15
Tidur Nadia terganggu kerana bunyi alarm yang berbunyi menandakan pukul 5 pagi. Dengan cepat dia berlari mengambil tuala dan masuk kebilik air. Tak nak dia beratur tunggu turn.
Sebaik dia selesai mandi kini giliran Anis pula yang mandi.
•••
Selesai solat subuh mereka menuju kedapur untuk breakfast.
Semuanya berjalan lancar hingga mereka sampai di sekolah. Keadaan masih sama cuma kelibat Eliana sahaja yang tidak kelihatan.
Sampai dikelas. Masing-masing duduk di tempat mereka. Nadia mengeluarkan buku untuk dibacanya. Tanpa dia sedar, Haikal sudah pun duduk di sebelahnya.
"Kau okay ta.."
"Oh mak kau ehh mak aku ehh. Kau ni kan. Bagi la salam dulu ke apa. Main cucuk je pinggang orang." Nadia mengurut perlahan pinggang nya yang terasa sengal dicucuk Haikal tadi.
"Haha kelakar dowh kau melatah. Haha." Haikal tergelak besar. Hilang serius dia tadi.
Nadia menjeling malas nak melayan.
Nurin p.o.v
Aku duduk dimeja ku. Haziq sejak tadi sudah sampai kesekolah. Aku meletakkan kepalaku di atas meja. Kepalaku masih dipenuhi dengan si mamat poyo tu. Masa ni la kau nak datang balik. Cuba la bagi aku bahagia dengan orang lain. Penat layan orang perangai macam tu. Mengarah orang je tau.
"Sorry tau pasal semalam." Tiba-tiba dia bersuara.
"No no. Thank you. Sebab kau aku terselamat dari buaya darat poyo tu." Mereka tergelak bersama.
End Nurin p.o.v
"ASSALAMMUALAIKUM." Laungan suara harimau dah sampai. Sir Hadi masuk kedalam kelas dengan wajah ketat.
5 Crystal bangun dan menjawab Salam sir Hadi tadi. Mereka duduk kembali setelah mendapat arahan dari sir Hadi.
"Harini ada suprise untuk kamu semua." Satu kelas mula berbisik.
Sir Hadi yang sedar akan hal itu terus memanggil anak muridnya untuk fokus kehadapan.
"Kamu bertiga yang dekat luar tu. Boleh masuk." Panggil sir Hadi. Tak lama kemudian 3 jejaka lelaki masuk kedalam kelas. Triple N terkejut dengan penampilan salah seorang dari mereka.
"Sila perkenalkan diri kamu semua." Mereka bertiga mengangguk faham.
"Hai, my name is Tengku Eriq Najwan. Korang boleh panggil Eriq. Saya abang sulung." Pandangan seluruh kelas terarah kepada sang jejaka nombor 2.
"Hai, my name is Tengku Eman Najwan. Panggil Eman. Saya yang kedua." Ucapnya sambil membuat pose dua jari keatas.
Lalu pandangan mereka teralih kepada jejaka yang terakhir. Semua kelas terdiam.
"Hensemnya wah!" Jerit budak perempuan seluruh kelas kecuali Triple N dan princess. Langsung takde rasa minat kepada yang terakhir itu. Menyampah juga ada.
"Hai, saya Tengku Emer Najwan. Saya adik diorang. Kami bertiga kembar." Semasa dia berucap ramai yang kena histeria dekat belakang tu. Weh 3 orang tapi yang sama muka abang dia je. Muka dia lain sikit.
'Annoying dowh suara minah-minah gedik tu." Kutuk Nurin dalam hatinya.
Haziq memandang Nurin. Nurin hanya diam terkaku memandang kehadapan dengan tatapan tajam.
Emer memandang tepat kearah anak mata Nurin. Masing-masing mempunyai hasrat tersendiri.
Haziq yang perasan akan hal itu terus memanggil Nurin.
"Weh, kenapa nobita tak datang Malaysia?" Dah teka-teki pula diorang main.
Nurin memandang nya like seriously. Sekarang la kau nak main teka-teki.
"Entah."
"Sebab ada 'Giant'." Kalau tak faham ni tak tau la.
"Haha kelakar." Sindir Nurin.
"Buat pengetahuan semua, mereka exchange student dari England." Terbeliak mata mereka seluruh kelas. Patut la muka masing-masing putih je.
'Dekat situ rupanya kau lari.'
"Baik, kamu bertiga boleh duduk dekat belakang sana. Disebabkan kamu bertiga exchange student so kamu partner bertiga la. Kelas ni dah cukup-cukup je." Arah sir Hadi. Mereka mengangguk dan bergerak ke tempat mereka. Sempat Emer memandang kearah Nurin.
Rasa rindu? Benci? Semuanya bercampur apabila terkenangkan waktu mereka bersama dulu.
Pelajaran di mulakan.
Sepanjang pelajaran Nadia dan Anis rasa tidak selesa. Seperti ada yang memerhati mereka.
•••
"Kita rehat together?" Tanya Haikal kepada Nadia.
Nadia hanya mengangguk begitu juga yang lain. Mereka berjalan meninggalkan kelas.
"Nad?" Panggil satu suara dari belakang. Nadia menoleh. Kelihatan Aisya dengan mukanya yang agak pucat. Nadia memandang dengan wajah tertanya-tanya.
"What?" Tanya dia.
"Headmaster panggil. Jumpa dia dekat office." Nadia menghembus nafas kasar. Dia mengangguk dan terus berlalu meninggalkan Malaun dan Triple N di situ.
"So... Just five of us?" Tanya Nurin.
"I guess so." Haziq menjawab dan berlalu pergi diikuti jejak yang lain.
•••
Nadia p.o.v
Aku berjalan menuju ke office tempat di mana Encik Afdi sedang menunggu ku. Namun terasa seperti seseorang mengikutiku. Dengan pantas aku toleh kebelakang. Tiada.
Aku mempercepatkan langkahku hingga ke office headmaster.
Perlahan pintu biliknya ku tolak. Kelihatan dia sedang duduk memandang meja yang penuh dengan kertas kerja.
End Nadia p.o.v
"Headmaster panggil saya?" Tanya Nadia.
"Ah ye Nadia. Sila duduk." Perlahan Nadia duduk di kerusi yang tersedia ada dihadapan pengetua. Dia memandangku.
"Apa yang awak buat pada anak saya? Sampai dia takut nak mandi, takut nak pergi sekolah. Boleh ceritakan kisah sebenarnya?" Ambik kau. Straight to the point terus. Nadia menghembus nafasnya.
Dia mula bercerita tanpa dia beritahu tentang satu sisi yang dia ada. Dia tak mahu orang sekeliling nya takut. Jadi dia buat keputusan untuk masih menyembunyikan lagi rahsianya.
"Awak ada masalah ke sampai sanggup buat semua tu? Setahu saya Nadia yang saya kenal tak macam ni. Nadia yang saya kenal periang and hyperactive."
"Mungkin saya stress je masa tu." Bohong Nadia.
"Baiklah. Saya tak nak hukum awak sebab pergaduhan tu juga mula dari anak saya. Saya harap awak maafkan dia. Sekarang awak boleh pergi rehat." Arah Encik Afdi.
"Sebelum saya keluar boleh saya minta sesuatu?" Tanya Nadia.
"Apa?"
"Boleh saya jumpa Eliana? Saya nak minta maaf dekat dia." Pertanyaan Nadia dibalas dengan anggukkan dari Encik Afdi. Nadia tersenyum
'Nasib baik headmaster ni tak jenis back up orang walaupun El tu anak dia.'
"Terima kasih headmaster." Nadia bangun dan berlalu keluar. Dia melihat jam ditangannya.
'Ada lagi 20 minit. Boleh la pi makan sat.' Nadia berjalan keluar dari office dan terus menuju kantin.
"Hai!"
"Eh mak kau hijau eh hitam eh." Perlahan dia menepuk mulutnya.
"Eh sorry. Takde niat nak buat awak terkejut." Kata orang yang menyergah Nadia tadi.
"Nak apa?" Tanya Nadia dingin. Malas la nak melayan budak exchange student ni.
"Erk... Nak kenal boleh? Saya Eriq." Dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Nadia memandang sepi tangan Eriq yang dihulur kearahnya.
"Nad." Tanpa membalas salaman terus dia berjalan meninggalkan Eriq.
"Eh tunggu la." Eriq mengejar langkah kaki Nadia.
•••
"Lamanya Nad ni." Adu Anis.
"Ada la tu pasal semalam punya kes." Mereka manyambung menelan nasi goreng masing-masing.
"Hai sweetheart. Can I sit here?" Sebelum sempat Nurin menjawab, Emer terlebih dahulu duduk disebelahnya. Sengaja dia rapat dengan Nurin.
Haikal dan Nazhan memandang dengan wajah bingung. Dah apa hal mamat ni duduk berkepit dengan si Nurin ni.
Nazhan memandang Anis dengan seribu satu pertanyaan. Anis sedar akan hal itu.
"I explain it later." Anis berbisik namun masih terdengar ditelinga Nazhan. Nazhan mengangguk.
"Kau nak makan nasi tu ke nak makan penumbuk aku?" Nurin bersuara. Dia cuba menjauh.
"Ala you ni merajuk pula." Boleh bernanah telinga diorang.
"Please stop it Emer." Nurin cuba bangun namun ditarik tangannya untuk duduk kembali.
"No! You teman I makan." Emer masih tidak mahu mengalah.
"Kau faham bahasa melayu ke tak?" Jerit Nurin membuat satu kantin memandang kearah mereka.
"Shush... Orang tengok la baby." Ya ampun kalau la ada baldi dekat sebelah dah lama diorang muntah ramai-ramai.
"Biarlah diorang tengok pun. Biar diorang tahu yang kau ni buaya da..." Mulut Nurin ditutup rapat.
"Lepaskan dia." Kata satu suara.
BERSAMBUNG...
Happy reading 💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro