22
Nitric Highschool
Triple N masuk ke perkarangan sekolah. Nadia masih sama dengan style dia yang dingin.
Mereka berjalan bersama masuk kedalam kelas 5 Crystal.
Nadia meletakkan beg galas miliknya sebelum duduk di tempatnya.
"Nad?" Panggil satu suara. Nadia yang tadi ingin mengeluarkan buku dari beg galasnya terhenti perbuatannya.
"Yes?" Jawab dia. Eliana menunduk kaku.
"Can we have a talk?" Nadia memandang Eliana pelik.
"Sure. Waktu rehat nanti belakang block D." Arah dia.
Eliana mengangguk. Kakinya melangkah kearah tempat duduknya.
•••
"Kenapa nak jumpa aku ni?" Tanya Nadia apabila terlihat kelibat Eliana datang ke belakang block D.
"Ni hal private. Pasal Aisya." Nadia mengangguk.
"Apa dia?" Tanya dia lagi. Masa itu juga mereka tak sedar akan kehadiran seseorang dari arah belakang.
'Nadia and Eliana? What are they doing here? Bukan block ni aku dengan Nad ke yang jaga.'
Dia menyembunyikan diri dibalik dinding. Telinganya mendengar setiap kalimat yang dikatakan mereka.
"Aisya accident semalam." Serentak Nadia terkejut.
'What? Tak mungkin' Telinganya dipasang kembali mendengar perbualan mereka.
"Dia masih tak sedarkan diri lagi. Sekarang ada dekat hospital xxx. Jadi kalau boleh aku nak minta tolong kau. Boleh?"
"Apa?" Tanya Nadia.
"Aku tak tahu Aisya nak sedar bila. Tapi andai kata mak dia call and bagitahu dia dah sedar aku nak Triple N datang boleh?" Nadia memandangnya pelik.
"Why?" Tanya dia lagi.
"I heard that korang boleh settle kan masalah. So aku ingat korang boleh tolong kitaorang. Pasal problem tu nanti la aku share. Kau setuju?" Nadia terdiam.
"Aku okay je. Nanti apa-apa call la aku. Dah la aku nak sambung bertugas ni. Kau dekat block A kan?" Eliana mengangguk.
Nadia juga tersenyum sebelum pergi meninggalkan Eliana. Eliana berjalan pergi. Sampai dibalik dinding, Nadia terlihat seperti kelibat seseorang pergi meninggalkan tempat itu. Terus dia cuba untuk mengejar namun hampeh. Kelibatnya hilang entah kemana.
"Mana pula la si Ikram ni. Aku ketuk kepala nanti apa pun tak dapat." Bebel dia seorang. Kerjanya untuk meronda bangunan diteruskan.
•••
Triple N melangkah masuk kedalam hospital. Kedatangan mereka disambut dengan keberadaan Eliana dan Airis.
"I'm glad that y'all come. And Aisya pun baru sedar tadi." Terang Eliana.
"Alhamdullilah." Ucap mereka serentak.
"Eh jom la. Kesian Aisya tunggu seorang. Mak dia balik kejap tadi. Katanya kemas baju." Nadia mengangguk faham.
Mereka bergerak menuju ke bilik Aisya di tingkat atas.
'Ceh. Tak boleh jadi aku kena naik dulu sebelum diorang.'
Triple N keluar dari pintu lift. Eliana membawa mereka kebilik yang menetapkan Aisya.
Pintu dibuka.
"KAU KELUAR! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU DEKAT SINI! KELUAR!"
Satu jeritan yang bergema di seluruh ruang hospital itu menjadi perhatian.
Eliana, Airis dan Triple N berlari masuk.
"Ik minta maaf."
"Ik?" Ikram berpaling memandang kearah belakang.
"Ik kau keluar." Arah Eliana. Mukanya kelihatan merah.
"Ta-tapi..."
"Out now!" Eliana berlari kearah Aisya yang menangis tersedu-sedu. Dia memeluk Aisya erat.
"But..." Sekali lagi kata-katanya terpotong dengan satu tepukan di bahunya.
Nurin mencapai hujung baju Ikram dan menarik dia paksa keluar dari bilik itu.
•••
"Kenapa kau buat macam ni Ikram?" Ucap Nurin sebaik sahaja mereka sampai di taman yang berdekatan.
"A-aku..."
"Don't tell me kau nak get back dengan dia." Ikram terdiam.
"My gosh." Nurin meraup muka dia. Kakinya melangkah untuk duduk di kerusi yang tersedia.
"Kenapa? Selepas kau hancurkan hati dia. Kenapa?" Tanya Nurin.
Inilah sifat Nurin. Dia tak boleh tengok air mata perempuan jatuh disebabkan lelaki. Cukup dia benci akan hal itu. Baginya, dia dapat rasa apa yang seseorang perempuan itu alami.
"Aku just... Aku menyesal putus dengan dia." Keluh Ikram. Nurin tersenyum sepet.
"Dengan penyesalan kau ni takkan boleh kemana pun."
"What do you mean by that?" Tanya Ikram mula curiga. Nurin menatap anak mata Ikram.
"Hati perempuan ni cepat luluh. Tak kira la dia tomboy ke, dia kuat ke. Kalau dah namanya perempuan memang dia cepat luluh kalau bab hati. Sekali kau masuk dalam hati dia, selama-lamanya kau ada dekat situ. Tapi sekali kau lukakan dia. Jangan pernah kau harap pintu hati dia akan terbuka buat kali kedua untuk kau. Perempuan ada pilihan diorang masing-masing. Kalau dia memang betul nak kau buktikan cinta kau, insyaallah dia akan cuba buka balik pintu hati dia. Tapi once di tutup sepenuhnya hati dia memang merana hidup kau." Panjang lebar penerangannya.
Ikram tercengang. Nurin tersenyum pelik.
"Apahal? Pelik?" Tanya Nurin selamba.
Ikram masih terdiam. Dia tahu salah dia putuskan hubungan dia bersama Aisya. Tu lah. Ikut sangat emosi sendiri kan dah dapat padah.
"Nurin..." Ayatnya terpotong.
"Aku pergi dulu and ingat ni. Buat masa sekarang aku halang kau jumpa Aisya." Tangannya menunjuk kearah Ikram. Pandangan tajam diberikan.
Nurin berlalu pergi. Ikram berdiri kaku. Tak tahu apa yang patut dia buat sekarang.
•••
"Assalammualaikum." Tegur Nurin sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik yang menempatkan Aisya.
"Waalaikummussalam." Jawab semua orang.
"What did I missed?" Tanya dia.
"Nothing." Nurin mengangguk.
Tempat di sebelah Nadia didudukinya. Dia memandang Aisya yang tertidur di atas katil.
"Korang kata ada problem." Tanya Nurin.
"Oh ya. Macam apa yang korang tahu sekarang ni, kitaorang dah takde hubungan langsung dengan Prince. Right?" Mereka mengangguk.
"But now the problem is diorang nak get back. Setakat ni aku dengan Airis je. Aisya aku tak tahu dia kena ke tak." Nurin terkejut. Hal yang sama rupanya.
"Aku rasa Aisya pun sama." Semua memandang dia.
"Prove?" Tanya Anis.
"Tadi aku tanya Ikram kenapa dia datang sini. Then aku tambah lagi yang dia nak mintak get back ke. Then dia diam. Isn't that means he's trying to do the same thing?" Nadia memicit kepalanya.
"Takpe pasal tu boleh tanya lepas Aisya sedar nanti. Then kau buat apa?" Tanya Nadia.
"Aku halang dia jumpa Aisya."
Eliana dan Airis terkejut.
"Wow." Satu kalimat yang terkeluar dari mulut Airis. Dengan cepat mulutnya ditutup dengan tangan sendiri.
"Okay so korang bagitahu yang prince nak get back. Am I right?" Mereka mengangguk.
"Then korang tak nak ke?" Mereka terdiam.
"Jujur dengan aku. Korang betul takde perasaan dekat diorang lagi dah?" Tanya Nadia. Keadaan mulai tegang. Suasana sunyi.
Airis melepaskan keluhan kecil.
"They deserve the right one. Not us." Ucap dia tak rela.
Jujur mereka masih lagi ada perasaan dekat prince. Cuma disebabkan takut kejadian yang sama akan berulang, mereka buat keputusan untuk tidak kembali kepada prince.
Triple N mengangguk.
"Maybe Nurin could help y'all." Ucap Nadia. Nurin tersentak. Mereka memandang Nurin.
"Me?"
"Yes. I know you can."
"I'll try." Keluhan kecil dilepaskan.
"Need help? Aku dengan Anis ada." Tangan Nadia menepuk perlahan bahu Nurin.
Nurin mengangguk. Eliana dan Airis hanya kagum melihat persahabatan mereka.
•••
Haikal masuk ke kelas 5 Crystal dan terus menuju ketempatnya. Kepala diletakkan di atas meja. Mukanya diarahkan kearah Nadia. Mata di pejamkan.
Nadia memandang wajah pucat Haikal.
"Kau sakit ke?" Tanya Nadia.
"Entah. Kebelakangan ni aku lemah badan. Tak tahu kenapa."
"Pergi la klinik." Ucap dia risau.
"Ada masa aku pergi la. Aku nak tidur kejap. Nanti sir masuk bagitahu." Nadia hanya mengangguk.
Buku dibuka untuk dibaca. Entah kenapa dia jadi hilang semangat nak baca buku. Buku di tutup semula. Wajah pucat Haikal ditenung lama.
'Pucatnya. Demam ke?' Fikir dia.
Tangannya perlahan naik ingin merapati dahi Haikal.
"Bangun!" Suara lantang Harris kedengaran.
Nadia menghentikan pergerakkannya. Keluhan dilepaskan sebelum mengejut Haikal.
Pelajaran mereka bermula.
Tiba-tiba...
Haikal bangun secara mendadak. Tangannya menutup mulut. Terus kakinya berlari keluar kelas. Satu kelas tercengang.
BERSAMBUNG...
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro