Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

End Anis p.o.v

"AHHH!" Jerit satu suara.

Bug!

Selamat bantal kecil yang dipeluk Nadia mendarat tepat di muka Nurin.
Nurin mengadu kesakitan.

"Kau asal jerit macam pontianak mengilai?" Tanya Nadia tenang.

"Ish kau ni. Merah hidung aku. Takde la aku just terkejut je."

"Kau ingat kau sorang la." Sindir Nadia.

"Kau pun Anis. Oh patut la selama ni kau diam je. Ada makna rupanya." Sambung Nadia lagi.

Anis menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Senyuman tidak bersalah dia tayangkan.

Nadia teringat akan satu hal.

"Weh! Esok Kal ajak pergi birthday party adik dia." Ucap Nadia namun belum sempat Nurin bertanya, satu suara deringan telefon seseorang berbunyi.

Nadia melihat ke nama si pemanggil. Terus dia mengangkat panggilan.

"Hello." Sapa Nadia.

"Keluar kejap. Aku nak bagi something."

Nadia berlari keluar sebelum dia mematikan panggilan. Terpampang muka Haikal di depan pagar rumah mereka. Nadia berjalan mendekati Haikal.

"Apa?" Soal Nadia.

"Nah." Haikal menghulurkan sebungkus kotak yang agak besar saiz nya.

"Apa ni?" Tanya Nadia lagi setelah mengambil kotak tersebut.

"Pakai esok tau. Bye. Assalammualaikum!" Haikal berlari meninggalkan Nadia disitu.

"Waalaikummussalam." Nadia masuk semula kedalam rumah mereka.

"Siapa tadi?" Baru sahaja menapak masuk kedalam rumah dia ditanya oleh Nurin.

"Haikal."

"Apa tu?" Giliran Anis pula bertanya. Nadia hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.

Dia membawa kotak itu dan meletakkannya di atas meja ruang tamu. Perlahan dia membuka kotak itu.

Serentak mereka terkejut.

"HOODIE!" Jerit mereka teruja. Pantang betul la dapat hoodie.

Dengan cepat mereka mengambil seorang satu hoodie tersebut. Semua warna pink.

"Wait. Kenapa dia bagi?" Tanya Nurin.

"Maybe dia suruh pakai untuk birthday adik dia."

Nurin dan Anis hanya meng'ohh'kan sahaja.

•••

Malam hari tiba. Nurin dan Anis sudah tertidur di bilik masing-masing. Kini tinggal Nadia yang masih mencuba untuk tidur.

Sedang dia mencuba untuk tidur, satu notification masuk dari iPhone nya. Dia melihat nama yang tertera di skrin iPhone nya.

Haikal
Dah tidur ke?

Nadia membuka application WhatsApp nya.

Belum.

On call jom. Aku tak boleh lelap la.

👌

Terus berdering iPhone Nadia.

"Hello." Sapa Haikal.

"Ye aku tak pekak lagi."

"Weh aku call ni nak tanya kau something."

"Apa?"

"Kotak yang aku bagi haritu... Kau dah bukak?"

"..." Nadia terdiam. Aduh kotak tu abang ambil.

"Hello... Kau dengar tak?"

"Ye ye dengar. Macam ni weh. Kotak tu ada dekat abang aku la. Sorry tak sempat bukak."

"Oh it's okay aku faham."

"Ahh ni weh. Birthday esok start pukul berapa?" Tanya Nadia

"Lepas asar."

"Okay."

"Okay la aku tidur dulu la. Goodnight sweetheart. Bye. Assalammualaikum." Belum sempat Nadia menjawab, Haikal terlebih dahulu meletaknya.

Tiba-tiba pipinya membahang. Kejap dia panggil aku sweetheart ke tadi. Eh taklah aku salah dengar tu.

Terus dia membaringkan dirinya untuk tidur.

•••

Nadia terbangun dari tidurnya. Jam menandakan pukul 2 pagi. Dia kedapur untuk meminum segelas air.

Tiba-tiba dia nampak satu kelibat putih yang sedang duduk di atas kerusi meja makan.

Nadia mengucap dan perlahan mendekati kelibat itu. Tiba-tiba kelibat itu menoleh kearahnya.

"Liya?" Kata Nadia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Hai adik kakak. Lama tak jumpa." Dia memberikan senyuman nya kepada Nadia.

Nadia berlari mendekati dan terus memeluk Liya. Tanpa sedar air matanya jatuh berlinangan.

"Kakak pergi mana. Nad rindu kakak." Ucapnya diselang isakkan tangisan nya.

"Shush. Kakak dah cakap kan kakak takkan pergi mana-mana. Dekat mana Nad ada dekat situ kakak ada." Liya membalas perlukan Nadia.

Liya, anak kepada Encik Hisyam yang kini adalah ayah tiri kepada Nadia. Mereka bersahabat dari kecil. Namun pada suatu hari, tepat pada hari ulang tahun pertama perkhawinan ayahnya dan mama Nadia dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dan hari itu juga Encik Hisyam hilang satu-satunya keluarga kandung yang dia ada dalam dunia ini. Sejak itu juga Adrian mula membenci Nadia.

"Kakak, Nad rindu kakak. Sejak kakak pergi Nad dah takde siapa lagi dah. Abang dah benci Nad. Kenapa kak?" Tanya Nadia dengan tangisan.

"Takpe. Suatu hari nanti Nad tahu kenapa abang buat macam tu. Sabar ye." Nadia hanya mengangguk.

"Nad? Kakak kena pergi. Bangun lah tidur ye." Perlahan pelukan mereka terlerai.

"Kakak jangan Nad tak puas lagi." Ucap Nadia lagi.

"Maaf Nad. Kakak pergi dulu. Selamat tinggal." Perlahan kelibat Liya hilang dari pandangan Nad.

"Liya!" Jerit Nadia setelah terbangun dari mimpinya. Dia mengucap beberapa kali sebelum lihat kearah jam.

"Ya Allah terbabas subuh aku. Dah pukul 10 pagi." Nadia berlari masuk kebilik air dan pergi membersihkan diri.

Selesai semuanya dia keluar dari biliknya dan terus menuju kedapur. Terlihat muka baru bangun tidur Anis manakala Nurin menghilang entah kemana.

"Weh kau baru bangun ke?" Tanya Nadia.

"Haah. Lepas subuh tadi aku terus lelap. Entah la penat sangat kot."

"Subuh aku terbabas dowh." Balas Nadia kembali.

"Nanti ganti je la."

"Mana Nurin?"

"Entah. Cuba kau sergah bilik dia."

Nadia pergi selepas meneguk segelas air. Dia menuju ke bilik Nurin yang terletak berhadapan dengan bilik Nadia. Perlahan dia membuka pintu. Gelap.

Dia membuka lampu bilik tersebut.

"Ya Allah." Nadia menepuk perlahan dahinya. Perlahan dia mendekati Nurin.

"Woi anak dara! Sampai pukul berapa nak tidur ni? Masyaallah." Turun naik dada Nadia. Sedap betul la minah ni tidur.

"Woi bangun la." Nadia menggoyangkan tubuh Nurin namun masih sama. Nurin hanya mengeliat dan tidur kembali. Terlintas satu idea jahat di kepala Nadia.

"WEH BANGUN WEH! HAZIQ DATANG!" Nadia memulakan rancangannya. Ternyata rancangannya berhasil membuat gadis yang bernama Nurin ini terbangun.

"HAH HAZIQ, HAZIQ!" Dia bangun dan berlari keluar dengan baju tidur. Nadia mengejar langkah Nurin dari belakang.

"HAZIQ? MANA HAZIQ?" Gelabah la minah ni.

"HAHAHAHAH." Nadia tergelak puas. Nurin memandang Nadia yang masih menggelakkan dia.

"Apa benda bising sangat ni. Terbang ayam goreng aku dekat dapur tu." Anis yang tiba-tiba muncul entah dari mana mencelah.

"Kau tanya la Nadia ni. Aku nak mandi." Dia memandang tepat kearah Nadia sebelum pergi berlari kebiliknya.

Anis memandang Nadia meminta penjelasan. Nadia pergi kedapur dengan sisa ketawanya.

•••

"Serius la kau buat dia macam tu." Mereka tergelak bersama sementara menunggu Nurin kedapur.

"Dah puas gelakkan aku." Perli Nurin dan mengambil tempat disebelah Anis. Dia melipatkan tangannya dan melarikan pandangannya ke arah lain.

"Rilek la. Aku gurau je." Nadia cuba memujuknya.

"Nak gurau pun tak payah la semua pasal Haziq."

"Kenapa? Kau suka dia kan?" Giliran Anis pula mengusik dia.

"Dah la. Malas la layan. Makan lagi best." Nurin mula mencedok nasi kedalam pinggan nya.

"Biar la Haziq pujuk dia. Payah sangat." Sindir Nadia.

Nurin memandang Nadia tajam. Mereka makan bersama.

Kting...

Bunyi notification masuk dari iPhone Nadia. Dia mencapai iPhone nya dan menekan button on pada iPhone nya.

Haikal
Nah location. Rumah xx jalan xx taman xxxxx.

Nadia kembali menutup iPhone nya dan menyambung kembali aktiviti menyuapkan nasi kemulutnya.

"Siapa?" Tanya Anis. Nadia memandang nya.

"Haikal hantar location."

"Ohh." Mereka menyambung aktiviti mereka.

•••

"Korang dah beli hadiah?" Tanya Nurin.

"Belum. Tu sebab aku ajak keluar awal. Pergi beli hadiah. Kalau dah masuk waktu asar kita berhenti la dekat surau dekat taman aku tu."

"Wait rumah kau?" Tanya Anis pula.

"Rumah Haikal dekat dengan taman rumah aku."

Mereka hanya meng'ohh'kan sahaja.

"Telekung korang mana? Tadi aku suruh bawak kan." Giliran Nadia pula bertanya.

Mereka mengangguk tanda membawa telekung masing-masing. Nadia mengangguk kemudian.

"Now jom gerak." Arah Nadia kepada Nurin yang sedari tadi duduk di tempat pemandu.

Nurin mengangguk dan terus melajukan keretanya membelah jalan raya.

•••

4.30 p.m

Tepat masanya mereka sampai di rumah milik keluarga Haikal. Mereka berdiri di depan rumah sambil memegang hadiah yang dibeli mereka tadi.

Nadia bergerak menekan tombol loceng yang tergantung di pagar. Tidak lama kemudian terlihat Haikal keluar. Dia membuka pagar dan mempelawa mereka masuk.

Jejak sahaja ke dalam rumah tersebut sudah kedengaran suara kanak-kanak menjerit keriangan.

"Birthday dah start ke?" Tanya Nadia kepada Haikal.

"Belum. Adik aku cakap dia malu. Sepatutnya dia dah patut keluar. Tak tahu la kenapa. Penat dah aku nak pujuk dia." Kata Haikal.

Nadia memandang dengan rasa simpati.

"Bring me to her room." Arah Nadia. Haikal hanya mengangguk dan membawa Nadia kebilik adiknya manakala yang lain tunggu di ruang tamu bersama kanak-kanak yang lain.

Nadia dibawa hingga kedepan pintu bilik adik Haikal. Nadia memberi isyarat supaya Haikal pergi dari situ. Haikal berlalu pergi.

Knock~Knock~

Nadia mengetuk perlahan pintu bilik itu.

"Hai adik. Kakak ni kawan abang adik. Boleh bagi kakak masuk. Kakak nak berkawan dengan adik. Boleh?" Ucap Nadia dengan suara lembut.

Tak lama kemudian kunci pintu terbuka. Perlahan Nadia memulas tombol pintu bilik itu dan mencari keberadaan adik Haikal.

"Adik? Kakak masuk ni." Nadia masuk dan langsung mengunci pintu itu kembali.

"Saya dekat sini kakak." Panggil budak itu lalu Nadia terlihat kelibat seseorang dihadapan cermin yang sedikit terlindung dibalik dinding. Nadia mendekati.

Merasa ada seseorang di belakangnya budak itu pusing menghadap kearah Nadia.

Nadia melihat wajah budak yang umurnya dalam lingkungan 7 tahun itu. Tiba-tiba dia merasa sebak.






















BERSAMBUNG...

Happy reading 💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro