Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

27

"Abang Ian!" Panggil mereka serentak. Berlari mereka masuk kedalam wad tersebut.

"Tak sekolah ke korang berdua ni?" Tanya Adrian. Tercungap-cungap nafas mereka.

"Ponteng sehari je. Bukan selalu." Tersengih mereka. Nurin memandang sekeliling.

"Ayah Syam mana bang?" Tanya Anis pula.

"Ayah Syam tak dapat nak datang. Dia kata sakit belakang. Dia kirim Salam dekat korang tadi."

"Waalaikummussalam." Jawab mereka serentak. Adrian tersenyum.

"Nad macam mana? Doc kata apa?"

"Nad okay. Doc kata dia stress to much." Nurin dan Anis mengangguk faham.

"Kalau kami tak suruh Haziq call Haikal la kan mesti tak jadi macam ni. Sorry abang Ian." Pinta Anis. Sendu suaranya kedengaran.

"Takpe la. Benda dah jadi. Lagipun memang patut Nad tahu. Eh ni, Haziq dengan Nazhan tahu tak pasal ni?" Tanya dia.

"Tak. Kami tak berani nak bagitahu." Adrian mengangguk.

"Bagitahu je la nanti. Abang nak minta tolong korang boleh?" Tanya Adrian. Nurin dan Anis memandang dia.

"Abang nak balik rumah kejap. Nak rehat kejap. Nanti dalam pukul 1 abang datang balik boleh?"

"Boleh je. Lagipun abang mesti tak tidur lagi kan." Teka Nurin. Adrian menunduk tersengih.

"Okay la. Abang balik dulu. Ingat jaga Nad. Kalau dia dah sedar terus call abang." Kunci kereta dicapai. Dia pergi setelah mendapatkan anggukkan dari Nurin dan Anis.

•••

Adrian menghidupkan keretanya namun bukan rumahnya menjadi arah tujunya.

"Just for you my dear. Aku tak nak tengok dia terluka lagi Ya Allah. Cukuplah siksaan yang aku berikan kepadanya membuat dia sengsara dulu. Semoga rancangan aku berjalan lancar atas izin mu Ya Allah. Amin." Sempat dia berdoa dalam hatinya.

Semua yang dia lakukan hanya kerana satu sebab. Dia takkan buat Nadia terluka lagi. Air mata Nadia sudah banyak dikeluarkan kerana dirinya. Dan kini, giliran dia pula membalasnya dengan kegembiraan.

•••

"Kau dah inform diorang ke?" Tanya Anis. Dia duduk di kerusi yang berada di tepi katil Nadia.

"Dah. Diorang on the way." Anis mengangguk mendengar jawapan Nurin.

Keadaan sunyi seketika. Masing-masing menunggu Nadia membuka matanya. Namun hampeh yang mereka dapatkan.

"Kau rasa ni salah kita ke?" Tanya Anis tiba-tiba. Wujud rasa serba salah dalam diri masing-masing.

"Dah la weh. Kita pun mangsa keadaan. Kau sendiri tau kan yang benda ni kantoi 1 bulan lepas Haikal pergi. Haikal pun tak tau yang kita berdua ni tau dia dekat mana. Jangan risau la. Aku tau yang Nadia tu kuat." Nurin mengusap lembut bahu Anis untuk menenangkan dia.

Mereka membalas senyuman. 10 minit kemudian, ada yang mengetuk pintu dari arah luar.

"Diorang dah sampai kot. Aku pergi tengok kejap." Nurin melangkah kearah pintu. Pintu dibuka perlahan namun bukan muka Haziq mahupun Nazhan yang berada dihadapan dia.

Lelaki itu tersenyum melihat wajah terkejut Nurin. Tiba-tiba muncul 3 orang lelaki lagi yang berjalan mendekati.

"A-apa semua ni?" Tanya Nurin gagap.

"Nurin. Panggil Anis. Ikut kitaorang kejap." Nurin terdiam seketika sebelum bergerak memanggil Anis.

Mereka berjalan kearah pintu. Seperti Nurin tadi, Anis juga terkejut dengan apa yang dilihatnya. Tangan mereka berdua ditarik oleh Haziq dan Nazhan. Mereka dibawa pergi.

Lelaki itu memandang orang dibelakangnya.

"Pergilah." Adrian menepuk lembut bahu lelaki dihadapannya.

Lelaki itu masuk dalam keadaan gagap. Pintu ditutup. Dia mendekati katil Nadia. Muka Nadia ditenung. Dia duduk di kerusi yang disediakan.

"It's been a long time since last time I saw you Nadia." Dia tersenyum.

"It's not interesting to meet you in this condition. But I'm happy to see you again." Tangannya yang masih memakai sarung tangan diarahkan kearah tangan Nadia. Perlahan digenggam tangan Nadia.

•••

"Wake up Nad. I'm begging you." Terdengar satu suara. Nadia berdiri mencari arah suara tersebut namun kemana sahaja dia pergi pun dia tak tahu. Yang dia nampak hanyalah tempat yang putih tak berdinding.

"Siapa tu! Tolong aku! Aku nak keluar dari sini!" Jerit dia. Tiada yang menyahut.

"Tolong aku! Aku nak keluar dari tempat ni!" Kakinya melemah. Menangis terduduk dia.

Bunyi tapak kaki menghentikan tangisannya. Dia mencari arah datang nya bunyi tersebut. Sampai satu arah kelihatan sekujur tubuh yang datang mendekati dia. Tangannya dihulurkan. Samar-samar pandangan Nadia.

"Kau siapa?" Tanya dia.

"Nad? You trust me?" Nadia terdiam mendengar suara itu.

"Nad?" Pandangan Nadia teralih kearah lelaki tersebut. Akhirnya pandangannya jelas kembali. Muka lelaki itu ditenungnya tersenyum. Air matanya jatuh kembali.

"You... Trust... Me?" Lelaki itu bersuara.

Nadia tersenyum. Dia berasa lega melihat wajah lelaki itu. Tangannya menyambut huluran tangan lelaki itu.

"Thanks... Haikal."

•••

Tangannya yang menggenggam tangan Nadia terasa dibalas. Jari jemari Nadia mula bergerak. Lelaki itu melihat kearah wajah Nadia.

"Nadia? Nad?" Tanya dia. Tangannya naik menepuk perlahan pipi Nadia

Kelopak mata Nadia mula bergerak. Perlahan matanya terbuka lemah.

"Ha-Haikal?" Terdengar lemah suaranya kedengaran.

"Aku dekat sini. Jangan risau. Alhamdullilah kau dah sedar. Aku panggil doc kejap." Baru sahaja Haikal ingin melangkah Nadia menggenggam kuat tangan Haikal.

Tubuh Haikal dipeluk erat. Haikal sedikit terkejut.

"Please don't leave me again. Please." Air matanya jatuh lagi. Tangisannya kedengaran di seluruh ruang wad.

"Nad? Kau tak sihat lagi ni. Baring la dulu." Dia cuba melepaskan pelukan Nadia.

"Promise me. Don't leave me. I need you." Tersekat-sekat dia berkata.

Haikal tak mampu berbuat apa-apa. Dia hanya membiarkan Nadia memeluknya. Dia mengusap kepala Nadia.

"Feel better?" Nadia mengangguk dalam tangisannya. Haikal melepas lembut pelukan Nadia.

Dia menunduk sedikit agar wajahnya berhadapan dengan wajah Nadia.

"I won't leave you anymore. That's my promise. Now rest. You still need energy." Nadia mengangguk masih terdengar tangisannya.

"Please don't cry." Ujar Haikal.

Dengan pantas Nadia mengelap sisa air matanya. Tangisannya beransur surut.

"Baring dulu. Aku panggil doc." Belum sempat Haikal pergi, Nadia menarik tangan Haikal.

"Stay. Please. I'm okay." Rayu Nadia.

"Sure?" Nadia mengangguk perlahan.

Pandangan Nadia terhala ke arah kepala Haikal.

"Kenapa kepala?" Haikal terdiam.

"Let's not... Talking about it."

"Oh sorry." Masing-masing mendiamkan diri. Nadia masih mengumpul tenaganya. Tu lah. Dah tau diri tu ada gastrik kan. Minum la lagi coffee banyak-banyak. Nasi semua tak payah nak makan.

"Kenapa kau pergi Kal?" Tanya Nadia. Selimut ditarik menutupi tubuhnya yang kesejukan. Haikal terdiam.

"Kenapa?" Tanya Nadia lagi.

"Not now Nad. Not you in this condition. So please stop asking."

"Okay. Sorry then." Nadia memusingkan badannya kearah bertentangan. Haikal rasa serba salah.

"Nad, I'm sorry."

"Looks like kau tak happy. Sorry sebab aku lah kau terpaksa datang. Sorry for ruined your day. Kau mesti penat kan flight dari jauh ke sini." Haikal terkejut.

"Wait. How'd you know?" Nadia terdiam.

"Nad, Answer my question."

"Not now Kal. Not you in this condition. So please stop asking." Nadia menggunakan ayat yang sama untuk membalas.

Haikal terdiam. Nafas dihembus kasar.

"Nad. Dengar ni. Aku happy jumpa kau. Kau tak paksa aku pun untuk datang sebab aku sendiri yang rancang nak balik Malaysia untuk jumpa kau. Ruined your day? What do you mean by that? You make my day happier. Penat? Lagi penat kau yang sanggup tunggu aku balik. Nad, aku cuma taknak kau sakit lagi teruk bila dengar masalah aku. So please. Stop thinking kenapa aku tak nak bagitahu sekarang. Aku buat semua ni bersebab Nad." Nadia terdiam.

"Sebab? Cuba kau bagitahu aku sebab apa yang kau ada?" Nadia memusingkan badannya menghadap Haikal. Haikal memandang wajah Nadia.

"Please tell me. Aku tak sanggup dah asyik kena tipu dengan orang yang aku sayang." Haikal terkejut.

"Sayang? Kau sayang aku?" Tanya dia tak percaya.

"Yes. And I love you Tengku Haikal Idris and you know it."

















BERSAMBUNG...

Tin: Haikal tak gentle la.
Haikal: Kau diam. Kau yang buat script ni. Jangan nak salahkan aku.
Nadia: Haikal kau diam. Kalau takde script ni watak kau tak hidup.
Haikal: *Tahan marah
Tin: Ladies team yeah!

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro