Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 54

"Tiada derita, tiada bahagia'

Sepi. Sunyi. Pedih. Perit.

Segalanya terasa seperti satu. Tanah yang masih merah itu tidak lagi di tatap. Kepalanya di tundukkan ke bawah. Esakan kecil kedengaran ketika semuanya senyap. Bahunya terasa di tepuk perlahan namun sikit pun dia tak endahkan.

Dia, seorang ayah yang di tinggalkan.
Dia, seorang suami yang di tinggalkan.
Dan dia sedar ini semua hukuman, hukuman yang Allah berikan kerana dia...

Meninggalkan wanita yang sarat mengandung, menghina dan memperkecilkan seorang wanita yang dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ayahnya. Dia penyebab kesengsaraan seorang wanita yang tak berdosa, dia penyebab seorang wanita kehilangan anaknya.

Dosa apa lagi yang lebih hina dari dosa seorang suami yang tidak bertanggungjawab? Orang yang sepatutnya menjaga, menyeksa pula. Dan yang lebih menyakitkan, dia menghukum seperti dia lah Tuhan. Katakanlah bagaimana ingin dia teruskan kehidupan? Bagaimana?

"Taubat" Irfan tersentak lalu mengangkat kepala perlahan. Mencari orang yang bersuara itu.

"Taubat jalannya Irfan. Dosa di masa lalu itu jadikanlah pengajaran." Dhiya duduk dihadapan Irfan, duduk bersila dan di depannya kubur seorang anak yang dia anggap seperti anaknya sendiri.

"Aku faham Irfan, aku faham semua yang kau sedang fikirkan. Aku juga pernah rasa kehilangan anak tapi kau beruntung, anak kau dapat membesar depan mata kau. Aku tahu macam mana sakitnya, tapi siapalah kita hendak menidakkan segalanya?."

"Aku sayang Auliya macam anak aku sendiri walaupun aku pernah membenci kehadirannya. Auliya anak yang baik cuma silapnya mama dan papanya menyakiti hati seorang ibu dan membunuh seorang bayi. Jika dulu anak aku masih hidup mesti aku pun bahagia tanpa kau. Tapi aku sudah reda, aku harap kau juga sama. Semoga Allah permudahkan urusan kau, aku doakan yang baik-baik. Anggaplah semuanya teguran dari Allah untuk kau terus melangkah. Mungkin ada hikmah disebalik segalanya. Assalammualaikum" Dhiya mengelap air matanya lalu mencium batu nisan yang tertulis nama Auliya.

"Terima kasih kerana hadir Liya, ibu harap Liya dapat bertemu dengan mama Liya. Ibu harap papa Liya terus tabah. Liya, semoga Allah tempatkan Liya di kalangan orang yang beriman. Ibu sayang Auliya" Dhiya mengusap batu nisan itu lalu berdiri. Semoga selepas ini, segalanya akan berakhir dengan gembira.

Kaki di bawah melangkah jauh dari tanah perkuburan itu. Setitik demi setitik air matanya jatuh menyembah bumi. Irya, doakan ibu untuk terus kuat ya?.

"Reda sayang, abang ada dengan sayang" Nuwair memegang erat tangan Dhiya.

"Terima kasih abang" Dhiya membalas genggaman tangan Nuwair.

●●●

Dua tahun kemudian.

"Lea, mari dekat mama sayang." bagai memahami bahasa ibunya, Azalea Hayra merangkak perlahan-lahan merapati si ibu yang manis lagikan jelita.

"Pandainya dia, mesti ikut ibu kan? Sayang dia" wanita itu mengomol pipi si anak yang masih kecil itu. Tangan kecil itu tak berhenti bergerak, seluruh wajah si ibu diterokainya.

Dia, Azalea Hayra. Anak kepada seorang Amira Dhiya dan Nuwair. Hasil perkahwinan mereka dua tahun lalu telah membuahkan hasil iaitu seorang puteri yang comel.

"Assalammualaikum" suara garau itu menarik perhatian si ibu dan bayinya.

"Waalaikumsalam, papa awak dah sampailah lea. Jom jumpa papa" Dhiya mengangkat tubuh kecil Azalea lalu berjalan menuju ke pintu utama.

"Hai bidadari-bidadari abang" Nuwair tersenyum manis, hilang segala penat lelah sebentar tadi.

"Hai putera hati kami" Dhiya menjawab lalu menyalam tangan sang suami.

Nuwair tersenyum lagi, dahi Dhiya di cium lama sebelum dahi puterinya pula di cium penuh cinta. Dhiya tak dapat menahan senyum lalu ketawa kecil.

"Abang! Kita orang rindukan abang" ujarnya penuh gedik.

"Eleh sayang, baru kejap abang tinggal dah rindu" Nuwair membalas sambil tangan mengambil tubuh kecil Azalea. Rindunya anak papa ni!

"Abang, Dhiya nak cakap sikit ni" Dhiya memulakan perbualan selepas sahaja Nuwair selesai solat Isyak.

"Ya, ada apa sayang?" Nuwair bertanya lalu duduk di sebelah Dhiya. Azalea yang nyenyak tidur itu di kerling perlahan.

"Kita lawat Dia jom. Sudah dua minggu kita tak pergi. Nanti Dia cari pula" Dhiya menutur perlahan.

"Ouh, abang ingat apa la tadi. Boleh saja, demi sayang semua boleh. Kita pergi esok ya?" Nuwair membalas lalu menarik Dhiya ke dalam pelukannya. Kasih dan sayangnya terhadap Dhiya bukanlah perasaan yang penuh kepuraan melainkan cinta yang penuh dengan kejujuran. Masa lampau Dhiya bukanlah sebuah kesalahan, cuma jodoh lambat mempertemukan mereka. Tapi segala yang berlaku ada hikmahnya bukan?

Sekarang, kebahagiaan Dhiya dan Azalea lebih penting dari segalanya.

"Terima kasih abang, Dhiya cintakan abang" Dhiya mencium rahang suami lalu tangan mengusap lembut pipi itu.

"Abang pun cintakan Dhiya, Abang cintakan Dhiya kerana Allah dan abang tahu Dhiya juga memiliki perasaan yang sama" buat kali keberapa dahi mulus itu diciumnya.

"Tahu pun" Dhiya menjawab lalu tertawa perlahan. Sungguh perkara ini tak pernah dia bayangkan, bersama lelaki yang dia cinta dan memiliki seorang puteri yang jelita. Masa lampau bukanlah penghalang untuk maju ke hadapan. Masa lalu biarlah berlalu, masa depan harus dipertahankan.

"Cepatlah sayang, abang dan Lea dah bosan tunggu sayang. Abang dah cakap awal-awal tadi, bersiap dulu dari abang tapi sayang tak nak dengar" suara itu membebel lagi.

"Amboi, Lea bagitahu papa awak tu, tunggu sekejap lagi. Mama nak bagi rapi tudung ni sekejap" Dhiya menjawab.

"Bagitahu mama awak Lea, dia punya sekejap tu macam dah dua jam ni" sindir Nuwair semula.

Dhiya ketawa mengekek. "Dinda sudah siap wahai kekanda pujaan hati. Mari pergi" Dhiya ketawa lagi melihat wajah cemberut Nuwair.

"Sayang dia" Dhiya mencium pipi Nuwair lalu memaut lengan Nuwair. "Mari pergi kanda" ujarnya lagi.

Nuwair menahan senyum. Pandai betul memujuk isteri dia ni. Siap kanda dinda bagai. Hai lah isteri.


"Encik Irfan, awak ada pelawat hari ni" jururawat itu membuka pintu lalu membenarkan Dhiya, Nuwair dan Azalea masuk ke dalam.

Irfan yang tadinya suram kini ceria semula.

"Yeay! Liya datang, Liya kenapa Liya baru datang. Papa rindu Liya." Irfan berlari lalu merebut Lea yang berada dalam pelukan Nuwair. Tajam matanya memandang Nuwair namun Nuwair hanya tersenyum.

"Ya, kami datang ni Irfan. Kami nak lawat Irfan. Irfan sihat?" Dhiya bertanya lalu memberikan sebakul buah-buahan kepada Irfan.

"Ya Dhiya. Abang suka Dhiya datang sebab abang tahu, Dhiya masih cintakan abang" Irfan berbicara sambil bermain dengan Azalea.

Dhiya hanya tersenyum nipis. Tangan Nuwair digenggam erat. Nuwair membalas renungan Dhiya lalu menganggukkan kepala tanda dia okay.

Disebalik wajah keruh orang dewasa, si kecil Azalea gembira bermain janggut Irfan Naufal. Gelak tawanya menghiasi bilik yang suram itu.

Irfan Naufal, dirinya disahkan gila dan terpaksa di tahan dihospital sakit jiwa tapi dia tidaklah seteruk seperti orang yang benar-benar gila. Bila Dhiya datang, Irfan bagai kanak-kanak yang hauskan perhatian. Namun Dhiya tahu statusnya sebagai seorang isteri. Jadi dia lebih selesa berdiri jauh dari Irfan.

Kemalangan dua tahun lepas telah meragut nyawa kedua orang tua Irfan, siapa sangka dalam sekelip mata sahaja dia menjadi anak yatim piatu? Disebabkan kemalangan itulah depress Irfan semakin bertambah. Tapi syukurlah dia masih bernafas di muka bumi Allah.

"Coklat ada tak? Semalam kan Irfan mimpi. Irfan mimpi budak perempuan namanya macam Liya tapi dia cakap 'saya anak perempuan ayah, Irya Khaira'. Irfan tak tahu pun dia siapa jadi Irfan biarkan dia. Dia tetap senyum walaupun Irfan biarkan dia sorang-sorang." Irfan khusyuk berbicara.

Bibir Dhiya menjadi kelu. Irya, mustahil dia lupa nama bidadari syurganya ini. Perasaan hiba tak perlu di kata, namun reda. Dia sudah reda atas segalanya.

"Irfan kami balik dulu ya? Kalau ada masa nanti kami datang lagi?" ujar Dhiya setelah sudah lebih setengah jam mereka di wad ini. Dhiya mengambil Azalea dari pelukan Irfan.

Irfan hanya menyerahkan dengan hati yang rela. Mukanya tenang sahaja.

"Dhiya, aku minta maaf atas perbuatan aku yang dulu. Terima kasih sudi jenguk aku. Aku harap kau bahagia" Irfan menundukkan kepala manakala Dhiya dan Nuwair tersentak. Buat pertama kali mereka mendengar ucapan positif daripada Irfan.

"Kami balik dulu. Aku maafkan kau Irfan dan aku doakan kau bahagia" Dhiya berbicara perlahan lalu berjalan keluar. Nuwair setia menurut di belakangnya.

Keluar sahaja dari wad itu Dhiya mengelap air matanya. Sebak dada melihat keadaan Irfan.

"Sabar sayang. Kita doakan dia cepat sembuh" Nuwair memeluk bahu Dhiya.

"Aamiin"

Sujudnya terasa begitu lama. Berdoa dan terus berdoa meminta pada Allah SWT. Esakan bergema, inilah yang selalu terjadi dalam 'penjara' kecil ini.

Selesai bermanja dengan Allah, dia duduk di singgah sana yang megah itu. Termenung dan terus termenung. Sudah lama dia 'berlakon' menjadi orang tak normal. Ini semua kerana perasaan sakit yang dia rasakan sudah tak mampu di tahan lagi. Kini, biarlah dia menyendiri, hidup dalam dunianya sendiri.

Biarlah semua berlalu, dia sudah tiada apa-apa. Dia sudah menjadi papa kedana dan dia hidup sendiri di bumi Allah ini. Tiada lagi Irfan Naufal yang normal, kini hanya Irfan Naufal si gila, menganggap anak orang lain sebagai anaknya.

Dia sedar, dia sedar segala yang berlaku namun daripada keluar dari sini dan berjalan tak ada hala tuju lebih baik dia teruskan menjadi dirinya yang sekarang.

Menyesal? tidak. Malahan dia bersyukur, bersyukur kerana masih bertahan sehingga sekarang. Dan dia percaya, takdir Allah itu lebih baik dari segalanya.

"Encik Irfan, kita makan ubat ya?" jururawat yang memakai tag nama Safiyyah itu menyapa Irfan bersama senyuman.

Irfan hanya diam. Wajah jururawat itu dipandang lama. "Terima kasih" ujarnya tanpa nada lalu mengambil ubat yang di hulur.

Safiyyah hanya mengangguk lalu berjalan keluar. Dia sudah biasa dengan wajah dingin lelaki itu. Malas ambil tahu.

●●●

Selama dua tahun berlalu, banyak perkara berubah. Siapa sangka Dhiya dan Fiffy memiliki anak yang lahir pada tahun yang sama. Anak Dhiya si comel Azalea manakala anak Fiffy si jelita Zahra. Tapi anak Fiffy lahir dua bulan awal dari anak Dhiya.

Atikah pula semakin berubah dan sedang bertunang dengan lelaki pilihannya, rahsia katanya. Tunggu waktu nikah baru dia kenalkan 'suami'nya itu.

Rose pula semakin dewasa dan ya dia sedang mengejar cita-citanya. Bukan masanya lagi untuk bermain kasih. Waktu muda jangan di sia-siakan.

Bahagia, semua bahagia. Ada jalan yang Allah tetapkan untuk mereka terus berjuang. Dunia tempat untuk di uji, syurga la tempat berbagi kasih. Sejauh mana ujian itu menimpa diri, sejauh itulah hati sedang di uji. Sama ada berjuang habis-habisan atau menyerah tanpa memperjuangkan.

Irfan Naufal, dia tidak minta kekayaan cukuplah Allah pertemukan dia dengan anak dan isterinya di syurga kelak. Jika pun dia mempunyai perasaan cinta kepada Dhiya, dia tetap akan kalah kerana di Luh Mahfuz sana bukanlah Dhiya nama pasangannya. Lagipula, tidak sesenang itu seorang Dhiya memaafkan dirinya. Kisahnya bukanlah kisah novel yang indah, yang di hujungnya terdapat manis tanpa gula. Dia hanya seorang insan, yang menerima segala ketentuan Tuhan.

Dia, Irfan Naufal. Kisahnya sudah terhenti, kekasihnya sudah pun pergi. Kini dan selamanya pintu hatinya sudah tertutup untuk insan. Dia memilih untuk hidup sendiri tanpa peneman. Hanya dia dan Allah yang Maha Esa.

Nuwair Abaid. Hadirnya dia merawat luka, memberi cinta dan menyemai kasih dalam hidup seorang Dhiya. Dia selalu berusaha keras agar Dhiya bahagia hidup bersamanya. Dan dia yakin, bila cintakan seseorang itu kerana Allah, Allah akan meredai kehidupan mereka.

Dia mencintai Dhiya kerana Allah, dari dulu, sekarang dan Insyaallah selamanya. Azalea, bukti cinta mereka. Puteri yang cantik jelita yang merawat duka seorang Dhiya. Dia bukan watak utama, cukuplah dia menjadi suami kepada isteri yang dia cinta kerana yang pertama tidak semestinya menjadi yang terakhir tetapi yang terakhir pastinya akan menjadi yang terbaik.

Amira Dhiya. Hidupnya kelam di awal hingga pertengahan cerita. Setiap bait kata meruntuhkan jiwanya, dia jatuh dan bangkit seorang diri. Dia terluka, dia menderita dan dia tersiksa namun itu bukanlah penghalang untuk dia mengecapi bahagianya. Kehadiran seorang Irfan Naufal memberi pengajaran yang banyak dalam hidupnya.

Sayang beribu kali sayang, lelaki itu bukanlah jodohnya. Nuwair Abaid, dialah yang satu. Dialah yang merawat kekosongan dan memberi keindahan sepanjang perkahwinan mereka. Memilih Nuwair adalah perkara terindah dalam hidup Dhiya dan selamanya akan indah kerana dia juga mencintai Nuwair kerana Allah.

Mereka memilih jalan masing-masing namun segalanya hanya berserah kepada Allah. Reda, sejauh mana pun engkau di uji kerana di saat kau di uji, di saat itulah Allah berada di hati. Ujian bukanlah untuk menyiksa tetapi untuk menguatkan hati dan jiwa. Tanda kuatkannya kau sebagai insan, kau terima segala ujian dengan senyuman bukan makian.

"Selama mana bahagia jika hati sering di uji kekuatannya?
Selama mana hati reda jika diri sendiri meraguinya?
Jawapannya bukanlah pada kata tetapi pada hati yang jauh tersembunyi dari pandangan mata manusia"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro