26
"Nad!" Terkejut mereka. Tadi kan Nadia tidur. Macam mana boleh ada dekat sini atau lebih tepatnya pada jam 10:30 malam!
"K-kau buat apa dekat sini?" Tanya Nurin gagap. Takutnya la kalau kantoi pasal tadi.
"Nothing. Just bought a coffee to chill myself. And what are you guys doing in this hour here?" Tanya Nadia.
"Kitaorang lepak je. Nak ajak kau tadi tapi kau tidur. Jadi kitaorang pergi la." Nadia mengangguk faham.
"Okay. Aku balik dulu. Jangan balik lambat. Korang perempuan kan. Jangan mengada nak duduk berkepit dengan Malaun dua ekor ni sampai 12 lebih. Kang siku aku bagi. Aku tunggu dekat rumah. Make sure sampai rumah 10 minit sebelum pukul 12. Bye!" Nadia beranjak pergi.
Mereka terdiam. Ambil kau kena ceramah. Padan muka. Gatal sangat nak lepak tengah malam apahal.
"Cepat la bincang sementara ada masa lagi." Mereka mengangguk.
Perbincangan mereka diteruskan.
•••
Nadia berjalan sendirian. Kopi yang dibelinya tadi dipegang erat. Air matanya mengalir tiba-tiba.
"Sanggup korang tipu aku." Air matanya jatuh berlinangan. Langkah diteruskan secara terpaksa. Tangisan sedaya upaya di tahan.
"Kenapa?" Ayat itu sahaja yang dikeluarkan dari mulutnya. Semuanya berterusan sehingga dia sampai kerumahnya.
•••
"Okay. Sekarang semua balik and tenangkan fikiran masing-masing." Ucap Haziq.
Semua mengangguk. Masing-masing mengemas barang untuk pulang kerumah masing-masing.
"Biar kitaorang hantar la. Dah nak tengah malam ni. Kang jadi apa-apa kitaorang yang kena dengan Nad."
Nurin dan Anis mengangguk setuju. Mereka bergerak meninggalkan kedai itu.
Sedar tak sedar, dah sampai dah pun kerumah Nad.
"Gelap je. Macam takde orang." Kata Nazhan mula curiga.
"Oh Nad ni suka duduk dalam gelap. Kalau boleh tu satu rumah tu dia nak gelap kan." Tergelak mereka mendengarnya.
"Okay lah. Bye." Gelabah berdua nak keluar dari kereta.
Kereta Haziq bergerak pergi setelah memastikan Nurin dan Anis masuk kedalam rumah.
"Assalammualaikum!" Laung Anis tapi tiada sahutan.
"Cuba kau tengok dalam bilik dia." Arah Anis. Nurin mengangguk lalu pergi kearah bilik Nadia.
Knock... Knock
"Nad? Aku masuk tau." Dia meredah masuk. Lampu dibuka. Takde orang!
"Anis! Kau cek bilik air ada orang tak?" Jerit dia.
"Takde!" Nurin berlari kearah Anis. Tandas di cek. Takde!
"Kau kenapa? Nad mana?" Tanya Anis.
Nurin berlari kembali kebilik Nadia. Satu bilik dilihat hingga dia ternampak sepucuk surat di atas meja di tepi katil.
From: Nad
Aku tinggal rumah family aku. Jangan pernah melawat aku.
To: Nurin and Anis.
"Woi! Kau apahal?" Tanya Anis. Nurin menoleh kebelakang. Surat tadi dihulur. Anis membacanya.
Mereka memandang satu sama lain.
"You thinking the same thing as me?" Anis mengangguk.
"Habis la."
•••
"Assalammualaikum!" Jerit Nadia. Tiada yang menyambut.
Nadia membuka pintu menggunakan kunci pendua. Dia masuk kedalam rumah.
Pintu kayu terbuka tanpa dia yang membukanya.
"Nad?" Terlihat wajah mengantuk Adrian di depan mata.
"Kenapa balik?" Tanya dia. Tangannya menggosok matanya supaya pandangannya jelas.
Nadia terdiam menunduk. Air mata tak mampu di bendung lagi. Terisak-isak dia menangis. Adrian mula risau.
"Hey kenapa ni?" Tanya dia cemas.
"Abang." Nadia memeluk erat tubuh Adrian. Adrian terdiam. Tangannya naik mengusap kepala Nadia. Adrian meleraikan pelukan mereka.
"Masuk dulu. Dah malam ni." Pintu ditutup dan dikunci. Beg ditangan Nadia diambil. Tangan Nadia digenggam dan dibawa kearah ruang tamu.
"Kenapa ni?" Tanya dia lagi. Nadia tak mampu mengeluarkan kata-katanya lagi. Adrian duduk disebelah Nadia.
Kepala Nadia ditarik merapati bahunya. Tangannya mengusap lembut kepala Nadia.
Terlintas satu memori di minda nya.
"Dah la tu nangis. Aku ada dekat sini. Apa-apa kau cakap je dengan aku." Haikal cuba memujuknya. Namun tidak berhasil.
Dia lalu menarik kepala Nadia dan meletakkannya keatas bahunya.
"Lain kali nak nangis biar aku jadi bahu kau." Nadia akur. Dia menangis terisak-isak dibahu Haikal. Haikal hanya mengusap perlahan rambut Nadia.
Bertambah teruk lagi tangisannya apabila mengingati memori itu.
"Shush. Mind to share?" Tanya Adrian lembut. Nadia mengangkat kepalanya.
"Ha-Haikal." Tangisannya menghentikan kata-katanya. Dia Tak mampu lagi bersuara. Adrian sedikit terkejut.
"Takpe. Malam ni rest. Rehatkan minda. Nanti stress. Jom abang hantar pergi bilik." Beg Nadia dicapai. Tangan dihulurkan.
Kelihatan tangan Nadia menggigil. Nadia menyambut huluran tangan Adrian. Perlahan mereka berdiri serentak.
Langkah Adrian diikuti Nadia.
"Rehat tau. Jangan fikir lagi. Give yourself time to chill. Okay?" Nadia mengangguk. Adrian mengusap kepala Nadia sebelum pergi meninggalkan Nadia.
Nadia masuk kebiliknya. Pintu dikunci. Dia bersandar pada belakang pintu biliknya. Badannya perlahan melorot jatuh. Tangan ditekap di mulut. Air mata berharga jatuh kembali.
•••
Adrian masuk kebiliknya. iPhone dicari. Nombor seseorang di cari.
"Hello Anis?" Sapa dia.
"Abang Ian? Nad ada dengan abang kan?"
"Ada je. Dia baru balik. Pasal plan macam mana?" Tiada yang menjawab.
"Ka-kami rasa rahsia dah terbongkar." Gagap dia menjawab. Adrian menggelengkan kepalanya. Dahi diurut perlahan. Habis semua plan hancur.
"Patutlah. Takpelah. Nanti apa-apa abang inform korang. Bye." Terus panggilan diletaknya. Adrian berlari keluar bilik. Bilik Nadia ditujunya.
"Nad? Abang ni. Bukak pintu kejap." Pintu diketuk beberapa kali namun masih tiada jawapan.
"Haish!" Dia belari mencari kunci pendua bilik Nadia.
Pintu dibuka perlahan namun sukar ditolak. Adrian melihat kebelakang pintu biliknya.
"Ya Allah Nad!" Nadia terbaring tak sedarkan diri. Hidung nya mengeluarkan darah.
Adrian menepuk pipi Nadia namun tiada tindak balas dari Nadia. Tanpa berfikir lagi, badan Nadia diangkat dan dibawa ke hospital.
•••
"Nadia!" Jerit Haikal. Baru sahaja dia terjaga dari mimpinya. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit.
"Argh!" Jerit dia. Ubat tahan sakit dicapai dan ditelan. Rasa risau dalam hati semakin kuat sehingga terasa kesakitan nya.
"Kal? Are you okay?" Tanya Tengku Hafzal sebaik sahaja dia berlari dari bawah hingga ke bilik Haikal.
"Yes daddy. I'm okay. Just had a bad dream." Tengku Hafzal menarik nafas lega.
"Takde apa-apa lagi kan. Daddy nak sambung masak." Dia berjalan keluar bilik Haikal.
"Daddy wait." Kata Haikal. Langkah Tengku Hafzal terhenti.
"Yes?"
"Let's talk about something."
•••
Adrian menunggu diruang yang disediakan. Nadia dibawa ke zon kecemasan. Sempat juga dia memberitahu Nurin dan Anis sewaktu perjalanan tadi.
"Encik yang datang dengan patient yang pengsan tadi kan." Tegur seorang jururawat yang sedang bertugas.
"Ye saya. Adik saya macam mana?" Tanya Adrian.
"Doc panggil untuk masuk." Adrian berlari masuk kedalam zon kecemasan.
"Doc? Adik saya macam mana?" Tanya dia.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana. Boleh saya tanya awak satu soalan?" Tanya doktor tersebut.
"Apa tu doc?"
"Dia ada kehilangan seseorang ke?" Adrian terdiam.
"Doc ahli sihir ke ni?" Tanya dia pelik.
"I'm not. Anyway, I just checked her. But she didn't give any respons. That's why I ask you that question. Because almost every patient like this is missing someone so badly. So maybe you know the 'someone'." Terang menjelas penerangan doktor itu.
"Maybe I know." Ucap Adrian. Hanya satu nama yang terlekat di mindanya.
"Good. Now, it's up to you. Other than that, she's just stressed to much. Or maybe because to much coffee. What's her name?"
"Tengku Nadia Qismina. Call her Nad." Doktornya mengangguk
"Anyway, Nad is staying here until she's awake. You okay with that?" Tanya doktor itu lagi. Adrian mengangguk setuju.
"I got to go. Kalau dia sedar boleh panggil saya nanti." Doktornya berlalu pergi. Adrian memandang wajah pucat Nadia lama.
"If that what you want Nadia."
BERSAMBUNG...
Honestly... Sorry sebab ayat doktor tu merapu.
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro