Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

Terasa seperti benda hangat yang terlekat pada belakang badan ku.

"Shush... Menangis la kalau itu buat kau lega. Aku dah cakap kalau nak menangis dekat bahu aku kan." Haikal memeluk tubuh kecilku erat. Aku tak berdaya dan hanya membiarkan sahaja diriku dipelukkannya. Kepalaku ku disandarkan ke bahunya.

"Be patience. I'm with you. Everything will be alright. Lepaskan apa yang kau rasa sekarang." Serentak itu juga aku menjerit. Air mataku tak henti menangis. Haikal sabar masih setia memujuk ku.

Lama-kelamaan tangisan ku reda. Perlahan Haikal melepaskan pelukannya. Dia beralih duduk dihadapan ku. Isakkan kecil masih terdengar dari bibirku.

"Now I know. Don't worry okay. I'm always with you to protect you." Dia melemparkan senyuman.

"T-thanks." Ucapku perlahan.

"You're almost welcome." Haikal setia dengan senyuman di bibirnya.

"Now tarik nafas dalam-dalam..." Aku mengikut katanya.

"Hembus... Tarik nafas... Hembus... Feel better?" Tanya dia kemudian.

Aku mengangguk.

"Jom masuk kelas." Haikal ingin bangun berdiri tetapi ditahan olehku.

"Ta-tak nak." Ucapku menggeleng perlahan. Haikal sepertinya faham apa yang kurasa kembali duduk menghadapku.

"Nad? Pandang aku." Perlahan aku menaikkan kepalaku memandangnya.

"Aku tau mesti kau malu sebab budak kelas dah tau kan." Aku kembali menunduk.

"Nad? You trust me?" Aku terdiam.

"Nad? You trust me?" Tanya dia lagi.

Aku menghembus nafas berat. Entah kenapa suaranya membuatku rasa tenang.

"Okay. Let's go." Perlahan aku bangun dibantu Haikal.

"But sebelum masuk kelas, aku nak suruh kau panggil Nurin dengan Anis. Cakap dekat diorang jumpa dekat tandas. Aku nak salin baju." Haikal mengangguk faham. Beg galas ku sejak tadi berada di tandas.

End Nadia p.o.v

"Nad!" Jerit satu suara yang datang dari arah pintu masuk tandas perempuan. Nadia yang baru sahaja keluar dari pintu bilik persalinan memandang kearah pintu masuk tandas. Kelihatan wajah Nurin dan Anis yang sedang berlari kearahnya.

"Kau okay?" Sama-sama mereka memeluk Nadia.

"Ye ye aku okay. Sekarang ni lepas. Aku tak boleh bernafas ni." Dengan pantas mereka melepas pelukan.

"Jangan buat macam tu. Kitaorang takut la." Ujar Anis. Sememangnya mereka takut melihat Nadia tadi ditambah pula penerangan yang Haikal beritahu tentang apa yang Nadia lakukan kepada Eliana.

Nadia menunduk. Dia juga tidak tahu kenapa dia tak dapat kawal emosi nya tadi. Perlahan air matanya jatuh kembali. Rasa menyesal wujud apabila mengenangkan kejadian beberapa jam yang lalu.

Nurin dan Anis mendengar isakan tangisan Nadia terus memeluknya agar dia tenang.

"Aku tak dapat kawal diri aku." Ucap Nadia diselang tangisannya.

"Takpe. Sekarang jom masuk kelas." Kata Anis cuba menenangkan Nadia.

Nadia menarik nafas dalam. Terpaksa juga dia pergi walaupun takut jika orang sekeliling menjauhinya.

Dia mengesat sisa air matanya dan bergerak masuk ke kelas bersama Nurin dan Anis.

•••

Nadia masuk kedalam kelas dengan muka yang agak cuak tapi masih dapat dikawalnya. Satu kelas terdiam.

Eliana? Entah la. Dah balik kot.
Nadia berjalan ke tempat duduknya. Seluruh kelas sunyi walaupun tiada guru di dalam kelas. Nadia mula rasa tak selesa.

"Kau okay?" Sergah satu suara dari arah kiri Nadia. Pertanyaan Harris dibalas dengan anggukkan dari Nadia. Mereka kembali diam.

Sesaat kemudian, seseorang menghulurkan sekeping kertas kearah Nadia.

Perlahan Nadia membuka kertas yang diberi Harris.

Meet me after school. Belakang sekolah.

Nadia memandang Harris yang sedari tadi tersenyum. Kenapa rasa tak sedap hati pula ni.

"Morning Everyone." Miss Sherly melulu masuk ke kelas 5 Crystal.

Semua yang berada di kelas membalas.

•••

"What do you want?" Tanya Nadia.

"Looks like you can't control it." Ujar Harris selamba.

Nadia menghembus nafas berat.

"Kalau kau nak cakap pasal ni baik aku balik je." Baru selangkah Nadia bergerak tangannya digenggam Harris. Dengan cepat dia melepaskan genggaman itu.

"You change Nad."

"Yes I am. And it because of you too. Jangan nak mempersoalkan kenapa aku berubah sedangkan kau yang buat aku berubah." Mata Harris terbeliak. Tiada lagi sifat kebaikan dalam diri Nadia.

Jujur dia juga rasa serba salah kepada Nadia. Kalau dia tak ikut cakap Eliana mesti dia masih bergembira dengan Nadia.

"I'm sorry."

"I already forgive you." Kata Nadia. Harris jelas terpaku dengan sifat Nadia yang kasar.

"Mana Nadia yang aku kenal dulu?" Tanya dia secara tak langsung.

"Now you asking. Nadia lama dah lenyap sejak kau tinggalkan dia. You know how hard for her to control herself without anyone by her side?" Lagi-lagi Harris terdiam.

"I suffered it alone. For four years. I only have Nurin and Anis while you? Where'd you go? Sepatutnya kau yang masih ada dengan aku sebab Nurin and Anis tak pernah rasa apa yang aku rasa. Kau je pernah. Kau ikut kata si Elina sangat kan."

Sebutir cecair jernih jatuh kepipi Nadia.

"Masa aku kenal kau dengan Liya. Aku ingat korang la yang akan ada masa jatuh bangun aku. Tapi sebenarnya aku silap. Liya tinggalkan aku. Then kau. Korang pergi tinggalkan aku. Silap besar sebab aku maafkan kau. Kau tau yang aku tak boleh kawal emosi aku kan. Jadi kenapa kau tinggalkan aku juga. Sampai sekarang juga la aku tak berhenti salahkan diri aku atas kematian Liya kau tau tak. Aku benci kau!" Jatuh lagi tangisan Nadia buat kali ketiga.

Perlahan dia memukul dada Harris bertubi-tubi.

Grepp...

Tubuh Nadia dipeluknya. Nadia meronta minta di lepas.

"Lepas! Jangan pernah kau sentuh aku! Lepas! Aku benci kau!" Lagi Nadia memberontak lagi dia mengeratkan pelukannya.

Gedebukk!

Tubuh Harris tersungkur ke lantai. Dia ditolak hingga membuatkan dia terlentang. Nadia terduduk. Isakan tangisan masih kedengaran.

Flashback on...

Haikal yang perasan dengan sekeping kertas yang diberi oleh Harris kepada Nadia tadi cuba mengintai apa yang dituliskan dalam kertas itu.

'Meet me after school. Belakang sekolah. I smell something fishy.' Akhirnya dia buat keputusan untuk mengekori Nadia secara diam.

•••

Sedari tadi dia menyembunyikan dirinya dibalik dinding. Sesekali dia mengintai tak lupa juga mencuri dengar apa yang mereka bualkan. Saat dia terdengar isakan tangisan Nadia terus Haikal meninjau kembali. Terkejut dia melihat Nadia yang meronta dalam pelukan Harris. Angin panasnya datang secara tiba-tiba. Tanpa kata lagi terus dia menumbuk dan menolak badan Harris agar dia melepaskan pelukannya.

Flashback end...

"Don't ever trying to touch her again." Jari telunjuknya diarahkan tepat kearah Harris yang terbaring di lantai. Dia kemudian mencangkung dihadapan Nadia.

"You okay?" Tanya Haikal perlahan.

Tiada jawapan dari Nadia. Yang terdengar hanya suara tangisannya sahaja. Haikal kembali memandang Harris yang sudah terduduk memegang perutnya yang senak ditolak Haikal tadi.

"Remind yourself, Stay away from her. Jangan pernah kau cuba nak ambil balik tempat kau dalam hati dia. She's already hate you." Pandangan Haikal tajam menikam anak mata Harris.

Mata nya teralih kembali kepada Nadia.

"Jom." Haikal mencapai tangan Nadia dan membantu dia bangun. Mereka berlalu pergi.

'No, she's not hate me. And jangan pernah harap aku berhenti. Aku akan cuba ambil balik posisi aku dalam hidup dia.' Harris bangun dan melangkah pergi dengan perut yang masih senak.

•••

Nadia menjatuhkan tubuhnya keatas katil. Penat? Stress? Itulah yang dia rasakan saat ini.

"Liya..." Kata itu sahaja yang keluar dari mulutnya.

"Tolong aku Liya."

"Maafkan aku. Sebab aku kau terbunuh." Tanpa sedar dia tertidur dengan air matanya yang masih belum kering.



















BERSAMBUNG...

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro