Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

14

Haikal p.o.v

Aku berbaring di atas tilam ku sebaik sahaja menghantar Nadia kerumahnya.

Aku mengurut perlahan dahiku yang terasa pening. Jujur aku risau akan keadaan si dia.

'Mulai harini, aku janji aku yang jaga kau. Tak kira apa pun. I promise you Tengku Nadia Qismina'

Separuh dari sifat lamaku hilang dan separuhnya lagi akan ku gunakan untuk melindungi dia.

'I love you Nadia.'

Perlahan mataku tertutup.

End Haikal p.o.v

Nadia terbangun dari tidurnya. Sempat dia melihat kearah jam sebelum berlalu pergi ke bilik air.

Selesai semuanya, dia keluar dan menuju ke ruang tamu. Kelihatan Anis yang duduk bersendirian di ruang tamu sambil menonton television.

Nadia bergerak duduk bersama Anis. Anis terkejut dengan kedatangan Nadia.

"Lama gila kau tidur. Pukul 4 baru bangun." Nadia hanya tersengih.

"Mana Nurin?" Tanya dia yang baru perasan ketiadaan Nurin.

"Keluar." Nadia pelik. Nurin ni kalau nak keluar seorang memang liat kecuali terpaksa je la.

"With who?" Anis tersenyum memandang Nadia selepas mendengar soalannya.

"Haziq." Nadia terkejut. Dia tersenyum.

"Wah dah pandai dah dia." Mereka tersenyum. Ada la tu nak mengusik si Nurin ni nanti.

Meanwhile...

"Kau ni nak jalan ke nak jadikan tempat ni gelanggang gusti!" Kata Nurin sebaik sahaja dia mendapat tumbukan kecil dikepalanya. Haziq ketawa.

"Kau berani ke lawan aku." Soal Haziq memperlekehkan kekuatan Nurin.

"Kau nak cakap selama ni aku tak berani lawan kau la. Hello, aku tak lawan sebab aku malas nak melayan perangai membuli korang la. Tapi tu la sekarang kita kawan kan tak boleh la aku tunjuk skill aku."

"Berlagak la kau."

"Kalau memang pun kenapa?" Masing-masing kembali diam. Entah kenapa pula la si Haziq ni tiba-tiba ajak dia pergi taman. Katanya bosan takde teman.

Mereka berjalan hingga berhenti di sebuah gazebo yang tersedia ada di taman itu. Serentak mereka duduk di gazebo yang kosong. Terlihat juga ramai kanak-kanak berlari kesana dan kesini.

"Nurin, can I ask you something?" Haziq memulakan perbualan.

Nurin memandang Haziq dengan muka penuh tanda tanya. Haziq memandang Nurin selamba. Time ni la nak buat eye contest.

Haziq tersedar kembali. Dengan cepat dia mengalihkan pandangannya. Nurin juga memandang kedepan semula.

"Excuse me?" Tiba-tiba ada satu suara menegur mereka. Nurin memandang wajah lelaki yang berada dihadapannya sekarang. Emer!

Nurin terkejut. Rasa sebak bertamu dihati namun sedaya upaya ditahan.

Tengku Emer Najwan, lelaki pertama yang pernah masuk kedalam hati seorang gadis bernama Nurin. Namun kebahagiaan mereka tersekat angkara orang ketiga. Dan tak dapat dijangka Emer pergi meninggalkan Nurin. Dia membawa dirinya jauh entah kemana.

"Nurin? Is that you?" Jelas dia terkejut dengan perubahan diri Nurin. Haziq hanya diam bagaikan CCTV.

"Sorry? I don't think I know you?" Kata Nurin. Sengaja dia berkata begitu.

"Nurin! Aku tau kau tipu aku. Mana kau pergi selama ni?"

"Patutnya aku yang tanya kau soalan tu. And kenapa pula kau cari aku. Tak cukup lagi buat aku merana. Stop it Emer. Stay away from me" Ucap Nurin. Air matanya masih dapat ditahan.

"Okay, I'm sorry." Sambung Emer. Tak tahu apa lagi yang perlu diucap agar mendapat kemaafan dari gadis itu.

"Too late." Sengaja perkataan 'late' itu ditekankan. Nurin bangun ingin pergi dari taman itu namun tangannya ditarik oleh Emer.

"Please. I still love you." Genggamannya semakin erat.

"I'm not interested with you anymore. Let me go." Nurin cuba melepas genggamannya tapi gagal

"Not until you want to be my girlfriend again." Genggamannya semakin kuat hingga membuat Nurin sedikit kesakitan.

"Stop that nonsense. I will not fall for you again." Dengan tiba-tiba dia menguatkan lagi genggamannya. Nurin menjerit kesakitan.

"Lepaskan dia!" Jerit satu suara. Genggaman Emer melonggar. Nurin perlahan mengurut lembut pergelangan tangannya.

"Kau siapa?" Tanya Emer secara tak langsung. Haziq memandang Nurin yang hanya menunduk. Terlintas satu idea dalam fikirannya.

"I warned you. Stay away from her. Never try to get closer."

"Kau siapa nak warned aku. Dia girlfriend aku." Ucap Emer masih tak nak beralah.

"Sejak bila dia setuju. Masa kau paksa tadi, takde pula aku dengar dia cakap ye." Haziq mula melawan dalam nada yang tenang. Takdela gelabah macam mamat gila depan dia ni

"Yang kau sibuk sangat hal aku dengan dia ni kenapa? Kau bukannya kenal dia pun kan." Ucap dia yakin.

"Kau silap." Terbeliak mata Emer. Malu la tu. Tadi yakin sangat.

"Whatever, Kau bukannya orang penting pun bagi dia. Jom la sayang. Jangan layan orang gila macam ni." Dengan selambanya dia memegang tangan Nurin. Hampir sahaja Nurin dibawa pergi Haziq melepaskan pegangan tangan Emer. Emer berpaling memandang Haziq.

"She's not going with you. Aku tak bagi dia kebenaran untuk ikut kau." Perlahan tangannya menggenggam tangan Nurin. Takut pula kalau Nurin terlampau takut. Kang pengsan naya dia.

"Kau siapa hah nak bagi dia kebenaran bagai?" Emer masih lagi tak puas hati.

"I'm her boyfriend. I repeat. I'm her boyfriend!" Jerit Haziq sehingga tindakan nya diperhati orang sekeliling.

Nurin dan Emer terkedu.

'What! Apa benda kau merepek ni Haziq oi.' Ucap Nurin dibenak hatinya.

Haziq memandang tajam Emer sebelum pergi meninggalkan taman itu bersama Nurin.

'Just wait Nurin. You'll be mine soon.'

Emer pergi meninggalkan taman it dengan rasa ketidak puasan hatinya.

•••

Malam hari tiba. Triple N duduk berkumpul di ruang tamu sambil mengulangkaji pelajaran kerana teringatkan yang peperiksaan awal tahun akan dijalankan dalam sekitar 1 bulan lagi. Persediaan mereka memang cukup awal. Tak pernah sekalipun mereka terlewat. Tapi tak pernah pun dapat nombor 1 mahupun 2. Tempat itu selalu bertukar ganti dengan nama Aizad dan Annissa.

Kedua-duanya memang pandai belaka. Namun tak pernah lagi dengar mereka bercakap walaupun sekali.

"Nurin? Aku nak tanya?" Tanya Nadia. Dari tadi dia perasan yang Nurin asyik termenung.

"Hmm. Apa?"

"Kenapa kau ni asyik termenung. Dari kau balik keluar jalan dengan Haziq tadi murung je aku tengok. Kenapa?" Tanya Nadia lagi.

Nurin menghembus nafas kasar. Tak guna dia berahsia.

"Emer jumpa aku." Serentak Nadia dan Anis terbeliak mendengarnya.

"Wait...mamat poyo acah hensem yang tinggalkan kau masa darjah 6 tu ke?" Ambik kau sekali nafas Anis ucapkan.

Nurin mengangguk perlahan.

"Dia nak apa?" Tanya Nadia lagi.

"Dia nak aku jadi girlfriend balik."

"Weh serius la. Dia ingat kau mainan ke apa. Pergi mati la dia." Nadia melemparkan bantal kecil tepat mengenai muka Anis.

"Apa ni?" Ucap Anis merajuk.

"Kau sejak jadi girlfriend orang memang hilang dah sifat pendiam kau kan. Bahasa pun makin teruk." Kutuk Nadia. Marah la juga. Perkataan kasar yang tak pernah disebut Anis tiba-tiba mencipta record pertama kali Anis menggunakan bahasa kasar.

"Aduh sorry la." Nadia kembali memandang Nurin.

"Kau cakap apa?" Pelik juga dia. Emer tu bukan jenis yang mudah mengalah. Mesti dia paksa juga kalau dia nak.

"Aku tak nak. And dia genggam tangan aku kuat. Selagi aku tak cakap yes selagi tu dia tak lepas."

"Then macam mana kau lepaskan diri?" Giliran Anis pula yang bertanya.

"Haziq tolong aku." Mendengar itu Nadia menghembus nafas lega. Setidak-tidaknya tak perlu lagi dia guna kuasa dia untuk menyelamatkan Nurin dalam hal seperti ini lagi.

"Tapi dia ada kembar kan? Mana kembar dia dua orang tu?" Tanya Anis lagi. Teringat dia saat Nurin memberitahu yang Emer ada kembar. Bukan satu tapi dua. Namun sayangnya Nurin juga tak pernah bertemu dengan abang-abang Emer.

Nurin menggeleng tanda tak tahu.

"Okay sekarang jom tidur. Esok bangun awal sikit."

Mereka berdua mengangguk. Dengan cepat mereka mengemas barang masing-masing dan masuk kebilik untuk tidur.

•••

'Nurin? Kau tunggu la apa aku akan buat.'























BERSAMBUNG...

Notice something tak dalam bab ni? Cer teka. Nanti ada suprise dia.

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro