TD 53
"Tiada derita, tiada bahagia"
Cinta itu indah. Cinta juga membuat manusia menjadi alpa, cinta mematikan jiwa, cinta menghambakan kita, cinta menjadikan kita manusia gila dan cinta membuat kita buta. Itulah definisi cinta yang termeterai dalam jiwa dua insan. Menganggap cinta sebagai kewajiban sehingga halal haram diketepikan lalu bagaimana ingin mendapat cintaNya Tuhan jika engkau selalu menjadikan insan sebagai keutamaan.
Malam yang hening menambah keresahan dalam hati sang wanita. Melihat wajah sang suami membuat dia tersenyum nipis.
"Janji yang awak akan bahagiakan saya hingga ke jannah Allah ya? Mungkin diri saya bukan milik awak tapi selagi jasad ini dihidupkan, selagi roh belum terpisah dari badan, saya janji kepada diri saya dan Tuhan, awak akan jadi keutamaan selepas Dia. Saya tidak harapkan seseorang yang beriman terlalu dalam dan tidak juga mengharapkan seorang wildan dari kayangan cuma satu yang saya mahukan iaitu kesetiaan seorang lelaki bernama suami. Abang, janjilah untuk setia kepada Dhiya walau seisi dunia menganggap Dhiya orang yang hina" Dhiya meluahkan rasa sambil merenung wajah Nuwair dari jarak dekat. Wajahnya di rapatkan sehingga hidung mereka hampir berlaga.
Mata yang tertutup rapat itu disentuh perlahan, dari mata turun ke hidung dan seterusnya berhenti di bibir merah Nuwair. Hensem! Dhiya tertawa senang di dalam hati. Namun dia terdiam taktala tangan kecilnya digenggam oleh tangan yang besar dan berurat. Ops! Abang sayang dah bangun!
"Assalammualaikum sayang" suara serak-serak basah itu membuat jantung Dhiya berdegup dengan laju.
"Wa..waalaikumsalam awak" balas Dhiya perlahan. Pinggangnya terasa di peluk dan Dhiya bergegar! Sumpah dengan Irfan dulu pun dia tidak pernah berdebar sampai macam ni sekali.
"Awak kenapa? sakit ke?" soal Nuwair sambil melekapkan tangan ke dahi Dhiya. "Tak panas pun" ujarnya lagi.
"Saya okay lah, cuma segan sikit" jawab Dhiya perlahan.
Nuwair ketawa kuat lalu mengetatkan pelukan. "Dhiya...abang janji akan sentiasa menjaga Dhiya hingga akhir nafas abang, jangan risau selagi abang hidup bernyawa abang takkan sakitkan hati Dhiya. Abang tak harapkan bidadari syurga cuma kesetiaan seorang Dhiya, boleh Dhiya janji sesuatu?" ujarnya lalu mencium dahi Dhiya lama. Sungguh wanita inilah yang dia cinta kerana Allah.
"Janji apa?" soal Dhiya sambil kepala diletakkan ke atas lengan Nuwair sekaligus pipinya melekap di dada Nuwair. Indah irama yang sedang didengarnya ini.
"Janji dekat abang, Dhiya hanya cintakan abang seorang sahaja. Janji yang Dhiya akan lupakan segala kenangan silam Dhiya, abang tidak kisah tentang masa silam Dhiya cuma satu Dhiya, Jangan pernah mainkan perasaan dan hati abang, abang juga lelaki biasa Dhiya, abang akan merasa cemburu dan sakit hati. Jangan cabar abang" ujar Nuwair tegas, niatnya bukan menakutkan Dhiya tetapi untuk mengingatkan yang dia adalah suami, suami!
Dhiya memeluk pinggang Nuwair erat. "Dhiya akan cintakan abang seorang saja dan Dhiya berjanji akan selalu setia" ujarnya ikhlas. Jujur di lubuk hati paling dalam, Dhiya bersyukur dengan takdir yang Allah tentukan. Bukankah dia sebaik-baik perancang?.
●●●
Hati belajarlah untuk reda, ikhlaskan segala-galanya. Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapatkan. Hati bertabahlah, jodohmu bukan dengan dia. Hati teruskanlah mencintai walau dia sudah pergi. Mungkin ketentuan ini yang sudah ditetapkan Illahi.
"Papa! Papa! Papa! Papa, tadikan cikgu Liya suruh lukis gambar keluarga, jadi Liya lukislah gambar papa dan Liya tapi...lukisan Liya nampak kurang, semua lukisan kawan sekelas Liya cantik, semua sempurna ada papa, ada mama tapi Liya tak sedih sebab Liya tahu mama sentiasa dekat dengan kita. Kan papa?" Auliya senyum lebar sambil memeluk leher papanya.
"Ya Liya, pandai anak papa. Insyaallah keluarga kita akan sempurna di akhirat kelak, Auliya nak syurga? Kalau nak syurga banyakkan berdoa tau! Selalu doa untuk orang yang Liya sayang, mana tahu doa Liya dimakbulkan?" Irfan berbicara tenang atau lebih tepat lagi, memujuk.
"Baik papa, Liya sentiasa doakan orang yang Liya sayang, lagi-lagi arwah mama. Walaupun Auliya tak dapat rasa kasih-sayang mama buat masa yang lama, Liya sentiasa sayang mama lebih dari siapa pun. Papa, jangan tinggalkan Auliya ya? Sebab tanpa papa, Auliya takkan mampu bertahan hidup di dunia ni. Perginya papa, matilah Liya" kata-kata Auliya berjaya meretakkan benteng hati seorang Irfan Naufal. Menitis juga air mata yang ditahan, 'anak terlalu sayangnya engkau padaku hingga aku menjadi nyawamu. Sungguh engkaulah nyawaku sampai akhir nafasku' hati Irfan berbicara.
"Papa...jangan sedih-sedih, Liya janji selalu ada untuk papa. Auliya akan bertahan meskipun harus Liya yang disakitkan" Auliya berkata lagi.
"Ya Allah, kebaikan apa yang hamba lakukan sehingga mendapat anak yang begitu baik?" Irfan merintih sambil memeluk tubuh Auliya.
"Papa walau semua orang tinggalkan papa, Auliya akan selalu disisi papa kerana papa dan Liya hanya mampu dipisahkan oleh Allah" Auliya tersenyum lebar. Tidak tahu apa akan berlaku jika dia kehilangan lelaki bergelar ayah ini.
"Liya, tak payah sedih-sedih ya sayang, papa janji akan terus ada dengan Liya" pujuk Irfan lalu mencium pipi Auliya.
"Liya tahu papa" jawabnya lalu melentokkan kepala ke bahu Irfan.
●●●
Tangisan mereka kedengaran begitu sayu, tak disangka-sangka secepat ini orang yang mereka sayang diambil oleh sang pencipta. Sakitnya bagai terulang, pedihnya tak mampu dikatakan. Air mata jatuh berlinangan, esakan kuat kedengaran.
"Sayang, awak dah janji nak tinggal dengan papa. Mengapa awak pergi dulu" tubuh kecil tidak bermaya itu dipeluk erat.
"Mana janji awak sayang, papa tak kuat. Ambil papa juga Liya, Liya papa tak mampu hidup tanpa awak" esakannya bergema. Tak dihiraukan pandangan semua orang.
"Ma, Irfan tak kuat. Irfan tak mampu ma. Ma, Irfan nak buat apa?" Irfan jatuh melutut di kaki Puan Tiara.
"Allahu akbar" Puan Tiara teresak sambil memeluk tubuh anak tunggalnya.
"Ikhlaskan pemergian Liya ya sayang? Dia akan tunggu Irfan di sana nanti. Dia akan jumpa dengan Naura kat sana" Puan Tiara memujuk lalu mencium dahi anaknya.
"Ma? ini balasan Irfan kan? Ini kifarah ma. Irfan banyak dosa terhadap Dhiya sampaikan anak kami pun meninggal sebab Irfan. Ma, yang sepatutnya mati Irfan bukan Liya. Kenapa Allah ambil Liya ma?" bagai menidakkan takdir Tuhan, Irfan teresak lemah.
Secepat ini takdir berubah, baru sahaja mereka meluahkan rasa kini mereka terpisah untuk selamanya.
Tuhan masih adakah bahagia buat mereka? Jalan apa lagi yang sedang Engkau rancangkan?
"Allah tak akan uji melampaui batas kita. Reda la, redakan pemergian Auliya. Reda seperti mana Irfan reda akan kehilangan Naura." Encik Ilyas menepuk bahu Irfan. Jika semua layan perasaan, siapalah yang akan menenangkan? Lagi pula, manusia mana yang tidak di uji? Mungkin inilah cara Tuhan untuk membalas segala perbuatan dan dosa di masa lampau. Reda adalah jalan terbaik, Insyaallah.
"Jika ini jalan terbaik, aku reda ya Allah. Aku reda"
"Semua sudah lelah,
semua sudah rasa peritnya kehilangan,
Kini tiada apa lagi yang diinginkan selain mendapat cintaNya Tuhan,
Hamba lalai ya Allah, kini hanya Engkaulah yang hamba inginkan, bukan lagi seorang insan"
Selamat membaca, bab akan datang akan jadi pengakhiran. Maaf, saya tak dapat nak bagi yang terbaik untuk ending TD. Saya hanya buat yang termampu saya. Terima kasih, semoga Allah merahmati kalian.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro