Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17

"Nadia?" Ucapnya terkejut. Perlahan dia bangun dan mengundurkan diri menjauhi ku.

"El, no-no worries. Aku tak buat apa-apa. Janji." Ucapku cuba menenangkan dia.

Perlahan dia mendekati. Dia mula tenang.

"Kau nak apa?" Tanya dia.

"Aku nak minta maaf." Eliana memandang ku dengan wajah terkejut.

"Seriously?"

"Look, aku tak nak keadaan jadi lagi teruk antara kita. So aku cadang kita berbaik je. At least kawan biasa je. Please." Rayu aku. Eliana tercengang.

"Kita... Kawan?" Tanya dia gagap. Aku mengangguk perlahan.

"Kawan? Lepas apa aku buat dekat kau. Kau still nak kawan dengan aku."

"Aku dah penat nak benci orang." Balas aku. Keadaan sunyi sementara.

"What'd you think?" Eliana memandang wajahku perlahan.

"I- I think s-so." Ucapnya gagap.

"Takpe. Tak yah la gagap sangat. So now? Geng aku and kau? Berdamai?" Eliana tersenyum memandangku.

"We should end our revenge." Balasnya.

"Yup." Suasana kembali terdiam.

"So... Friend?" Ucapku sambil menghulurkan tangan tanda berdamai.

Dia memandang huluran tangan aku. Tak lama kemudian dia menyambutnya.

"Friend." Bermula la perjalanan baru aku dan dia sebagai kawan.

"Eh aku kena balik ni. Kesian si Haikal tunggu dekat bawah tu." Ujarku.

"Kau datang berdua dengan dia?" Aku mengangguk.

"Boleh aku tanya?"

"Apa?" Wajah aku berubah pelik.

"Kau couple ke dengan dia?" Mataku terbeliak.

"Excuse me. Memang tak la." Aku membuat wajah ingin muntah.

"Takdelah. Aku tengok kau dengan Haikal tu rapat sangat. Hah lepastu masa kita gaduh haritu dia sanggup redah masuk tandas perempuan semata-mata nak tolong kau je." Perlahan kami tergelak.

"Tak lah. Kitaorang kawan je. Thanks la jadi kawan aku." Eliana mengangguk.

"Aku pergi dulu. Kau jangan lupa makan ubat. Tak payah nak takut sangat dengan air." Sekali lagi kami tergelak.

"Bye!" Ucapku melambaikan tangan sebelum keluar dari biliknya.

'Kami kawan. Aku tak rasa aku perlukan kau lagi, Harris."

End Nadia p.o.v

•••

"Lamanya." Tanya Haikal sebaik sahaja Nadia duduk disebelahnya.

"Sorry la."

"So apa jadi?" Tanya dia lagi sambil memasang seatbelt.

"We're friend." Haikal terkejut.

"Seriously. Kau dah kawan dengan dia." Tanya dia masih tak percaya.

"Why? Tak salah kan." Pelik pula la Haikal ni. Terkejut macam nampak ular.

"Takde la. Kalau korang dah kawan that means aku pun sama." Giliran Nadia pula yang terkejut.

"Kau pun benci princess ke?"

"Erk... Sikit." Jawab dia. Nadia menghembus nafas perlahan.

"Macam ni la. Buang je rasa benci tu jauh-jauh. Tak dapat manfaat pun." Ujar dia sambil memakai seatbelt.

Haikal memandang nya terkejut. Tak lama kemudian dia melajukan keretanya membelah jalan raya.

Tak ada sesiapa pun yang memulakan perbualan. Nadia termenung melihat keluar tingkap kereta.

'kau couple ke dengan dia?' Pertanyaan Eliana tadi masuk ke lamunannya.

'Nope. I'll never fall in love with him.'

Trutt...trutt

iPhone Nadia berbunyi minta diangkat. Dia melihat nama yang tertera di skrin iPhone nya.

'Abang?' Tanpa membuang masa lagi dia terus mengangkat panggilan tersebut.

"Hello? Abang?"

"Nad...hiks" Terdengar sedikit isakan kecil yang keluar dari mulut Adrian. Haikal di sebelah hanya mendengar.

"Abang? Abang ada problem ke?" Terkejut Nadia sewaktu dia terdengar tangisan dari abangnya.

"Nad. Ab-abang minta maaf."

"Apa abang ni. Cakap la kenapa?"

"Ma-mama. Mama ma-masuk hos-hospital." Serentak itu riak wajah Nadia berubah. iPhone di telinganya terlucut jatuh keatas peha nya. Perlahan air matanya terjatuh.

Haikal memandang Nadia.

"Nad? Kau okay tak?" Tanya Haikal.

Perlahan Nadia mengusap air matanya dan meletakkan kembali iPhone nya ditelinga.

"Abang dekat hospital mana?"

"..."

"Nad on the way." Terus dia meletakkan iPhone nya.

"Haikal bawa aku pergi hospital xxx. Ma-mama masuk hospital." Ucap Nadia menangis.

"Okay. Relax please. Kita pergi sana." Ucap Haikal untuk menenangkan Nadia.

Dalam hatinya sudah berdoa yang takkan jadi apa-apa pada Tengku Nadla. Dengan cepat keretanya menuju ke hospital.

•••

"Abang!" Jerit Nadia mendapatkan Adrian. Dia berlari mendekati Adrian dan Encik Hisyam. Adrian duduk mencangkung di depan pintu bilik bedah. Haikal mengikuti Nadia dari belakang.

"Abang kenapa? Apa jadi?" Adrian berdiri memandang Nadia. Air mata yang ditahan kini terlepas jua. Perlahan dahinya diletakkan ke atas bahu Nadia. Nadia terkejut mendengar isakkan tangisan abangnya.

"Nad. Abang minta maaf. Abang banyak buat salah dekat Nad. Abang minta maaf Nad." Ucap dia diselang tangisan.

Encik Hisyam yang hanya memerhati pergerakkan kedua anak tirinya itu pun beralih kepada Haikal. Perlahan dia mendekati Haikal dan menarik Haikal untuk memberi mereka ruang untuk meluahkan apa yang nak diluahkan.

Nadia perasan akan kepergian Encik Hisyam dan Haikal. Perlahan air matanya jatuh kembali.

"Abang cerita apa yang jadi. Macam mana mama boleh masuk hospital?"

Adrian mengangkat kepalanya perlahan. Wajah adiknya dipandang lama. Perlahan tangannya mencapai pergelangan tangan Nadia. Dia menarik Nadia pergi dari situ. Nadia terdiam. Tiada paksaan langsung dari Nadia. Dia terus mengikut langkah Adrian ke rooftop bangunan hospital tersebut.

Rooftop...

Adrian melepaskan tangannya yang menggenggam erat tangan Nadia. Mereka memandang kearah wajah masing-masing.

"Abang?" Panggil Nadia.

Adrian mengelap sisa air mata yang melekat di pipinya. Perlahan dia mengeluh.

"Abang dah buat banyak salah pada keluarga kita. Abang buat Nad macam orang asing. Abang minta maaf." Terang dia.

"Nad tak nak dengar semua tu. Nad nak tau macam mana mama boleh masuk hospital? Abang tell me what happened?" Rayu Nadia.

"Ab-abang yang buat ma-mama masuk hospital." Nadia terkejut. Air matanya jatuh tak berhenti. Dia memandang wajah abangnya yang sedari tadi menunduk.

"Apa abang buat? Bagi Nad faham abang. Kenapa abang buat semua ni?" Jatuh mencurah air matanya.

Perlahan Adrian membuang nafasnya.

Flashback on...

"Kamu nak kemana tu Ian?" Tanya Tengku Nadla apabila melihat anaknya yang turun dari tangga siap memakai cap.

"Cari Nad?" Tengku Nadla mengeluh.

Selama ini dia rahsiakan keadaan Nad. Ini semua sebahagian dari plan dia bersama Encik Hisyam. Dia tahu yang anaknya ini sayangkan adiknya. Cuma Adrian sorokkan dari semua. Dia tak nak menampakkan dirinya lemah kerana menuduh adiknya sebagai pembunuh kepada ayah kandung nya dan Liya. Ya, meski dia sudah tahu kebenaran di sebalik kejadian yang menimpa Tengku Azrin Hasyim.

Tengku Azrin Hasyim, ayah kandung kepada Nadia dan Adrian meninggal dunia kerana menjadi mangsa dalam suatu pembunuhan. Pembunuhan itu dilakukan sebagai pertukaran nyawa kepada anaknya Nadia. Nadia diculik dan dia mencari anaknya seorang diri sehinggakan tempat Nadia digantikan olehnya. Dia ditembak di bahagian perutnya dan dilarikan kerumah sakit. 30 minit kemudian dia disahkan meninggal dunia pada pukul 23:54 malam.

"Kamu rindu dia kan." Ucap Tengku Nadla mematikan langkah Adrian.

Dia terdiam membisu.

"Mama pelik la kamu ni? Kamu sayang dengan dia tapi kenapa kamu sanggup dera dia. Kamu masih nak salahkan dia atas pemergian ayah kamu kan?" Adrian masih diam.

"Ian, Nad tu adik kandung kamu tau? Banyak kali kamu dera dia. Tapi sekalipun dia tak pernah merungut pasal kamu. Dia sayang kamu Ian. Tak pernah sekalipun dia benci kamu. Kenapa kamu sanggup buat macam ni? Jawab mama Ian. Kenapa?" Jatuh melutut dia keatas lantai. Banyak kali dia tangisi benda yang sama.

Adrian pusing menghadap kebelakang.

"Ma Ian ada sebab Ian sendiri."

"Sebab apa Ian! Sebab apa?" Perlahan tangannya memegang dadanya yang terasa sakit.

Sekali lagi Adrian terdiam.

"Sebab Nadia buat Liya pergi tinggalkan kamu kan?" Jerit Tengku Nadla. Adrian terkejut. Sedikit pun dia tidak bergerak dari tempatnya.

"Ma-macam mana ma..." Tak sempat dia habiskan kata-katanya.

"Ya, mama baca diary kamu. Semua nya tentang Liya. Kenapa kamu masih tak boleh lepaskan dia. Ian, dah 10 tahun dia pergi Ian. Bukan kamu je yang sayang kan dia. Ayah pun sayangkan dia. Kita tak boleh tolak takdir Allah. Apa yang berlaku atas izin dia. Dah sampai waktu Liya pergi. Dan bukan sebab Nadia!" Makin kuat tangisan dia.

"Kalau kamu nak tahu. Sampai sekarang... Nadia tak berhenti salahkan diri dia atas kematian Liya? Sebab apa? Sebab dia selalu fikir yang kamu benci dia sebab dia buat Liya pergi!" Jerit dia.

"Setiap malam dia cakap seorang diri. Dia cakap dalam mimpi. Masa Liya pergi, dia yang paling teruk. 10 hari dia kurung diri dalam bilik. Ada kamu kesah? Kamu lagi buat dia macam orang asing. Sejak dari tu dia fikir yang ini adalah balasan dia sebab bunuh 2 orang yang dia sayang. Papa and Liya, orang yang banyak tolong dia hadapi masa gelap dia. Tolonglah mama minta satu je. Kalau betul kamu tak anggap dia adik kamu at least anggap dia wujud dan layan dia dengan baik. Mama takut takde siapa jaga dia bila mama mati nanti. Jadi tolonglah."

"Apa ni cakap pasal mati ni. Ian tak suka la ma. Ian mengaku yang I..." Mati kata-katanya.

"MAMA!" Jerit dia kuat hingga membangunkan tidur petang Encik Hisyam. Berlari dia kebawah untuk melihat apa yang berlaku. Dia melihat tubuh istrinya terkulai pengsan. Kakinya bergetar. Terduduk dia diatas anak tangga.

Adrian memangku kepala Tengku Nadla di atas pehanya. Tengku Nadla jatuh separuh sedar.

"To-long ja-jaga Na-Nadia." Kata-kata terakhirnya sebelum pingsan.

"MAMA!"






















BERSAMBUNG...

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro