◦𝟐◦
Younghyun yang sedang meneliti beberapa helai kertas, menoleh apabila Yunho mengetuk pintu. Kehadiran kawan kerjanya itu mungkin untuk melaporkan tentang maklumat Seo Jinwoon. Tidak menunggu dipelawa masuk, Yunho menghampiri Younghyun.
"Ni salinan latar belakang Seo Jinwoon yang kau minta semalam." Sebuah fail kertas dihulur.
Helaian kertas kerja diletakkan ke tepi lalu Younghyun mengambil fail dari tangan Yunho. Kertas putih yang disusun rapi dikeluarkan. "Ada apa-apa yang mencurigakan tentang dia?"
"Setakat ni aku tak jumpa lagi selain daripada maklumat yang petugas Oh beritahu semalam," jawab Yunho.
Younghyun diam sejenak mencari sebarang kemungkinan dalam kes ini. Sekiranya Jinwoon merupakan pemilik tempat perjudian haram, semestinya lelaki itu mempunyai orang kanan sebagai langkah berjaga-jaga. Persoalannya, kenapa Jinwoon hanya ditemui berseorangan semalam? Permukaan meja diketuk perlahan sambil berfikir. Satu perkara terlintas di kepalanya lalu Younghyun mengambil fail kes pembunuhan sebelum ini.
"Yunho, kau perasan tak? Kes Jinwoon sama dengan kes bunuh sebelum ni." Younghyun mengingatkan Yunho.
"Bagi aku tak... sebab mangsa sebelum ni, pembunuh tak cabut kuku dia dan tinggalkan tanda macam kes Jinwoon," jawab Yunho dengan yakin.
"Itu saja yang tak sama. Selain dari cabut kuku dan tinggalkan tanda, mangsa yang terbunuh ada persamaan. Kalau sebelum ni, yang terbunuh umur dalam 30-an... Sama lah dengan Jinwoon.. yang mati sebelum ni pun lelaki. Bukan itu je, dua-dua mangsa ada rekod jenayah walaupun jenayah yang berbeza." Mendengar kata-kata Younghyun, Yunho terdiam sebelum mereka berdua menoleh ke arah yang sama.
"Detektif Kang, Detektif Jeong... Ada seorang lelaki datang ke balai dengan mengaku yang dia saksi untuk kes pembunuhan Seo Jinwoon," beritahu petugas Oh. Mendengarkan itu, Younghyun dan Yunho segera meninggalkan pejabat untuk menemui orang yang dikatakan petugas Oh.
"Saya Choi Haeju... Orang yang bersama dengan Jinwoon malam semalam. Saya minta maaf sebab lambat untuk tampil beri keterangan," jelas lelaki yang dikenali sebagai Haeju itu.
"Awak ada dengan Jinwoon dan biarkan dia terbunuh?" Younghyun menyoal. Haeju yang kelihatan comot itu dipandang atas bawah. Bukan saja pakaian malah rambut juga tidak terurus. Sekali lihat tidak ubah seperti gelandangan.
"Bukan macam tu, tuan! Say- saya panik bila tengok pembunuh tu keluarkan senjata dan sebab itu saya larikan diri, tinggalkan Jinwoon malam tadi. Disebabkan terlalu takut, saya menyorok di bawah jambatan yang tak jauh dari lorong dan pagi ni baru saya berani untuk datang ke sini." Haeju membela dirinya dengan bersungguh. Nampaknya, keputusan datang ke balai ialah pilihan kurang tepat sehingga dirinya pula dikira sebagai suspek.
Younghyun memeluk tubuh sambil perhatikan lelaki di hadapannya. Buat masa sekarang, siapa saja yang menyebut tentang hal itu berkemungkinan ada kaitan dengan pembunuhan Seo Jinwoon apatah lagi kenalan rapat seperti Haeju. "Awak nampak muka penyerang tu?"
"Tak sebab lorong tu gelap, pembunuh tu pula pakai baju hitam. Mula-mula kita orang peras ugut dia, minta duit tapi tak sangka pula orang tu pembunuh. Saya menyesal tak tolong Jinwoon semalam kalau tidak pasti dia selamat sekarang." Lelaki itu menunduk. Air mata mula mengalir sebaik saja teringatkan nasib malang yang menimpa Jinwoon.
"Tuan, Jinwoon baik orangnya. Saya mengaku yang perbuatan kita orang salah tapi, sepanjang saya berkenalan dengan Jinwoon... Sekali pun dia tak pernah pukul orang. Lagipun malam semalam, kita orang mabuk. Kalau tak percaya, tuan boleh tanya pekerja-pekerja yang lain," Haeju meyakinkan Younghyun.
Mendengarkan itu, Younghyun mengangguk kecil sebelum memandang tepat ke arah anak mata Haeju. "Maksud awak, pekerja yang bekerja dekat tempat perjudian haram tu?"
Riak terkejut jelas kelihatan pada wajah Haeju. Lelaki itu mula gelisah bila tersedar yang dia tersalah cakap. "Tu- tuan-"
"Yunho, tahan dan siasat dia. Buat masa sekarang, Choi Haeju ialah suspek utama dalam kes ni sehingga ada bukti kukuh lain ditemukan." Younghyun memberi arahan tanpa memberi peluang kepada Haeju membela dirinya. Tidak banyak soal, Yunho terus menggari pergelangan tangan Haeju yang berdiri di hadapannya.
"Pasal tempat perjudian tu, nanti aku akan arahkan satu pasukan untuk buat serbuan," sambung Younghyun lalu pergi dari situ.
●○●○●○●○
Sebuah bas berhenti di satu tempat untuk menurunkan beberapa penumpang di situ. Seorang gadis melambai tangan ke arah kawannya yang berada di dalam bas dengan senyuman manis terukir di bibir.
"Terima kasih belanja aku! Esok jumpa tau!"
"Jalan elok-elok balik tu, Hyera! Bye!" Perbualan dua gadis itu berakhir apabila bas perlahan-lahan bergerak meninggalkan kawasan.
Hyera menarik nafas dalam sebaik saja melihat jalan kecil yang akan dilaluinya untuk sampai ke rumah. Jam tangan dilihat dan waktu menunjukkan sudah pukul 9 malam.
"Kalau abang tahu ni, mampus aku kena marah dengan dia," getusnya dalam hati.
Untuk menghilangkan rasa takut, dia mengeluarkan earbud untuk dipakai. Itulah apa yang selalu dilakukan setiap kali melalui jalan itu di malam hari. Jari telunjuk menekan dua kali benda kecil di telinganya untuk menjawab satu panggilan masuk. Hyera meneruskan langkahnya sambil mendengar apa yang pemanggil bicarakan.
"Ya, Abang. Hyera baru balik... tadi Na Ri ajak makan," beritahunya.
"Tak ada apalah, Hyera dah biasa lalu jalan ni sorang-sorang," jawab Hyera dengan nada malas sementara menadah telinga mendengar bebelan abangnya di hujung talian.
Sebaik saja panggilan tamat, Hyera terus memasang lagu hinggalah tiba di persimpangan jalan. Lampu jalan yang menerangi laluan itu tidak cukup untuk menghilangkan rasa gerunnya. Air liur ditelan perlahan apabila dia perasan ada bayang seseorang di belakangnya. Langkah segera dipercepatkan tanpa menoleh ke belakang sedikit pun. Ketika itu, dia hanya ingin sampai ke rumah secepat yang mungkin.
"Aaaa!!!" Hyera menjerit sekuat hati sebaik saja terasa bahunya disentuh. Matanya dipejam manakala tangannya sempat menampar muka orang yang mengikut langkahnya tadi.
"Aduh!" Mata Hyera membulat melihat orang yang merasa penangannya itu lalu cepat-cepat memegang wajah yang ditampar tadi.
"Sayang?? Awak buat apa dekat sini??" Soal Hyera dengan nada terkejut.
Chan mengusap belakang kepalanya seraya memuncungkan mulut. "Saya hantar makanan dekat kawasan sini dan kebetulan nampak awak jalan sorang. Puas saya panggil tapi awak tak dengar sebab itu saya pegang bahu awak. Tak sangka pula dapat penampar free. Auch."
Hyera memandang Chan yang masih berpakaian T-shirt kerjanya dengan beg makanan di tangan lalu tertawa kecil. "Sorry lah... Saya mana sangka yang itu awak. Sakit ke? Hehe."
Chan menggeleng tanda dia tidak kisah. Lagipun siapa saja yang tidak terkejut jika disentuh secara tiba-tiba.
"Kenapa balik lewat? Bahaya tau tak jalan sorang-sorang... Dahlah awak tu perempuan..," Tanya Chan ingin tahu kerana waktu teman wanitanya berkerja, tengahari hingga petang saja.
"Na Ri belanja makan tadi lepas habis kerja. Awak ni sama macam Abang... Risau sangat. Ingat perempuan lemah ke?" Marah Hyera.
"Ya lah... Jom saya hantar awak balik lagipun waktu kerja saya nak habis dah," pelawa Chan dan Hyera mengangguk.
"Mana motor awak?" Tanya Hyera sambil mencari kenderaan yang selalu dibawa Chan setiap kali membuat penghantaran.
"Ni laluan pejalan kaki, mana boleh motor masuk, Honey. " jelas Chan sambil menggeleng perlahan. Menyedari hal itu, Hyera tersengih hingga menampakkan barisan giginya. Pasangan itu berjalan sambil berpegangan tangan menuju ke rumah Hyera yang hanya 50 meter dari situ.
Yongbok yang berdiri tidak jauh dari situ, memerhati langkah Chan dan Hyera. Melihat bayang pasangan kekasih itu semakin jauh, Yongbok membuat keputusan meninggalkan tempat persembunyiannya.
●○●○●○●○
"Selamat datang.." ramah juruwang yang menjaga kedai serbaneka sebaik saja Yongbok melangkah masuk.
Yongbok mengambil sebungkus mi segera lalu menuju ke kaunter untuk pembayaran. Televisyen yang ketika itu menyiarkan berita pembunuhan terkini menarik perhatian Yongbok.
"Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang. Bunuh orang dah jadi macam trend." Juruwang bersuara sambil mengimbas bungkusan mi segera yang diambil Yongbok tadi. Sesekali matanya memandang ke skrin televisyen.
"Kalau orang yang kena bunuh tu pun banyak buat masalah, tak salah rasanya untuk dia mati. Berkurang sikit sampah dekat negara ni." Yongbok mencelah yang mana membuatkan juruwang tadi terdiam. Plastik yang berisi bungkusan mi segera itu diambil selepas beberapa duit not kecil diletakkan di atas kaunter. Hoodie kepala disarungkan sebelum melangkah keluar dari kedai.
"Lelaki tu gila ke?" soal juruwang itu perlahan lalu mengambil duit yang ditinggalkan untuk disimpan ke dalam mesin wang.
Yongbok menurunkan hoodie sejurus masuk ke dalam rumah. Chan yang berada di dapur ketika itu dipandang sekilas. Bungkusan mi segera disimpan ke dalam laci makanan sebelum dia mengambil tempat di meja makan. Melihat periuk yang berada di atas dapur gas, Yongbok mengagak yang Chan memanaskan tteobeokki lebihan malam semalam.
"Kau dah makan ke malam ni?" Tanya Chan seraya menutup api dapur gas. Tteobeokki yang siap dipanaskan, dicedok ke dalam mangkuk.
"Dah makan tadi. Kalau betul pun lapar, tukarlah baju kerja tu dulu," tegur Yongbok.
Chan melihat bajunya sebelum tersengih. Biarlah, lagipun baju itu akan dibasuh juga nanti. Chan berjalan menuju ke meja sambil membawa mangkuk berisi tteobeokki.
Sementara menunggu makanan itu sedikit sejuk, Chan membuka topik perbualan.
"Yongbok... Kau tahu tak pasal kes bunuh malam semalam?" Soal Chan.
"Tahu, aku tengok dekat kedai tadi. Kenapa kau tanya? Kau kenal orang yang mati tu ke?" Yongbok menyoal semula. Nadanya kedengaran seperti mengejek bagi Chan namun ditepis perasaan itu.
"Tak kenal pun... Cuma kau tak rasa ke pembunuh ni nak kan sesuatu? Memanglah sebelum ni ada je kes bunuh semua tapi yang berlaku sekarang macam terlalu ketara." Chan berhujah.
"Biarlah ketara ke tak... Bukan urusan kita nak fikir semua tu, buat sakit kepala je." Yongbok cuba menamatkan perbualan. Malas hendak berdebat tentang pembunuhan yang tiada kaitan dengannya.
Tteobeokki disuapkan ke dalam mulut. Chan membuat keputusan untuk berdiam saja. Mungkin mood Yongbok tidak dalam keadaan baik hari itu. Dia mempelawa Yongbok sedikit makanannya tetapi ditolak atas alasan masih kenyang sebelum masuk ke dalam bilik.
"Mood swing mengalahkan perempuan. Esok pagi ceria semula." Chan bermonolog sendiri sambil mencucuk potongan kek beras yang bersalut sos itu.
●○●○●○●○
Hyera berlari kecil menuju ke pintu bila kereta abangnya memasuki perkarangan rumah. Selepas ditugaskan dalam kes pembunuhan, susah benar dia hendak bersua muka dengan abangnya.
"Hyera, tak tidur lagi?" Younghyun menyoal sebaik saja keluar dari kereta.
"Tunggu Abang balik lah... Ingat tak ingat jalan rumah dah." Hyera memerli.
Younghyun membuat muka bila mendengarkan sindiran adik perempuannya. Cakap sajalah rindu, kan senang? Ini menyakitkan saja kerjanya.
"Lepas ni, nak balik malam kena tanya Abang dulu. Bahaya tau tak? Tak jadi apa-apa bersyukur, kalau dah berlaku... Menangis air mata darah pun tak guna. Hyera tu perempuan, kena ingat." Younghyun membebel. Hyera memusingkan bola matanya mendengar leteran Younghyun. Dia menyangka abangnya sudah lupa hal itu.
"Abang ni sama je macam Chan. Sikit-sikit nak ingatkan Hyera ni perempuan. Apa korang ingat Hyera ni ada masalah identiti ke sampai lupa jantina sendiri," jawab Hyera dengan nada geram.
Keluhan kecil dilepaskan. Itu saja yang Younghyun mampu lakukan. Hendak marah lebih-lebih, Hyera sudah besar panjang. Sesekali bolehlah dia hendak membebel kalau terlalu sering, risau pula Hyera akan rimas.
"Ya lah, Hyera. Cakap pasal Chan, Hyera jumpa dia ke hari ni?" Younghyun mencari topik lain untuk berbual.
Dengar saja abangnya menyebut nama kekasih hati, serta merta Hyera berasa teruja. Gembira betul gayanya.
"Chan yang teman Hyera balik tadi. Kebetulan dia ada hantar makanan dekat kawasan perumahan ni. Jumpa sekejap je, itupun sempat lagi dia membebel...," ujar Hyera.
"Baguslah kalau macam tu... Membebel tu tanda sayang. Hyera masak apa hari ni? Abang laparlah, tak makan lagi." Younghyun membuka tudung saji untuk melihat makanan namun hampa kerana tiada apa-apa di atas meja.
"Tak masak pun... Hyera ada bawa balik makanan untuk Abang. Kejap, Hyera hidangkan." Gadis itu bangun dari sofa menuju ke rak pinggan manakala Younghyun sudah melabuhkan punggung di kerusi makan.
Bungkusan Jjampong dituang ke dalam mangkuk bersaiz sederhana. Younghyun sudah tidak sabar untuk bersantap apatah lagi melihat hidangan kegemarannya di depan mata. Perut yang sedang lapar, menaikkan lagi seleranya walaupun di malam hari.
"Sibuk sangat sampai tak makan. Ada kes baru ke hari ni?" Tanya Hyera sambil menemani Younghyun makan.
"Kes semalam lah, belum settle lagi. Susah sikit kali ni sebab pembunuh tu tak tinggalkan bukti," beritahu Younghyun.
Hyera mengangguk perlahan tanda faham. Maklumlah pembunuh dalam dunia ini bukan sama. Ada yang membunuh secara tidak sengaja, pertahankan diri, balas dendam dan banyak lagi.
"Entah-entah kan... Psikopat? Abang rasa macam mana?" Hyera memberi andaian. Younghyun berhenti mengunyah mi di dalam mulutnya mendengarkan itu.
"Psikopat..," bisiknya perlahan.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro