Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

Tersengguk sengguk idah yang menyandar di tepi katil itu.Penat berjaga semata mata ingin mengajar dan menyelesaikan masalah pelatih dibawanya itu.

Azwan yang memerhati keadaan tidur idah itu segera mendekati.Dengan cara duduk kepala menyandar siap earphone lagi.

Kasihan pula melihat idah yang kalut selepas majlis tempoh hari.Khabarnya hendak membawa melawat rumahnya saja namun lain yang jadi dan terpaksa menetap disini seketika.

Minggu hadapan mereka terpaksa berpisah sekejap kerana akan berlangsung majlis di sebelah lelaki pula.

Almaklumlah tempoh hari hanya nikah dan kenduri saja yang dilakukan.

"Ayna ..bangun nanti belakang kau sakit"ujarnya perlahan sambil mencangkung dihadapan idah.

Tiada respon malahan kepalanya semakin senget tinggal tunggu terhantuk ke jubin lantai.

Azwan yang memerhati kawasan kerjanya itu huru hara dan serabut.pernah juga azwan memarahinya akibat tidak melakukan kerja di bilik kerja.
Katanya lebih selesa dilantai bilik  azwan kerana permaidaninya empuk dan lembut.

Azwan mengalihkan barangannya dan duduk disamping idah sebelum menurunkan kepalanya ke paha azwan.

Idah yang tersedar hanya mengeliat kecil.

"Kau ni banyak kali dah aku tegur still tak berubah.Dah ada bilik kerja nak buat kat sini"katanya perlahan sambil mengusap rambut idah perlahan.

Idah yang mengeliat kecil tersedar posisinya dan mula membuka mata.Dilihatnya azwan merenung kearahnya sambil tersenyum.

Seram!.

"Eh yaz"jawab idah sambil menenyeh matanya.

Mengantuk lagi !

"Dah bangun?"soal azwan membuatkan idah tersengih.

Sejujurnya hatinya terkilan melihat layanan yang dilakukan oleh azwan kepadanya walaupun sering berperang semata mata mahu menegakkan keadilan sendiri.

konon

"Sorry susahkan yaz"ucap idah mengemas barangannya itu sebelum dibebel oleh azwan.

"Takpe.Lain kali kalau penat rest kat tilam jangan kat lantai."pesannya membuat idah mengganguk.

"Tak larat sangat tadi."jawab idah membuatkan azwan tergelak

"Cute lah ayna ni.Teman yaz keluar.jom?"ajaknya membuatkan idah tersengih sebelum mengangguk

Terasa aman pula tanpa peperangan hari ini.

"Nak order apa?"soal azwan membuatkan idah menoleh .

Seronok rasanya keluar berdua bersamanya.Habis semua permaian dicuba semata mata mengisi masa mereka.

"Er saya ikut awaklah"jawab idah yang kembali menunduk kerana leka menilik telefonnya.

Azwan hanya mencerlung sebelum memberikan pesanan.

"Stop main phone."ujarnya sedikit dingin.

Idah hanya memandang dan meletakkan phonenya ditepi.kekok rasanya

"Kalau taknak?"selamba idah menjawab

"Cabar yaz ke ni?"soal azwan lalu merampas handphonenya dan diletakkan dalam kocek seluarnya.

Idah terkejut melihat reaksi azwan sebelum ketawa.

"Apa gelak gelak?"soalnya

"Suka hatilah.Semua benda tak boleh"ujar idah membuatkan azwan tersenyum.

Idah hanya memerhati dan menoleh kebelakang.Takut salah orang!

"Sakitlah"adu idah apabila kepalanya diluku azwan akibat perkara tadi.

"Padan muka"kata azwan menjeling

"Apa jeling jeling ha? Nak cucuk pakai garfu ni?"ugut idah sambil.mengacu sudu tersebut kearah azwan.

Azwan hanya menggelengkan kepalanya.Faham sangat dengan perangai wanita dihadapannya itu.Pantang diusik sikit mula meroyan.

Tapi wanita inilah yang menbahagiakannya juga walaupun agak garang sedikit.


Idah yang membelek belek terlanggar seseorang ketika berundur semasa memilih tadi.Pantas ia memohon maaf atas kecuainya tadi.

"Eh maaf maaf"ucap idah menunduk sedikit kearah gerangan tersebut.

"Takpe takpe.salah saya juga"ucapnya sambil menghadiahkan senyuman manis kearah idah.

"Idah? Awak kan?"soalnya mendapat anggukan dari idah sebelum mengecilkan matanya cuba mengecam gerangann tersebut.

"Kau fateh kan.Ya allah lama tak jumpa"ucap idah memmbuatkan fateh tersengih.

Idah hanya menggeleng apabila melihat perangai kawannya semasa menuntut di universiti dulu.

"Kau buat apa kat sini?"soalnya membuatkan idah tersengih

"Shopping lah"jawab idah membuatkan fateh menggeleng tersengih.

"Still tak berubah.tu jelah kau tahu"katanya membuatkan idah menjeling tajam.

Fateh hanya tersenyum tanda berjaya menyakat wanita kecik dihadapannya ini.Rancak berborak sehingga idah lupa terhadap gerangan yang mengajaknya jalan.oh tidak!

"Aku gerak dulu."pamit idah mencari kelibat diserata kedai tersebut.

Habislah tentu merajuk ni.Idah melilau mencari disemua sudut kedai sehinggalah

"Haa cari apa tu"dingin saja dia bersuara.

Yeay dah jumpa.

"Cari yaz lah.hehe idah lupa lah sebab jumpa kawan lama tadi"kata idah membuatkan azwan meninggalkannya dibelakang.

Mesti marah sebab ditinggalkan ni.idah mengetuk dahinya apabila leka sebentar melayan rakannya sehingga mengabaikan azwan.

'Itulah kau padan muka'-gumam idah

"Ayna nak tinggal kat sini ke?"perlinya membuatkan idah menoleh sekeliling.

Nak perli tengoklah sekeliling.idah hanya tersenyum dan diabaikannya hal tersebut.dia merajuk tuu!

"Dah habis pilih?"soal azwan namun idah hanya menggeleng

Dia hanya sibuk berborak dan lupa aktivitinya sebentar tadi.

"AYNA.."ujarnya tegang.

Apabila melihat idah hanya mengelamun sejak tadi.Idah hanya menunduk dan bermain dengan jarinya.

"Ayna.yaz tanya ni"pujuk azwan apabila melihat reaksi idah tadi.

"Ayna tak pilih lagi sebab nak borak dengan kawan"ujarnya perlahan membuatkan pekerja kaunter itu tersenyum manis kearah mereka berdua.

"So?".

"Sorry"ujar idah membuatkan azwan tersenyum.

"Okay."jawabnya lalu beredar mengambil beg kertas dari  penjaga kaunter tadi dan beredar.

Idah hanya menunduk mengucapkan terima kasih sebelum mengejar langkah azwan yang laju itu.

Idah yang memanggil sejak tadi hanya diendahkan saja.Saja ingin menguji wanita tersebut dan tekaannya tepat apabila dia berusaha memujuk.

"AZWAN NAYYAZ!" Laung  idah namun azwan hanya tetap sama dan memasuki kereta.

Idah hanya memandang sepi dan beredar dari situ.


Azwan yang duduk dikereta hanya memerhati kawasan sekeliling apabila kelibat idah langsung tidak kelihatan sejak tadi.

"Mana pula dia ni"keluh azwan yang cuba menghubungi nombor idah namun handphone itu ada bersamanya.

Azwan memutuskan untuk keluar dan mencari idah yang hilang.Barun ingin melangkah masuk ke kawasan mall, idah mengejutkan azwan apabila muncuk dari belakang kereta itu.

"HEYOO"sapa idah membuatkan azwan berundur sedikit dan mencerlung kearah idah.

"AYNA"

"Jangan marah hehe" sengih idah membuatkan azwan mengeluh lega.

"Ayna cuba nak mainkan azwan ke apa?"soalnya membuatkan idah menggeleng.

"Ayna takut nak masuk kereta nanti yaz marah dan tengking jadi ayna duduk kat depan tu.ayna nampak Azwan keluar so ayna kejutkan lah"terangnya membuatkan azwan tersenyum nipis

Terhibur sebenarnya dengan telatah wanita ini.Ada saja yang dilakukannya.Nakal sungguh!

"Pandailah kau"tunjal azwan membuatkan idah menjeling.

"Rosaklah tudung nanti"bentak idah membuatkan azwan ketawa.

"Ada aku kesah"katanya membuatkan idah tercenggang.

Azwan hanya tersenyum sumbing.

Haiyalah mesti rindu sudahlah idah memohon untuk menetap seminggu dirumag sewa lamanya sebelum mereka tinggal bersama.

Niatnya ingin membantah tapi seminggu saja bukan lama.Baru beberapa hari bersama telatahnya sudah boleh dibentuk dan dibimbing secara perlahan lahan walaupun berasingan bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro