20
"Pengsan!" Ucap mereka serentak. Mula la adegan berlari turun tangga.
Mereka berlari sampai ke ruang tamu. Kelihatan Anis yang terbaring tidak sedarkan diri di atas sofa yang panjang.
"Kenapa ni?" Tanya Nadia risau.
Semua mata tertumpu kearah Airis. Airis mula rasa tak selesa.
"Bu-bukan aku." Jawab dia seperti tahu maksud disebalik pandangan mereka.
"Kalau bukan kau siapa?" Marah Nazhan. Matanya tajam menikam anak mata Airis.
"Ei kau ni!" Nazhan mendekati Airis.
"Stop Nazhan!" Jerit Haikal. Nazhan menghentikan langkahnya namun pandangannya masih menikam anak mata Airis. Airis menunduk takut.
"Ok macam ni. Angkat Anis bawa masuk bilik tetamu. Abang tunjukkan yang mana satu. Nurin and Airis ikut aku. Yang lain tunggu Anis sedar. Kalau rasa badan dia panas ambil air dengan kain letak dekat dahi dia. Faham?" Arah Nadia. Yang lain mengangguk.
"Jom." Nadia keluar diikuti Nurin dan Airis.
•••
"Macam mana Anis boleh pengsan?" Tanya Nadia lembut.
"Bukan aku yang buat. Tadi kitaorang berdiri dekat sini. Aku nak minta maaf je dekat dia. Tak lama lepas tu dia pengsan. Aku berani sumpah yang aku tak sentuh dia langsung. Dia yang tiba-tiba pengsan." Rayu Airis.
"Nurin kau fikir apa aku fikir?" Nadia memandang Nurin yang duduk di kerusi buaian milik keluarga Nadia.
Nurin mengangguk. Pandangan Nadia beralih kembali kearah Airis.
"Airis kau masuk dulu. Tapi jauhkan diri dari Nazhan. Dia mood tak okay tu." Airis berlalu masuk kembali.
"Hah penat la macam ni. Dia dah tahu yang dia tak boleh berdiri bawah panas lagi dia berdiri bawah panas lama-lama." Nadia mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelah Nurin.
"Actually I'm proud of you." Ucap Nurin. Nadia memandang Nurin pelik.
"Tak faham." Ucap dia.
"Aku proud dengan kau sebab segala ujian yang timpa kau dengan family kau hadapi dengan relax je. Kalau aku dah pening tak tahu nak nangis ke nak stress." Terang Nurin.
"Hah?" Nadia masih tak faham.
"Think about it, yesterday mama terpaksa pergi but kau still okay walaupun kau bangun dari pengsan terus mengamuk. And today, tiba-tiba Anis pula yang pengsan and kau yang arahkan semua orang untuk buat sesuatu. Boleh kira setiap masalah yang datang tu kau boleh settle kan la."
"Dah tak payah nak puji lebih. Kembang aku nanti. Jom la masuk tengok Anis." Ucap Nadia lalu pergi meninggalkan Nurin.
'Dah kembang tu cakap je la.'
Nurin bangun mengikuti langkah Nadia.
•••
"Naz? Follow aku kejap." Ajak Nurin. Nadia yang berada dihadapan Nurin tercengang.
Melihat pandangan Nurin sahaja sudah cukup untuk buat dia faham apa yang Nurin akan lakukan.
"Bawa Airis sekali." Bisik Nadia ke telinga Nurin. Nurin mengangguk.
Nurin pergi meninggalkan bilik tersebut. Nazhan pasrah. Sempat dia memandang Anis yang terbaring lemah.
"Tak payah nak acah heartbreak sangat la. Dia pengsan je bukan mati. Aku jaga dia. No worries." Ucap Nadia menghentikan langkah Nazhan.
Sempat juga mereka terdengar Haikal dan Haziq yang hampir tergelak melihat muka Nazhan yang tak habis-habis risau tentang Anis.
Nazhan berlalu pergi.
"Badan dia panas ke?" Tanya Nadia.
"Boleh tahan juga panas dia. Tapi aku dah letak kain basah ni. Nanti kurang la sikit panas dia."
"Biar dia. Dah tahu tak boleh berdiri tengah panas lama-lama nak juga berdiri tengah panas." Semua mata terdiam. Mereka memandang kearah Nadia.
"Oh lupa bagitahu. Si Anis ni memang dari kecil lagi tak boleh duduk tempat panas sangat. Paling teruk dulu sampai demam panas and darah dari hidung dia keluar setiap hari. Seingat aku dia tak sekolah sebulan masa tu sebab demam dia tak surut."
Semua memandang Nadia terkedu.
"Wow. Tak pernah lagi aku jumpa spesies ni." Ucap Haziq mengundang tawa mereka.
Nadia berjalan mendekati Anis. Eliana memberi ruang untuk Nadia duduk di samping Anis.
Kepala Anis diusapnya perlahan.
"Yow." Tegur satu suara.
Mereka yang sedari tadi memandang Nadia kini teralih kearah Nurin yang berdiri di hadapan pintu.
"Cik kak. Salam mana salam?" Sindir Nadia. Anis menggaru belakang kepalanya.
"Assalammualaikum hehe." Ucapnya.
"Waalaikummussalam." Jawab mereka.
Nurin berjalan mendekati Nadia. Nazhan dan Airis masih tidak munculkan diri.
"Ouh ni. Abang? Mana ayah?" Tanya Nadia secara tak langsung.
"Ayah? Tidur la. Dia bukan boleh tak tidur siang." Jawab Adrian selamba.
"Nad?" Panggil seseorang dari arah pintu.
"Yes." Jawab dia.
"Aku balik dulu. Kalau Anis dah sedar kau call aku." Ucap Nazhan sebelum pergi meninggalkan mereka.
Kemudian terpampang pula muka Airis yang masih menunduk. Mungkin takut disalahkan lagi.
"El? Aku tunggu dekat luar. My mom suruh balik." Eliana mengangguk.
Airis berjalan keluar.
"Kitaorang balik dulu. Ada masa kitaorang melawat." Ucap Eliana sambil tangannya mengusap perlahan bahu Nadia.
"Ok."
"Jom." Aisya mengikut langkah kaki Eliana.
"Kalau semua balik, kitaorang pun balik la." Ajak Haziq. Dia mendapat anggukkan dari Adrian.
Adrian menghantar mereka ke pintu hadapan. Kini hanya tinggal Nadia, Nurin dan Anis sahaja.
Nurin cepat-cepat mengunci pintu dan kembali mendekati kearah Nadia.
"Woi! Tak penat ke berlakon?" Sindir Nadia.
Anis membuka matanya. Dia memandang sekeliling.
"Hehe." Gelakkan tak bersalah dia berikan.
"Macam mana kau tahu aku dah sedar?"
"Sebab bola mata kau tu tak reti nak duduk diam. Dari tadi kelopak mata kau bergerak tahu. Ni nak tanya. Apahal kau berlakon?" Tanya Nurin pula.
"Aku sengaja tak nak bangun sebab aku tak nak Naz hantar aku balik. Mum nampak dia hantar aku haritu. Naik mengamuk dia." Mereka tergelak bersama.
"So kau memang tak rancang la kan."
"Aku rancang la. Aku sengaja ajak Airis berjemur sebab aku tahu yang aku akan pengsan. Masa aku sedar tu aku tak buka mata langsung. And aku dengar je kau kutuk aku tadi." Tangan Anis menunjuk Nadia.
Kali ini hanya Nadia dan Nurin sahaja yang tergelak.
"Korang tidur sini ke?" Tanya Nadia.
"Eh tak lah. Esok nak pergi sekolah pakai apa? Pajamas kau?" Sekali lagi mereka tergelak.
"Okay. Better balik sekarang la. Dah nak masuk pukul 5 dah ni. Korang balik rumah parents ke rumah kita?"
"Rumah kita. Semalam pun sama." Kata Nurin.
Nadia berfikir sejenak. Sama ada nak ikut sekali atau tak.
"Korang tunggu sini kejap. Aku nak cakap dengan Abang Ian." Nadia pergi setelah mendapat anggukkan.
•••
"Abang?" Panggil Nadia.
Adrian yang sedang menyiapkan makanan dia atas meja dipandang.
"Kenapa? Anis dah sedar ke?" Tanya dia.
"Dah. Tapi bukan tu sebab Nad nak jumpa abang." Ucap Nadia. Dia duduk di salah satu kerusi di meja makan.
Adrian mengambil tempat dihadapannya.
"Habis tu?" Tanya dia.
"Nad nak balik rumah Nad. Boleh?" Tanya dia.
Adrian terkejut dengan ucapan Nadia.
"Nad ada rumah?" Tanya Adrian terkejut.
"Mama dengan ayah tak bagitahu?" Soalan berbalas soalan. Siapa nak jawab?
"Kenapa abang tak tahu?"
"Okay look. Maybe Nad tahu kenapa mama dengan ayah tak nak bagitahu tapi sekarang bukan waktunya. It's long story. Sekarang Nad hanya nak izin abang je. Abang izinkan ke tak?"
Adrian berfikir sejenak. Otaknya bercelaru. Dia menghembus nafas kasar.
"Okay."
"Okay?" Tanya Nadia ingin kepastian.
"Tapi you need to tell me something." Nadia mula gementar.
"What?" Tanya dia.
"Let me know the address." Nad menghembus nafas lega. Ingat apa la tadi.
"Nanti Nad send dekat WhatsApp." Ucap dia. Adrian mengangguk.
Nad kembali kebilik yang menempatkan Anis dan Nurin.
•••
Nadia menjatuhkan dirinya keatas tilam empuk di biliknya. Baru sehari tak tidur sini dah rasa macam sebulan.
Dia merehatkan matanya. Tiba-tiba terlintas satu ingatan di fikirannya.
'Kau couple ke dengan dia?'
Dia memandang kearah lelangit biliknya. Kipas yang berpusing laju dibiarkan. Tanpa sedar, setitis air matanya jatuh. Matanya terpejam.
Meanwhile...
Haikal menggantung kunci keretanya. Bilik di tujunya.
"Kal?" Panggil satu suara. Haikal memandang kearah suara tersebut.
"Kenapa tak bagitahu Kal tak pergi sekolah?" Tanya Tengku Faridah, mummy Haikal. Dia perasan yang anaknya mengenakan baju melayu berwarna hitam.
"Kal pergi rumah kawan Kal. Ibu dia baru meninggal. Kal memang nak bagitahu mum tapi mum takde. Tu yang Kal pergi je. Pasal sekolah? Kal dah inform headmaster. Anak dia pun datang juga tadi."
Tengku Faridah terkejut.
"Takpelah. Kamu pergi mandi baru rehat. Ingat kamu tu baru balik majlis kebumian." Haikal mengangguk.
Langkahnya diteruskan.
Badannya dihempas keatas tilam yang empuk.
Terlintas satu perkara dalam fikirannya.
'Kau sayang Nad?'
BERSAMBUNG...
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro