Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 8

"Pergilah semua pergilah, biarkan saja aku derita, jangan menyesal bila akhirnya sudah tiba, diri kamu menyiksa orang yang salah".

Dhiya terbangun. Dilihatnya jam baru menunjukkan 2:30 a.m. Di gagahkan dirinya untuk bangun. Dia berdiri lalu menuju ke dapur. Dhiya terkejut kerana melihat Ibunya  duduk di termenung dengan tangan di tongkat ke atas dagu. Fikirkan apa Ibunya?

"Ibu, ibu buat apa kat dapur tengah pagi nie? Ibu lapar ke? Nak Dhiya masakkan?". Dhiya mula bertanya.

"Kau tahu Dhiya, dulu aku selalu bangun waktu jam macam nie hanya untuk tengok kau dua orang tidur. Aku selalu tenung kamu berdua. Aku takut satu perkara aja Dhiya, kehilangan kau orang bertiga. Aku selalu berdoa Dhiya, aku doa biarlah aku yang pergi dulu dari kau orang semua sebab aku tak sanggup nak terima kehilangan kamu semua".

"Aku selalu berdoa semoga Allah panjangkan umur kau orang bertiga. Kalau boleh aku nak hidup dengan lama bersama kau orang. Aku tak sanggup nak tengok kau orang sakit, aku tak boleh tengok kau orang lapar dan aku tak boleh tengok kau orang menangis. Sakit Dhiya sakit. Hati aku sakit bila salah satu dari kamu pergi dulu dari aku. Mengapa mesti lisya yang pergi Dhiya? Mengapa bukan aku?". Di tengah pagi itu seorang insan yang lemah meluahkan rasa. Tangisannya bergema, airmata turun dengan derasnya.

"Aku dah buat yang terbaik untuk kau orang, aku dah didik kau orang dengan baik tapi dimana salah aku lagi".

"Ibu, ampunkan Dhiya ibu, Dhiya salah ibu, Dhiya terleka". Dhiya turut menangis sambil melutut dihadapan Ibunya. Esakan mereka berdua bergabung.

"Tak Dhiya, kau tak rasa apa yang aku rasa, kau tak rasa Dhiya". Anita berdiri lalu pergi tinggalkan dia yang sedang melutut itu. "Ibu, maafkan Dhiya". Dhiya merintih.

Dhiya yang sedang lemah itu memaksa dirinya untuk bangun. Dia mengambil wuduk lalu menunaikan solat sunat tahajjud. Sebagai seorang hamba Allah yang lemah. Dhiya menunaikan solat tahajjud bagi menguatkan jiwa dan ketaqwaannya kepada Allah SWT serta ingin mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Sementara menunggu waktu subuh, Dhiya mengisi masanya dengan mambaca kitab suci Al-Quran. Surah Al-waqiah menjadi pilihannya. Dhiya mengisi masa itu untuk mendekatkan dirinya kepada pencipta.

Waktu pagi sudah menjelang Dhiya yang tertidur di atas sejadah itu mula bangun. Dhiya mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dibumi Allah ini. Dhiya teringat akan Ibunya. Mengapa mereka di uji sampai begini sekali? Dhiya tidak mempertikaikan takdir yang Allah ciptakan tetapi Dhiya kesal kerana tidak dapat membantu Ibunya.

Dalam tak sedar, mereka berdua tersiksa sama. Si ibu yang tersiksa menanggung rindu kepada anaknya dan juga si anak yang menanggung sakit kerana ingin kasih-sayang ibunya.

♡♡♡♡


"Dr.Irfan apa khabar? Sihat?". Seorang wanita yang kelihatan anggun itu bertanya kepada Irfan. Puan Sri Ariyana. Seorang wanita yang sangat baik hati dan terkenal dengan sifatnya yang pemurah.

"Saya sihat je Puan Sri, baik alhamdulilah". Irfan Naufal menjawab.

"Baguslah saya sebenarnya ada beberapa perkara nak bincang. Pasal urusan anak-anak yatim itu. Saya nak buat majlis untuk mereka. Awak kan salah seorang yang selalu jenguk mereka. Saya nak buat majlis tu dalam beberapa minggu lagi. Nanti jemput la guru-guru tadika mereka untuk memeriahkan lagi majlis nanti ya" Panjang lebar Puan Sri Ariyana.

"Insyaallah Puan Sri kalau tak ada arah melintang saya akan berusaha untuk hadir nanti. Mesti budak-budak tu gembira". Irfan selalu menjenguk anak-anak yatim Di Rumah Bunga Kasih itu bersama Alisyah sewaktu Alisyah masih hidup.

"Baiklah kalau macam tu, nanti awak bincang la dengan Puan Kamelia ya, saya pergi dulu, Assalammualaikum".

"Waalaikumsalam". Irfan hanya senyum sahaja.

♡♡♡

"Dhiya, kau tak penat ke hidup macam ni? Jalan sendiri, makan sendiri, shopping pun  sendiri. Kesian kau". Dhiya bercakap sendiri ketika sedang memandu keretanya. Nak buat macam mana? Semua sibuk nak menjauh, dia kawan dengan makhlus halus je la gini.

Makanan yang terhidang itu dipandang nya dengan mata yang bersinar. "Fuh dah lama craving nie". Dia bermonolog sendiri. Dhiya teringat akan Alisyah ketika adiknya itu masih hidup. Adiknya itu sangat menyukai makanan yang terhidang dihadapannya itu. 

"Awak nie kenapa dok termenung je, dari tadi abang perhatikan. Awak fikirkan apa sebenarnya nie". Hasyim mula menegur isterinya. Dilihatnya wanita itu termenung sahaja.

"Abang, saya nak lawat kubur Lisya abang, Abang temankan saya ye abang". Anita yang terlalu rindu anaknya itu mula meminta untuk melawat anaknya. Bukannya dia tidak diizinkan untuk melawat anaknya tetapi setiap kali melawat dia pasti tidak ingin pulang. Menangis dan terus menangis.

"Baiklah, kita pergi, awak siapkan la apa yang patut. Bawa yassin sekali". Hasyim mula membenarkan daripada harus melihat isterinya yang serba tidak kena itu.

"Assalamualaikum anak ibu. Anak ibu sihat?. Ibu datang ni. Nak lihat anak ibu. Ibu rindu Lisya". Anita mula mengeluarkan air mata.

Hasyim membentangkan tikar lalu duduk bersama Anita. "Kita baca yassin dulu ya". Mereka mula membaca yassin untuk anak mereka.

"Lisya, Ibu terlalu rindukan lisya. Ibu selalu nampak bayangan Lisya, rindu nak lihat senyuman lisya. Ibu rindu nak bermanja dengan lisya. Kenapa Lisya tinggalkan Ibu".

"Biar dah satu tahun lisya pergi. Hati ibu sakit Lisya. Ibu rasa baru semalam ibu melahirkan Lisya, ibu lihat senyum tawa Lisya. Mengapa nak, mengapa harus kau yang pergi dulu. Ibu rindu nak peluk Lisya, rindu nak bergurau senda dengan Lisya". Anita teresak. Ibu mana yang mampu terima kenyataan. Seorang anak yang  kehilangan ibu hanya menangis dan mampu gembira balik tetapi seorang ibu yang kehilangan anak pasti menjadi gila dan tak terjaga kerana kasih-sayang ibu tiada galang-gantinya dan tiada duanya. Ibu adalah segalanya. Ayah adalah cinta pertama. 

Hasyim yang mendengar hanya menggelengkan kepala. Anak yang pergi hanya satu. Yang dua masih sihat walafiat tetapi tidak pula dihargai. Meratapi yang sudah pergi. "Awak, belajar redha, ikhlas dan percaya. Redha dengan pemergian Lisya, Ikhlaskan dia pergi, awak tak kesian kat Lisya ke, mesti dia sedih lihat awak macam nie dan awak kena percaya, percaya disebalik yang berlaku ini ada hikmahnya. Allah lebih tahu segalanya. Perancangan Allah itu adalah lebih baik".

Dhiya yang baru sampai rumah itu hanya berkerut melihat rumah yang tertutup rapat. Kemana ibu ayahnya?. Teringat keadaan ibunya pagi tadi Dhiya sudah tahu kemana mereka pergi tetapi Dhiya hanya duduk di tangga menunggu kedua ibu ayahnya pulang. Setelah beberapa minit menunggu Dhiya melihat ayah ibunya berjalan menuju ke arah rumah. Nasib ibu nak pulang juga.

"Assalamualaikum Dhiya, dah lama sampai ke?". Hasyim mula bertanya apabila melihat kelibat anaknya yang duduk di tangga rumah itu.

"Waalaikumsalam Ayah, tak ada lama sangat pun. Dhiya baru sampai juga".

"Baguslah, mari la naik". Mereka mula naik ke rumah. Ibunya awal-awal sudah naik tanpa menunggu mereka.

Selepas membersihkan diri Dhiya baring dikatil sambil merenung ke atas siling. Ibunya hanya senyap sejak meluahkan rasa pagi tadi. Ibu, Dhiya makin rasa tak guna. Dhiya rasa tak mampu hadapi semua. Ibu jikalau Dhiya pergi. Hidup ibu akan lebih gembira ke?. Dhiya hanya berfikir dan terus berfikir sehingga dia terlelap sendiri.

"Anak, kau tidak akan rasa sakitnya sebuah kehilangan,
Lagi-lagi kehilangan anak yang kau kandung dan lahir dari rahimmu sendiri,
Anak, Ibumu ini mungkin ego,
Tetapi tetapkanlah dirimu terus bersama,
Keegoaanku ini hanya sementara,
Tidak mungkin ku benci kau buat selamanya".
-Anita.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro