Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29

Beribu panggilan yang diterimanya.Belum kira sms lagi.

Idah hanya memandang sepi semua itu.Hatinya benar benar sakit.Biarlah mereka berhenti saja dari terus mendera hati masing masing.

"Kau ni mengelamun je"kata rara yang duduk dihadapannya itu.

Tidak disangka isu mengenai pertunangannya sudah sampai ditelinga kawan baiknya yang lain.

"Aku okaylah kau ni.Cakap aku macam mati laki"potong idah membuatkan rara ketawa begitu juga yang lain.

"Kau ni chill aaa nak kahwin dah ni.Nasiblah umi kau bagi kita lepak berlima sambil bercuti"kata ati pula

Idah hanya mengendahkan saja.pelik juga sebenarnya kenapa dia diberi kelonggaran walhal dia tu merangkap bekas tunang je.

Uminya juga berkali kali bersuara mengenai cincin yang diberikan itu.Jenuh dia memikirkan alasan supaya uminya percaya.

Azwan juga sibuk mencarinya.serabut!
Tempoh hari hatinya terbuka diabaikan.Merasa lah kau kena tinggal

"Weyh jom."ajak fiqah pula membuatkan farez mengangguk

"Kemana? Aku nak duduk sini jelah"putus idah.

Tenang rasanya duduk dibuaian tepi pantai ini dengan angin yang sepoi sepoi itu.

"Kami pergi jalan kat depan je"kata airinah pula.

Idah hanya mengangguk manakala yang lain sibuk berjalan.Rasa nak tidur pun ada.

"ayna.."ujarnya perlahan

Idah hanya melihat sebelum kembali menyelesakan diri.Salah dengar mungkin jadi lebih baik dia berdiam diri.

"Ayna.."

Idah menutup telinganya.Seram rasanya asyik mendengar panggilan itu.Menyesal rasanya tidak ikut fares tadi

"Aynaa.."

"Woi aku tak bela saka!"ujarnya membuatkan gerangan itu ketawa idah melihat ke belakang disebalik pokok.

Azwan dan rakan rakannya?
Gelak ketawa?

Woi aku dah angau ke?

Idah cepat cepat berdiri meninggalkan tempat itu.Jangan kacau aku lah.saka!

Idah berjalan mencari farez sekitar pantai itu.Mana mereka?
Jangan jangan mereka sudag meninggalkan idah sendiri disini?

Makin laju derapan kaki idah berjalan sehinggalah.Idah direntap dari belakang oleh fiqah.

"kau kenapa?"soalnya membuatkan idah menarik nafas lega

"Aku cari korang"kata idah

Fiqah hanya menggelengkan kepala sebelum tersengih.

"Yeke? Ada org nak jumpa kau"ujarnya perlahan sebelum seseorang menapak keluar.

Azwan!

Ya allah kenapa mamat ni muncul lagi.

"Kau blah.jangan dekat"ugut idah namun azwan makin mendekati dan tersenyum manis

"lepaslah fiqah.aku nak blah"bentaknya lagi.

Cukup cukuplah hati tersakiti.hurm

"Ayna aku minta maaf"ujarnya perlahan dan lembut

Idah buat pekak dan menjeling tajam

"Aku tau aku salah.Aku just nak bergurau je dengan  kau tapi dah melampau.Jangan macam ni eh?"pujuknya lagi namun pandangannya kearah lain

Idah hanya diam sebelum berlalu.







Idah yang duduk direstoran itu membuang pandang kearah meja hadapannya yang riuh.

Mana taknya disitulah kumpulan azwan dan farez menggabungkan meja.Setahunya awal lagi ni untuk dinner rupa rupanya mereka sengaja melepak bersama.

Idah tidak betah duduk disitu keluar setelah membawa minuman taburnya itu.sekali moodnya berterabur sebenarnya.

Baru saja hendak melangkah idah dirempuh.

"Eh mak kau"latah idah membuatkan gerangan itu ketawa kecil.

Ish gila

"Maaf ye saya nak cepat tadi."ujarnya perlahan apabila melihat minuman idah yang berbaki separuh itu.

"Er takpe.Luqman?!"ujarnya membuatkan gerangan itu ketawa

Lamanya tidak bersua sejak kejadian antara dia dengan iq.Segaknya dia sekarang gshshah.

"Lek ah kau ni kalut dorh"ujarnya lagi

Gila tak kalut nanti tak pasal pasal dia mengganti pakaian atau kos lain macam dalam drama.

"Woi kau ni.Gila tak kalut main rempuh je"kata idah membuang bekas minumannya tadi kedalam tong sampah.

"Jomlah masuk.Aku belanja minuman kau yang tumpah tadi"ujarnya mendapat tepukan dari idah.

Rakannya itu memandang sebelum membuka kembali pintu dan mereka masuk bersama sama.

Banyak hendak dibualkan sebenarnya.
Ada sesuatu yang aneh kenapa semua ada kat sini?

"Haa kau apa cerita? Tup tup mak kau hantar kad kahwin"ujarnya membuka topik.

"Ish bab lain.aku taknak cakap pasal ni"ujar idah membuatkan luqman ketawa

"kau dah terima kenyataan ke?pasal iq"sakatnya membuatkan idah mencampak tisu kearahnya

"Baik kau diam. Sebelum aku sepak kau"kata idah mendapat gelakan dari lelaki itu.

Kenapa setelah 5 tahun isu itu yang dibangkitkan.Geramnya.
Cubalah buka isu mengenai kau dah kaya ke? Kerja apa ke? Bolehlah juga aku kenakan dia ni tak.

"Dahlah tu kotor lantai restoran ni.kena usir alamatnya nanti"katanya lagi membuatkan idah mengangkat bahu tanda tidak kesah.

Banyak tanda tanya yang berlaku sebenarnya.

"Wah girl."sapa seseorang membuatkan idah tersentak

Luqman juga terkejut sebenarnya namun dia diamkan saja.

"Kau ada scandal belakang  aku?"ujarnya lagi

Rimas yang dirasakannya saat ini.Dimana mana dia berada lelaki itu mesti ada mengalahkan hantu.Hantu pun tak kacau orang 24 jam.

"Luq aku balik dulu"ujarnya tergesa gesa mengemas barangannya

"Awal lagi ni .takpelah,Okay nanti aku roger"katanya mendapat anggukan dari idah.

"Ayna!"laungnya apabila berada diluar restoran

"Kau blah lah azwan"laung idah yang masih melangkah itu.

Azwan mengejar kelibat idah yang jauh dihadapannya.baru saja idah ingin berlari dari gerangan itu ia lebih cepat berada dihadapan.

"Kau blah aku rimas."ujar idah

Tak faham bahasalah dia ni.

"Aku taknak.aku nak selesaikan hari ini juga."pujuknya lagi

"Dahlah aku rimas! Kau pergilah asak tak faham bahasa ni? Rimas tau! R-i-m-a-s!"bentaknya namun lelaki itu membuang pandang kearah lain.

Patutlah orang depan ni  gila kalau bercakap mesti tengok lain.

"Ayna dahlah ambik balik cincin yang layak kat jari kau.Aku taknak isu ni panjang lagi.Boleh tak kau terima aku?Aku tahu aku salah mainkan kau hari tu.Tapi kau langsung susah nak ajak berbaik."ujarnya lagi .

memujuk mungkin

"Bagi aku masa.Jangan desak aku.Kau yang buat aku jadi macam ni.Jangan nak cari salah aku je.Jangan! Faham? Aku harap kau berubah seandainya aku terima. Kau tak tahu cerita aku tapi dah judge macam macam.Bagi aku masa.Biar destiny kembalikan keadaan seperti sedia kala"ujar idah sedikit dingin apabila dia masih tidak memandang kerahnya

Okay aku pun tengok lain lah

"Aku cuba ayna.Aku suka sakat kau satu satu cara untuk kau bercakap dengan aku.Aku tunggu kau bertahun dan akhirnya terjumpa semula.Satu perkara yang patut dibanggakan dan dilakar.Aku nak kau sarung cincin ni dijari kau balik"katanya lagi sebelum memberikan cincin itu kembali

idah melihat cincin yang berada ditelapak tangannya ketika itu.Perasaan apakah ini?

"Seandainya kau terima.Akulah yang paling bersyukur kerana semuanya termakbul.Tapi jika tidak aku takkan munculkan diri lagi.hehehe aku gurau je.Aku terima kalau kau taknak sebab siapalah aku nak gerakkan hati kau"katanya lagi

"Jangan terima aku sebab terpaksa tahu."ujarnya sebelum meninggalkan idah disitu.

Terngiang ngiang ayat itu dikepalanya seolah olah seperti cd yang diputarkan.

Kekok rasanya duduk berdua dengan orang baru ini.entah kenapa hatinya berbelah bahagi menerima semua ini.

Tapi siapalah dia untuk melawan takdir yang tertulis buatnya.Idah duduk termenung di gazebo rumahnya dengan pakaian pengantin yang digunakannya tadi mengeluh panjang.

Penat beramah mesra dengan tetamu yang diundang.Bagaimana jika semua ini hanya mimpi.

Lelaki itulah yang ditakuti dan kini dia dihantui lagi setelah beberapa lama tidak bertemu.

"Mengeluh je kenapa?"soalnya sambil memberikan segelas air buah kepada idah sebelum duduk disampingnya dan membuka songkoknya.

Idah menyambut huluran itu dan memandang tingkah laku lelaki itu.

Inilah lelaki yang disuka tapi pada masa yang sama dibenci!

"Pergilah naik atas.kau buat show macamlah segak sangat"ujar idah apabila azwan mula menyelesakan diri menyandar dengannya.

"Malas,aku cari kau tadi kau kat sini"ujarnya perlahan memberikan songkoknya kepada idah.

"Rimaslah.Bangun sana"ujar idah namun azwan buat endah tak endah.

"Azwan kalau penat naik atas"lembut saja suara idah menuturkannya.

Cakap kasar time penat ni boleh tambah penat.

"Teman aku..."ujarnnya mendapat tunjalan dari idah.

"Sakitlah! Cubalah elok elok. Teman makan pun tak boleh"ujarnya  dinginn dengan sedikit mengada

Idah hanya tersengih sebelum kembali duduk.Cukuplah hari ini mereka berbaik dan berhenti berperang.

Segak pula rasanya melihat dia berpakaian begitu.

"Maaf tak sengaja.kau dah makan ke?"soal idah membuatkan azwan menggeleng

Idah bergerak sekali namun ditegah

"Kau ni duduk elok elok lah."hamburnya membuatkan idah menjeling.

"Aku nak ambikkan makanan ni.Dah jom pergi makan"ujar idah membuatkan azwan tersenyum.

"Yeye makan.jom"ujarnya seperti kanak kanak

Idah menjeling sebelum berkata
"Gila"

Namun azwan tetap tersenyum manis
Ingat hensem? Boleh blah


Wohooooo dah kahwin dksksksk

belum tamat okay

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro