9
Merasakan terpijak sesuatu Nadia melihat kebawah. Dia tersenyum sendiri.
"Weh bagi phone aku kejap." Arah Nadia. Anis hanya memandangnya pelik lalu memberikan iPhone Nadia ke tuannya.
Nadia lalu memasang flashlight di iPhone nya dan menyuluhnya kebawah. Anis hanya memerhati kelakuan Nadia hingga dia memandang kearah Nadia menyuluh cahaya iPhone nya.
"Dah dapat agak dah." Mereka berdua tergelak bersama. Weh Nurin guna kuasa teleport dia weh!
"HAHAHAHHA!" Mereka berdua tergelak sakan. Nurin masih tak menyedarkan diri.
"Dah la aku mandi dulu pandai-pandai la kau kejut dia. Hahah." Nadia berlalu kebilik air dengan sisa ketawa melihat Nurin yang lena dibuai mimpi di bawah.
•••
"Hahahah." Tergelak Tengku Nadla mendengar cerita Anis. Nurin memuncungkan bibirnya.
"Dah banyak kali jadi pun tetap kelakar hahahah." Tiada henti mereka gelak. Nurin membuang muka.
"Hahah rilek la kitaorang gurau je." Pujuk Anis namun masih tak berhasil.
Nadia lalu tersenyum dan mencapai iPhone nya. Dia meletakkan nya ditelinga.
Kelakuannya dipandang pelik oleh mereka.
"Hello Haziq. Nak minta tolong kau pujuk Nurin ni. Dia merajuk payah nak pujuk ni." Membulat mata Nurin. Nadia mulakan lagi lakonannya.
"Kitaorang ejek dia sebab dia tidur ja.." belum sempat habiskan ayat Nurin merampas iPhone yang sedari tadi berada di telinga Nadia.
Nadia tergelak puas. Nurin memandang ke skrin iPhone Nadia. Gelap!
"Eii kau sengaja kan!" Marah Nurin.
"Hahaha. Kalau suka cakap suka." Terus pipi Nurin naik merah mendengar ayat yang disampaikan oleh Nadia. Dah macam ketam rebus dah!
"Mana ada la." Sekali lagi mereka bertiga tergelak tengok si Nurin ni dah malu sangat. Satu muka merah.
"Kalau tak suka asal muka merah dah nak sama macam ketam rebus je." Tanya Anis. Namun usikkan mereka terhenti apabila seseorang membuka pintu depan.
Adrian yang melihat mereka berempat terus naik keatas tanpa sebarang kata.
"Eh dah makan cepat nanti lambat pula kamu semua sampai sana." Arah Tengku Nadla yang sedari tadi perasan akan perubahan wajah Nadia.
"Okay mama. Lepasni kitaorang gerak." Jawab Anis.
•••
"Anis baik-baik drive tu. Jangan jadi macam Nad ni. Penakut!" Ujar Tengku Nadla dibalas dengan gelakkan dari mereka semua.
"Bukan takut la ma. Trauma." Jawab Nadia.
"Hmm yelah. Cukup la dua kereta je dekat sana. Nanti Nad tumpang je la. Tak pun jalan kaki serentak. Dekat je pun dengan sekolah." Ujar Tengku Nadla kembali.
"Of course la jalan kaki. Tak payah nak bazir minyak takat 1 km apalah sangat." Ujar si Nurin.
"Ok lah ma. Kami pergi dulu. Assalammualaikum." Ucapan mereka dibalas oleh Tengku Nadla. Mereka bersalaman. Nurin dan Anis masuk dahulu kedalam kereta.
"Ma cakap dekat abang Happy birthday. Takut nanti Nad tak boleh nak datang je. Lusa kan birthday dia. Lagipun Nad dengan homework lagi." Ucap Nadia dibalas dengan senyuman Tengku Nadla. Mereka berpelukan sebelum Nadia berlalu pergi.
•••
"Yang ni ke rumah dia?" Tanya Anis. Setelah menghantar Nurin tadi mereka terus gerak ke rumah Anis untuk mengambil pakaian dan keperluan Anis. Selesai semuanya baru la mereka bergerak ke rumah yang akan jadi tempat tinggal mereka bertiga.
"Haah." Mendengar itu Anis terus memakirkan keretanya di depan pagar rumah itu.
"Nurin lambat lagi ke?" Tanya Nadia kepada Anis.
"Dia kata on the way." Selang beberapa saat kemudian Nurin muncul dengan keretanya.
"Fiuh sorry lambat. Korang dah lama sampai ke?" Tanya Nurin. Gelabah dia turun kereta.
"Panjang umur. Baru je sampai la." Tanpa kata lagi mereka terus masuk kedalam rumah itu.
"Wow boleh tahan juga rumah ni." Ucap Anis teruja.
"Aku nak alih kereta kejap la. Kang jadi apa-apa kang mampus aku." Ucap Nurin. Dia meletakkan beg tangannya dan pergi ke keretanya dengan kunci ditangan begitu juga Anis.
Nadia masuk kebilik pertama. Siapa cepat dia dapat kan. Nadia membaringkan dirinya di katil barunya. Baru lagi maknanya Tengku Nadla dah siapkan semuannya dari awal.
"Hah lepas ni cleaning time." Ucap Nadia.
•••
Selesai mengemas satu rumah bersama mereka duduk di ruang tamu bersama sambil menonton television.
"Weh Anis?" Panggil Nurin memecahkan suasana antara mereka.
"Apa?" Jawab Anis ringkas.
"Kau tak nak cerita dekat kitaorang ke macam mana kau dengan Naz boleh couple. Share la sikit." Nurin menyenggol bahu Anis.
"Eii gedik kau mengalahkan si Naz tu tau."
"Tapi kan aku pun nak tau juga macam mana boleh start. Cerita la." Pujuk Nadia pula.
Anis memandang muka penuh harapan Nadia dan Nurin. Dia menarik nafas berat.
"Ok. Macam ni cerita dia..."
Flashback on
Anis p.o.v
Aku naik ke rooftop sekolah untuk mengambil angin pada waktu rehat.
Aku duduk di satu bangku yang memuatkan dua orang. Angin perlahan menyentuh kulit ku. Terasa bagai diawan mimpi. Tanpa sedar ada seseorang di belakang ku sedang memerhati ku dari jarak 1 meter.
Aku memejamkan mataku menikmati udara yang nyaman. Tiba-tiba aku berkata kepada diriku sendiri.
"Why I'm in love with you." Itulah hobiku dimasa sendirian. Bercakap kepada diriku sendiri. Aku tergelak lemah.
"Kenapa aku jatuh cinta dengan pembuli aku. Haha." Tergelak aku dengan perasaan sendiri.
"Since first year in this school I saw you with your strict face. Kau langsung tak nak senyum dekat aku. Tapi macam mana aku boleh jatuh cinta dekat kau? Aku pun tak tahu." Aku masih tak sedar dengan keberadaan seseorang dibelakang ku.
Aku mendongak memandang langit biru.
"I love you Nazhan." Serentak angin bertiup kencang. Keadaan sunyi.
Aku mula rasa sejuk. Tiba-tiba terasa seseorang meletakkan sesuatu di bahuku. Aku menoleh.
Nazhan!
OMG! Sejak bila dia dekat belakang aku. Dia lalu melemparkan senyumannya kepadaku sambil menaruh jaket sekolahnya di bahuku. Kemudian dia beralih duduk di sebelahku. Muka ku merah menahan rasa malu yang membuak-buak.
"Sejak bila kau dekat situ." Tanya aku dengan perasaan malu.
"Sejak kau sampai." Nazhan menyandarkan badannya ke bangku dan mendongak ke langit.
"So you heard ev-everything?" Tanyaku gagap.
"Iyapp." Selamba dia menjawab. Bertambah cuak aku dibuatnya.
"Sorry. I got to go." Baru sahaja aku bangun ingin melangkah pergi dia menarik tangan ku untuk duduk kembali.
"Nak tahu kenapa aku tak balas balik senyuman kau?" Tanya dia lalu matanya memandang kearahku. Aku memandangnya pelik. Dia kemudian melepaskan genggamannya dan kembali mendongak keatas.
"Aku ada trauma dalam percintaan. Sebab tu aku tak suka bila perempuan senyum dekat aku. Aku takkan balas. Sebab aku rasa macam senyuman dia fake. Sama macam yang aku rasa bila aku nampak kau. And sebab tu jugalah aku jadi pembuli kau." Aku terdiam. Eh tadi kenapa dia senyum dekat aku.
"Tapi naik form 2 aku mula terbiasa dengan kau. Buli kau hari-hari buat aku rasa seronok bila tengok muka cuak kau. Dan walaupun jarak meja kita jauh dalam kelas aku selalu pandang kau." Haduh naik merah lagi muka aku.
"Tanpa aku sedar aku ada perasan untuk kau." Weh blushing teruk aku macam ketam rebus.
Membulat mataku mendengar ceritanya.
"So aku sorok perasaan aku sebab aku ego. Tapi sekarang perasaan ego tu dah dikalahkan oleh kuasa cinta." Dia tersenyum memandangku.
"Tadi, When I know about your feeling towards me aku rasa happy sangat. And aku rasa aku dah tak perlu lagi nak sorok perasaan aku. So now I want to ask you something." Dia menggenggam tanganku perlahan.
"Aku tahu aku buat kau sakit tapi kali ni jawab dengan jujur." Aku masih menunggu pertanyaan nya.
"Will you be my girlfriend?"
Flashback end
"AHHH!"
BERSAMBUNG...
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro