6
"ARGH!" Jerit seseorang dari dalam kelas 5 Crystal. Nadia dengan cepat masuk kedalam kelas. Dia diam terkaku. Anis!
"Lain kali jangan pernah nak dekat dengan boyfriend orang. Faham!" Airis mengepak tangan Anis. Anis masih menjerit.
"D-DIA NAK PIN-PINJAM KAL-KALKULATOR JE-JE LA ARGH!" Hampir patah tangan Anis.
"AIRIS!" Semua memandang kearah pintu kelas begitu juga Nadia dan Haikal.
Nazhan tanpa berlengah berlari ke arah Airis.
"Kau lepaskan dia." Suruh Nazhan apabila terlihat tangan Anis yang hampir terkepak.
"Why should I?" Airis masih ingin melawan.
"Lepas. Aku taknak jadi lelaki dayus tahu. So better kau lepas." Nazhan menggenggam penumbuknya Cuba menahan geram.
"Eh bukan selalu kau suka buli diorang ke. Kenapa? Dah insaf ke?" Tiba-tiba Aisha mencelah.
Tanpa sedar Nadia juga sudah mendekati mereka begitu juga Haikal. Nazhan tersenyum miring. Ini saatnya dia bongkarkan rahsianya.
"Aku cakap sekali dan semua yang tengah dengar sekarang ni jadi saksi." Keadaan diam seketika.
"She's officially my girlfriend." Semua yang berada dalam kelas terdiam begitu juga dengan Triple N dan Malaun. Airis dengan cepat melepaskan genggamannya.
Nazhan memang diam diantara Malaun tapi sekali kau tengok dia marah memang kau takkan menang. Lagi-lagi bila dia marah sebab benda tu hak dia. So better kau jangan buat hal dengan barang dia.
Nazhan mencapai tangan Anis dan membawanya pergi dari kelas itu. Satu kelas masih terdiam. Nadia memandang Nurin.
"Ikut aku." Nadia menarik tangan Nurin dan pergi mengikut langkah Nazhan dan Anis. Haikal memandang haziq yang turut memandangnya. Dia mengangguk dan terus pergi mengikut langkah Nadia diikuti Haziq.
Nazhan membawa Anis ke bilik kesihatan. Anis dirawat oleh jururawat disana.
"Siku dia terseliuh sikit. Kena hari-hari urut baru hilang sakit dia. Ada diantara kamu pandai mengurut tak?" Mendengar itu terus Nadia mengangkat tangannya.
Jururawat itu memberikan sebotol minyak urut kepada Nadia.
"Awak tolong la urutkan dia ye." Jururawat itu terus bangun selepas menyapu ubat di lengan Anis.
Nadia dan Nurin mengambil tempat disebelah Anis. Nadia mencapai tangan kanan Anis yang terseliuh dan mula mengurut siku kanannya perlahan dengan minyak urut yang diberikan jururawat tadi.
"Cuba cerita apa jadi tadi Nurin?" Haikal bertanya kepada Nurin memandangkan Nurin juga berada disana sewaktu kejadian ini terjadi.
"Macam ni. Tadi aku tumpang meja Nazhan sekejap sebab nak borak dengan Anis. Tiba-tiba si Muzai tu datang and cakap nak pinjam kalkulator Anis. Anis bagi je la pinjam. Masa Anis tengah hulur kalkulator tu Airis sampai. Apa lagi naik baran la dia." Panjang lebar penerangan Nurin.
Nazhan memandang Anis yang menundukkan kepalanya sedari tadi.
"Dah okay sikit?" Tanya Nadia selesai mengurut tangan Anis. Anis hanya mengangguk dan kembali menunduk. Perlahan Nadia memandang Nazhan.
"I need an explanation. Now!" Terdengar sedikit marah nadanya.
"Kitaorang dah couple 4 hari lepas." Terbeliak mata mereka yang berada di dalam bilik itu kecuali Nazhan, Anis dan jururawat yang sedang sibuk di dalam bilik rawatan.
"Sampai hati tak bagi tahu." Nurin menepuk perlahan paha Anis dan bercakap dengan nada merajuk.
"Takut korang marah je." Anis masih menundukkan kepalanya.
"Dah kenapa pula nak marah. Kitaorang takde hak pun nak halang kau." Sambung Nurin lalu memeluk Anis perlahan.
"Betul korang tak marah." Tanya Anis memandang kearah Nurin.
"Tak." Jawapan singkat dari mulut Nurin. Dia kembali memeluk Anis perlahan.
Anis memandang kearah Nadia. Nadia tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Tak guna juga kalau dia halang.
Perlahan tangan kanan Anis naik memeluk kedua kawan-kawannya.
"Ouh I miss your smile Nad." Bisik Anis didengari Nadia.
Malaun hanya diam memerhati mereka. Hah sahabat dunia akhirat.
"Tahniah bro." Ucap Haziq lalu berlalu pergi meninggalkan bilik kesihatan itu.
Nazhan mengalihkan pandangannya kearah Haikal. Haikal hanya tersenyum sambil menepuk sebelah bahu Nazhan. Dia menunjuk kan tanda 'good' sebelum berlalu pergi.
Nazhan kembali memandang kearah Triple N yang masih berpelukan. Dia memandang Anis. Anis membuka matanya dan memandang kearah Nazhan. Mereka membalas senyuman sehingga Nazhan memberi isyarat 'Aku pergi dulu' kepada Anis. Anis mengangguk.
Kini hanya tinggal Triple N di bilik kesihatan. Anis melepaskan pelukan mereka.
"Thank you." Serentak mereka melemparkan senyuman.
"Dah jom la nanti lambat Nad marah pula." Mati senyuman Nadia. Nurin dan Anis sudah terkekek sambil pergi meninggalkan Nadia.
"Yah!" Nadia mengejar langkah mereka berdua. Sepanjang perjalanan mereka diisi dengan tawaan mereka bertiga sahaja.
Sampai sahaja dikelas mood mereka terus bertukar. Tiada langsung senyuman terukir dibibir mereka.
Mereka meminta maaf kepada Sir Hadi dan terus pergi ketempat masing-masing.
Mereka meneruskan pelajarannya hingga waktu sekolah tamat
•••
"Nad balik naik aku lah." Ajak Haikal.
"Driver aku boleh ambil aku la." Ucap Nadia menolak ajakannya.
"Ala please. Bolehla." Hampir muntah dibuatnya mendengar suara Haikal yang sengaja dia kecilkan. Tak mahu lagi bergaduh Nadia hanya mengangguk paksa.
"Aku tunggu kau dekat kereta." Ucap Haikal dan terus pergi meninggalkan kelas.
"Nad kau balik naik siapa." Tanya Nurin. Anis berdiri disampingnya.
"Haikal." Singkat jawapannya berhasil membuat mereka terkejut.
"Kau naik Haikal." Kata Nurin
"Iya. Dah jom la." Nadia berjalan mendahului mereka. Nurin dan Anis mengejar langkah Nadia. Mereka berborak tentang rumah baru mereka nanti. Bermacam-macam juga topik yang mereka bincangkan sebelum sampai ke tempat Haikal memakirkan keretanya.
Terlihat Haikal sedang menunggu Nadia. Dia melipatkan tangannya didada.
"Weh kitaorang pergi dulu la. Bye." Ucap Nurin lalu menarik Anis pergi dari situ.
"Eh be careful!" Nadia menjerit. Nurin hanya mengangkat tangannya tanda 'okay'. Nadia mengalihkan pandangannya kearah Haikal.
"Weh boleh tak sebelum aku hantar kau balik kita pergi makan kejap. Sekali teman aku pergi cari hadiah birthday adik aku." Terbeliak mata Nadia. Like seriously.
"At least bagi la aku tukar baju ke apa. Gila ke pergi dengan uniform tak tukar lagi. Haduih" pernyataan yang membuatkan Haikal mengusap belakang lehernya. Nadia menggelengkan kepalanya dan terus pergi ke seat sebelah pemandu.
Haikal juga masuk kedalam kereta.
"Nanti aku hantar kau lepastu pukul 3 aku datang ambil kau. Boleh?" Nadia hanya mengangguk setuju.
"Janji teman aku makan sekali." Sekali lagi dia guna suara kecilnya.
"Ye." Jawabnya singkat. Fuhh memang rasa nak muntah bila dengar suara si Haikal tu.
•••
"Ingat tau. Pukul 3." Sekali lagi Haikal mengingatkan Nadia. Kali ni je dah masuk kali ke 10 dia bagitahu.
"Iye Encik Haikal. Mulut awak tak penat ke asyik bagitahu dari dalam kereta tadi lagi. Dah pergi la balik sana." Sindir Nadia.
"Eh halau. Dah la bye. Assalammualaikum." Ucap Haikal sebelum berlalu pergi.
"Waalaikummussalam." Ucap Nadia sebelum masuk kedalam rumahnya.
Nadia memberi salam sebelum masuk kerumahnya. Tiada jawapan. Mungkin mereka keluar. Nadia menilik jamnya.
"Ya Allah dah pukul 2.30! Mati lah nak." Apalagi pecut la berlari naik ke biliknya.
•••
Selesai mandi Nadia masuk ke walk-in-closet kepunyaan nya. Disebabkan Nadia jarang keluar jadi dia tidak ada satupun baju untuk berjalan. Nak tahu Nadia pakai apa bila keluar jalan tak.
"Ala mana Hoodie aku ni?" Dia bertanya sendirian.
"Ahah jumpa." Nadia langsung menyarungkan hoodie nya yang berwarna hitam dengan seluar slack hitam.
Sebelum dia keluar sempat dia melihat kearah calendar di biliknya.
"Birthday abang!"
BERSAMBUNG...
Sekarang fahamkan kenapa Tin sengaja tak nak bocorkan rahsia Anis. Nazhan and Anis couple senyap-senyap huhu. Merajuk kejap dengan diorang.
Happy reading💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro