Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3

"Sebenarnya... Along... Along ada masalah jiwa."

"Hai, adik. Morning." Ucapan selamat pagi dari Aisya tidak disambut oleh Aina. Menonong gadis berusia 17 tahun itu menuju ke peti sejuk. Jag kaca berisi air kosong, Aina capai. Dipamer muka ketat sambil tangannya menuang air ke dalam gelas.

"Adik... Adik marah along ke?" Aisya peluk erat lengan adiknya. Dia cuba memujuk.

"Adik!" Aisya naik geram pula bila Aina buat tak tahu dengan dia. Sah budak kecik ni merajuk dengan dia.

"Along mintak maaf pasal semalam. Along tahu along tak tepati janji. Tapi along bukan sengaja. Along..."

"Adik maafkan along," ucap Aina memotong percakapan Aisya. Wajah kakak kesayangannya ditatap. Hatinya cuba menahan rasa saat ini. Oh, air mata. Jangan kau gugur!

"Tapi adik tetap nak denda along." Suaranya diceriakan. Lengan Aisya dipautnya kemas.

"Serius adik dah maafkan along? Tak merajuk? Tak marah along?" Aisya naik pelik. Hai, senang pula proses memujuk adiknya hari ni. Demam ke apa Aina pagi ni?

"Of courselah adik serius. Adik dah 17 tahun kut. Tak vogue langsung merajuk-merajuk ni."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Sekarang adik nak denda along."

Aisya garu kening.

"Serius ni adik tak merajuk dengan along?" Masih tak percaya, buat sekian kalinya Aisya menyoal. Biasanya Aina tak macam ni. Pantang silap sikit si adik pasti akan merajuk dengan dia. Kadang sampai seminggu tak bercakap. Sebagai kakak, dialah yang banyak mengalah. Mengalah dengan adik manja dia tu.

"Haip! Sekali lagi along tanya adik soalan tu. Adik merajuk betul-betul nanti karang," ugut Aina dengan muka dibuat-buat bengis. Kembang kempis hidungnya. Perlakuan Aina itu melahirkan tawa di bibir Aisya. Dia pantas memeluk tubuh adiknya.

"Sayang adik! Thanks adik sebab tak merajuk dengan along, tak marah along dan maafkan along."

"Untuk along, apa aje adik sanggup buat," bisik Aina perlahan. Air matanya hampir merembes keluar.

Ada sebab kenapa dia mudah memaafkan Aisya. Ada sebab kenapa dia tak jadi merajuk dengan si kakak.

Semuanya kerana satu rahsia yang telah dibongkarkan oleh mamanya semalam.

"MAMA, kenapa dengan along ni? Macam mana dia boleh pengsan?" Pulang dari asrama, Aina dikejutkan dengan kepulangan kakaknya yang tidak sedarkan diri. Aisya dihantar pulang oleh seorang lelaki yang entah siapa Aina pun tak pernah nampak sebelum ni. Seusai menghantar kakaknya pulang, lelaki itu segera meminta diri.

"Along tak sihat, dik. Along sakit." Puan Murni menahan air mata. Wajah tabah dipamerkan untuk si anak.

"Sakit? Sakit apa? Demam ke, ma?" Aina usap kepala kakaknya penuh kasih. Ditekap telapak tangannya pada dahi Aisya. Tak panas pun. Maknanya bukan demam. Habis tu sakit apa?

"Adik... Mama rasa dah sampai masanya adik tahu tentang penyakit yang along tanggung selama ni." Nada suara mamanya yang serius ditambah dengan riak wajah wanita itu yang dipayungi awan kesedihan, membuatkan jantung Aina berdebar semacam. Along sakit apa, Ya Allah...

"Sebenarnya... Along... Along ada masalah jiwa."

Dang! Aina terpegun kaku.

"Masalah jiwa? Apa maksud mama ni? A... Along gi... Gila?"

"Tak! Along tak gila. Dia cuma..." Puan Murni tarik nafas dalam. "Dia akan berubah jadi orang lain bila dia berada dalam keadaan tertekan."

Aina dah melopong. Dahinya berkerut tidak mengerti.

"Semuanya berpunca daripada trauma yang dihadapi oleh along masa along kecil dulu. Adik tahu kan, ayah kandung along layan along macam mana? Along trauma. Trauma akibat didera oleh ayah kandung dia dulu."

"Ya Allah... Along..." Aina sukar hendak mempercayai. Bukan. Yang lebih tepat dia masih tidak faham apa penyakit kakak tirinya itu. Ya, mereka adik-beradik tiri. Berlainan bapa. Walaupun mereka adik-beradik tiri, rasa cinta dan sayang Aina pada Aisya tidak sedikit pun berkurang. Mereka akrab seperti adik-beradik kandung. Mereka saling menyayangi. Kerana itu, saat ini pelbagai perasaan melanda hati Aina. Kenapa baru sekarang mama beritahu rahsia ni? Adakah dia bukan orang penting dalam rumah ini sehinggakan penyakit along dirahsiakan?

"Arwah abah tahu?" soal Aina.

Puan Murni angguk.

"Dari awal perkahwinan mama dengan abah, arwah abah dah tahu pasal penyakit along. Kami berdua dah berusaha cari penawar penyakit along ni. Tapi... Tapi sakit along masih tetap tak sembuh, dik."

Aina mati kata.

"Adik... Adik masih tak dapat terima semua ni, ma. Adik tak faham apa yang mama cakap. Along ada masalah jiwa? Trauma?" Air mata Aina sedikit saja lagi mahu menitis keluar. Ya Allah, berat rupa-rupanya dugaan yang Engkau hadirkan untuk along. Perasaan simpati merajai jiwa. Adik mana yang tak sedih bila dapat tahu kakak dia sakit?

Puan Murni mendakap erat tubuh anaknya yang jelas saat ini mempamerkan wajah terkejut dan bingung. Aina harus ditenangkan untuk membolehkan dia menerima rahsia besar ini dengan berlapang dada. Kerana sesungguhnya Aisya sangat memerlukan kekuatan dan pengertian dari ahli keluarga terdekatnya.

"Mama akan ceritakan semuanya pada adik. Maafkan mama sebab rahsiakan semua ni dari adik. Maafkan mama, dik..."

Mutiara jernih luruh di pipi masing-masing. Baik Aina dan Puan Murni sama-sama melontarkan pandangan mereka pada Aisya yang sedang terbaring lesu masih tidak sedarkan diri saat ini.

"Okey, apa denda adik? Along sedia terima apa saja denda dari adik manis ni!" Suara Aisya membangunkan Aina dari lamunan panjangnya. Air mata pantas diseka sebelum dikesan oleh si kakak. Wajah dipaksa untuk beriak selamba.

"Erm, denda? Adik... Adik belum fikir lagi. Bagi adik masa untuk fikir. Yang pasti denda adik tu akan buat along meranaaa!" Aina buat suara seram. Aisya tergelak. Segera dipicit hidung adiknya.

"Menakutkannn!" Dia juga membalas manja. Lapang dadanya saat ini. Syukur Aina tidak lagi merajuk dengan dia.

"Okey, adik dah tahu nak denda along buat apa." Ting!

"Denda apa? Tadi cakap nak fikir dulu," ujar Aisya agak tak puas hati.

Aina tersengih.

"Denda ni senang aje. Along kena siapkan sarapan untuk adik. Plus lunch nanti adik nak along juga yang masak. Dinner pun sama. Hah, last but not least, adik tetap akan tuntut kek black forest tu. Dan satu request terbaru, adik nak along call abang yang dah tolong along tu!"

Aina sengaja mengenyitkan matanya pada Aisya. Aisya terus terbatuk-batuk.

"Abang? Maknanya dia muda sebaya along ke?" soal Aisya polos.

Aina menjongketkan bahu.

"Tak confirm pula dia sebaya along ke tak. Sebab adik tak mintak biodata dia. Heh!"

"Adik!" Pipi Aina dicubit geram. Aisya mendengus manja.

Gelak Aina kedengaran kuat. Hahaha!

"Tapi kan, along..."

"Apa dia?"

"Adik tengok kan mamat tu macam sesuai aje dengan along. Tak kurus keding, tak sado sangat. Sedang-sedang. Muka tak kacak sangat, tak buruk sangat. Manis tu ada. Dan yang terrrpenting. Ni part paling penting."

Aisya menunggu penuh debar. Apakah part yang terrrpenting itu?

"Dia memenuhi salah satu kriteria calon suami yang along nak."

Erk. Aisya hampir tersedak.

"A... Apa? Kriteria yang mana satu?" Tak semena-mena Aisya jadi terdesak nak tahu. Agaknya macam manalah rupa mamat tu, ya?

"Hehehe... Tak boleh bagi tahu sekarang. Andwae! (Tidak!)"

"Adik!" Suara Aisya naik seoktaf. Tangannya mula nak mengepit. Namun kali ini pantas Aina mengelak. Dia bangun dari kerusi.

"No black forest cake home-made, no info. Ada fahammm?" Berdesup Aina melarikan diri. Sebelum Aisya mengeluarkan kepit ketamnya, baik dia cabut!

"Aina Tasneem!!!" Jeritan Aisya bergegar satu ruang dapur. Budak ni memang nak kena!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro