24
3 bulan berlalu begitu pantas. Haikal masih tak menunjuk kan diri.
Nadia menjadi lebih pendiam. Setiap hari dia termenung sendiri. Takde siapa tahu apa yang bermain difikiran nya. Kini dia rasa betul-betul sendiri.
"Nad?" Nadia menoleh kearah suara tersebut.
"Jom pergi kantin. Lapar la." Dia bangun dan terus keluar dari kelas 5 Crystal. Nurin dan Anis mengikut dia dari belakang.
Sandwich yang berbungkus di dalam plastik menjadi pilihan makanan tengah harinya.
Sandwich nya ditenung lama
"Ambil la. Nanti gastrik kau datang singgah aku buat tak tau je."
Terukir senyuman dibibirnya. Dia melahap sandwich itu.
"Aku dengar si kembar bertiga tu pindah lagi." Ucap Haziq.
"Bagus la tu. Tak payah semak lagi layan muka diorang tu." Ucap Anis selamba.
"Aku dah tau dulu dah." Semua memandang kearah Nurin.
"Haritu dia jumpa aku. Emer kata dia minta maaf and dia janji dia takkan kejar aku lagi."
"Boleh percaya ke mamat tu?" Sindir Haziq.
"Boleh. Besides, diorang kata dah jumpa orang baru." Sekali lagi mereka memandang pelik kearah Nurin.
"Diorang?" Tanya Nazhan. Nadia memasang telinganya. Bukan dia tak tahu yang si Eriq ni suka dia.
"Oh lupa. Masa Emer jumpa tu diorang berdua sekali minta maaf kalau ada buat kita rasa terganggu dengan kehadiran diorang. Masa tu diorang bagitahu yang diorang jumpa orang lain."
"Eloklah tu dari dia sibuk kejar kau yang dah jelas aku punya." Lah gedik pula la si Haziq ni.
"Maafkan saya ya encik. Kita belum sah lagi ye." Haish kalau dengan diorang tak sah kalau tak dengar diorang gaduh.
"Dah tak payah nak memekak. Ada yang khawin dekat sini kang." Bebel Nadia. Mereka terdiam.
"Aku nak pergi library." Dia beranjak pergi tanpa mendengar kata-kata mereka.
Dia berjalan menuju ke arah library.
'lorong ni...'
"Sakit la! Aku boleh jalan sendiri." Rayu Nadia kerana tangannya masih dipegang Haikal.
"Macam aku tak kenal kau. Elok karang aku lepas kau lari entah pergi mana. Ikut je la." Haikal masih tak nak melepaskan genggamannya.
Bibirnya tersenyum apabila terimbau kenangan mereka bersama.
'Tangga ni...'
"Welcome back!" Sapa salah seorang lelaki yang menarik mereka tadi. Triple N menghembus nafas kasar.
"Stop it Malaun." Giliran Nadia bersuara.
"Haha." Ketawa dia perlahan. Langkah diteruskan menuju library.
'Tempat ni...'
Nadia yang sedang tekun membaca terganggu kerana ada yang menarik kerusi di sebelahnya. Dia melihat wajah orang tersebut.
"Haikal. Kau buat apa kat sini?" Tanya Nadia lalu melihat kearah kawan-kawannya yang hanya duduk bersama partner mereka tanpa sepengetahuan Nadia.
"Terserempak dengan sir Hadi tadi. Dia tanya partner kitaorang mana. Aku cakap la dekat Library. Last-last dia suruh kitaorang ikut korang." Panjang lebar penerangan dari Haikal.
Nadia sekadar meng'ohh'kan saja. Haikal mengambil satu buku Nadia dan membacanya. Keadaan antara mereka hanya senyap begitu juga dengan yang lain.
"Nad. Kau tak makan ke?" Haikal memecahkan suasana hening.
"Tak." Nadia masih lagi fokus malas nak melayan karenah pembuli itu.
"Jom la pergi makan kejap. Rehat la dulu dari study apa benda yang hari hari kau buat ni. Makan kejap je. Aku lapar ni."
"Pergi la seorang aku dengan kawan aku nak study lah." Nadia masih lagi fokus membaca buku nya.
"Kau ni fokus sangat la. Kawan kau pun pergi makan la." Terkejut Nadia lalu melihat sekeliling nya. Betul library kosong. Yang ada hanya mereka berdua
"Kau pergi la. Aku tak lapar." Nadia kembali membaca bukunya.
"Kau ni payah la. Kau partner aku kan. Mana boleh aku pergi seorang. Peraturan sekolah ni dah la makin lama makin pelik. Aku dah teman kau kan sekarang kau teman aku." Haikal berdiri dan mengemas buku Nadia yang berselerak diatas meja. Nadia jelas terkedu.
"Tapi.."
"No choice." Haikal menarik tangan Nadia untuk keluar dari library sambil memegang buku-buku Nadia.
•••
Nadia menuju ke suatu bukit.
'Bukit ni...'
"Lepak." Haikal keluar dari kereta dan duduk di hadapan keretanya. Tak lama kemudian Nadia juga berbuat sedemikian.
Mereka duduk sambil menikmati angin yang bertiup kencang dan memerhati saat-saat matahari terbenam.
"Tempat ni tak berubah pun. The air. The view. Still the same." Dia duduk sendirian menikmati sunset.
Mata dipejam. Satu-persatu kenangan bersama dia terpasang di minda.
"Woi. Pergi sini tak ajak." Tegur satu suara.
Terlihat Haziq berdiri di belakangnya.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Sama sebab kenapa kau datang sini." Nadia memandang dia pelik.
"Huh?"
Haziq tersenyum. Tikar ditangannya dibentang. Dia duduk diatas tikar itu. Nadia juga berbuat benda yang sama.
"Kau nak tau tak kenapa kami jadi pembuli?" Nadia memandang wajah Haziq. Haziq hanya tersenyum
"Sebab kami tak ramai kawan. Kami hidup lonely. Kalau nak tau, kami macam korang. Budak nerd." Nadia terkejut.
"Tapi kami takde nama geng. Jadi semua orang panggil kami budak nerd. Sampai satu tahap kami dah tak tahan. Slowly kami ubah penampilan. Dan kami mula buat latihan bela diri." Nadia mengangguk faham.
"Tapi kami tersalah guna ilmu yang kami ada." Hilang senyuman diwajahnya.
"Ingat tak kau pernah cerita dekat aku pasal kau ada side yang susah nak control." Nadia mengangguk.
"Kami pun sama. Walaupun sebab hal kecik habis lunyai mangsa yang kami kerjakan. Tapi tak berlalu lama pun. Sejak kami jumpa korang..." Nadia mula rasa curiga.
"Korang mengingatkan kami masa kami dibuli dulu. Tiap kali kami buli korang kan korang still boleh hadap. Dekat situ kami nampak la nilai kesabaran korang tinggi."
"Tiap kali buli je mesti korang buat muka tak kesah. Eh aku jujur la dengan kau. Masa kau marah Eliana dekat kantin masa first day school tu kan sumpah aku cuak gila tengok kau marah." Tergelak mereka bersama.
"And aku nak ucap terima kasih la dekat kau dengan Nurin and Anis. Korang banyak ajar kitaorang tanpa korang sedar. Thanks weh." Nadia tersenyum.
"Rasanya ni kali pertama aku gembira dalam tempoh 3 bulan ni." Tertawa mereka bersama.
"Oi seronoknya lepak!" Jerit satu suara. Pandangan mereka teralih.
"Woi Ziq. Bakal bini kau marah tu." Sindir Nazhan. Mereka tergelak melihat wajah cemburu Nurin.
"Sinilah. Matahari nak terbenam dah." Ajak Nadia
Berlari mereka merebut tempat duduk di atas tikar.
Mereka menikmati sunset dengan damainya.
Meanwhile...
Seorang lelaki berdiri diluar rumah mereka. Gazebo menjadi tempat duduknya menikmati pagi yang indah. Suasana semakin sejuk.
"Kal?" Panggil satu suara yang menyeru namanya.
"Kenapa duduk dekat luar. Kamu tu baru je keluar hospital kan. Dah masuk cepat." Marah Tengku Hafzal.
"Kejap lagi Kal masuk!" Jerit dia dari luar. Matanya memandang langit yang terbentang luar diatas sana.
'Adakah kita melihat langit yang sama sekarang ini? Kalau ya, sampaikan la rinduku pada dia agar dia tak merasa kesunyian.'
Haikal tersenyum sebelum bergerak masuk kedalam rumahnya.
•••
Mereka menikmati keindahan alam. Angin mula meniup kencang. Nadia terasa sesuatu yang lain.
'Angin ni..."
BERSAMBUNG...
Special chapter for 1k+ views. Thank you semua.
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro