Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4

"Aduhh!" Nadia menjerit kesakitan. Sekali lagi dia ditolak dari arah belakang. Kali ini luka nya di lutut kaki kanannya. Dia menahan rasa perih di lututnya.

Nadia memandang kearah orang yang menolaknya tadi dari belakang. Dia berdecik geram. Eliana ni memang tak boleh tengok dia tenang.

"That's what you get when rampas hak orang." Eliana bersuara berhasil membuat semua orang memandang kearah mereka. Nadia memejamkan matanya menahan geram.

Harris yang baru sahaja ingin menolong ditahan oleh Eliana.

"You duduk sini." Eliana berjalan mendekati Nadia yang masih terduduk di atas jalan dengan lutut yang masih mengeluarkan darah.

"Best tak? Tu la hadiahnya bila rampas hak orang. Kau ingat ye kau tu tak layak untuk Harris. Aku je layak. Bukan orang macam kau yang cuba nak minta simpati orang lain. Kau ingat tu." Eliana berbisik tepat ditelinga Nadia.

"Dah habis." Pernyataan singkat dari Nadia yang mampu membuat rasa naik angin Eliana membuak-buak.

"Kau asal kurang ajar sangat." Eliana mula rasa naik angin.

"Takde la kalau dah habis aku nak balik. Tak kuasanya aku layan kau. Tak dapat apa pun. Buang masa." Nadia cuba berdiri namun ditolak lagi sekali oleh Eliana.

"Kau kalau tak puas hati tak payah jadi pengecut. Nak lawan? Lawan la." Eliana langsung tak kenal siapa Nadia yang sebenarnya ni.

Nadia mendekatkan mulutnya dengan telinga Eliana.

"Kalau kau nak tau diri aku yang sebenarnya kau cabar la sampai aku rasa tercabar. Takat kau tolak aku 2 kali sampai luka apa barang lah sangat kan. Tapi if aku dah rasa diri aku tercabar there's no forgiveness by my side. So behave." Nadia menjarakkan muka mereka kembali.

Eliana tersenyum dan tiba-tiba dia menaikkan tangannya ingin menampar Nadia. Nadia sedar akan hal itu namun dia sengaja diamkan diri. Nampaknya Eliana ni memang nak tengok sisi gelap Nadia ni.

Nadia memejamkan matanya menunggu masa untuk ditampar. Ehh lamanya nak tampar. Minah ni buat slomo ke apa.

Dia membuka matanya dan terkejut melihat siapa di depannya. Haikal!

Terkejut mereka semua yang berada di situ. Terlihat Haikal sedang berdiri sambil menahan kuat tangan Eliana daripada menampar Nadia. Haikal memandang Nadia sekilas dan kembali memandang tajam ke anak mata Eliana.

"Jangan pernah kau sentuh dia atau kau tahu akibatnya." Haikal makin menggenggam ketat. Nadia yang melihat Eliana kesakitan itupun bergegas bangun dan mendekati Haikal.

"Haikal lepas. Dia sakit la." Nadia cuba meleraikan genggaman kuat Haikal tapi tak berjaya.

"Habis kau tak sakit." Pernyataan singkat itu membuat Nadia terdiam.

"Haikal. Sakit!" Jerit Eliana namun diabaikan Haikal.

"Sekarang kau kenal la erti sakit. Baru kau tahu kan apa yang Nadia rasa kan. Ambil ni sebagai pelajaran. Ingat eh sekali lagi aku nampak kau cederakan dia nyawa kau dalam tangan aku. Kau faham!" Pandangan yang diberikan oleh Haikal memang sangat mengerikan berhasil membuat Eliana terangguk-angguk.

Haikal menghempas tangan Eliana kasar ke arah jalan raya yang berbatuan. Eliana mengadu kesakitan apabila tangannya terdapat sedikit tanda tergores.

"Ni baru sikit aku boleh buat lebih lagi." Haikal menarik tangan Nadia dan pergi dari tempat itu. Nadia dibawa hingga sampai ke kereta dengan langkah yang terhincut-hincut.

"Masuk la." Haikal menyuruh Nadia masuk kedalam kereta. Nadia hanya kaku masih berdiri. Haikal yang perasan dengan keadaan itu memandang Nadia.

"Kenapa." Pelik dengan Nadia yang tiba-tiba kaku terdiam.

"Takpela aku boleh balik naik grab." Haikal memandang lutut Nadia.

"Lutut tu luka kan. Masuk la." Haikal hanya dapat gelengang dari Nadia.

Haikal berdiri betul-betul dihadapan. Dia mendekatkan mulutnya dengan telinga Nadia. Nadia sedikit menjauh.

"Masuk." Nadia menolak bahu Haikal dan berlari masuk kedalam kereta.

Haikal masuk kedalam kereta dengan senyuman kemenangan.

"Okay tak kaki tu?" Tanya Haikal setelah masuk kedalam kereta.

"Hmm." Jawapan ringkas yang keluar dari Nadia.

"Rumah dekat mana?"

"Nombor xx jalan xxx taman xxxxx" Setelah mendengarnya Haikal terus melajukan keretanya menuju ke rumah Nadia.

Sepanjang perjalanan Nadia hanya diam memandang kearah luar tingkap. Macam biasa termenung. Suasana sunyi.

Sampai di rumah Nadia...

"Yang ni ke rumah kau?" Tanya Haikal sambil melihat sekitar kawasan perumahan Nadia.

"Woi kau dengar tak?" Merasa seperti tiada yang menyahut pertanyaannya dia pun menoleh kearah Nadia. La tidur rupanya minah ni.

Haikal memandang wajah Nadia. Lama di tenung wajah Nadia. Lama-kelamaan dia mengukir senyuman.

'kenapa la baru sekarang haikal.'

Haikal tersedar dari lamunannya dan cuba mengejut kembali Nadia. Dia menepuk pipi Nadia perlahan.

Nadia merasa ada yang menampar pipinya. Dia bangun dari tidurnya dan memandang Haikal yang merenung dirinya. Jarak mereka boleh dikatakan dekat.

Mereka berpandangan agak lama sebelum Nadia menolak bahu Haikal agar dia menjauh.

"Dah sampai ke?" Tanya Nadia melihat-lihat di luar tingkap kereta.

"Dah." Mendengar itu Nadia membetulakan cermin matanya yang agak senget dan menyandang beg nya. Dia membuka pintu ingin keluar dari kereta. Namun lengannya ditarik oleh Haikal.

"Sebelum kau pergi aku nak minta nombor phone kau. Boleh?" Haikal melepaskan pegangan tangannya.

"For what?"

"Nanti senang la aku nak tanya soalan math. Kau tahu la kan aku bab math memang payah kan."

"Bukan selalu kau bagi aku ke kerja sekolah kau. Angan apa pula kau ni nak buat homework sendiri?"

"Bising la kau tak nak bagi cakap tak nak. Habis cerita."

"Bagi phone kau." Haikal mengeluarkan iPhone nya dan diberikan kepada Nadia. Selesai memberikan nombor telefon Haikal bergegas pulang. Nadia masuk kedalam rumah nya.

Belum sempat dia membuka pintu ada yang membuka pintu dari dalam.

"Baru sampai. Kau pergi mana lama sangat. Keluar dengan jantan hah?" Suara seseorang yang berhasil menghancurkan mood Nadia.

"Abang tolong jangan start. Nad penat la." Nadia malas ingin melayan sifat pembenci abangnya itu.

"Oh pandai dah melawan hah. Kau sini kau!" Dia menarik kuat rambut Nadia lalu diheretnya Nadia kedalam.

"Tengku Adrian Hasyim!" Jerit seseorang dari atas membuat Adrian melepaskan genggamannya dari rambut Nadia.

"Kenapa tarik rambut adik hah?" Tengku Nadla Qismina Ibu kepada Nadia dan Adrian berjalan mendekati mereka.

Tanpa menjawab pertanyaan ibunya Adrian berlari ke atas dan pergi kebiliknya dengan muka yang tegang. Tengku Nadla hanya memandang anak sulungnya itu pergi.

"Bertuah punya anak." Ucapnya lalu kembali memandang Nadia.

"Ok tak? Sakit ke?" Tengku Nadla mengusap perlahan bahagian rambut Nadia yang ditarik Adrian.

"Ok la ma. Sikit je. Nad naik dulu ye. Nak mandi." Namun belum sempat dia pergi dia ditahan lagi dengan ibunya.

"Eh lutut tu kenapa?" Belum sempat dijawab Tengku Nadla tergenggam tangan Nadia yang terluka.

"Argh!" Serentak Tengku Nadla melepas genggamannya dan melihat ke arah tangan anaknya.

"Eh ni tangan kenapa pula?" Tanya Tengku Nadla lagi. Terkejut dia apabila mendapati terdapat dua bahagian luka di badan Nadia.

"Nad terjatuh masa lari tadi." Bohong Nadia.

"Hmm ye lah kamu tu. Dah pergi mandi cuci luka tu ya. Lepastu turun makan." Tengku Nadla pergi setelah mendapat anggukkan dari Nadia.

Nadia bergegas kebilik tidurnya. Namun baru sahaja ingin membuka pintu biliknya dia disapa oleh seseorang.

"Nad kenapa lambat balik?" Tanya Encik Hisyam kepada anak tirinya.

"Ohh pakmat kata dia tak boleh nak ambil. Tu yang lambat tadi." Nadia memberikan senyuman kepada lelaki itu.

"Ohh ye ke. Ah ni mak kamu kata dia masak lauk favorite kamu tu nanti kita makan sekali ye." Encik Hisyam berlalu pergi. Nadia masuk kedalam biliknya dan mengunci pintu.

"Hah lega." Dia membaringkan dirinya ke atas katil.

Ingatkan sudah tenang. Namun Ada lagi gangguan yang datang. iPhone yang berada di poket skirt nya berbunyi minta diangkat. Dia menjawab panggilan yang bertuliskan unknown number.

"Hello."

"Ni Nadia ke?" Tanya si pemanggil.

"Ye saya. Sorry ni siapa?"

"Ni Haikal."

"Oh kau. Nak apa?"

"Takde saje kol. Eh esok aku ambil kau la pergi sekolah."

"Tak payah la. Aku boleh pergi sendiri."

"Ala tak pelah lagi pun rumah aku sebelah taman kau je."

"Tak nak la."

"Ala Nad bolehla."

Nadia menghembus nafas kasar. Malas nak bergaduh dah dengan mamat ni.

"Yela yela. Datang on time. 6:30 pagi. Get it."

"Loud and clear miss. Bye"

Belum sempat dijawab Haikal meletakkan telefonnya terlebih dahulu. Nadia kembali membaringkan dirinya diatas tilamnya yang empuk. Namun pandangnya terarah kepada sebingkai gambar yang berada di atas meja kecil yang berada di tepi katilnya. Dia mengambil bingkai gambar tersebut. Lama ditenung gambar itu.

"Nad rindu papa hiks."













BERSAMBUNG...

Setelah direhatkan 3 new cast masuk. Hehe. K author tak janji lepas ni new cast akan masuk berjemaah ok. So bersiap sedia la untuk menghafal nama-nama mereka.

Korang nak tau kenapa Adrian benci Nadia tak? Ahah. Cer teka sikit. Mana boleh bocor sekarang. Nanti la ikut jalan cerita ok.

Happy reading💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro