Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 60- HIDUP TANPA INDRA

POV Asha

"Ibu.... ibu... bunuh dia..." tangan ibu yang berlumuran darah itu terketar-ketar. Matanya masih lagi kaku memandang ke arah pisau yang terpacak di dada ayah.

"Ibu.... Ibu..."

"Ibu dah bunuh lelaki tak guna tu..." satu sengihan terbit di bibir ibu. Tapi matanya masih terbeliak memandang ke arah pisau.

"Ibu...."

Tiba-tiba ibu berpaling. Mata merahnya tajam menusuk anak mataku. Ibu menyeringai dan ketawa mengilai.

"KAU PUN SAMA! KAU DAH JADI PEMBUNUH MACAM AKU!"

"KAU PEMBUNUH!"

"Takk!!! Asha bukan pembunuh! Takkk!!"

"Asha... bangun..."

"Asha bukan pembunuh!!"

"YA! KAU MEMANG PEMBUNUH!"

"Tak, ibu! Asha bukan pembunuh!"

"Asha!"

Terasa pipiku ditepuk beberapa kali. Aku terus terbangun dari tidur.

"Indra!" Aku terus memeluk Indra yang sudah duduk di tepi katilku. Dia mengusap-usap kepalaku lembut.

"Shhhhh... kau cuma bermimpi. Aku ada dengan kau di sini."

"Indra... tolong jangan tinggal saya. Saya takut..." aku menangis-nangis teresak-esak di dadanya. Gambaran ibu yang sedang menikam ayah masih ternampak-nampak.

"Aku tak tinggal kau pun. Aku ada di sini."

Aku tarik tubuhku dari pelukannya.

"Saya... saya dah bunuh dia. Saya dah bunuh orang..."

"Kau takut sebab itu?"

"Saya tak nak jadik pembunuh..."

Kedua tangan Indra ditekap di sisi kepalaku. Dalam kesamaran lampu pelita, anak matanya merenung lembut anak mataku. Terbit senyuman dari bibirnya. Dan yang paling indah adalah lekukan lesung pipitnya itu.

"Siapa bilang kau pembunuh. Malah kaulah perwira untuk kami."

"Tapi saya tetap pembunuh. Saya tetap jahat!"

Indra mengelap air mata yang mengalir dari mataku. Aku tertunduk dan mengemam bibir. Ya, itulah kenyataan. Aku sudah jadi pembunuh. Dan itu adalah satu kesalahan yang besar.

Betullah kata-kata mereka. Darah pembunuh sudah mengalir dalam darahku. Lambat-laun, aku tetap akan jadi seorang pembunuh seperti ibu.

"Jadi, kau mahu bilang perwira-perwira yang menuntut keadilan untuk negara mereka, yang mempertaruhkan diri untuk negara mereka, semua itu jahat? Hanya kerana mereka sudah membunuh?"

Aku menggelengkan kepala. Menafikan apa yang Indra katakan.

"Askar-askar di dunia kau, tentera, polis. Semua itu pembunuh? Mereka orang jahat?"

Aku menggelengkan kepala sekali lagi.

"Kau adalah perwira kami. Pahlawan kami. Kalau bukan kau, kami masih di bawah telunjuk petapa tu. Kau sudah bebaskan kampung kami dari kezaliman petapa tu. Kau harus tahu, kau bukan pembunuh tapi kau perwira!"

"Tapi... kenapa ibu harus mati di tali gantung? Sedangkan ibu mempertahankan saya?" Aku terus menekup muka dan menangis tersedu-sedu.

"Semua orang cakap ibu pembunuh. Semua orang cakap saya ni anak pembunuh. Saya tak patut hidup dekat dunia ni. Saya patut mati, sama macam ibu mati..." aku menangis lagi.

"Apa yang berlaku sebenarnya? Boleh kau cerita pada aku?"

"Saya malu..."

"Kau percaya aku, kan?"

Aku mendongak kembali. Melihat senyuman dari bibirnya. Senyuman yang cukup menenangkan jiwa. Indra sempat mengesat air mataku, lantas membuat aku tertunduk malu.

Aku percaya dia. Dan aku tak pernah percaya sesiapapun selain dia.

"Dulu saya ada seorang ayah tiri. Tapi, dia tak macam ayah orang lain. Ayah seorang kaki judi dan kaki botol. Ayah tak pernah kerja. Selama ni yang menanggung kami sekeluarga cumalah ibu. Itupun ibu cuma bekerja menjual nasi lemak dan kuih je. Satu hari, ayah balik rumah. Tiba-tiba dia suruh saya ikut dia jumpa kawan dia. Saya takut, saya tak nak ikut dia. Saya berkurung dalam bilik. Ayah marah. Tiba-tiba ayah tarik saya dan ayah cuba nak rogol saya...." aku terhenti seketika. Air mata deras mengalir dari mataku. Satu demi satu kenangan itu benar-benar memeritkan. Aku terus ditarik dalam dakapan Indra.

"Selamat masa tu ibu dah balik rumah, dan ibu nampak apa yang berlaku. Tapi lepas tu ayah pukul ibu sampai ibu keguguran. Tak cukup dengan tu, ayah cuba nak rogol saya lagi. Mungkin sebab ibu dah tak tahan dengan apa yang berlaku, ibu tikam ayah berkali-kali. Ibu tikam ayah sebab nak selamatkan saya, Indra. Ibu tak bersalah..."

"Shhhh... ya, ibu kau tak bersalah. Ibu kau cuma mahu lindungi kau."

"Awak tahu? Lepas tu ada tiga orang lelaki datang, dia kata yang sebenarnya ayah saya dah jual saya kat lelaki tu. Apa lagi, ibu mengamuklah. Ibu ugut nak bunuh dia orang pulak kalau dia orang sentuh saya. Sebab banyak sangat tuduhan pada ibu, ibu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..." makin deras air mataku. Terhinjut-hinjut bahuku menahan sebak. Indra menepuk-nepuk belakang tubuhku untuk menenangkanku.

"Ibu tak bagitahu saya pun yang ibu nak tinggalkan saya. Saya tak sempat nak ucap selamat tinggal kat ibu pun. Indra... saya rindu sangat kat ibu..."

"Ya, aku tahu. Kau pasti terlalu rindukan ibu kau. Tapi kau harus kuat. Ibu kau akan tenang di sana bila melihat kau hidup tenang dan bahagia di sini. Kalau kau bersedih, ibu kau pun akan ikut bersedih di sana," ucap Indra perlahan. Tangannya mengusap perlahan du rambutku.

"Tapi kenapa ibu terima hukuman sekejam tu? Kenapa ibu tinggalkan saya?"

"Mungkin kerana undang-undang di dunia kau berbeza. Usahlah kau fikir lagi tentang hal itu. Yang penting, kau tahu apa yang ibu kau lakukan semuanya itu untuk diri kau sendiri."

"Bagi aku, kau punya darah pahlawan yang berani sama macam ibu kau," sambungnya lagi.

"Awak fikir macam tu?"

Indra mengangguk perlahan.

"Awak tahu tak? Sejak tu, semua orang benci saya. Mereka kata saya anak pembunuh. Darah yang mengalir dalam tubuh saya adalah darah pembunuh. Saya hidup sebatang kara. Saya tak ada sesiapa. Saya cuba kuat sebab janji saya pada ibu yang saya akan jadi orang yang berjaya satu hari nanti. Saya cuba lupakan semua sejarah hitam saya dan pandang ke hadapan, bina setiap cita-cita dan impian saya. Saya penat dipandang rendah orang lain."

"Apa yang kau buat tu betul, Asha. Kau memang seorang yang berani. Dan hati kau sangat cekal. Sebenarnya, ibu kau beruntung punya anak macam kau. Ibu kau akan bahagia di sana, sebab dia punya anak yang kuat dan tabah macam kau. Bukan setakat itu, anaknya ni pun seorang yang manis dan cantik sangat," usik Indra seraya mencuit hidungku. Aku tertunduk malu mendengar usikannya.

"Kau tidurlah. Tak usah menangis lagi. Badan kau pun mesti letih. Aku tak nak kau sakit sebab fikirkan hal ni," ucap Indra lantas mengesat air mataku yang tak henti-henti mengalir. Indra membaringkan aku semula dan menarik selimut menutupi tubuhku hingga ke dada. Aku terus mengiring menghadapnya.

"Tidurlah. Tutup mata tu," ucap Indra lagi seraya tersenyum. Aku merenung wajahnya. Dia mengelus lembut rambutku.

"Awak pergilah tidur. Awak pun mesti letih."

"Tak mengapa. Biar aku teman kau di sini."

"Tak apa. Saya okay. Saya rasa lega sebab dah cerita semuanya pada awak. Percaya tak? Saya tak pernah cerita semua tu kat sesiapa pun."

Indra tersenyum mendengarnya. Nah, keluar lagi lesung pipitnya. Terus mataku melekat di situ.

"Aku suka kau cerita semuanya pada aku. Sebab aku nak tahu segalanya tentang kau." Tangannya masih lagi mengelus lembut rambutku.

"Terima kasih. Dahlah, awak pergilah tidur."

"Kau yakin?"

Aku mengangguk perlahan.

"Aku ada di bilik sebelah. Kalau ada apa-apa, kau panggil aku. Tidurlah dulu, dah lewat malam dah ni. Beberapa jam lagi nak subuh. Selamat malam," ucap Indra sebelum bergerak pergi dan menutup pintu bilikku.

Mataku masih terkedip-kedip melihat ke arah pintu, meskipun Indra sudah tiada. Terasa satu kedinginan dan kesunyian menyelubungi diriku. Dan, sekali lagi bayangan Mustafa datang difikiranku.

Tanganku menggeletar. Datang kembali bayangan darah merah milik Mustafa mengalir dari kedua-dua tanganku. Terbayang tubuh Mustafa yang kaku terbaring di atas katil dan keris itu terpacak elok di dadanya. Dengan wajahnya yang kaku dan mata memandang ke atas, itu adalah satu gambaran yang sangat ngeri yang aku tak mampu untuk menghalaunya dari kotak fikiranku.

Aku bangun dan terus memeluk kaki rapat ke dada. Beginikah rasanya selepas membunuh? Aku tak boleh tidur langsung. Setiap kali aku hendak memejamkan mata, bayangan Mustafa pastu hadir dan bersilih ganti dengan bayangan ibu membunuh ayah. Aku tak kuat untuk menolak semua itu.

Inikah yang ibu rasa selepas ibu membunuh ayah?

Setitik lagi air mataku jatuh. Dan diikuti dengan esakan perlahan.

"Kau adalah perwira kami. Pahlawan kami. Kalau bukan kau, kami masih di bawah telunjuk petapa tu. Kau sudah bebaskan kampung kami dari kezaliman petapa tu. Kau harus tahu, kau bukan pembunuh tapi kau perwira!"

Kata-kata Indra sebentar tadi kembali terngiang-ngiang di telingaku.

Ya, pada mulanya aku fikir aku kuat. Aku fikir... aku mampu lakukannya dengan baik. Aku fikir, itu saja caranya untuk aku selamatkan diriku, Indra dan juga Ibrahim. Tapi kenapa selepas segalanya berlaku, aku jadi terlampau takut begini. Dan aku tak kuat untuk menghadapi perasaan ini.

"Indra..." sebutku perlahan. Tatkala aku menyebut namanya, terasa ada satu kekuatan datang dan meresap dalam hatiku.

"Aku ada di bilik sebelah. Kalau ada apa-apa, kau panggil aku. Tidurlah dulu, dah lewat malam dah ni. Beberapa jam lagi nak subuh. Selamat malam."

Ucapan Indra kembali datang difikiranku. Aku lantas bangun dari katil dan menuju ke arah dinding, tempat pemisah antara bilik aku dan biliknya. Aku tekapkan kedua-dua telapak tanganku pada dinding itu.

"Indra..."

Aku merasa sedikit demi sedikit ketakutanku hilang. Dan perasaan itu diganti dengan satu perasaan rindu yang teramat padanya. Aku pejamkan mataku, dan aku bayangkan bahawa dia sentiasa ada denganku. Jiwaku terasa tenang dan nyaman apabila aku terbayang yang dia bersama aku. Perasaan lembut yang menjalar di jiwaku itu membuatkan aku tersenyum sendiri.

Dan waktu itu, aku sedar satu perkara, aku tak boleh hidup kalau tiada dia.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro