TD 9
"Izinkanlah aku merasai bahagia yang kau miliki itu"
"Assalamualaikum, abang Naufal datang nie" Irfan mula menyapa mereka.
"Waalaikumsalam, abang Naufal!" Kanak-kanak itu berlari ke arahnya. Hari ini dia datang ke Rumah Bunga Kasih. Rumah anak-anak yatim yang selalu dia kunjungi bersama Alisyah dulu.
Kanak-kanak di rumah itu sangat suka kepada mereka berdua sehingga tiap kali datang pasti mereka disambut dengan teriakkan para anak-anak mulia itu.
"Jom kita masuk, abang nak bagi makanan dekat umi sekejap". Irfan menyuruh kanak-kanak itu masuk dulu sementara dia pergi ke dapur ingin memberi bahan mentah yang dia beli tadi.
"Assalamualaikum Umi". Irfan menyapa seorang wanita yang sebaya mamanya itu. Umi Kamelia namanya. Seorang wanita yang kelihatan cantik dan bersifat keibuan. Tutur kata yang lembut menyebabkan sesiapa yang mendengar pasti suka.
"Waalaikumsalam Naufal, Naufal apa khabar?" lembut Ibu Kamelia bertanya.
"Naufal sihat alhamdulilah, Umi sihat?".
"Macam ini la Naufal bila dah tua, sakit sikit, nasiblah ada Nalia boleh tolong Umi". Ujarnya sambil melihat Nalia yang sibuk memotong sayur itu.
Irfan menoleh ke arah Nalia baru tersenyum nipis. "Hai Nalia apa khabar? Sihat?" Irfan mula bertanya.
"Hai abang Naufal, Nalia sihat je". Nalia menjawab. Dia memanggil Irfan abang kerana umurnya baru mencecah 18 tahun.
"Baguslah tu".
"Umi, Naufal masuk dulu ya, nak jumpa budak-budak tu". Irfan senyum lalu masuk ke dalam rumah dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket.
"Hai semua, nak baca Quran ya? Hari ini surah apa?" Ramah Irfan bertanya.
"Hai abang Naufal, kita orang nak baca surah Ash-Sharh, abang naufal dengar ya". Salah seorang mereka menjawab.
"Bacalah, Abang dengar".
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Bismillahirrahmanirrahim
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿الشرح:١
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?,
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿الشرح:٢
2. Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,
الَّذِ ىٓأَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿الشرح:٣
3. yang memberatkan punggungmu,
وَرَفَعْنَالَكَ ذِكْرَكَ ﴿الشرح:٤
4. dan Kami tinggikan sebutan nama(mu) [2] bagimu.
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿الشرح:٥
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿الشرح:٦
6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿الشرح:٧
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿الشرح:٨
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
امين
"Aamiin".
Mereka menghabiskan bacaan. Irfan melihat dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Walau mereka hidup kekurangan kasih-sayang Ibu bapa tetapi mereka mendapat kasih-sayang Allah SWT.
Sedangkan dia kematian kekasih membuatnya buta. Buta hati dalam melihat. Putus asa dengan ketentuan Allah. Tidak berfikir dengan sebaiknya. Menghukum seperti tiada salah.
"Abang naufal, kita orang selalu diajar bahawa tiada satu pun masalah di dunia ini yang tiada penyelesaiannya. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin banyak lagi kejutan yang bakal kita terima".
"Dan pastinya semua adalah ketentuan daripada Allah SWT". Ana mula memberitahu apa yang dipelajarinya. Ya dia Ana yang sama. Pelajar seorang Amira Dhiya.
"Ya, Ana terima kasih, pandai Ana nie". Irfan sudah jatuh sayang kepada anak ini ketika mereka datang kesini buat pertama kali. Ana seorang anak yang kehilangan ibu bapa pada usia dua tahun. Peritnya kehidupannya, kehilangan ibu bapa disaat dia masih memerlukan perhatian mereka.
Irfan Naufal meluangkan masa sehari di Rumah Bunga Kasih itu. Meluangkan masa bersama adik-adiknya. Menzahirkan rasa kasihnya. Memandangkan dia tidak mempunyai adik maka bersama mereka inilah dia membahagi kasih.
♡♡♡
"Dhiya, mari turun makan, dah siap nie". Hasyim mula memanggil anaknya.
"Ye ayah, ayah turun la dulu. Kejap lagi Dhiya turun". Dia yang sedang membaca kitab suci Al-Quran itu mula memberhentikan bacaannya lalu meletak petanda di akhir muka surat yang dibacanya.
"Wah, sedapnya bau. Makanan kegemaran Dhiya nie". Dhiya melihat makanan yang terhidang itu dengan mata yang bersinar. Asam pedas kegemarannya. Ada pula hidangan lain seperti telur dadar dan sayur yang dimasak bersama udang kering. Masakan Ibu tetap terbaik.
"Ya Dhiya, duduk lah dulu". Ayahnya menyuruhnya duduk dari berdiri merenung makanan yang sudah lama tidak dijamahnya itu.
Ini kerana makanan kegemarannya juga kegemaran adiknya. Terlalu banyak persamaan mereka berdua kerana itulah dia tidak menyangka makanan ini yang dimasak oleh ibunya.
"Hurmm, sedapnya Ibu masak. Dah lama Dhiya tak makan makanan nie, makan kat kedai pun rasanya tak sama". Dhiya mula bercakap sambil menahan sebak. "Terima kasih Ibu masak makanan kegemaran Dhiya". Ujarnya dalam hati.
Dilihatnya si Ibu hanya diam sambil makan. Langsung tidak memandang kearahnya. Sakit bukan bila makan tetapi tiada kegembiraan. Bila keluarga orang lain bercerita tentang hari-hari mereka bersama. Mereka hanya diam tanpa suara.
"Dhiya, kamu tak ada rancangan ke nak terima tawaran menjadi tenaga pengajar ke tempat lain? Kamu bukannya tak layak, kamu tunggu apa lagi Dhiya. Sampai bila kamu nak duduk kat kampung nie?". Ayahnya mula bertanya.
Dhiya yang mendengar berasa sayu. Ayah ingin aku pergi juga ke?. "Kenapa ayah cakap macam tu, Ayah nak Dhiya pergi ke? Kalau Dhiya pergi, siapa nak jaga ibu dan ayah nanti?" Dhiya bertanya semula.
"Dhiya, Ibu dan Ayah nie dah tua, kamu tu masih muda. Banyak lagi perkara yang kamu boleh lakukan. Kejarlah cita-cita kamu nak, peluang kamu masih cerah". Hasyim mula sebak. Dia tidak ingin anaknya itu dipandang rendah oleh orang kampung. Biarlah kali ini anaknya itu mengejar cita-citanya ingin menjadi sebagai guru disekolah lebih tinggi.
"Ayah, Dhiya akan pergi juga nanti. Ayah jangan risau, rezeki kita ada dimana-mana je ayah. Allah akan bantu hambanya yang lemah". Dhiya cuba meyakinkan ayahnya bahawa dia mampu untuk hidup dalam keadaannya yang sekarang.
Si Ibu hanya diam dan terus diam tanpa sebarang suara. "Saya dah habis makan, abang nak saya angkatkan piring abang ke?" Ibunya bertanya.
"Tak apa, nanti abang cuci sendiri". Anita hanya mengangguk lalu ke singki mencuci tangan serta pinggannya. "Saya naik dulu la".
Dhiya hanya melihat Ibunya naik ke atas. Sikit pun Ibunya itu tidak menoleh mahupun berbicara. Ya Allah, sampai bila lagi keadaan ini menemani?.
"Sudahlah Dhiya, nanti baiklah Ibu awak tu, jangan berhenti berdoa minta pada Allah semoga satu hari nanti Ibu kamu lembut hati. Ayah sentiasa doakan kamu". Hasyim yang baru habis mencuci pinggan itu mengusap perlahan kepala Dhiya. "Kuatkan semangat". Lalu dia naik ke atas meninggalkan Dhiya sendirian menghabiskan makanannya.
Dhiya mengemas meja makan itu lalu mencuci bekas-bekas yang digunakan. Setelah semua selesai di lakukan dia naik ke atas lalu masuk ke dalam biliknya.
"Baik aku habiskan bacaan aku". Dia menyelak kembali kitab suci Al-Quran itu lalu menyambung bacaannya. Surah Al-Mulk di baca dengan perlahan. Merdunya suara seorang Amira Dhiya dalam membaca ayat suci itu.
"Hati ini tak tenang,
Jiwa kegelisahan,
Rindu bersarang di jiwa,
Perginya membawa suka lalu meninggalkan duka".
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro