TD 52
"Tiada derita, tiada bahagia"
Mungkin bagi setengah orang, berkahwin itu mudah. Tetapi bagi diriku berkahwin itu satu ujian yang maha besar, buktinya? Aku sudah pun memegang gelaran janda. Mengapa? Kerana aku pernah berkahwin dan aku juga diceraikan. Sakit? Semestinya lah, manusia yang ditinggalkan pasti merasa beribu kesedihan walaupun perkahwinan itu tidak dia inginkan.
"Dhiya? Kenapa termenung lagi? Pengantin lelaki dah sampai tu. Cepatlah siap" suara seseorang memecahkan lamunannya.
Pengantin lelaki? Ya. Hari ini hari bersejarah bagi Amira Dhiya kerana hari inilah dia akan menghapuskan gelaran janda dan mendapat gelaran isteri. Gembira? Alhamdulilah ya.
"Ya ibu, Dhiya keluar kejap lagi ya?" atas permintaan Dhiya, Fiffy dan Tikah hanya tunggu di ruang tamu rumahnya kerana dia ingin masa untuk bersendirian. Entah perasaan apa yang dia alami ketika ini, sedih ya, gembira pun ya.
"Ya Allah jika ini ketentuan dariMu, Engkau hapuskanlah rasa sedih di hatiku. Dan jika dia jodoh ku di luh mahfuz mu, Engkau hapuskanlah rasa cinta buat lelaki yang sedang bertakta di dalam hati ini. Engkau rahmatilah aku Ya Allah, Engkau berikanlah aku kekuatan. Ya Allah, rasa yang ku alami ini sungguh tidak asing. Perasaan ini selalu menemani, perasaan sakit dan sedih. Ya Allah, hanya satu ku mohon padaMu, kau redhakan hatiku untuk mencintai suamiku sahaja. Allah, Allah, Allah" selangkah kakinya melangkah, hatinya bagai dipanah busur yang tajam hingga rasanya seperti ingin rebah ke tanah.
Takut, gementar dan sedih. Semua perasaan itu tidak dapat dibendung lagi.
"Masyaallah, cantiknya Dhiya" suara seseorang kedengaran.
Dhiya hanya tersenyum nipis. Sampai sahaja di pelamin yang dibuat oleh ibu dan kawan-kawannya, Dhiya duduk dengan lemah lembut. Matanya memandang semua yang hadir, dan dia bersyukur sekurang-kurangnya kali ini mereka hadir dengan ikhlas tanpa hasad dengki.
Sedang sibuk dia memandang, matanya jatuh pada wajah seseorang yang bagaikan mimpi buruk dalam hidupnya, Irfan Naufal. Namun apabila terpandang wajah si kecil Auliya membuat dia sebak seribu bahasa. Rasa sedih bertambah dalam dirinya, dia merenung lama wajah kecil itu dan dia tidak dapat menahan air matanya dari jatuh.
Tisu di tangan dibawa mengelap hujung matanya, tangan diangkat lalu dia memanggil Auliya, entah kenapa namun dia ingin duduk bersama anak kecil itu.
Auliya yang polos memandang wajah ayahnya, Irfan membalas pandangan Auliya lalu menganggukkan kepala tanda mengiyakan.
Auliya berdiri lalu berjalan ke arah Dhiya. Sampai sahaja di hadapan Dhiya, Dhiya menarik Auliya duduk di ribanya. Pinggang Auliya dipeluk lalu pipinya di cium.
"Selamat pengantin baru acik Dhiya, Liya doakan semoga acik dan suami acik dapat kekal hingga ke jannah Allah, Aamiin" Auliya mengaminkan doanya lalu senyum memandang Dhiya.
Zzup! Bagai pisau yang tajam menikam jantung Dhiya, sakitnya ucapan pengantin baru itu dari mulut si kecil Auliya.
"Terima kasih sayang" hanya itu yang mampu dia ucapkan.
Auliya duduk diam di pangkuan Dhiya sehinggalah lafaz ijab kabul selesai, selesai sahaja ucapan itu Auliya berdiri di hadapan Dhiya sambil mengelap air matanya, sekarang dia tahu yang Dhiya tidak akan jadi ibunya lagi.
"Auliya pergi tempat papa Auliya dulu ya acik? Auliya tak sanggup biarkan papa sedih sendiri, mesti papa sedih sekarang ni. Acik jangan risau tau, Auliya cakap macam ni bukan untuk buat acik sedih tapi untuk buat acik faham. Assalammualaikum acik" tangan Dhiya diambil lalu dicium lama sampai air matanya turut jatuh ke tangan itu.
Dhiya mengetap bibir, pandangannya bersatu dengan Irfan yang mengendong Auliya. Dia lihat Irfan mengangkat kepala tanda menegur lalu membalas dengan mengangukkan kepala.
"Assalammualaikum Dhiya" suara sang suami kedengaran.
"Waalaikumsalam" Dhiya mengangkat kepala lalu memberi senyuman manis kepada Nuwair.
"Izinkan saya?" tangan Dhiya diambil lalu disarungkan cincin permata yang dibelinya dulu.
Dhiya menyalam tangan Nuwair lama bagai mengambil semangat semula.
Nuwair memegang kepala Dhiya lalu membaca sepotong doa.
●●●
"Papa, kita balik ya? Auliya tak sanggup tengok papa sedih" Auliya yang kecil itu memegang erat tangan ayahnya.
"Eh Liya, mana ada papa sedih. Papa gembira kerana akhirnya acik Dhiya dapat menikah dengan orang yang dia cinta. Kita sama-sama doakan acik Dhiya ya? Auliya jangan risau, selagi Auliya bersama papa selagi itulah papa akan gembira" ujar Irfan memujuk anaknya.
"Betul ke papa? Kenapa semalam papa menangis?" tanya Auliya perlahan.
"Bila masa papa nangis Liya?" Irfan bertanya semula. Rasa pelik terhadap soalan anaknya, bila masa dia menangis?
"Masa papa solat semalam, masa papa sujud. Auliya sangka papa menangis sebab acik Dhiya" jawab Auliya polos.
"Allahu anak, papa tak nangis sebab acik Dhiya sayang, papa cuma rindukan arwah mama kamu" balas Irfan lalu memeluk anaknya. Pandangan orang di sekeliling di abaikan.
"Ehem, Irfan kau okay?" Luth menyapa Irfan yang sedang memeluk anaknya.
"Eh hai Luth! Kau apa khabar? Lama gila tak jumpa sejak kau kahwin ni" jawab Irfan tanpa menjawab pertanyaan Luth.
"Aku baik je Fan, kau apa khabar?" tanya Luth lagi.
"Alhamdulilah aku baik juga, aku okay Luth. Aku bahagia tengok dia bahagia" jawab Irfan. Betul dia sudah redhakan segalanya. Dhiya bukanlah patung yang tiada perasaan. Setelah apa yang dia lakukan, mustahil Dhiya ingin menerimanya semula. Irfan faham perasaan itu. Dan sekarang yang dia inginkan hanyalah teruskan kehidupannya sebagai seorang papa kepada Auliya.
"Baguslah kalau macam tu. Aku harap kau dapat jodoh yang terbaik lagi" bisik Luth.
"Tak apa lah Luth, aku rela jadi duda dari kahwin dan terluka lagi" sahut Irfan lalu menepuk bahu Luth.
"Isteri kau mana?" tanya Irfan kepada Luth.
"Tu, sibuk bergambar dengan kembar dia sorang tu" jawab Luth sambil merenung Fiffy. Dari kisah sahabatnya Irfan Naufal, Luth belajar untuk menghargai wanita yang bergelar isteri, Luth sedaya upaya melayan kerenah isterinya kerana dia tahu tiada siapa yang akan memanjakan isterinya selain dirinya.
"Ouh, kami nak balik dah ni. Kesian Auliya mengantuk" ujar Irfan.
"Eh awal sangatlah Irfan. Lagipun kau boleh pinjam bilik kat rumah Dhiya ni bagi tidur Auliya" jawab Luth.
"Kau gila? Memang tak lah" bidas Irfan lalu berdiri. "Jomlah teman aku jumpa Dhiya dengan suami dia" ujar Irfan.
"Jom!" sahut Luth.
"Assalammualaikum, hai Dhiya. Selamat pengantin baru. Saya doakan hubungan kamu berdua kekal hingga ke jannah, in shaa allah. Ini hadiah daripada saya." Irfan memberikan hadiah itu kepada Nuwair lalu berjabat tangan dengannya.
"Tahniah, jaga Dhiya baik-baik. Kau berjaya dapat wanita yang baik. Semoga kau berdua kekal dalam lindungan Allah" bisik Irfan lalu berpelukan bersama Nuwair.
"Alhamdulilah, terima kasih Irfan Naufal. Aku harap kau akan dapat wanita yang baik juga" jawab Nuwair. Dia hanya senyum lalu menepuk bahu Irfan.
"Liya salam acik Dhiya. Kita nak balik ni" ujar Irfan lalu memandang wajah Auliya. Melihat Auliya yang menggelengkan kepala membuat dia senyum pahit.
"Auliya, meh kat acik Dhiya meh" suara Dhiya kedengaran membuat Auliya mengangkat kepalanya.
"Acik Dhiya!" Auliya memeluk pinggang Dhiya lalu menangis kuat. Rumah Dhiya menjadi sunyi hanya kedengaran suara Auliya yang bergema.
"Shush jangan nangis sayang" pujuk Dhiya sambil mengelap air matanya juga.
"Acik Dhiya tetap ibu Auliya kan? Auliya boleh panggil acik Dhiya ibu lagi kan? Auliya tak ada ibu, Auliya rindu pelukan seorang ibu. Auliya sayangkan acik Dhiya, acik Dhiya baik" Auliya menyapu air matanya lalu menatap Dhiya lama.
"Acik Dhiya, doakan Auliya tau? Doakan Auliya dapat mama macam acik Dhiya." Auliya memeluk pinggang Dhiya kembali.
Dhiya hanya membalas pelukan Auliya tanpa suara. Esakannya juga sukar untuk ditahan lagi.
"Auliya, kuatkan semangat, acik Dhiya janji akan ada bila Auliya perlukan. Kalau Auliya rindu mama Auliya, Auliya boleh telefon acik Dhiya. Okay sayang? Jangan susahkan papa Auliya tau! Jaga papa baik-baik" Dhiya memberi nasihat lalu mencium seluruh wajah Auliya sehingga anak kecil itu tertawa semula.
Namun siapa sangka semua yang melihat keadaan itu mengalirkan air mata. Walau keadaan itu hanya berlalu begitu saja tampaklah wajah seorang anak yang merindukan ibunya dan seorang ibu yang merindukan anaknya.
"Terima kasih sudi datang Irfan, saya doakan awak mendapat pengganti Naura dengan cepat. Jaga Auliya baik-baik." Dhiya hanya tersenyum lalu tangan di angkat melambai Auliya.
"Dhiya" Nuwair memanggil Dhiya apabila Dhiya khusyuk menatap pintu rumahnya.
"Eh, sorry wair, Dhiya menghayal pula. Ada apa?" tanya Dhiya sambil mengelap sisa air matanya.
"Kenapa menangis?" soalan yang diajukan oleh Nuwair membuat Dhiya terkedu lalu menatap wajah Nuwair lama.
"Saya menangis ke tadi? Kenapa saya menangis?" soal Dhiya pelik.
Nuwair beristighfar. "Ya Dhiya, awak menangis waktu peluk Auliya tadi" jawab Nuwair.
"Siapa Auliya?" soal Dhiya sekali lagi. Kali ini keningnya juga berkerut. "Awak cakap pasal siapa ni? Saya tak faham" ujarnya lagi.
"Allahu rabbi, awak penat sangat ni Dhiya. Dah jom, saya bawa awak masuk bilik. Kita rehat ya?" pujuk Nuwair lembut.
"Oh, jomlah" jawab Dhiya lalu berjalan mendahului Nuwair.
Nuwair terkaku. Apa dah jadi ni?
"Biarlah kenangan itu terhenti di situ,
Pergilah dan jangan pernah kembali lagi"
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan saudara dan saudari seislam kita yang sedang berjuang mempertahankan Masjidil Aqsa di negara Palestin, Doa kita seiring dengan perjuangan mereka, mereka berjuang tanpa mengenal erti penat demi Masjid yang menjadi kiblat pertama umat islam. Usahlah bertangguh, laksanakan tanggungjawabmu. Mereka tidak gentar terhadap Israel kerana perjuangan mereka bukanlah perjuangan yang sia-sia. Kami bersamamu wahai palestinku. Tangisan dan raungan mereka terdengar begitu siksa di mata manusia namun di mata Allah, semua itu adalah kemenangan bagi mereka. Majulah wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah bersama kita. Hasbunallah wani'mal wakiil.
Sebelum terlupa, cerita ini akan sampai ke penghujungnya, terima kasih kerana setia menanti dan maafkan saya sekiranya ending cerita ini tidak seindah yang kamu bayangkan. Setiap cerita berlainan jalannya, mungkin Dhiya bukanlah seorang wanita yang bertuah. Assalammualaikum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro