Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

21

Flashback on...

Haikal p.o.v

Aku menuju kearah dapur untuk menolong Adrian.

"Bang?" Panggil aku.

"Oh kau. Nak apa?" Jawab dia sambil mengacau air yang dibuatnya.

"Ada apa-apa nak aku tolong?"

"Takde." Aku mengangguk. Baru sahaja ingin melangkah pergi namun nama ku dipanggil.

"Haikal? Nama kau kan?" Aku menoleh. Wajah serius Adrian aku pandang.

Aku mengangguk lagi.

"Duduk la sekejap. Aku nak cakap dengan kau." Aku lalu mengambil tempat dan duduk berhadapan Adrian.

Adrian menarik kerusi berdekatan dan duduk menghadapku.

"Kau sayang Nad?" Sama juga dengan adiknya yang suka straight to the point.

Aku terkejut dengan pertanyaan Adrian. Tak tahu ingin jawab apa. Adrian masih menunggu jawapan.

"Kenapa tanya?"

"Kepastian." Jawabnya singkat. Aku masih terdiam.

"Come on la. Aku dah baca kot surat dalam kotak tu." Ucapnya.

"Kau baca?" Adrian mengangguk. Aku menghembus nafas. Serabut!

"Betul la apa kau baca tu." Akhirnya aku mengaku.

"Look, aku tak kesah pasal kau tau. Tapi aku kesah pasal adik aku. Jadi memandangkan aku dah tau pasal hal ni apa kata kau tolong aku?" Tanya dia.

Aku memandang lekat anak mata Adrian.

'Sama warna mata!'

"Woi! Boleh tak?" Ujar Adrian menyedarkan aku dari lamunan.

"Ha apa?" Tanya aku.

"Kau jaga Nad. Jangan bagi dia terluka lagi. Aku tak nak dia rasa sakit lagi. Aku tak peduli yang penting kau kena ikut mana je dia pergi mahu dia sedar ataupun tak. Kau pantau dia bila aku takde SAHAJA. Get it?" Ujar dia dengan wajah yang dipasang ngeri.

Aku menelan air liur.

'Gila seram siot muka dia.' Bisik hatiku.

Aku mengangguk gagap.

"Good."

Flashback off...

"Aku tak boleh tipu diri sendiri. Tipu la kalau aku cakap aku tak sayang dia." Aku bermonolog sendiri.

"Kalau la dia yang baca dulu surat tu." Aku berpusing kearah kanan.

Pandangan ku terhala kearah kotak kecil yang berwarna blue black. Baru sahaja ingin mengambilnya...

Tokk... Tokk

Bunyi ketukan pintu membuatku berpusing kearah kiri menghadap pintu.

"Kal dah mandi belum?" Jerit Tengku Faridah memanggil nama ku.

"Belum! Nanti Kal turun!" Jerit aku membalas.

"Cepat mandi. Lepas tu turun makan!"

"Okay!" Aku bangun dan terus menuju kebilik air.

End Haikal p.o.v

Aisya p.o.v

"Hah dapat aku lepas stress dekat sini." Ucapku sendirian. Kerusi berhadapan tasik ditaman itu aku duduki.

Aku menghirup udara segar dan menikmati bunyi-bunyi alam yang berada di sekitar aku.

Kini hanya satu perkara terlintas di kepala aku.

'Kau tahu tak yang kau ni cantik?'

Nafas dihembus perlahan.

"Of course I know I'm pretty. Tapi tu la. Memang patut pun aku dibenci. Betul la kata kau Haziq." Kata ku seorang.

Flashback on...

Aku memainkan iPhone ku. Haziq tidak aku pedulikan.

"Kau tahu tak yang kau ni cantik?" Tanya dia tiba-tiba.

"Then?" Ucapku selamba.

"And layak untuk dibenci." Sindir dia. Aku terkejut.

Hatiku sabar menahan geram.

"You got the point there."

Tiba-tiba...

"Anis pengsan!" Jerit Airis dari arah luar. Mereka berlari keluar begitu juga Nazhan yang sedari tadi cuba untuk meninjau Anis.

Flashback off...

End Aisya p.o.v

"Assalammualaikum." Tegur satu suara yang memecahkan lamunan Aisya.

"Waalaikummussalam." Aisya mendongak memandang kearah wajah sang pemilik suara yang menegurnya.

"Ik?" Ucap dia terkejut.

"Hey." Jawab Ikram.

"Aku pergi dulu." Aisya cepat-cepat ingin pergi namun tangannya ditarik.

"Sya still marah dekat Ik?" Tanya dia. Aisya memandang Ikram.

"Tak. Sekarang lepas. Aku nak balik."

"Sya Ik nak bagitahu something ni." Ucap dia. Lengan Aisya masih digenggam nya.

"Fine. Make it quick." Tangannya direntap sehingga terlepas dari genggaman Ikram.

"Ik nak get back." Aisya terpaku. Air matanya sedaya upaya ditahan.

"Seriously. Kau nak get back dengan aku. Jangan harap." Dia melangkah pergi.

"Sya!" Jerit Ikram. Langkahnya terhenti.

"Don't ever trying to get closer. And don't you dare to call me Sya anymore." Langkahnya diteruskan.

Ikram terpaku. Aisya yang dia kenal bukan macam ni.

Aisya menghidupkan enjin keretanya.

"Kau yang tinggalkan aku. Lepastu kau minta get back." Kerusi sebelah menjadi tempat dia melepaskan geram.

Dia memandu dengan air matanya yang masih mengalir tak berhenti. Tanpa dia sedar yang dia telah melanggar lampu merah.

BAM!

•••

"Auch!" Jerit Tengku Arissa.

Jari dia yang terkena bilah pisau ketika memotong sayur tadi ditiup. Darah mula keluar tak berhenti. Rasa tak sedap hati mula terasa.

Dia melihat kearah jam.

"Mana sya ni tak balik lagi dari tadi." Dia bermonolog sendiri. Tengku Arissa bangkit dan pergi mencari kotak first aid yang terletak dibiliknya.

Luka nya diubati sendiri. Dalam hatinya sudah mundar-mandir memikirkan anaknya yang masih belum pulang sedari tadi. Terdetik hatinya untuk mencari iPhone nya yang terbaring kemas diatas katil. Memang dia tak bawa iPhone tu ke dapur tadi.

Skrin iPhone nya menyala.

"Missed call?" Tanya dia sendiri.

Kebanyakan missed call nya dari Eliana dan Airis. Tanpa berfikir lama, nombor Eliana di call.

"Hello. Kenapa El call?" Tanya Tengku Arissa.

"..."

Tiba-tiba dia jatuh berlutut ke atas lantai. Air matanya jatuh menitik. iPhone nya dipadamkan.

Cepat-cepat dia mencapai tudungnya dan mengambil kunci keretanya untuk dipandu kearah tuju.

'Selamatkan lah anakku Ya allah.' Hanya kata itu yang tersemat dihati. Jujur hatinya hancur apabila mendapat khabar yang anaknya accident.

•••

"El? Ris? Macam mana?" Tanya Tengku Arissa sebaik sahaja dia melihat kelibat Eliana bersama Airis.

Mereka menunduk kaku. Berat rasanya ingin mengucapkan keadaan Aisya.

"Aunty sabar okay. Sya-sya ada dekat dalam sana." Tanpa mengendahkan orang sekeliling dia terus menerobos masuk kebilik anaknya.

Terlihat satu tubuh yang terbaring kaku diatas katil wad. Dia berlari mendekati. Eliana dan Airis hanya memerhati dari arah pintu.

"Sya bangun Sya." Tubuh Aisya digoyangkan namun tiada tindak balas.

"What happened?" Tanya dia. Isakan tangisan mula kedengaran.

"We also don't know. Tadi El balik then dapat call dari dia tapi suara orang lain. Dia bagitahu yang Sya dekat hospital sedang dirawat. Terus kami on the way kesini." Terang Eliana.

"Mana orang yang inform kamu tu?" Tanya Tengku Arissa. Tangisannya mulai reda.

"Orang tu dah balik. Dia kata ada emergency lain. Lepas kitaorang sampai terus dia pergi." Giliran Airis pula yang berkata.

"Doktor kata apa?" Tanya dia sekali lagi. Kali ini mereka berdua terdiam. Langsung tiada sebarang kata yang dikeluarkan mereka.

"Answer me." Mereka meneguk air liur.

"Sya mungkin takkan sedar buat masa sekarang." Ucap Eliana sekali nafas. Tengku Arissa awal-awal lagi sudah beristighfar agar hatinya tenang.

"Sekarang ni kita kena tunggu Sya bangun untuk jelaskan apa yang jadi. Doktor ada bagitahu tempoh dia nak bangun sampai bila?"

"Dalam masa seminggu." Tengku Arissa menghebus nafas lega.

"Selain itu, ada lagi?" Mereka menggeleng.

Tengku Arissa berusaha mengumpul iman nya agar tetap sabar dalam segala hal yang akan datang. Tangisan dia ditahan.

"Terima kasih ya inform aunty." Mereka berdua tersenyum

Meski melihat Tengku Arissa tersenyum, mereka tahu yang dia hanya menyembunyikan tangisannya.

"Takpelah. Kamu berdua balik la dulu. Biar aunty jaga Sya. Esok boleh la datang balik. Ye." Ucap dia.

Eliana dan Airis tersenyum. Mereka bersalaman dengan Tengku Arissa sebelum pergi meninggalkan mereka.

Pintu tertutup rapat. Air matanya tak mampu ditahan lagi. Dia menangis terisak-isak.

Perlahan dia berjalan kearah kerusi yang berada di sebalah katil anaknya. Kepalanya dibaringkan di atas hujung katil. Tangan kanannya naik menggenggam tangan Aisya. Matanya tertutup. Akhirnya dia tertidur dengan tangan yang masih menggenggam tangan Aisya.











BERSAMBUNG...

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro