23
Satu kelas tercengang. Sir Hadi menghentikan sesi pembelajaran mereka.
"Haziq? Nazhan? Pergi tengok dia." Arah sir Hadi. Haziq dan Nazhan mengangguk. Langkah dibawa mengejar Haikal.
Pelajaran mereka disambung. Cuma Nadia sahaja yang tak mampu fokus. Dadanya terasa senak.
•••
"Hah." Keluhan panjang terbit dibibir Nadia. Penat betul dia harini. Mata direhatkan.
"Haikal okay tak?" Tanya dia sendiri.
"Nak call ke tak?" Ucap dia. IPhone ditangannya ditepuk-tepuk.
"Ish call je la. Tapi nanti dia fikir aku gedik. Tapi kau kawan dia kot Nadia oi. Tak rasa macam minta attention ke? Huaa serabut!" Mula dah meroyan dia.
Mana tak meroyan. Dari Haikal lari dari kelas sampai lah waktu balik pun kelibat Haikal tak wujud langsung.
Tangannya yang memegang iPhone bergetar. Dia melihat nama sang pemanggil.
'Haikal!'
Terus dia terduduk. Diangkatnya panggilan dari Haikal.
"Hello Kal! Kau okay tak? Kenapa tadi?" Segalanya terlepas.
"Yah! Kau jerit kenapa? Sakit telinga aku." Balas Haikal.
"Heh sorry. Kenapa ni call aku?"
"Jom lepak kejap. Aku boring."
"Tapi kau..."
"Aku okay la. Cepat la. Pukul 4 aku depan rumah kau. Bye." Panggilan ditamatkan tanpa menunggu jawapan dari Nadia.
Nadia terdiam. Skrin iPhone dinyalakan dan...
"What the... Pukul 3:45! TIDAK!" Kalut dia berlari kebilik air. Hoodie berwarna biru gelap dicapai dan dipakai.
Selesai semuanya, langkah dibawa keluar bilik. Dia berhenti seketika di hadapan pintu biliknya.
cermin mata bulat yang ada diatas meja dipandang lama.
"Nak pakai ke tak?" Pandangannya teralih kearah cermin.
"Ah!" Laju tangannya mencapai cermin mata dan getah rambutnya. Berlari dia keluar dari biliknya.
"Korang? Aku keluar kejap tau." Nurin dan Anis memandang dia pelik.
"Kau demam ke?" Tanya Nurin.
"Maksud kau?" Tanya Nadia mula bingung.
"Nothing. Kau nak keluar dengan siapa?"
"Haikal." Jawab dia. Tangannya naik mengikat rambutnya.
"Sorry to ask but kau dengan Haikal ada something ke?" Tanya Anis. Rasa ragu mula muncul.
"What? No."
Pin...pin
"Ah dia dah sampai. Aku pergi dulu. Jangan bakar rumah ni. Ingat tu!" Ucap Nadia sebelum berlari keluar rumah.
Sempat juga dia mendengar kutukkan mereka berdua.
Dia ternganga melihat Haikal.
"Pandang apa?" Nadia melopong seperti tak percaya apa yang dilihat.
"Kau ni demam teruk sangat ke ni?" Tanya Nadia. Dia masih tak percaya dengan apa yang dia lihat.
"Tak mana ada. Naik la cepat."
"Kau sengaja kan." Tangannya membentuk penumbuk.
"Apa?" Tanya dia dengan muka yang selamba.
"Apa kau tanya? Kepala hotak hang aku nak naik motor dengan hang. Hang gila ka apa ni?" Keluar dah loghat negeri dia.
Haikal sedikit terkejut.
"Haha. Naik je la." Ucap dia tak bersalah.
"Ei Malaun! Haram stupid!" Jerit Nadia marah.
"Hek eleh. Haritu aku peluk kau takde pula kau bising."
"Kau hilang ingatan ke apa ni? Masatu aku dah tak mampu nak buat apa-apa. Kau pun satu, dah tahu haram lagi di peluk. Dah la. Malas nak gaduh. Bye."
"Eh wei! Rilek la. Woi!" Jerit Haikal memanggil.
Nadia berpusing kebelakang. Kepalanya ditundukkan dan mula melangkah masuk. Haikal turun dari motor dan mengejar dia. Tangannya menggenggam tangan Nadia.
Plak...
Haikal memegang pipinya yang ditampar. Matanya memandang Nadia. Nadia sedari tadi dah mengalirkan air matanya.
"Kalau tak sudi tolong jangan bagi harapan." Ucap dia. Dia berlari masuk kerumah kembali.
Dia melintasi ruang tamu. Nurin dan Anis tercengang melihat dia. Nadia mengunci pintu biliknya.
Mereka memandang sesama sendiri.
"Weh tinjau dekat luar." Arah Nurin. Anis menurutinya. Kelihatan Haikal yang baru sahaja menghidupkan enjin motornya. Tak lama lepas tu dia pergi meninggalkan rumah mereka.
"Kau rasa apa jadi?" Tanya Anis memandang Nurin.
"I don't know." Serentak pandangan mereka terhala kearah pintu bilik Nadia.
•••
Nadia duduk di samping katil. Cermin matanya ditanggal dan dicampaknya. Dia menunduk menangis. Rasa pening kepala menyerang.
"Tak boleh ke orang yang datang dalam hidup aku ni jangan bagi harapan je. Kenapa mesti ada je yang tipu." Terisak-isak dia menangis.
iPhone nya yang bergetar diambil. Skrin dinyalakan.
Haikal
I'm sorry...
Bye dear💕
Bertambah-tambah isakan Nadia. Tangisan tak langsung berhenti. Pening kepala semakin sakit.
Akhirnya dia pengsan dengan tangisan. Dia terbaring di atas lantai yang sejuk.
•••
"Selamat tinggal Tengku Nadia Qismina. The first love of my life."
•••
"Ergh." Nadia bangun dari pengsannya. Kepalanya diusap perlahan.
"Kejap. Bukan tadi aku dekat bawah. Asal atas katil ni?" Tanya dia sendiri.
Dia tersedar akan sesuatu.
"Apa aku dah buat ni?" Mengeluh dia.
"Tak kira. Aku sendiri kena minta maaf."
iPhone nya dicari. Nombor Haikal di cari. Dia menelefon Haikal.
"Hello Kal! aku..."
"Kak Nad?"
"Afrina? Afrina ke tu?"
"Yes it's me. Kenapa call?"
"Kak Nad nak cakap dengan Abang Kal. Abang Kal ada?"
"A..." Tiba-tiba kata-kata Afrina terhenti.
"Hello. Ini Nadia ke?" Kedengaran suara perempuan yang bersuara.
"Ye saya. Ini mak Haikal kan?" Tanya Nadia. Dia mula gelisah.
"Nadia. Boleh kita jumpa. Sekarang."
"U-untuk apa?"
"Saya sendiri akan bagitahu. Share alamat rumah awak. Saya akan ke sana."
"Ta..." Panggilan mati.
Nadia mula rasa cuak. Tangannya bergerak menghantar location. Bergetar-getar tangan dia.
•••
"Assalammualaikum!" Laung Tengku Faridah dari luar rumah.
Nadia berlari mendekati. Kelihatan malam mula menjelma.
Mereka berjalan masuk kedalam. Afrina mengikut langkah ibunya.
"Aunty nak minun apa-apa ke? Saya nak buatkan." Tanya Nadia.
"Takpe saya datang ni pun tak dirancang. Lagipun saya nak bagitahu sesuatu saja."
"Duduk la dulu. Saya panggil kawan-kawan saya." Tengku Faridah mengangguk.
"Afrina nak ikut kak Nad." Ucap dia riang. Nadia hanya tersenyum terus Afrina di dukung dia.
•••
"Aunty nak bagitahu apa tadi?" Tanya Nadia sebaik sahaja semua orang berada di ruang tamu. Afrina duduk di pangkuan Nadia.
"Saya nak sampaikan berita buruk dan saya harap kamu bersabar ye Nadia." Nadia mengangguk curiga.
"Ikutkan saya tak nak bagitahu. Tapi saya terpaksa sebab Haikal sendiri yang minta saya beritahu." Dia mengeluh perlahan. Air mata sedaya upaya ditahan.
"Ha-Haikal terpaksa pergi. Dia takkan balik dalam waktu terdekat."
Bam...
Seperti ada yang menghentak kepala Nadia. Air matanya jatuh berguguran. Tangisan cuba ditahan tapi dia tak mampu.
"Kenapa aunty? Kenapa dia pergi? Takkan sebab saya tampar dia tadi?" Nurin dan Anis terkejut.
"Tak. Bukan sebab awak dia pergi. Dia pergi atas sebab lain." Perlahan air matanya jatuh menitik.
"Tapi jangan risau. Dia janji dia akan balik. Dan awak adalah orang pertama yang dia nak jumpa." Tengku Faridah tersenyum dalam tangisan.
Nadia tak mampu berkata apa-apa lagi. Muka Afrina ditenung lama. Dia memeluk erat tubuh kecil Afrina. Habis basah baju Afrina disebabkan air matanya.
"Dan dia minta saya bagi kotak ni dekat awak." Nadia tak bergerak seinci pun. Nurin yang menyambut kotak itu.
"Saya pergi dulu ye. Dah nak maghrib ni. Afrina jom." Perlukan Nadia terlerai Afrina turun dari pangkuannya. Muka Nadia ditenung tak teralih.
Langkah Tengku Faridah dan Afrina menghilang. Mereka dihantar keluar oleh Anis.
Anis masuk. Pintu depan dikunci pantas.
Nadia masih tak bergerak. Dia terduduk menangis di atas sofa. Kotak diatas meja dipandang.
"Nad? Jangan macam ni. Aku kenal kau macam mana. Kau kuat kan?" Langsung takde jawapan untuk soalan Nurin.
"Takpe. Kau pergi la rehat. Kau cuti kan. Kami nak solat maghrib." Nadia mengangguk. Kotak kecil itu dibawa. Pintu bilik dikunci.
•••
Nadia menghempas badannya. Nak menangis air matanya dah kering.
Kotak berwarna blue black ditangannya dipandang lama. Dia membuka kotak tersebut.
Air matanya terjatuh kembali. Malam yang penuh dengan air mata.
BERSAMBUNG...
No Haikal T-T
We need to call this 'Drama TV3'
Ending coming soon...
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro