◦𝟏𝟔◦
Younghyun menggeleng kepala tanda tidak percaya. Tangan Yunho ditarik, menjauhi Yongbok untuk berkata sesuatu. Hal ini bukanlah benda yang boleh dibawa main-main.
"Seriuslah, kau percaya apa yang dia cakap? Kau sedar tak Yongbok tu suspek kita??" Marah Younghyun dengan nada separuh berbisik.
"Pada mulanya memang aku tak percayakan dia tapi, selepas dia jelaskan dekat aku... Baru aku sedar jadi, kau kena dengar dulu segalanya." Yunho tetap berkeras dengan pendiriannya untuk mempercayai jejaka yang pernah menjadi suspek mereka.
Yongbok membuka langkah, menghampiri Younghyun. Dia tahu lelaki itu tidak akan menerimanya begitu saja selepas apa yang terjadi. "Apa kata kita berbincang di satu tempat. Banyak benda yang kau perlu tahu, Younghyun."
"Betul tu... Tolonglah, Hyun. Percayakan Yongbok sekali ni je." Yunho cuba memujuk kawannya. Anggukan kecil membuatkan Yunho tersengih lalu menoleh ke arah Yongbok.
Baru hendak melangkah, Younghyun menarik tangan Yunho yang mana membuatkan jejaka itu hampir terjatuh ke belakang. "Kalau kau silap tentang ni, aku akan jadi psikopat dan orang pertama aku cari ialah kau, Yunho."
"Ha ha ha... Aku janji aku tak akan tukarkan kau jadi psikopat. Janganlah cakap macam tu, meremang," ujar Yunho lantas memukul lengan Younghyun. Kaki laju melangkah mengejar Yongbok yang sudah jauh di hadapan.
Younghyun memandang lama wajah Yongbok. Siapa sangka yang jejaka itu merupakan adik kandung kepada sahabatnya. Tidak hairan sebelum ini, dia berasa biasa setiap kali melihat Yongbok, lebih-lebih lagi senyumannya yang mirip dengan Minhyuk.
Kenangan bersama mendiang sahabatnya, berputar kembali. Mereka berdua terpaksa berpisah kerana Younghyun menyambung pelajaran di Kanada sebaik saja tamat sekolah menengah. Selepas 2 minggu menetap di negara orang, dia menerima berita duka tentang kematian Minhyuk. Lebih menyedihkan lagi, Younghyun tidak dapat pulang ke Korea untuk memberi penghormatan terakhir dan disebabkan itu, dia berjanji pada dirinya akan mencari adik lelaki Minhyuk. Akhirnya setelah 6 tahun berlalu, orang yang dicari telah ditemui.
Yunho yang turut berada di situ memandang Younghyun dan Yongbok silih berganti. Biarlah mereka berdua selesaikan perkara ini terlebih dulu. Jus strawberi yang dipesan, disedut perlahan sambil menunggu salah seorang dari mereka memulakan perbualan.
"Jadi, apa yang kau nak jelaskan? Kenapa Chan pula dituduh sebagai pembunuh?" Younghyun mengubah perbualan kepada topik asal. Hal Minhyuk diketepikan dulu.
"Dituduh?? Aku yang kena tuduh bukan Chan, dia memang pembunuh. Aku yakin yang dia dah kaburkan mata kau dengan kebaikan palsu dia," ujar Yongbok dengan nada tidak puas hati.
"Macam mana? Kau ingat, selepas semua yang diberitahu sekarang... buat aku percayakan kau bulat-bulat?" Younghyun minta penjelasan lagi. Selagi tiada bukti kukuh, selagi itu dia tidak akan membuat keputusan untuk mempercayai Yongbok.
"Okey, terpulang pada kau nak percaya atau tak. Sekurang-kurangnya aku dah beritahu siapa pembunuh yang korang cari selama berbulan-bulan walaupun ada depan mata sendiri. Chan memang nampak seperti seorang yang peramah, baik hati tapi itu semua hanya lakonan untuk tutup personaliti dia yang sebenar," terang Yongbok panjang lebar.
Younghyun menggaru hujung keningnya mendengarkan itu. Susah untuk dia menerima semua yang dikatakan Yongbok. Chan yang dikenalinya bukanlah begitu apatah lagi jejaka itu menjalinkan hubungan dengan Hyera, adik perempuannya.
"Aku dah agak ini reaksi kau. Tak dapat disangkal lagi yang lakonan Chan berjalan dengan baik sampai detektif macam kau pun boleh terpedaya." Sempat Yongbok mengejek.
"Apa lagi tentang Chan yang kau tahu?" Yunho mencelah. Buat masa ini, dia mengaku yang dia tertipu dengan kebaikan Chan dan sekarang dia hanya ingin tahu lebih lanjut tentang jejaka itu.
Yongbok menyandarkan badan pada kerusi sambil menyilangkan kedua tangannya di dada. "Aku tak rasa kawan kau percaya, jadi biar aku berhenti setakat ni. Kalau ada masa.. jumpa lagi."
Younghyun segera menahan Yongbok dari pergi dari situ. Dia berharap keputusan yang dibuat ketika ini ialah perkara tepat. "Aku nak tahu tentang Chan."
●○●○●○●○
Kepala Hyunjae yang masih dibalut, diusap perlahan. Chan menyanyi kecil sebelum menongkat dagu dengan kedua tangannya. Melihat kawannya yang masih belum sedar membuatkan Chan tersenyum sendiri.
"Kenapalah aku tak bunuh kau je malam tu?" Soalnya sementara mata memandang lama Hyunjae.
Chan sempat melihat suasana wad yang sunyi tanpa kehadiran sesiapa. Suasana yang sangat digemarinya kerana tidak perlu menyembunyikan identiti sebenarnya. Tangan Hyunjae yang berselirat dengan wayar, dilihat sekilas.
"Kau patut bersyukur aku tak cabut kuku kau macam orang lain. Ya lah, kau kan kawan aku." ujarnya.
Airmata kelihatan mengalir perlahan melalui ekor mata milik Hyunjae. Menyedari hal itu, Chan mengambil sehelai tisu untuk mengelap cecair jernih itu. "Kenapa kau menangis? Mesti terharu sebab aku sanggup jaga lepas cuba bunuh kau, kan? It's okay... Thanks me later."
Segelas air kosong diteguk beberapa kali. Sandwic sardin yang dibeli Hyera tadi, diambil untuk mengisi perutnya yang mula terasa lapar. Dua keping roti habis dimakan tidak sampai beberapa minit.
"Storytime! Kau mesti tak tahu lagi kan yang nurse Hyojin dah mati malam tadi. Sebenarnya, aku tak ada niat pun nak buat semua tu tapi terpaksa sebab dia dengar apa yang aku ceritakan pada kau semalam. Kisah semalam tu cuma kau je boleh tahu. Jadi, terpaksalah aku bunuh dia. Jangan risau, lepas kau dah sedar nanti... Kita melawat kubur Hyojin sama-sama." Chan tersenyum sewaktu menceritakan itu.
"Selagi orang tak cari pasal dengan aku, selagi itu aku tak akan ambil kisah pasal dia. Itu prinsip aku selama ni. Macam kes kau, hmm..." Dagu diraut sejenak, mencari alasan.
"... Aku pun tak tahu kenapa aku serang kau padahal bukan kau syak aku pun tapi tak apalah, anggap sebagai langkah berjaga-jaga," sambung Chan lagi lalu tertawa perlahan.
Ketukan pintu membuatkannya menjeling kecil. Doktor yang merawat Hyunjae, datang untuk memeriksa keadaannya. Chan mengukirkan senyuman manis menyambut kehadiran doktor yang bertugas.
"Sorang je hari ni?" Ramah doktor. Selalunya setiap kali dia ke situ, Chan akan bersama dengan seorang gadis dan kadang-kadang dengan lelaki yang sebayanya.
"Haah... Kawan dah pergi kerja. Jadi, sorang je lah. Kejap lagi tak tahulah ada orang datang ke tidak," jawab Chan dengan penuh hemah.
Doktor itu sekadar mengangguk seraya memeriksa pergerakan anak mata Hyunjae. Lampu suluh kecil genggam bergerak ke depan dan ke belakang di antara kedua mata setiap dua saat untuk mencari tindak balas langsung dari pesakit.
"Keadaan Hyunjae bertambah baik. Pergerakan anak mata pun normal cuma belum sedarkan diri saja. Kamu selalu bercerita dengan pesakit, ya?" Doktor mencari tahu.
"Ya, saya.. sebab kan doktor ada cakap yang Hyunjae boleh dengar apa yang kita bualkan. Itu saya buat keputusan untuk bercerita, mana tahu boleh membantu untuk dia sembuh," beritahu Chan sambil tersengih.
"Ha I see... Baguslah kalau macam tu. Teruskan bercerita supaya Hyunjae tak rasa keseorangan. Tekanan darah dia juga normal begitu juga dengan kandungan oksigen. Setakat ni perkembangan dia semakin positif. Okeylah, saya minta diri dulu." Sempat doktor menepuk bahu Chan sebelum meninggalkan wad.
Chan menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat. Sebaik saja pintu ditutup, dia mengangkat wajah lalu bahunya yang disentuh doktor sebentar tadi, disapu berkali-kali.
"Sesuka hati je pegang aku," gumamnya.
●○●○●○●○
Younghyun terdiam mendengar penjelasan Yongbok. Sangat tidak masuk akal jika Chan yang membunuh kesemua mangsa. Tangisan, senyuman jejaka itu berlegar-legar di ruang fikirannya.
"Sebenarnya, perkara ni bermula semasa di sekolah menengah. Chan serang salah seorang pelajar yang buli dia dengan mengelar leher budak tu menggunakan pembaris besi. Akibatnya, kotak suara rosak yang menyebabkan pelajar tu bisu. Waktu tu, aku terkejut tapi aku boleh terima dengan alasan pertahankan diri. Lama kelamaan, perangai sebenar dia mula terserlah," cerita Yongbok.
"Kejap... Pelajar yang buli dia? Apa maksud kau sekarang ni? Bukan ke kau yang dibuli dan dia back-up sebelum korang berdua jadi rapat?" Younghyun mengerutkan dahinya. Siapa yang benar, siapa yang salah sekarang ini dan dirinya patut percayakan cerita yang mana satu?
"Huh, aku dah agak. Untuk pengetahuan kau, Chan putar belitkan cerita. Pelajar yang dibuli ialah Chan dan aku pula budak yang datang untuk back-up setiap kali dia dibuli pelajar lain. Aku tak tahu apa lagi yang dia beritahu kau tapi yang pasti semuanya tak betul," terang Yongbok panjang lebar.
Yunho meletakkan kepala di atas meja seraya termenung. Otaknya tidak lagi dapat menampung cerita yang terlalu rumit ini. Cukuplah dia boleh menangkap pembunuh sebenar supaya dapat melepaskan diri dari masalah yang melanda.
"Kau kata Chan pembunuh tapi kenapa semua bukti menunjuk kepada kau, Yongbok? Macam kes Hyunjae, kenapa kau kejar dia?" Younghyun masih belum puas hati. Terlalu banyak persoalan yang bermain di kepala hingga tidak dapat untuk diajukan semua.
Yongbok menarik nafas dalam. Perasaan ini tidak ubah seperti dirinya disoal siasat tempoh hari. Pelbagai bentuk soalan ditanya hingga menaikkan darahnya. "Aku datang jumpa Hyunjae untuk beri amaran pada dia tapi, sebaliknya yang terjadi. Dia nampak rantai leher ni dan salah faham yang aku pembunuh. Aku kejar dia sebab tahu Chan akan cari dia pada malam tu..."
"Younghyun, aku tahu susah nak percaya tapi Yongbok betul. Kita perlu tangkap Chan sekarang tambahan pula dia yang jaga Hyunjae, lagi mudah untuk dia bertindak," ujar Yunho dengan penuh yakin.
"Kalau betul Chan nak buat macam tu, malam itu juga dia dah bunuh Hyunjae..." Yongbok mencelah. Memandangkan dia mengenali lelaki itu lebih lama, dia sudah faham dengan corak permainan Chan.
"Biar aku jelaskan supaya lebih mudah untuk korang faham. Bermula dari pemabuk, pemandu teksi, pelanggan tetap restoran dan yang terbaru, Minseok... Semuanya mati atas kesilapan yang tidak disedari sesiapa pun. Chan yang aku kenal, tak akan usik sembarangan orang. Pasti semuanya ada lakukan kesalahan dengan dia, tak kisahlah sengaja atau tak. Baginya, setiap perbuatan mesti dibalas...," terang Yongbok.
"... Bukan dekat luar saja dia berpura-pura, di rumah pun. Setiap kali berita tentang kematian, Chan akan sedih atau tak puas hati untuk lakonan dia di luar rumah..."
"... Aku sebagai 'kawan baik', dah lali dengan semua tu. Mula-mula, aku tak faham dan buat keputusan belajar perkara yang berkaitan psikologi melalui novel ataupun blog dan apa yang aku dapat ialah, untuk handle psikopat... Kita perlu sama dengan dia." Yongbok mengakhiri bicara lalu memandang kedua detektif yang duduk berhadapan dengannya ketika itu.
Younghyun memejamkan mata, cuba menghadam kata-kata Yongbok. Dagunya diraut perlahan, memikirkan apa yang ingin dibicarakan. Satu kenyataan membuatkannya cemas.
"Hyera macam mana?? Aku kena jauhkan dia daripada Chan." Younghyun segera mengeluarkan telefon sebelum tindakannya dihentikan Yongbok.
"Itu bukan keputusan yang bijak, Younghyun. Fikiran Chan lebih jauh berbeza dari yang kita sangkakan. Jadi, aku cadangkan supaya biarkan saja hubungan mereka.. macam yang aku cakap tadi, Chan tak akan sakiti sembarangan orang," nasihat Yongbok.
"Betul lah tu. Aku tengok Hyera pun happy setiap kali dengan Chan. Baik kita fokus cara nak selesaikan semua ni." Yunho bersuara.
"Kau ada apa-apa cadangan?" Tanya Younghyun. Buat masa sekarang, dia akan mempercayai Yongbok walaupun masih ragu-ragu dengan kenyataannya, yang mana dia akan perhatikan bukan sahaja Chan malah Yongbok sekali.
"Ada." Yongbok menjawab sepatah.
●○●○●○●○
Chan melihat jam tangannya. Ada lagi lebih kurang 15 minit sebelum waktu kerja Hyera tamat. Jadi lebih baik dia bertolak lebih awal memandangkan sudah berjanji akan menjemput Hyera petang itu.
Kaki kerusi yang bergesel dengan lantai wad, menghasilkan sedikit bunyi. Chan mencapai beg galasnya yang berisi sehelai baju. Sengaja dia bawa sebagai persediaan. Awan mendung mula berarak perlahan, menandakan hari akan hujan yang mana mengundang senyuman Chan.
"Hyunjae, tengok cuaca dekat luar tu. Teringat pula malam aku serang kau, sama kan?" Chan menoleh ke arah kawannya apabila tidak mendengar jawapan.
"Eh lupa, kau bukan sedar pun macam mana nak tengok. Hmm... Cepat sembuh tau, Hyunjae." Chan mencebik sebaik menyedari hal itu. Selimut putih dinaikkan sehingga paras dada lalu dirapikan.
"Aku pergi kejap, ya... Nanti aku datang balik. Sweet dream," ucap Chan sebelum kakinya melangkah keluar.
Hujan renyai mula turun membasahi bumi namun itu tidak menghalang Chan dari terus berjalan di bawah langit mendung. Ketika orang lain berlari mencari tempat berteduh, dia pula hanya sekadar menyarungkan hoodie di kepala supaya air hujan tidak terkena rambutnya. Kedua tangan dimasukkan ke dalam saku baju sambil menyanyi perlahan.
Tiba di salun rambut di mana tempat Hyera bekerja, Chan tersenyum melihat teman wanitanya yang sedang melayani seorang pelanggan melalui dinding kaca salun itu. Tidak mahu mengganggu, dia membuat keputusan untuk berdiri di luar sementara menunggu Hyera selesai.
Na Ri yang menyedari kehadiran Chan, mencuit bahu Hyera lalu jarinya menunjuk ke arah luar. "Itu bukan boyfriend kau, ke?"
Mata gadis itu membulat sebaik melihat Chan namun dia tidak boleh pergi begitu sahaja memandangkan sedang menggunting rambut pelanggannya. "Na Ri, kau ajak dia masuk dulu."
Sedang menikmati pemandangan, Chan menanggalkan sebelah earphone nya apabila seorang gadis berambut pendek muncul di hadapannya. "Eh, Na Ri... Dah nak balik ke?"
"Bukanlah... Hyera ajak awak masuk dulu. Dia habis kerja lambat sikit hari ni. Kan hujan, kenapa duduk luar?" Soal gadis itu kehairanan.
"Saja, tak nak kacau." Chan menjawab sambil mengukirkan senyuman yang menampakkan kedua lesung pipitnya.
Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya kerja selesai. Ucapan terima kasih diberikan kepada pelanggan terakhir sebelum pandangan dialihkan ke arah Chan. Kelihatan jejaka itu sedang tersengguk-sengguk di kerusi menunggu. Hyera tersenyum jahat sebaik saja satu idea jahat muncul di fikiran lalu menghampiri Chan.
Tidak sempat berus alat solek menyentuh hidung teman lelakinya, Hyera menarik nafas terkejut apabila Chan memegang pergelangan tangannya seraya menatap tepat anak mata hitamnya.
"I got you," ujar Chan yang mana membuatkan Hyera memuncungkan mulutnya. Baru saja dia ingin mengusik tetapi tidak berjaya kerana Chan terlebih dulu menyedarinya.
"Dah siap? Kalau dah, saya nak ajak awak pergi makan. Lapar." Chan memegang perut seraya mengemam mulutnya.
"Belum... Kena sapu lantai dulu sebelum tutup salun," beritahu Hyera. Penyapu yang terletak di bilik kecil, dikeluarkan. Chan hanya mengangguk faham kerana dia tidak kisah menunggu.
Sementara Hyera menyiapkan tugasan terakhir, Chan melayani video lucu di YouTube dan ketika itu seorang wanita berusia awal 30-an masuk ke dalam salun. Kehadirannya menarik perhatian Chan selepas mendengar panggilan yang diberikan kepada wanita itu sebelum wajah Chan memaparkan riak tidak puas hati.
"Jadi, perempuan tu lah pemilik salun ni?" Soalnya dalam hati.
◉𝙱𝚎𝚛𝚜𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐◉
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro