
CHAPTER 43- AKU DAH BUNUH DIA.
POV Asha
Aku menelusuri satu dimensi yang berwarna biru gelap. Yang ada hanya sesuatu yang kecil tetapi mengeluarkan cahaya seolah-olah bintang tergantung di sana-sini. Tak, ia tak tergantung. Segalanya seakan-akan terapung pada tempatnya. Seakan ada satu tali yang menariknya dari atas ataupun sesuatu tiang yang menyokongnya dari bawah. Malah, aku yang sedang berbaju jubah putih seakan-akan terapung-apung. Aku tidak merasakan apa-apa di kakiku, tapi aku tak berasa yang aku akan jatuh.
Dari jauh kelihatan sesosok perempuan yang sedang membelakangiku. Juga berbaju jubah putih. Rambutnya yang panjang ikut beralun bagaikan ada udara yang bertiup. Aku mengamati bentuk belakangnya yang tak terlalu jelas itu. Tapi dari jauh, aku mampu agak sosok siapakah itu.
"Ibu?" panggilku. Ya, aku yakin itu ibu. Aku terus tersenyum lebar dan mendekatinya. Tapi aku tidak berjalan. Aku seolah-olah terapung dan mendekatinya.
"Ibu..." bahu kanannya aku sentuh.
"Hiiiii.... Hiiiii...." tiba-tiba ibu menangis tersedu-sedu. Aku menjadi cemas.
"Ibu? Kenapa ni?"
"Hiiii..... Hiiii...." ibu masih menangis.
"Ibu? Ibu janganlah menangis. Ibu..." aku menggoyang-goyangkan tubuhnya dari belakang. Melihat ibu sebak, aku turut berasa mahu menangis. Aku memeluk belakang tubuhnya yang terasa sejuk. Kenapa... Ibu sejuk sangat?
"Aku dah bunuh dia..."
"Ibu?"
"Aku dah bunuh dia..."
Perlahan-lahan ibu memusing menghadap aku. Kedua tangannya berlumuran darah dan seluruh baju putihnya juga berlumuran darah. Ibu meraung sekuat hati. Tangannya yang masih berdarah itu menyapu air mata yang mengalir pada mukanya hingga seluruh mukanya merah berbalut darah.
"Aku tak sengaja! Aku betul-betul tak sengaja!" jerit ibu lagi.
"Ibu... Janganlah macam ni..." ucapku sambil menangis. Tangannya aku lepaskan dari menarik-narik rambutnya yang panjang.
"Aku dah bunuh dia..." kata ibu sambil matanya melihat ke kiri bawah. Aku turut melihat apa yang ibu lihat.
Tiba-tiba aku berada di rumah. Rumahku yang lama. Rumah tempat tinggal aku, ibu dan juga ayah tiriku. Kelihatan ayah tiriku sedang terbaring di lantai dengan mata yang masih terbuka luas dan mulut yang ternganga. Dada dan perutnya pula penuh dengan darah. Pisau masih tertancap pada dadanya.
Aku menekup mulut dan terus berganjak ke belakang. Nafasku tersekat-sekat melihat ayah tiriku seperti itu. Keadaan rumah memang berantakan. Semuanya jatuh dan bersepah. Aku tersandar kedinding dan baru aku perasan yang baju t-shirtku terkoyak-koyak dan skirt panjangku terkoyak separuh.
Aku terus memeluk diri dan terduduk di lantai. Air mataku habis tumpah. Aku menangis tersedu-sedu menahan rasa takut. Dan aku tak pasti mana satu yang aku takutkan sama ada keadaan diriku atau ayah tiriku yang sudah mati.
Tiba-tiba ibu yang entah dari mana datang berlari ke ayah tiriku yang terbaring. Pisau yang tegak berdiri pada dadanya ditarik oleh ibu sambil menjerit.
"AKU DAH BUNUH DIAAA!!!!"
Pisau itu ditikam berkali-kali pada dada ayah yang sudah tak bernyawa. Berkali-kali, sampai hancur daging dan tulang-tulang dada ayah. Mataku membulat melihat perbuatan ibu.
"Ibu!"
"Ibu, dah ibu!" jeritku ketakutan apabila ibu masih menikam dada dan perut ayah. Aku takut menghampiri ibu tapi aku betul-betul tak tahu nak buat apa.
"Hahahahah, aku bunuh dia! Mati kau, mati!"
"Ibu... Cukuplahh..." rayuku lagi sambil menangis. Aku takut untuk mendekati ibu. Tapi aku tak sanggup melihat ibu menikam ayah seperti itu.
Tiba-tiba ibu berhenti dan dia menoleh kepadaku.
"Kau tahu... Kenapa aku bunuh dia?" soal ibu perlahan. Aku yang masih menangis hanya menggigit bibir.
"Aku bunuh dia... Sebab kau..." ucap ibu lagi. Nadanya semakin pelik.
"Ibu..."
"Jadi yang bunuh dia, bukan aku... Tapi kau...."
"Tak, ibu..."
"Yang salah pun bukan aku... Tapi kau..."
"Jadi yang patut kena gantung pun bukan aku..."
Ibu terus mencekik leherku dan menarik aku ke atas.
"Ibu..."
"YANG PATUT KENA GANTUNG TU KAUU!!!" jerit ibu kuat. Aku tercekik apabila ibu mencekik aku dan mengangkat aku tinggi hingga kakiku tidak terpijak tanah lagi.
"KAU PUN KENA RASA MACAM MANA PERASAAN AKU BILA KENA GANTUNG!!!" jerit ibu lagi.
Aku meronta-ronta dan berusaha untuk leraikan tangan ibu yang sedang mencekik aku. Tapi genggaman tangan ibu terlampau kuat. Udara langsung tidak masuk ke rongga pernafasanku.
"Ibu... Ma... Af... As... Asha.." suaraku semakin serak dan nafasku langsung tersekat.
"KAU YANG PATUT MATI!"
"KAU YANG BUNUH DIA! KAU!"
"Ibuuuu..."
"AKU TAK NAK BUNUH DIA. BUKAN AKU YANG SALAH! BUKAN AKU!"
"Ibuuu sakittt...." aku semakin lemah untuk meronta tapi cengkaman tangan ibu.
Tiba-tiba, ibu melepaskan cengkaman tangannya. Aku terjatuh ke bawah, ke alam dimensi berwarna gelap sekali lagi.
..................
Bukk!!
Aku terjatuh ke lantai. Sisi tubuhku berasa sakit kerana terjatuh pada permukaan yang keras. Aku memerhati sekeliling. Ahh, aku kat gua lagi! Ibrahim pun masih terbaring di atas batu. Ohh ya. Aku tertidur saat aku tunggu Ibrahim sedar.
Alu menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan-lahan. Ibu. Aku tak pernah mimpi macam tu sekali. Aku tak pernah mimpi ibu nak bunuh aku.
Tapi... Aku rindu ibu. Rindu sangat-sangat!
Kalau ibu masih ada sekarang, mesti ibu cari aku. Sejak awal aku hilang, mesti ibu yang paling risau. Sekarang, siapa je yang akan kesah pasal aku? Siapa yang akan risau tentang aku?
"Aku dah bunuh dia..."
Kata-kata ibu dalam mimpiku tadi terngiang-ngiang di telingaku. Aku menekup mulut menahan sebak.
"Ibu... Ibu... Bunuh dia..."
Itu kata-kata ibu tatkala ibu tikam ayah di hadapan mata aku. Waktu itu, aku terdiam. Aku takut. Aku takut sangat-sangat bila aku nampak darah mengalir keluar dari dada ayah yang kaku. Aku takut melihat pisau itu tegak betul-betul di dada ayah. Aku takut melihat tangan ibu yang berlumuran darah segar ayah.
Ibu tikam ayah berkali-kali. Mungkin lima atau enam kali. Aku terdiam waktu itu. Aku terlampau terkejut. Ibu berteriak menjerit-jerit sambil menangis dan menikam dada ayah. Ibu jerit panggil ayah lelaki tak guna. Ibu seakan-akan bukan dirinya. Ibu seakan-akan lupa bahawa orang yang ditikamnya adalah suami dia sendiri. Ibu seakan lupa yang aku masih ada di situ.
Aku juga terlampau terkejut. Terlampau terkejut dengan apa yang sebelum ni berlaku dan terkejut dengan apa yang sedang berlaku. Baju ditubuhku terkoyak-koyak. Rambutku serabai. Tapi... Badan ibu juga terluka sana- sini. Mulut ibu pecah. Kepala ibu berdarah dan bengkak. Ibu penat menangis. Mungkin bukan hanya hari ni, tapi mungkin dah lama tapi ibu pendam je.
Perlahan-lahan ibu memandang ke arah aku dengan air mata yang masih berbekas di tubir mata.
"Asha, sayang. Asha... Tak ada apa-apa?" soal ibu perlahan.
Aku masih terdiam dan menangis. Aku masih memeluk diri di tepi dinding.
"Asha takut dengan ibu ke?" soal ibu lagi. Tapi aku tetap di tepi dinding dan menangis.
"Sayang... Ibu sayang Asha. Sayang sangat-sangat. Asha... Asha dah tak sayang ibu?"
"Ibuu!!" jeritku. Aku terus memeluk tubuh ibu. Aku menangis sekuat hati dalam pelukan ibu.
"Ibu mintak maaf. Ibu betul-betul mintak maaf. Tolong maafkan ibu..." ucap ibu berkali-kali. Tangisan ibu tumpah dibahuku.
Segalanya masih segar dalam ingatanku. Semuanya. Tak kan pernah luput walau sedikitpun. Sejarah kelam itu, buatkan semua orang membenci ibu. Kenapa tak ada siapa boleh nilai apa yang sedang berlaku. Kenapa?
"Ibu tak salah. Semua tu bukan salah ibu..." bisikku sendiri. Ya, bukan salah ibu. Ibu mempertahankan aku. Kalau ibu tak balik rumah awal haritu, kehormatanku mungkin sudah diragut.
Tapi.... Apa gunanya? Ibu dah tak ada. Semua sebab aku! Sebab aku!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro