Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3

5 Crystal bergerak ke makmal. Nurin dan Anis bergerak dahulu kehadapan meninggalkan Nadia bersama Haikal. Keadaan sunyi namun tiba-tiba Nadia ditarik jatuh oleh seseorang dari belakang hingga telapak tangannya terkoyak akibat terseret ke batu-batuan kecil di lantai.

Haikal mencangkung  di hadapan Nadia untuk menolong. Nadia melihat luka koyak di tangannya. Pedih!

"Ehh ada orang la." Kata orang di belakang Nadia yang menarik dia tadi. Nadia menoleh ke belakang kemudian dia kembali melihat terlapak tangannya.

"Kenapa kak sakit ke?" Ucap Eliana dengan nada mengejek. Nadia masih diam. Lebih tepatnya menahan geram!

Eliana tersenyum puas. Dia berjalan dan sengaja kaki nya melanggar bahagian sebelah muka Nadia. Nadia hanya menunduk tidak mahu membesarkan hal yang kecil.

Haikal hanya memandang langkah princess yang pergi meninggalkan mereka. "Kau okay?" Jelas nadanya risau tentang keadaan Nadia.

"Yeah. Sikit je jomlah dah lambat." Nadia bangun namun baru sahaja ingin melangkah Haikal membuka suara lagi.

"But your hand is bleeding." Haikal mula risau dengan keadaan Nadia.

"Don't worry I'll be fine. Let's just go." Nadia melangkah meninggalkan Haikal. Baru beberapa langkah lengan tangannya ditarik dan berhasil membuat dia toleh ke belakang.

"Not until your bleeding stop. Jom." Haikal menarik tangan Nadia dan membawa dia ke bilik kesihatan.

Sepanjang perjalanan Nadia hanya memberontak namun pergelanggan tangannya digenggam kuat oleh Haikal. Dia mengalah dan hanya mengikuti langkah Haikal.

Sesampainya mereka di bilik kesihatan, Haikal menyuruh Nadia duduk sementara dia mencari kotak first aid.

"Give me your hand." Haikal yang ingin menolong tapi ditolak oleh Nadia.

"I can do it myself. Give me the box." Nadia cuba mencapai kotak di tangan Haikal namun dihalang oleh Haikal.

"Stop talking and give me your hand miss Nadia." Nadia mengalah dia memberi tangannya dan Haikal mula merawat luka ditangan Nadia. Haikal tersenyum melihat wajah terpaksa Nadia. Comel!

Sementara itu...

Makmal Sains...

Nurin dan Anis masih menunggu kehadiran Nadia. Mereka memerhati kearah pintu. Tiada satu pun kelibat Nadia. Mereka terus memerhati hingga terlihat kelibat princess masuk. Terus mereka membuka buku untuk dibaca. Meluat pula mereka tambahan pula dengar si princess ni kutuk diorang. Macam tak reti nak bisik sampai kena cakap kuat. Ingat satu kelas nak dengar agaknya tu.

Mereka menyibukkan diri dengan membaca buku begitu juga dengan Haziq dan Nazhan. Sedang sibuk membaca terdengar satu suara yang berhasil menghentikan aktiviti Nurin.

"Kau pernah couple tak?" Soalan yang berhasil membuat Nurin menghentikan aktivitinya. Dia memandang Haziq yang sedang menanti jawapan darinya.

"Kenapa kau tanya?" Hilang moodnya mendengar soalan itu.

"Saja tanya." Nampak gayanya memang Nurin taknak jawab la soalan tu. Dia meletakkan kepalanya diatas meja makmal berbantalkan lengannya.

"Pernah." Ringkas jawapan itu berhasil membuat Haziq terkejut dan terus menoleh kearah Nurin.

Baru sahaja Haziq ingin membuka mulut miss Laili selaku guru sains mereka masuk dan memberi salam. Yang lain hanya menjawab dan bergerak ketempat masing-masing.

Miss Laili yang baru sahaja sampai melihat ke arah anak-anak muridnya. Seperti ada yang tak kena.

"Anis! Nurin! Mana Nadia?" Tanya miss Laili yang tersedar akan hal itu.

Mereka berdua hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Miss Laili yang faham dengan isyarat mereka terus memulakan sesi pembelajaran.

Back to Nadia...

Haikal selesai merawat Nadia terus mendongak melihat wajah Nadia. Nampak sedikit merah pipinya. Mungkin pipi kena lutut Eliana tadi.

"Pipi sakit tak?" Tanya dia menyedarkan Nadia yang dari tadi termenung. Dia melemparkan senyuman.

"Sejak bila kau kisah sangat aku sakit ke tak?" Nadia mulai curiga. Mana tak nya dulu Triple N selalu dapat lebam di kaki dan di tangan akibat mereka selalu tolak mereka kedinding kelantai dan bermacam tempat yang keras lagi.

"Tak boleh ke?" Haikal masih bingung.

"Kau tak rasa pelik ke bila orang yang selalu buli kau tiba-tiba dia jadi caring gila dekat kau. Kan pelik tu" Percakapan Nadia berhasil mematikan senyuman Haikal yang sedari tadi tersenyum. Haikal terdiam

"Kenapa diam."

"Jomlah masuk kelas dah lebih 15 minit dah ni." Ucap Haikal gagap. Lebih tepat ingin menyembunyikan rasa malunya. Cepat-cepat dia pergi meninggalkan Nadia. Nadia hanya memandang dia masih berfikir.

"Pelik la dia ni." Nadia lalu bangun dan mengikut langkah Haikal.

Mereka berjalan sekitar 5 minit dan hanya kesunyian yang menemani.

"Nad kalau ada orang suka kau, kau nak cakap apa?" Soal Haikal memecahkan Suasana. Nadia memandang Haikal pelik. Pelik la mamat ni.

"Entah." Ringkas jawapan yang diberikan.

"Then kau nak membujang la sampai tua?" Lagi-lagi soalan mamat ni membuatkan Nadia makin pening.

"Asal kau desperate sangat nak tahu." Nadia mula naik marah tapi disimpannya dan kembali ke Alam termenung dia.

"Kalau aku cakap aku suka kau, kau nak jawab apa.?"

"Sorry apa kau cakap aku tak dengar." Nadia yang tadi seperti dengar soalan yang keluar dari mulut Haikal memandang Haikal.

"Nothing."

Tanpa sedar mereka berada di hadapan makmal yang diisi oleh pelajar 5 Crystal. Mereka masuk dan meminta maaf kepada miss Laili lalu duduk di meja sebelah Anis dan Nazhan.

Semua berjalan lancar hingga akhir waktu persekolahan mereka pada hari itu. Triple N masing-masing menunggu driver persendirian milik keluarga mereka.

"Weh jom kita duduk sekali dalam satu rumah nak. Senang nak pergi sekolah sama-sama. Nak?" Anis memulakan perbualan mereka.

"Hmm good idea. Senang nak study sekali kan. Kau macam mana?" Tanya Nurin kepada Nadia.

"Let me ask my parents first." Nadia dengan mood dingin nya.

Nurin dan Anis hanya mengangguk. Mereka rindukan Nadia yang dulu. Yang ceria and hyperactive. Bukan Nadia yang dingin dan pendiam. Namun nasi sudahpun menjadi bubur. Apalah yang boleh mereka buat.

"Eh Nad driver kitaorang dah sampai. Pergi dulu." Ucapan Nurin dibalas dengan anggukan dari Nadia. Mereka berlalu pergi meninggalkan Nadia. Nadia yang kebosanan menunggu akhirnya mencari tempat duduk dan menyumbat earphone nya bagi menenangkan dirinya. Dia memejamkan mata sambil menghayati lagu yang di pasang.

Setelah 15 minit menunggu, driver Nadia masih tidak munculkan diri. Mungkin busy. Dia masih menunggu sambil memejamkan matanya.

Tiba-tiba di berasa ada yang duduk di sebelahnya. Dia membuka mata.

"Ohh kau Harris. Asal tak balik lagi. Selalu kau yang pecut dulu." Terkejut Nadia dibuatnya. Mana taknya si Harris ni pun puak princess juga. Dia benci sangat dengan Triple N.

"Motor rosak." Nadia hanya meng'ohh'kan sahaja dan berdiam diri. Dia kembali menghayati lagu-lagu yang sedang terpasang di earphone nya.

"Nad aku minta maaf." Suara Haikal memecahkan suasana.

Nadia mencabut earphone nya.

"For what?" Tanya dia.

"Sebab aku benci kau." Harris menunduk. Rasa menyesal dia apabila teringat apa yang dia dah lakukan kepada Nadia. Menyesal juga dia sebab mendengar kata Eliana dulu.

"Nah it's okay. Dah biasa." Nadia cuba untuk bersikap baik walaupun dia sakit.

Mana tak nya si Harris ni sebenarnya childhood friend Nadia. Namun sejak mereka memulakan pelajaran dia sekolah yang baru Harris menjadi rapat dengan Eliana. Walaupun rasa sangat marah tapi dia tetap diam kerana dia tahu yang Liya sentiasa menemaninya di mana sahaja.

Harris pula mula termakan dengan rumor yang dicipta oleh princess. Ada boleh Eliana ni kata yang Nadia ni hanya nak harta Harris. Nadia sama sekali tak mahu dengan harta Harris. Sejak itu mereka berjauhan.

Tiba-tiba iPhone milik Nadia berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia membuka mesej itu.

Pak Mat

Assalammualaikum. Nadia pak Mat tak dapat nak ambik kamu balik. Nadia boleh balik naik kawan Nadia?

Okay pak Mat. Saya balik naik kawan. Cakap dekat mama saya lewat sampai ye.

Baik nak. Terima kasih.

Nadia menutup kembali iPhone nya. Nampaknya terpaksa dia naik grab.

"So, friend?"Harris menyoal lagi sambil menghulurkan tangannya.

"Yeah, why not." Nadia menyambut tangan Harris. Mereka membalas senyuman. Hah rindunya nak main kejar-kejar.

Sedang mereka bersalaman tiba-tiba ada yang menolak Nadia hingga dia terseret ke atas jalan raya yang berbatu.

"ADUH!"
















BERSAMBUNG...

Again Liya. Hehe. Korang rasa Liya ni siapa? And siapa jugak la ex boyfriend Nurin. Hehe. Kisah Anis masih dirahsiakan. Satu-persatu kita bocorkan nanti ok. Tak pun korang vote la nak dengar kisah siapa dulu. Sama ada Nadia, Nurin atau Anis yang masih author rahsiakan. Hehe...

Happy reading💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro