Ch.1:CyberNova
Ali POV
Aku mengelap peluh di wajah menggunakan tuala kecil yang disangkut di leher.
"Ah.....panasnya harini."Monologku lalu sambung menebas rumput yang memanjang.
"Ali! Ada barang nak jual tak harini?!"Aku terdengar seseorang menjerit memanggil nama ku.
"Ada! Tunggu kejap!"Jeritku membalas panggilannya.
Aku berjalan menghampiri kereta sorong yang dipenuhi dengan sayur-sayuran segar.
Aku menolaknya mendekati lori yang setiap minggu datang ke ladang kecilku untuk mengangkut hasil tanaman yang ingin dijual.
"Wah! Banyak harini."Kata lelaki bertopi didepanku.
"Sekali sekala."Balasku sambil tersenyum.
Dia mengangkut hasil tanaman ku lalu memasukkannya ke dalam lori.
Dia menyeluk poket lalu mengira wang kertas yang ingin diberikan kepadaku.
"Nah."Hulurnya kepadaku.
"Eh? Banyak sangat ni Uncle."Kataku cuba menolak wang tunai yang tidak padan dengan hasil pertanian ku.
"Ambiklah.Rezeki kau harini."Balasnya sambil tersenyum.
Aku mengambilnya lalu membalas senyuman tersebut.
.
.
Baru sahaja dia mahu berjalan kembali ke arah lori miliknya,aku teringat akan sesuatu.
"Uncle!"Panggilku.
Dia menoleh.
"Saya dengar CyberNova ada jual baja baru.Betul ke?"Tanyaku.
"Betul."Balasnya sepatah.
"Eh? Kau nak pergi sana ke?"Ujarnya kepadaku.
"Haah.Sayur macam tak nak baja lama yang saya buat ni.Dah banyak yang mati."Kataku.
Dia mengangguk.
"Jaga diri kau elok-elok.CyberNova tu bukan tempat nak pergi main."Balas lelaki itu terdengar serius.
"Jangan risaulah Uncle."Ujarku tersenyum manis.
Lelaki itu hanya menggeleng kepalanya.
"Okeylah,thank you Uncle! Saya nak masuk rumah ni."Kataku lalu membuka langkah menuju ke rumah usang yang tidak jauh dari tempat ku berada.
"Welcome."Balasnya.
.
.
Aku terdengar bunyi enjin lori itu berlalu pergi.
Mataku tertumpu ke arah helaian wang kertas berjumlah RM 200 di tanganku.
"CyberNova......."Gumamku.
.
.
Aku berjalan menaiki tangga rumah usang itu lalu membuka pintu.
"Prak!"Aku terdengar bunyi kayu patah.
Aku melihat ke bawah.
"Haih.......patah lagi..."Monologku apabila melihat kayu lantai yang patah apabila dipijak.
Aku masuk ke dalam rumah tersebut dan terus menuju ke dapur.
Almari tempat aku menyimpan air minuman dibuka.
"Dah 3 bulan aku tak makan....nak minum air sikitlah."Gumamku lalu mengambil salah satu botol air.
Aku duduk di kerusi lalu meneguknya sedikit.
"Okey,cukup.Simpan ni untuk masa yang sesuai."Kataku lalu meletakkan air itu di dalam almari itu semula.
Aku berjalan menuju ke bilik tempat ku tidur.
Aku melihat laci usang yang menjadi tempat ku menyimpan wang.
Aku membukanya lalu mengambil kesemua wang kertas tersebut.
"100....150....300....500....800.....1000."
Gumamku.
Aku meletakkan wang kertas yang baru tadi aku dapat.
"RM1200."
Tanganku diletakkan di dagu.
"Cukup ke tak nak beli baja?"Fikirku.
"Mesti cukup.Pandailah aku berjimat."Monologku lalu mengambil sebuah beg galas buruk yang sudah terputus sebelah talinya.
Beg galas ini sudah menjadi milikku sejak kecil.
Aku teringat akan seorang budak yang memberinya kepadaku.
"Dia mesti dah lupakan aku....."Monologku sendirian.
Aku meletakkan sebuah buku kecil,sebotol air minuman dan kesemua duit yang telah ku kira ke dalamnya.
Merasakan bahawa perjalanan ke CyberNova mungkin agak jauh,aku memasukkan sepasang baju dan seluar ke dalamnya.
Aku membawa beg galas tersebut lalu keluar menuju ke arah sungai yang tidak terlalu jauh.
Sebelum memulakan perjalanan,aku perlu mandi.
Badanku sudah melekit-lekit akibat peluh semasa berkebun tadi.
.
.
"Rrrr....sejuknya!"Jeritku setelah terjun ke dalam sungai.
Daun-daun bersaiz besar aku guna untuk menyental badan.
Tanganku menggosok-gosok rambut ku yang kasar dan berserabut.
.
.
Setelah merasakan yang diriku sudah bersih,aku mengelap tubuhku menggunakan tuala yang sama digunakan untuk mengelap peluh semasa berkebun.
Aku menyarung semula baju dan seluar yang aku pakai tadi.
Aku melilau mencari batang kayu kecil untuk membersihkan gigi.
"Haa! Jumpa pun."Aku mematahkan dahan pokok kecil yang tidak jauh dariku lalu terus membersihkan gigi menggunakannya.
.
.
"Haaa......siap!."Gumamku lalu menggalas beg yang dari tadi diletakkan berhampiran sungai.
Aku memulakan perjalananku menuju CyberNova.
End of Ali POV
........................................................................
Setelah lebih 2 jam berjalan kaki,akhirnya budak lelaki itu sampai di sebuah bandar besar yang penuh dengan bangunan pencakar langit.
"Woahhhh!"Ujarnya kagum
Tiba-tiba badannya dilanggar.
"Ish! Jalan tu tengok depan lah budak!"Marah seorang lelaki berkaca mata kepadanya.
"Ma-Maaf."Kata Ali.
Ali meneruskan perjalanannya menuju kedai runcit yang dikatakan menjual baja yang di cari.
.
.
Hari semakin gelap,tetapi Ali masih tidak menjumpai kedai yang dicarinya.
Tiba-tiba seorang lelaki di tepinya membuka mulut.
"Adik cari apa?"Tanyanya.
Ali memandang ke arah lelaki itu dengan riak wajah sedikit terkejut.
"Saya cari kedai ni."Kata Ali sambil menunjukkan sehelai kertas yang sedikit comot.
"Oh,kedai ni ke....sini ikut abang."Balas lelaki itu sambil membuka langkah dan terus berjalan.
Ali hanya mengikutinya dari belakang.
.
.
"Dah sampai!"Kata lelaki itu dengan nada yang kuat.
"Eh? Tapi ni jalan mati...."Balas Ali.
Lelaki itu memetik jarinya.
Ali mula tidak sedap hati.
"Korang! Aku jumpa budak!"Jeritnya.
Tiba-tiba kelihatan beberapa orang lelaki mula mengepung Ali.
Ali mengundurkan dirinya.
"Tak.....tolong......jangan...."Rayu Ali ketakutan.
Beg galasnya dirampas kasar oleh seorang lelaki.
Dia menterbalikkan beg itu.
Semua barang jatuh bertaburan.
"Wah! Guys! Ada banyak duit!"Kata lelaki itu teruja.
"JANGAN!"Jerit Ali lalu menghempap kan badannya di atas wang saku berniat untuk mempertahankannya dari dicuri.
"Ish! Kacaulah!"Seorang lelaki mula menyepak perut Ali dengan kuat.
"Uhuk!"Ali terbatuk kesakitan
Dia tetap berkeras untuk melindungi wangnya.
"PAK!"Belakangnya disepak.
"PAK!"Kepalanya disepak.
Ali dipukul sehinggalah dia hampir tidak sedarkan diri.
Namun-
"BOOM!!"
Kedengaran guruh berdentum kuat.
"Tsk!"
Lelaki-lelaki tersebut menoleh kebelakang mencari bunyi tersebut.
Mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang separuh wajahnya ditutupi dengan hoodie.
Tambahan pula waktu telah malam,wajah gadis tersebut langsung tidak kelihatan.
"Siapa pulak budak hingusan ni?!"Tengking salah seorang lelaki tersebut.
"Belasah!"
Kesemua lelaki tersebut berlari laju ke arah gadis itu dengan penumbuk di tangan.
Tiba-tiba....
"ZZZZZZZZ!!!!!"Badan mereka kaku apabila terkena renjatan elektrik yang sungguh kuat.
Mereka tersembam ke tanah.
Ali yang separuh sedar melihat ke arah gadis itu.
"T-T-Tolong......."
Itulah kata-kata terakhirnya sebelum kedua belah matanya terpejam rapat.
........................................................................
So,macam mana?Okey tak?
Kalau korang suka silakan vote dan comment!
Stay tune! Okay!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro