Ch.10: Perlawanan
Ali POV
"Korang memang dah mati."
Mataku dibuka luas.
Tangan diletakkan di dada.
"Hah...hah...hah..."Nafasku kencang seperti baru lepas berlari.
"Suara tu lagi...."Gumamku lalu menyentuh kepala yang agak pening.
Jam di dinding aku tatap.
"Pukul 6.30....."Aku turun dari katil lalu berjalan ke balkoni untuk mengambil angin.
.
.
"Huargh...."Aku menutup mulutku yang ternganga luas.
"Brrr..."Badanku menggigil kesejukan.
"Haaa...segarnya...."Monologku yang sedang menghirup udara sejuk di balkoni ini.
"ZZANG!"
"ZZANG!"
"ZZANG!"
Mataku mencari dari mana datangnya bunyi tersebut.
Aku cuba berjalan ke tepi balkoni.
Mulutku ternganga seketika.
Aku melihat Alicia dari jauh yang sedang memegang sebilah pedang katana dengan patung-patung yang hancur di sekitarnya.
Pedang itu hilang secara tiba-tiba.
"Wow...."Gumamku terpesona.
Namun dia dengan sekelip mata menghilangkan diri.
"Apa kau buat kat sini?"Tanya seseorang yang berada dibelakangku.
Mataku membulat.
Aku memberanikan diri untuk menoleh.
"Aku.....aku cuma nak ambik angin."Jawabku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
Aku melihat Alicia di depanku yang sedang menilik bilah katananya yang tajam itu.
Dia menganggukkan kepalanya.
Berasa kekok,aku cuba menanyakan beberapa soalan kepadanya.
"Alicia."Panggilku.
Dia tidak memandangku namun sebelah keningnya diangkat.
"Macammana kau boleh tahu kuasa kau?"Soal ku memulakan perbualan.
Dia berjalan ke arah sebuah meja kecil yang mempunyai 2 buah kerusi lalu duduk.
Pedangnya diletakkan diatas meja tersebut.
"Tunggu apa tercegat kat situ? Duduklah."Ujarnya dingin.
Aku segera berjalan ke arah Alicia lalu duduk diatas kerusi didepannya.
"Kenapa kau tanya?"Soalnya sambil menyilangkan kaki.
"Erm.....mungkin aku boleh hidupkan kuasa aku sama macam kau buat?"Jawabku tidak yakin.
Dia memutar matanya kelihatan menyampah.
"Aku tak berapa ingat pun sebenarnya,tapi mungkin waktu aku nak selamatkan seseorang? Entahlah."Katanya sambil menyisir rambut.
"Dan kau yakin kau tak pernah hidupkan kuasa kau?"Soalnya pula kepadaku.
"Hmm....Tak pernah rasanya."Balasku.
"Pernah tak kau perasan sesuatu yang pelik pada diri kau yang mungkin takde kat orang lain?"Tanya Alicia lagi.
"Pernah.Tapi mungkin normal bagi korang."Balasku.
"Apa dia?"
"Aku boleh hidup 6 bulan tanpa-"
"Korang,breakfast dah siap!"Jerit Mika dari bawah.
"Jom Alicia.Aku dah lapar ni."Ujarku lalu berdiri dari kerusi meja balkoni itu.
"Tunggu!"Jerit Alicia.
Aku menoleh memandangnya.
"Habiskan ayat kau."Katanya terdengar serius.
Aku sedikit hairan namun mengangguk sahaja.
"Aku boleh hidup 6 bulan tanpa sebarang makanan."
"Aku pergi dulu! Jumpa kau kat bawah!"Teriak ku lalu berlalu pergi.
-
End of Ali POV
........................................................................
Selepas bersarapan,Chris mengajak mereka semua ke sebuah kawasan lapang di belakang rumah.
"Chris,kita nak buat apa ni?"Tanya Ali yang berjalan disebelah Chris dan Khai.
"Kau tengok je nanti."Balas Chris.
.
.
"Woahhhh! Tempat apa ni Chris?"Tanya Ali yang kelihatan sungguh kagum.
"Inilah tempat...."
Tangan Chris membentuk satu pedang kristal yang dikenal sebagai Excalibur.
"Kitorang berlawan."
Mata Ali sudah bersinar-sinar terpegun.
"Siapa berani nak lawan aku?"Soal Jet tersenyum bangga sambil memeluk tubuh.
Pemilik kuasa yang lain hanya memutar mata mereka malas melayan karenah Jet.
"Ooo berlagak eh.Jom ah!"Teriak Moon yang sudah berada di depan Jet.
"Urgh......dua ekor ni lagi."Gumam Khai yang sudah kelihatan muak.
"Korang berdua dah lawan kan minggu lepas,bagi lah yang lain pulak."Sampuk Bulat.
Jet dan Moon hanya mencebik.
"Disebabkan kali ni kita ada ahli baru iaitu Ali,Chris nak kita buat 2vs2."Ujar Chris sambil tersenyum lebar.
"Lagi best!"Jerit Moon.
"Jadi,untuk perlawanan pertama,Chris dah pasangkan dengan teammate yang sesuai."Kata Chris lagi.
"Peraturan macam biasa,siapa sentuh curam yang mengelilingi kolam ni kalah."
"Kita akan ada gabungan yang menarik."
"Iaitu....."
"API DAN AIR VS KRISTAL DAN ANGIN!"Jerit Chris.
Mata Iman dan Roza membulat seketika.
Jet pula tersenyum senget.
"Menarik."Ujar Roza sambil tersenyum sinis.
Iman sudahpun berjalan diatas air menuju ke kawasan darat yang terletak di tengah-tengah kolam air itu.
Chris dengan kuasa kristalnya pula membina jambatan lalu berjalan diatasnya bak seorang putera raja.
Roza dengan selambanya melompat diatas batu-batu sehingga sampai di kawasan darat tempat Iman dan Chris berada.
Jet dengan malasnya pula menerbangkan dirinya ke arah mereka.
"Sedia!"Jerit Bulat.
"MULA!"Jerit kesemua pemilik kuasa serentak.
Perlawanan dimulakan
-
Roza membuat satu bebola api yang agak besar lalu dibaling tepat ke arah Chris.
Chris mencucuk pedang kristal miliknya itu ke tanah menyebabkan batu-batu kristal yang agak besar terbentuk menyerupai tembok.
Batu-batu kristal itu melindunginya dari bebola api milik Roza.
Api mula mengelilingi tubuh wanita itu.
Dia berlari sepantas mungkin ke arah Chris lalu menghancurkan tembok kristal miliknya.
"Habislah kau."
Buku lima milik Roza berubah sepenuhnya menjadi api lalu dihalakan tepat ke wajah Chris yang kelihatan terkejut.
Namun wajah Chris sekelip mata tersenyum sinis.
"Heh."
Chris memetik jarinya.
Tubuh Jet tiba-tiba muncul dibelakang Chris menyebabkan Roza membulatkan matanya.
"PAK!"
Jet menepuk kuat kedua-dua belah tangannya.
Suatu angin yang sangat kencang terhasil menyebabkan tubuh Roza terpelanting secara paksa.
Belum sempat tubuhnya mahu menghempap curam,Iman dengan pantas mengawal air menjadi sebentuk tangan lalu menangkap Roza.
Roza berdiri kembali diatas sebuah batu dengan keadaannya yang basah lencun.
Namun dia dengan sekelip mata kembali kering apabila kuasa apinya mengelilingi tubuh.
Melihat Chris dan Jet yang sedang menumpukan serangan ke arah Iman,Roza dengan pantasnya membuat sebuah busur dan anak panah daripada api lalu menembaknya ke arah mereka.
"Jet! Tunduk!"Jerit Chris.
Jet memaling ke tepi hanya untuk dikejutkan dengan sebatang anak panah berapi yang pada bila-bila masa sahaja akan mengenai wajahnya.
Menyedari hal tersebut,Jet terus menundukkan kepalanya.
Namun,sebaik sahaja dia tunduk,satu lagi anak panah dihalakan pada perutnya.
Tidak sempat mengelak,Jet-
"TANG!"
Jet dikejutkan dengan kehadiran Chris di depannya.
Chris melibas pedangnya tepat pada anak panah berapi itu menyebabkan ia terbelah menjadi dua lalu jatuh di dalam kolam.
Leka melihat Chris,Jet ditolak Iman menggunakan tangan gergasi yang dibentuk dari air.
"AAAHHH!!!"Jerit Jet yang menunggu saat untuk menghempap curam yang mengelilingi kolam itu.
Chris yang menyedari hal itu dengan pantas berlari untuk mendapatkan Jet .
Namun-
"BANGGGG!!!"
"ROZA DAN IMAN MENANG!"Jerit Bulat penuh semangat.
"Woahhhh!"Teriak Ali sambil menepuk kedua tangannya.
Jet menggosok-gosok punggungnya yang sakit selepas menghempap kuat curam kolam itu.
"Jom naik."Kata Chris sambil menghulurkan tangannya.
Jet sedikit terkejut.
"Kau tak marah?"Tanya Jet hairan.
"Buat apa?Aku yang sengaja buat kita kalah."Balas Chris tersengih-sengih.
Dahi Jet berkerut.
"Aku boleh je buat tembok kristal nak halang kau dari hempap curam tu.Tapi aku malas.Nak tengok jugak kau sakit."Jelas Chris sambil tertawa.
"Cis!"
.
.
"Seterusnya......"
"TELEPATHY DAN KEKUATAN SUPERHUMAN VS KELAJUAN DAN HALIMUNAN!"Jerit Chris.
"Yeay dengan Zass!"Teriak Moon gembira.
Zass hanya tersenyum nipis.
"Perghh dengan Mika.Mesti best!"Kata Khai sambil menggenggam tangannya bersemangat.
"Khai,aku ada plan.Boek punya."Ujar Mika sambil mengangkat 'thumbs up'.
Mereka berempat tanpa melengahkan masa terus berjalan menuju ke kawasan darat yang berada di tengah-tengah kolam itu.
"Sedia?!"Jerit Bulat.
"MULA!"Sahut kesemua pemilik kuasa.
Perlawanan dimulakan
-
Moon yang menggunakan kuasa halimunannya terus hilang.
Dia berlari ke arah Mika.
Mika yang sudahpun bersedia menghentakkan kakinya menyebabkan tanah bergegar.
Gegaran tanah yang dihasilkan oleh Mika membuatkan Moon hilang keseimbangan.
"BUK!"Kedengaran bunyi punggung Moon menghempap tanah.
Dia menggosok-gosok pinggulnya yang sakit itu lalu perlahan-lahan berdiri.
Sudah berdiri malah dikejutkan dengan Khai yang tiba-tiba muncul di depannya.
Khai memetik jarinya menyebabkan anak mata Moon mengecil.
"ZZSSS!"
Zass bagaikan Flash berlari lalu menyepak kedua-dua belah kaki Khai.
Khai yang kelihatan terkejut mula jatuh.
Tidak sempat untuk mengawal minda Moon,Khai mengetap giginya geram.
Namun kembali tersenyum.
Khai dengan segera berdiri lalu melompat tinggi.
Pelik dengan kelakuan Khai,Zass dan Moon tiba-tiba membulatkan mata mereka.
Kelihatan Mika dari jauh sedang menggenggam kedua-dua tangannya lalu dengan kuatnya dihentakkan di tanah.
Kuatnya gegaran tanah itu menyebabkan Ali yang sedang duduk diatas menonton perlawanan mereka juga turut bergegar.
Moon yang tidak mampu fokus untuk meng-halimunankan dirinya mula kelihatan.
Gegaran kuat dari Mika menyebabkannya sekali lagi terjatuh.
Namun bukan di atas tanah.
Melainkan-
"SPLASH!"
Di dalam kolam.
Zass dari jauh pula terduduk sebentar.
Dia menggeleng-gelengkan kepalanya yang sedikit pening itu.
Sebaik sahaja matanya dibuka,Mika telahpun berada dihadapannya dengan tangannya membentuk buku lima.
Bibir Mika mengukir senyuman sinis.
Zass membulatkan matanya lalu dengan pantas menunduk.
Tidak lagi leka,Zass terus berlari mendapatkan Moon lalu menyerang Khai yang sepertinya tidak terjejas dari gegaran Mika kerana dia sempat melompat.
Khai yang sudah bersedia mengangkat lengannya bagi menepis sepakan maut dari Zass.
Namun,tangannya yang sebelah lagi ditarik secara paksa oleh Moon yang halimunan.
Keadaan yang tidak stabil itu menyebabkan Khai terpelanting jauh.
Nasib baiklah dia berjaya mendarat dia atas sebuah batu walaupun kasutnya sedikit basah dek percikan air kolam.
Matanya dibuka hanya untuk dikejutkan dengan kehadiran Zass yang sedang menghalakan kakinya tepat di perut Khai.
Khai yang tidak sempat mengelak hanya memejamkan mata.
"Eh?"Berasa hairan,matanya dibuka.
Mika yang tiba-tiba berada di depannya sedang menggenggam erat kaki Zass.
Zass yang terkejut ditambah lagi dengan hentaman di perut oleh lutut Mika.
"ZASS!!"Jerit Moon yang masih dengan mod halimunan.
Hentaman lutut Mika menyebabkan Zass terpelanting jauh dan akhirnya-
"BANGGGG!!"
"PEMENANGNYA MIKA DAN KHAI!"Jerit Bulat penuh semangat.
Tepukan gemuruh diberikan kepada mereka berdua.
Ali yang sedang duduk dengan pantas berdiri untuk mendapatkan Khai.
"Hebatlah kau Khai!"Puji Ali.
Khai hanya tertawa kecil.
"Thanks.Kau pun kena menang okey?"Ujar Khai tersenyum manis.
Ali mengangguk.
"Dan perlawanan terakhir adalah......."
.
.
"RUDY DAN BULAT VS ALI DAN ALICIA!"Teriak Chris.
Semua pemilik kuasa memberi sokongan kepada Ali.
"Elak dari kena pukul."Kata seseorang yang tiba-tiba muncul disebelah Ali.
"Gulp!"
"Aku tahu kau nak menang,jadi jangan buat hal."Tambah Alicia tegas.
Ali hanya mengangguk ketakutan.
Mereka berempat berjalan ke kawasan darat yang terletak di tengah-tengah kolam tersebut.
"Sedia?!"
"MULA!"
Perlawanan dimulakan
-
Ali yang tadi bersemangat terus menggigil ketakutan apabila melihat Rudy yang tidak jauh darinya.
Wajah Bulat yang sering kelihatan ceria juga berubah menjadi serius.
Mata Ali membulat apabila kelibat Rudy tiba-tiba hilang.
Merasakan seseorang dibelakangnya,Ali segera menoleh.
Tangan Rudy dihalakan tepat ke arah lehernya.
Tidak sempat mengelak,Ali hanya mengangkat kedua lengannya dengan mata yang terpejam ketakutan.
Tidak merasa apa-apa kesakitan,Ali perlahan-perlahan membuka matanya.
"Hah?!"
Kelihatan Alicia di depannya yang menggenggam erat pergelangan tangan Rudy yang tadi dihalakan ke leher Ali.
Rudy dengan pantas menepis tangan gadis itu dengan kasar.
Tangannya membentuk sebilah sabit gergasi yang berwarna hitam lalu melibasnya tepat ke kepala Alicia.
"ALICIA!"Jerit Ali.
"TANG!!"
Alicia sempat menghalangnya dengan sebilah katana yang berwarna kuning.
"Ceh."
Rudy melibas sabitnya berkali-kali ke arah Alicia.
"TANG!"
"TANG!"
"TANG!"
Namun semua gerakannya seolah-olah dapat dibaca gadis itu.
Rudy mengetap giginya geram lalu melompat ke belakang.
"BULAT!"Jeritnya.
Bulat yang sudah bersedia merapatkan kedua-dua tangannya lalu menghentak kakinya ke atas tanah.
Semua batu-batu sekitarnya mula terapung.
Dia menghentak kakinya sekali lagi menyebabkan batu-batu itu dengan sendirinya terapung laju menuju ke arah Ali dan Alicia.
Ali yang ketakutan mengangkat kedua-dua lengannya untuk melindungi dirinya.
Alicia sepantas kilat tiba-tiba muncul di hadapan Ali lalu membelah setiap batu-batu yang dihalakan ke arahnya itu.
Menyedari dirinya tidak terluka,Ali membuka mata.
Dia melihat tubuh Alicia di depannya yang sedang memegang erat sebilah katana.
Arus elektrik terlihat jelas padanya.
Matanya membulat apabila kelibat Rudy hilang.
"Tidak...."
Ali segera menoleh kebelakang.
Namun,dia sudah terlambat.
"PAK!!"
Tubuh kanannya sudah disepak kuat oleh Rudy menyebabkan dia terpelanting tinggi di udara.
Rudy sekali lagi menghilang lalu muncul tepat di tepi Ali yang sedang menunggu saat untuk jatuh.
Kakinya diangkat lalu-
"ZZANG!"
Mata Rudy membulat apabila melihat tubuh Alicia di depannya yang sedang menghalang sepakan kakinya menggunakan lengan.
Kedua-dua tangan Alicia sempat memegang tubuh Ali ala bridal style sebelum jatuh ke tanah.
"Wah...."Mata Ali bersinar-sinar melihat wajah Alicia dari sudut tepi.
Alicia secara tiba-tiba melepaskan kedua-dua belah tangannya.
"BUK!"
"Aduh!"Ali menggosok pinggulnya yang sakit selepas menghempap tanah.
Mata Ali dibuka hanya untuk dikejutkan dengan sebuah batu yang sangat besar menuju ke arah Alicia dari belakang.
Dia dengan pantas berdiri lalu berlari cuba untuk menolak Alicia.
"ALIC-"
"BANGGGGGG!!!"
........................................................................
Oh my.Ni chapter paling panjang author pernah buat.
Harap korang suka!
38 votes! Let's go!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro