
CHAPTER 38- HAMBA ATAU ISTERI
POV Asha
Aku terpisat-pisat bangun. Seluruh badanku berasa sakit yang amat. Malah, tubuhku berasa seram sejuk.
Aku cuba untuk menggerakkan badan. Tapi seolah-olah badanku diikat dan aku tak boleh bergerak walau sedikitpun. Kepalaku masih berpinar-pinar. Aku terlalu sukar untuk membuka mata kerana terlalu silau.
Ahhh... Apa yang terjadi dekat aku?
Dengan mata yang masih berat, aku usaha sekali lagi untuk membuka mata. Dan apa yang ada di hadapanku adalah lampu besar yang terlalu kuat cahayanya. Aku berpaling ke kiri dan usaha untuk membuka mata sekali lagi.
"Ib...rahim..."
Nafasku tersangkut di tenggorokan. Aku terkejut bukan kepalang. Ibrahim berada dekat denganku dengan keadaan diikat dan berlumuran darah. Apa yang terjadi dengan Ibrahim?
"Ibrahim..." aku cuba memanggil sekali lagi. Tapi aku berasa terlalu lemah sampai aku tak mampu mengeluarkan suara aku. Aku berusaha bergerak untuk mengesot padanya. Tapi badanku berasa diikat dengan kuat. Aku memandang ke bawah. Rupanya tangan dan kakiku diikat pada besi yang besar.
"Ahhh... Apa yang berlaku ni? Kenapa aku tak ingat..."
"Ibrahimmm..." panggilku lagi. Tapi dia masih lagi begitu. Masih tidak sedarkan diri.
Ke.. Dia dah mati?
Ah, tak mungkin! Tak mungkin!
Aku melihat sekeliling. Yang aku nampak cumalah batu-batu coklat dan terdengar deruan air. Aku seperti berada di suatu gua besar. Cuaca terlalu sejuk tetapi juga menghangatkan. Aku cuba untuk memandang lagi ke atas. Lampu besar itu masih bernyala dan kuat cahayanya.
"Ya Allah... Kenapa aku tak ingat apa-apa ni..."
Tiba-tiba kedengaran bunyi tapak kaki datang ke arah kami. Aku cepat-cepat menutup mata, berpura-pura masih lagi pengsan.
Debushh!!
"Arghh!!"
Satu baldi air disimbah kepada aku. Aku bangun dalam keadaan terkejut.
"Bangun! Kau tak payah nak berpura-pura pengsan lagi. Bangun!"
Aku ditarik secara kasar dan aku didudukkan. Aku mengaduh kesakitan yang teramat. Seluruh badanku ibarat ditusuk-tusuk dengan pisau. Terlampau sakit!
Seorang lelaki yang mungkin dalam lingkungan 30-40 an duduk mencangkung di hadapanku. Aku melihat pada wajah dan tubuhnya. Dia seorang yang agak tinggi dan bertubuh sasa. Kulitnya kecoklat-coklatan. Tubuhnya yang tidak berbaju itu dipenuhi tatu-tahu yang berbentuk tulisan-tulisan yang aku sendiri tidak tahu bahasa apa. Misai nipis menghiasi atas bibirnya yang sedang tersengih lebar. Aku menggeletar ketakutan tatkala tangan kasar milik lelaki itu menjalar di sisi mukaku. Dia menelek wajahku dan dipalingkannya ke kiri dan ke kanan.
"Jadi kaulah korban untuk aku tu? Huh?" soalnya sambil tersengih senget.
"Si... Siapa kau?" soalku tersekat-sekat. Wajah cuba aku larikan dari tangannya.
"Kau tak kenal aku?"
Aku menggeleng-gelengkan kepala.
"Aku tuan kau. Dan kau adalah hamba aku."
"Ha?"
Sengihannya semakin melebar. Bibirku menggeletar ketakutan. Dengan tangan yang masih terikat ke belakang, aku usaha untuk membuka ikatan itu.
"Kau terlalu cantik untuk aku hirup darah kau. Bukankah lebih baik kalau kau aku jadikan hamba aku? Betul, kan?" tangannya kini mengelus lembut rambutku yang sudah terurai dan sedikit menggerbang.
"Kau... Kau gila ke?!"
"Gila?"
"Sekarang ni mana ada zaman hamba lagi. Lagipun senang-senang kau nak ambil aku jadi hamba kau. Kau siapa nak layan aku macam tu hah, gila?!" aku menjerit sekuat hati dalam sekali nafas. Setelah menjerit aku termengah-mengah sendiri.
"Hahahaha..." si lelaki gila itu ketawa terbahak-bahak hingga suaranya memenuhi ruang gua itu.
"Walau aku ni memang... Emmm.. Yaaa sedikit gila. Tapi kau satu-satunya orang yang berani panggil aku begitu, tahu tak? Hahahahaha."
Aku melihatnya dengan pandangan jengkel. Walaupun aku takut, tapi aku harus sembunyikan rasa ketakutan aku tu. Siapapun dia, aku tak boleh kalah dengan lelaki gila macam dia ni.
"Baiklah. Mungkin hamba itu terlalu rendah buat kau. Baiklah. Aku naikkan kedudukan kau sebagai Si Cantik aku. Sebagai pendamping aku. Isteri aku. Lagipun aku manusia. Aku tetap perlukan manusia sebagai isteri. Betul, kan?"
Sekejap, tadi dia cakap dia nak hirup darah aku. Lepastu dia kata dia manusia. Dan sekarang pun aku ada kat gua.
Jadi... Dia ni...
Petapa yang Hawa ceritakan tu?!
Aku menelan air liur yang terasa tawar.
.............
POV Indra.
"Hawa, terus terang dengan aku. Di mana mereka?"
"Hawa!" aku menggoyangkan kedua bahunya. Hawa masih menunduk sambil bermain jari.
"Aku... Aku mintak maaf.."
"Kau tunjuk mereka jalan pulang?"
Hawa masih berdiam.
"Mereka sudah pulangkah, Hawa?" soalku dengan nada lebih perlahan lagi. Cuba untuk memujuk dia.
"Tak."
"Tak? Habis tu, mana mereka?"
"Aku mintak maaf. Aku tak sangka yang Asha akan ajak Ibrahim sekali. Kalau dua-dua sudah pergi ke sana, siapa yang nak jadi korban kita, kan? Siapa lagi kita nak korbankan, kan? Bagaimana sekalipun, dia tetap akan mintak korban dari kita, kan?"
"Pergi mana? Asha pergi mana?!"
Hawa menunduk sekali lagi. Nafasnya semakin tidak teratur. Dia seakan mahu menangis.
"Hawa! Aku tanya sekali lagi. Mana Asha pergi?!"
"Hawa!"
"Dia pergi ke pohon tu!"
Nafasku terhenti ketika itu. Aku terus melepaskan kedua bahunya. Aku seakan tidak percaya dengan apa yang Hawa lakukan. Perlahan-lahan aku berundur ke belakang.
"Selepas tu? Kau suruh dia cari kawasan air terjun tu? Begitu, kan?"
"Aku tahu kau takkan korbankan dia, Indra. Aku tahu! Sebab itu aku buat begitu. Kenapa kau terlalu suka manusia. Kau tengok apa manusia buat pada kita? Apa Mariam buat pada kita? Kenapa kau masih suka mereka lagi?! Kenapa?!"
Hawa menarik-narik dan memukul-mukul dadaku kuat. Dia menangis-nangis dan terus memeluk aku kuat.
"Aku suka kau tapi kenapa kau tak pernah nampak aku, Indra? Aku suka kau! Dari kita kecik sampai sekarang, aku suka kau. Kau tahu tak?!"
"Lepas, Hawa..."
"Kenapa kau perlu cari dia, Indra? Kenapa?! Dia manusia. Dia bukan kaum kita. Kau tak patut suka dia! Hik hik hik..."
"Lepaskan aku, Hawa," ucapku perlahan. Aku cuba melepaskan tangannya dari memeluk aku. Bajuku sudah basah lencun dek tangisannya.
"Jangan tinggalkan aku, Indra. Jangan. Tolong.... Biarkan dia. Dia tak penting, Indra..."
"Hawa... Hawa..." aku cuba lagi menarik tangannya dari tubuhku. Lalu aku pegang kedua bahunya supaya dia memandang aku.
"Kalau ada apa-apa terjadi pada Asha. Aku takkan maafkan kau. Aku takkan maafkan kau, Hawa..." ucapku perlahan padanya sebelum aku pergi menuruni tangga.
"Indra! Maafkan aku. Indra!!!"
Hawa cuba menarik tanganku tapi aku lepaskan tangannya perlahan sebelum berlari kawasan rumah itu.
Apa yang penting sekarang ni hanyalah keselamatan Asha. Bukan kata maaf dari Hawa.
Ya Tuhan, tolong lindungi Asha, Tuhan.
Tolong lindungi dia....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro