa aku risaukan dia?"
Kepalaku digeleng lalu langkahku dibuka semula.
Tiba di depan pintu bilik tersebut,aku terus memulas tombol pintu.
Rak di sekitarku dibuka untuk mencari peti kecemasan.
"Ah! Aku tak pernah masuk pun bilik ni.Macam mana nak cari?!"Marahku pada diri sendiri.
Tiba-tiba.....
"ARGHHHHH!!!!"
Telingaku menangkap jeritan kuat dari tingkat bawah tempat Ali berada.
Aku mula panik.
Mataku tertumpu pada sebuah kotak yang dilekatkan di dinding.
Ia mempunyai lambang bulan sabit merah padanya.
"Mesti yang tu!"
Aku berlari mendapatkannya lalu cuba meneleportkan diriku pada Ali.
Badanku sepertinya tidak berganjak.
"Ish!Aku dah guna banyak sangat kuasa!"Kataku geram lalu terus keluar dari bilik tersebut.
.
.
.
Aku berlari pantas menuju ke ruang tamu.
"Ali! Berta-"
Langkahku tiba-tiba terhenti.
"Bang!"
Peti kecemasan di tanganku dilepaskan secara tidak sengaja.
Budak lelaki yang tadi terbaring dengan luka yang memenuhi badan kini duduk tanpa sebarang parut kelihatan.
Mulutnya yang tadi berdarah sekarang terlihat sama seperti sedia kala.
Matanya yang tadi terpejam sekarang dibuka.
Tubuhnya tadi yang terbaring sekarang duduk dengan wajah yang kehairanan sambil kedua matanya menatap ke arahku.
"Alicia! Kau okey?"Ujarnya kepadaku yang masih berdiam diri.
Aku yang tersedar dari lamunan menggelengkan kepala lalu mengambil peti kecemasan yang berada di lantai.
Aku membuka langkah berjalan ke arahnya.
Peti kecemasan yang dipegang aku letak di atas meja kecil yang berada di tengah-tengah sofa.
Wajahku diangkat lalu mataku menatap tajam pada Ali.
Dia tersentak seketika namun kembali tersenyum.
Tangan kananku diangkat lalu dua jariku membentuk pistol.
Aku menghalakannya tepat pada wajah Ali.
"Eh kenapa ni?"Soalnya yang kekeliruan.
"Jangan elak."
"Hah?!"
"TANG!"
"Aduh!"Ali menyentuh pipinya yang ditembak oleh arus elektrik yang terhasil dari kedua jari Alicia.
Tangannya diturunkan semula untuk dilihat olehnya.
Matanya jelas kelihatan terkejut.
"D-d-darah?"Gumamnya gugup.
Badannya menggigil lalu perlahan-lahan pengsan.
Aku menghela nafas berat.
"Maaf."
Wajahku yang tadi serius,sekarang berubah terkejut.
Ali yang kembali terbaring di atas katil itu sekali lagi mengerutkan dahinya.
Mulutnya bergerak-gerak seolah mengatakan sesuatu.
Aku berjalan menghampirinya.
Dahinya mula mengeluarkan peluh.
Mataku terbeliak apabila luka di pipinya mengeluarkan cahaya berwarna-
"Kitorang dah balik!"
Aku terus menoleh ke arah suara tersebut.
Kelihatan kesemua pemilik kuasa yang baru pulang dengan beg plastik di tangan.
Mataku kembali menatap Ali yang masih terbaring.
Luka di pipinya sudahpun hilang.
"Tsk!"
Aku cuba mendekatkan sedikit wajahku ke arahnya untuk melihat kesan luka dengan lebih dekat.
Pipinya yang putih itu kelihatan bersih tanpa sebarang parut.
Padahal luka dari arus elektrik milikku agak mustahil untuk hilang walaupun ia hanya menggunakan voltan yang rendah.
"Gulp!"
Aku terdengar seseorang menelan liur.
Kepalaku diangkat sedikit untuk melihat wajah Ali.
Mataku membulat.
Dia sudahpun terbangun.
Wajah kami terlalu dekat sehinggakan aku boleh melihat alis mata Ali dengan jelas.
Anak matanya berwarna coklat dan sedikit kebiru-biruan.
"Kenapa ni?"
"Kenapa aku rasa macam....."
"Alicia?"Panggilnya.
Aku kembali tersedar dari lamunan ku lalu berdiri dan terus berganjak ke belakang.
"Hhhh..."Aku terdengar seseorang menahan nafas.
Wajahku segera ditoleh memandang mereka.
Kelihatan Moon,Jet,Khai,Bulat dan Chris sedang menatapku dengan tapak tangan mereka diletakkan di mulut.
Wajah mereka jelas memperlihatkan reaksi terkejut dan teruja.
Aku melihat wajah Jet yang mengangkat kedua-dua keningnya mahu mengusik ku.
"Hihihi..."Moon pula tertawa kecil sambil matanya memandangku penuh makna.
Bulat masih lagi kekal dengan posisinya dengan mulut ternganga.
"Hohoho..."Aku melihat tangan Chris yang tiba-tiba memegang kipas tangan yang dihasilkan dari kuasa kristalnya.
Khai pula bersiul kononnya tidak melihat apa-apa.
💢💢💢
Badanku sudah dilingkari arus elektrik.
Tanganku diangkat membentuk pistol dengan dua jari.
"KABOOOOOOOOOOOOOOOM!!"
"Fuh."Aku meniup kedua jariku lalu melihat ke arah mereka berlima.
Tembok kristal besar yang dibuat oleh Chris berlubang.
"Heh."
Mataku tertumpu pada mereka yang sudah pengsan dengan rambut yang terpacak ke atas.
"Pfft..."
"Diorang okey ke tu?"Tanya seseorang yang dibelakangku.
Aku tidak menoleh.
"Jangan risau.Aku kenal diorang."Balasku sambil tersenyum sinis.
Tiba-tiba aku merasakan satu aura gelap yang sedang menatapku tajam.
Aku meneguk liur lalu memberanikan diri untuk menoleh.
"Oh....R-Roza..."Ujarku sambil tersengih-sengih.
Mataku tertumpu pada tangannya yang sudah berapi-api.
Rasanya aku sudah boleh agak kenapa.
"TANG!"
Aku menoleh ke arah ruang tamu yang sudah separuh hancur akibat kuasa ku.
Aku memandang Roza semula.
"Oops."Aku sepantas kilat menggenggam pergelangan tangan Ali lalu mengheretnya keluar dari rumah agam itu.
"BOOM!"
"BOOM!"
"BOOM!"
Roza menembak segala jenis bebola api namun berjaya dihalang ku.
"Jumpa nanti!"Jeritku lalu meneleportkan diri jauh dari rumah agam tersebut dengan Ali yang masih diheret.
-
End of Alicia POV
........................................................................
Maaf sangat lama tak update🙏
Update mungkin akan berubah seminggu sekali atau dua kali.
Harap bertabah ye😣
Jangan lupa vote Dan comment kalau korang suka!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro