TD 51
"Tiada derita, tiada bahagia"
"Awal bangun Dhiya, semangat lain macam eh lepas jadi tunang orang ni" sakat Encik Hasyim bersama sengihan. Wajah manis Dhiya dipandang.
"Ayah ni! tak ada lah. Dhiya rasa okay je pun, mana ada lain macam" jawab Dhiya lalu melabuhkan punggung disebelah Encik Hasyim.
"Memanglah Dhiya oi! Bukan Dhiya nampak semangat tu, ayah yang nampak" tambahnya lagi. Sekadar ingin menyakat putrinya itu.
"Ya la ayah! Ni along lama tak balik kan? Rindu pula dengan Iman si kecik tu!" kata Dhiya lalu melentokkan kepala ke bahu ayahnya.
"Ayah dah telefon along kamu tu, petang ni dia balik bawa anak isteri dia. Kata along kamu dia nak duduk sini satu minggu. Tapi tak pastilah betul ke tidak. Kita tunggu je la" tutur Encik Hasyim. Dia juga rindukan suasana rumah mereka yang ceria. Suatu masa dahulu.
Don't tell me that your love is gone~
Dhiya tersentak lalu mengambil telefon yang berada di hadapannya. Dia melihat wajah tua ayahnya yang mengangkat kening tanda bertanya. Dhiya mengangkat bahu lalu bangun menuju ke gazebo di luar rumah.
"Assalammualaikum, ini siapa ya?" ujar Dhiya lembut. Terdengar deheman seseorang membuat jantung Dhiya berdenyut kuat.
"Waalaikumsalam, ini saya Irfan. Maaf ganggu waktu Dhiya" balas seseorang didalam corong telefon.
"Nak apa?" tanya Dhiya mendatar.
"Boleh tolong saya jaga Auliya tak? Saya ada kerja nak buat. Nak hantar Liya ke rumah mama dan papa dia orang ada kerja. Umi dan abi Naura pula tak dapat tolong. Dhiya je yang boleh tolong Irfan sekarang. Boleh ya?" ujar Irfan lembut.
Dhiya mengeluh. Masalahnya dia tak nak terikat dengan lelaki itu!
"Kerja apa kau nak buat? Aku tak ada masa lah Irfan. Aku pun ada hidup sendiri, tak ada masa nak jagakan anak kau. Bawa je la sekali. Maaf tapi aku tak dapat tolong" jawab Dhiya kasar.
"Oh, tak apa. Terima kasih" kedengaran suara Irfan mengeluh sebelum mematikan panggilan. Dhiya hanya buat tak tahu.
"Siapa tu Dhiya?" suara Encik Hasyim kedengaran.
"Kawan Dhiya" jawab Dhiya senada.
"Kalau kawan kenapa sampai cemberut ni? Bergaduh ke?" tanya Encik Hasyim lagi.
"Tak ada la ayah. Dia cuma nak..." belum sempat Dhiya berbicara telefon mendering lagi. Kali ini tanpa melihat nama pemanggil Dhiya terus berbicara sesuka hatinya.
"Kan saya dah cakap tak nak! Tak faham lagi ke?" jerkahnya. Namun dia terdiam saat mendengar suara yang sentiasa menjadi penemannya setiap malam.
"Eh Wair. Maaf lah saya tak sengaja" ujar Dhiya lalu menggigit bibir.
"Assalammualaikum Dhiya, tak apa. Dhiya marah siapa sebenarnya? Teruk sangat marahnya" tanya Nuwair.
"Waalaikumsalam, tak ada lah. Tadi ada orang gila telefon. Suruh beli aircond, dia tak tahu ke yang saya tak suka guna aircond!" Dhiya berpura-pura marah.
"Lah ya ka? Kesian awak. Mesti awak rasa terganggu kan? Lain kali jangan jawab kalau tak kenal" nasihat Nuwair di dengar teliti oleh Dhiya. Entah mengapa tapi suara Nuwair sangat menenangkan hatinya. Lagi-lagi masa lelaki itu mengaji atau membaca Quran. Indah sungguh.
"Ya awak, saya dengar dan faham" jawab Dhiya lalu tersengih.
"Wair, esok kita jumpa kan?" tanya Dhiya lagi.
"Ehem, ya kena pergi butik pengantin kan? Dhiya...Wair nak tanya sesuatu boleh?" Nuwair berdehem perlahan.
"Tanyalah, kalau saya mampu jawab, saya jawab." jawab Dhiya.
"Awak dah sedia nak jadi isteri saya? Saya tak nak awak rasa terbeban atau tersiksa bila hidup dengan saya. Saya tak nak jadi selfish. Awak juga kena pilih jalan yang betul. Dhiya, jika kahwin dengan saya buat awak tersiksa, baik awak undur diri sekarang. Saya tak paksa seseorang kahwin dengan saya jika akhirnya dia sendiri tersiksa." Nuwair menerangkan satu persatu. Takut jika sekiranya Dhiya tersalah faham akan kata-katanya.
Namun dia terpana saat terdengar esakan seorang Dhiya. Riak risau diwajahnya usah di kata.
"Hiks...saya dah sedia nak kahwin dengan awak Wair. Saya harap awak dapat terima segala baik buruk saya. Wair, saya tak harapkan sesiapa, hanya awak, tunang saya." Dhiya membalas perlahan diselangi esakan.
"Alhamdulilah, terima kasih Dhiya. Saya janji, amanah Allah ini akan saya jaga sampai mati." Nuwair senyum nipis.
"Baiklah Dhiya, esok kita jumpa. Assalammualaikum" Nuwair mematikan panggilan.
"Waalaikumsalam." Dhiya menatap telefonnya lama lalu meletak telefon itu ke atas meja. Kaki dibawa menuju ke luar rumah. Bulan yang terang itu di tatap tak lepas. Indahnya jadi bulan, menjadi tarikan setiap insan dan langit malam.
"Irya, ikhlaskah hati ibu? Ikhlaskah jiwa ini? Irya, doakan ibu ya sayang? Ibu sentiasa rindukan Irya, tidak pernah sesaat pun ibu lupakan Irya. Irya, tunggu ibu ya? Ibu akan jumpa Irya juga, satu hari nanti." Dhiya meletak tangan ke atas dada lalu menutup mata. Membayangkan Irya ada bersamanya dan membalas pelukannya.
●●●
"Papa, Liya sayangkan papa. Jangan tinggalkan Liya ya" Auliya memeluk tubuh papanya lalu mencium pipi papanya.
"Eh Liya, tak tidur lagi?" Irfan menegur lantas memberi kucupan pada dahi anaknya.
"Liya tak dapat tidur la papa, Liya rindukan mama" Auliya meluahkan perasaannya. Entah mengapa, kebelakangan ini dia rasa begitu rindu kepada arwah mamanya. Terasa bayangan mamanya sentiasa berada di sisinya.
"Oh, kalau Liya rindukan mama, Liya sedekahkan al-fatihah. Mama rindukan Liya, sebab tu Liya asyik teringatkan mama. Liya kena ingat, walaupun mama dah tinggalkan kita, dia tetap ada dekat sini" dada Auliya ditepuk perlahan ingin memberitahu bahawa Naura sentiasa ada, ada dihati mereka.
"Terima kasih papa nasihat Liya. Liya janji setiap kali Liya teringat mama, Liya akan sedekahkan al-fatihah." ujarnya penuh yakin. Sedikit pun dia tidak perasan akan air mata papanya yang deras mengalir.
Menangis? Ya, Irfan menangis. Dia sangat merindui Naura dan juga Dhiya. Dhiya, wanita yang dia sakiti, bagaimana perasaan Dhiya dulu? Mungkin, seperti perasaannya sekarang. Menanggung beribu kesakitan dan juga kesedihan.
"Aku sedar ya Allah, rasa sakit ini adalah ujian dari-Mu. Terima kasih ya Allah, terima kasih kerana Engkau masih menyayangiku" Irfan mengaminkan doanya.
Dia melihat tubuh kecil Auliya sudah pun terlena. Perlahan tubuh itu dipeluk erat lalu dibisikkan selawat di telinga anaknya itu.
"Papa sayang Auliya kerana Allah. Selamat malam sayang" dahi anaknya dicium lama lalu tanpa sedar dia juga turut sama terlena.
Selamat malam cinta.
●●●
"Babe! Cantik giler kau. Kalah Mak Jemah depan rumah tu" Tikah teriak kuat. Teruja melihat wajah cantik Khumaira Fiffydany.
"Kan! Tak sangka kawan aku se-level Mak Jemah" Dhiya berpura-pura mengusap air mata.
"Ceh, dasar kawan tak guna. Kau orang samakan aku dengan Mak Jemah? Aku cepuk satgi" Fiffy mencebik.
Hari ini merupakan hari istimewa bagi Fiffy dan Luth. Luth? Dah lama tak dengar berita tentang dia bukan? Memanglah! Luth sibuk cari nafkah untuk si Fiffy tu hah. Malaslah nak cakap pasal dia.
"Alalala, merajuk ke? Weh! Tak baik merajuk masa nak kahwin. Nanti laki lari" bisik Tikah.
"Tak payah nak bisik lah Tikah, kita tiga je dalam bilik ni" kata Dhiya.
"Hehe" Tikah tersengih bila ditegur oleh Dhiya.
"Eee sudahlah. Aku nervous kot, sempat lagi kau orang bercakap banyak. Ni tak ada kata-kata semangat ke?." tanya Fiffy sambil mengangkat kening memandang kedua teman baiknya. Rose tak ada sebab awal-awal lagi dia dah duduk dengan makcik bawang kat bawah. Nak bagi masa dekat 'kakak-kakak' katanya.
"Of course lah ada. Ehem, kita silakan Cik Amira Dhiya untuk memberi sepatah dua kata tapi jangan sampai berpatah-patah ya. Dan hendak ditegaskan bahawa diharamkan beri ucapan yang sedih! Nanti mekap luntur" dia tertawa perlahan namun tawa itu hanya seketika apabila kedua kawannya hanya diam memandang dirinya.
"Ehem, malulah kitew" bisiknya lalu tanpa dia sedar kepalanya ditolak perlahan lalu tercetus tawa yang ditahan dari tadi.
"Kau! kalau tak bengong sehari bukan kau kan?" ujar Fiffy lalu ketawa. Dhiya hanya ketawa kuat sambil kepala menangguk mengiyakan kata-kata Fiffy.
"Sudahlah nyah, baik kau cakap cepat Dhiya sebelum kawan kita ni kena culik" Tikah bersuara selepas tawa mereka bertiga sudah reda.
"Okaylah, aku tak nak cakap banyak pun sebenarnya, rumah tangga aku pun pernah gagal dulu. Tapi aku nak pesan dekat kau Fiffy, lelaki tinggi egonya, jangan sesekali kau cabar kesabarannya. Fy, jangan jadi lemah. Kalau Luth sakitkan kau, jangan diam tapi lakukan sesuatu. Lelaki bila dah sayangkan kau, sampai bila-bila pun dia akan sayang tapi kalau dia benci kau, buatlah apa pun, semua akan nampak keji. Aku pernah rasa diceraikan, disakitkan fizikal dan mental dan aku juga pernah rasa sakitnya kehilangan seorang anak. Sakitnya tak dapat diungkap dengan kata-kata tapi aku tahu, Allah sentiasa ada bersama aku"
"Fy, aku doakan kau menjadi isteri yang solehah, isteri yang taat pada suaminya dan jadi seorang ibu yang mithali. Aku doakan semoga hubungan kau orang kekal hingga ke jannah Allah. Fy, aku tahu aku bukan kawan yang baik, bukan kawan yang selalu ada dengan kau tapi aku tak pernah lupa untuk doakan kau. Aku akan terus doakan kau sampai bila-bila. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga Insyaallah. Ingat Fy, syurga kau lepas ni di bawah telapak kaki suami kau. Jangan jadi isteri derhaka ataupun nusyuz, ingat perkahwinan ini indah dan mulia, jangan hinakan dengan kesalahan kita." Dhiya senyum lalu mencubit pipi Fiffy.
"Jangan nangis Fy, nampak buruk" sakatnya. Tapi mereka berdua berhenti ketawa apabila Tikah mengelap air matanya.
"Eh Tikah pun nangis? Alalalala meh meh akak peluk" Dhiya memeluk Fiffy dan Tikah erat. "Aku sayang korang kerana Allah" ucapnya.
"Dhiya...aku suruh kau sepatah kata je tau tapi kau buat aku nanes" ujarnya lalu mengusap air mata lagi.
"Air mata ni pun satu, mengalir tak henti-henti kenapa" bentaknya sendiri.
"Bengong" ujar Dhiya dan Fiffy serentak.
Tok!
Tok!
Tok!
Kedengaran pintu utama diketuk. Dhiya berdiri lalu membuka pintu itu.
"Eh aunty, masuklah" ujarnya.
"Hah pengantin lelaki dah sampai, kamu dua temankan Fiffy turun ya? Aunty nak jemput tetamu ni"
"Baik aunty!" jawab Dhiya
"Jom Fy, jom Tikah. Tikah, nanti kau lagi tau bagi kata-kata. Tadi aku je yang cakap, kau belum lagi" tutur Dhiya.
"Ya Cik Dhiya, nanti aku karang ayat lebih banyak dari kau sampai kembar Mak Jemah ni teresak-esak" jawab Tikah lalu tersengih.
"Dah lah jom!" mereka bertiga keluar serentak lalu terdengar suara Fiffy selawat sambil menutup mata.
"Selamat pengantin baru sahabat" bisik Tikah dan Dhiya ke telinga Fiffy. Senyuman Fiffy terukir indah.
"Terima kasih ya Allah, Engkau berikan aku sahabat yang begitu penyayang dan baik hati. Semoga Engkau panjangkan umur mereka dan berikan mereka kesihatan yang baik. Aamiin" bisik hati Fiffy.
Bismillah.
"Wah cantiknya anak awak, Dah lah cantik, pakai tudung labuh pula tu. Melepas saya nak jadikan menantu" ujar seorang wanita yang tampak begitu cantik.
"Kan! Tak sangka anak datin Aina ni cantik." seorang wanita yang sebaya dengannya mengiyakan. Bestfriend mungkin?
"Alhamdulilah, rezeki dia dapat wajah yang cantik" balas Datin Aina bersama senyuman. Dia juga rasa gembira melihat wajah cantik anaknya.
"Dah nak nikah dah tu, baik kita fokus" ujar Datin Aina lagi.
"Haah ya" jawab mereka.
●●●
"Aku terima nikahnya Khumaira Fiffydany binti Hazim dengan mas kahwinnya Rm1000 dengan seberangkat alat solat di bayar tunai"
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Alhamdulilah"
Fiffy tanpa sedar mengalirkan air mata. Sebak dihati mula menjengah. Sungguh dia tidak sangka bahawa dirinya akan bergelar isteri juga.
"Fy, salam tangan laki kau tu" Dhiya berbisik perlahan sambil menyenggol tangan Fiffy.
Fiffy memandang wajah Luth lalu tersenyum.
"Amboi tersengih-sengih, bila nak habis kalau macam ni? Nanti kat bilik la kau orang berdua bertenungan ya" usik Datin Aina.
Fiffy dan Luth tertunduk malu. Fiffy menyalam tangan Luth lalu Luth mencium dahi putihnya.
"Duhai Khumaira Fiffydany, Aku Luth Raihan berjanji akan menjaga kau dengan penuh kasih sayang. Selagi nyawa dikandung badan, aku takkan pernah sakitkan kau. Terima kasih terima aku sebagai suami kepadamu. Terima kasih kekasih halalku" Luth berbicara manis. Wajah Fiffy yang merah dipandang lama lalu tercetus tawanya. Comel sangat!
"Terima kasih juga terima saya, abang" Fiffy tertunduk malu.
"Wow, abang. I like it" sakat Luth.
"Janganlah" ujar Fiffy lalu memukul perlahan dada Luth.
"Erk? Kau dua orang memang tak ada malu ke? Tak nampak kami dua ada kat sini? Ee aku geram betul la!" Tikah bersuara.
Tawa Dhiya kedengaran. "Kau ni Tikah tak baik ganggu pengantin baru ni. Dia orang baru nak sweet-sweet" Dhiya ketawa lagi. Kali ini sedikit kuat.
"Yang kau gelak sangat dah kenapa Dhiya? Ee malas aku" sindir Tikah pula.
"Tak, lucu!" Dhiya sambung ketawa lagi.
Fiffy memandang geram dua sahabatnya. Luth pun satu, sibuk cakap sweet tapi tak tengok tempat!
"Ehem" deheman seseorang membuat semua terdiam.
"Congrats bro! Aku doakan perkahwinan kau kekal hingga ke jannah Allah. Jangan sia-siakan permata kau bro. Jangan jadi macam aku" ujarnya bersama senyuman.
"Thank you Fan, Aku ingat kau tak datang tadi" tangan Fiffy yang digenggam tadi dilepas lalu dia memeluk Irfan.
Wajah Dhiya usah dikata. Mendung seribu bahasa.
"Em, hai semua" sapa Irfan mesra. Dia merenung wajah seseorang yang begitu tidak selesa dengannya.
"Erk, hai" jawab Tikah dan Fiffy kekok.
Dhiya hanya diam tak bersuara. Pandangan Irfan membuat dia rasa sakit.
"Hai Dhiya, awak apa khabar?" tanya Irfan lagi.
"Hai, saya sihat je. Awak pula?" dia membalas. Nanti dicakap tak move on kan susah.
"Sihat alhamdulilah" balas Irfan ceria.
"Eh jomlah kita makan" ujar Tikah mengembalikan suasana yang kusut sebentar tadi.
Setelah semua selesai mengambil makanan, mereka duduk di sebuah meja. Mereka ye mereka, termasuk si Irfan Naufal.
"Wah ada orang nak nyanyi la" Tikah tepuk tangan ceria. Semua memandang dia.
"Jadi? Kau nak nyanyi juga?" tanya Fiffy.
"Tak la, aku teruja!" balas Tikah sambil tersengih.
"Ehem hai? Saya Maisara sepupu Luth, pengantin lelaki. Saya nak sumbangkan satu lagu untuk sepupu saya yang selamat menamatkan zaman bujangnya. Dengar la ya walaupun tak sedap" ujarnya ramah lalu disambut dengan tepukan kuat dari semua orang.
Muzik mula bergema, mendengar melodinya pasti semua tahu lagu yang akan di nyanyikan oleh Maisara.
"Weh! Lagu ni kena dengan kisah Dhiya kan?" kuat suara Tikah bertanya.
Wajah Irfan sudah mula keruh. Lain pula dengan Dhiya yang berwajah mendung.
"Tikah" panggil Fiffy lalu menggelengkan kepalanya.
Tikah terdiam lalu tersengih memandang Dhiya. Bahu Dhiya dipeluknya lalu membisik ke telinga Dhiya perkataan 'maaf'. Dhiya hanya senyum dan berkata 'tak apa'.
Sakit yang ku rasakan
Mengaburi jiwa ini
Dendam yang kau berikan
Cukup di sini
Dhiya mengetap bibir. Tangan Tikah digenggam erat. Bagai meminta semangat untuk terus kuat.
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan hati perasaan ini
Irfan menundukkan kepalanya. Rasa sebak bertandang di dada. Segala perbuatannya bagai kaset bermain di kepala. Air mata di kesat perlahan. Sekarang dia sedar semua kesalahannya. Dan dia sedar, Dhiya bukan untuknya.
Putih bersih cintaku
Kau racuni hingga mati
Cinta yang kau berikan
Cukup di sini
"Amira Dhiya Binti Hasyim, Aku, Mohd Irfan Naufal ceraikan kau dengan talak satu" senyum pahit terlakar di wajah Dhiya dan Irfan.
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan hati perasaan ini
"Mungkin inilah pengakhiran bagi segalanya. Irfan, mungkin suatu masa dulu engkaulah lelaki yang aku cinta. Engkau lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta, kau mengajar ku menjadi wanita yang tabah, engkau memberi ku bahagia walau hanya sementara. Kau membuat ku sedar bahawa hidup ini bukan milik kita. Engkau milik Allah, aku juga sama. Kita pasti kembali juga, kepada pemilik asal kita" Dhiya berbicara di hadapan semua.
Wajah terkedu Irfan dipandang lama sebelum sebuah senyuman diberikan.
Siksanya hati ini
Kau slalu sakiti
Kau membukakan pintu ini
Namun engkau menusuk ke dalam
Hingga dasar hati
Kau mencabut nadi cinta ini
"Kalau dulu aku masih belum melupakan kau, sekarang aku yakin kau sudah hilang dari hatiku. Namamu sudah lenyap. Namamu sudah terpadam" tambahnya lagi.
Mengapa mudahnya
Kau sakiti
Mengapa mudahnya
Kau lukai
Mengapa kejamnya
Kau menghancurkan hati perasaan ini
Sakit yang ku rasakan
"Aku tahu sakit yang kau rasakan Dhiya, oleh itu aku tak akan memaksa. Aku doakan kau temui bahagiamu sendiri" matanya jatuh ke jari manis Dhiya. Terlihat sebuah cincin yang begitu cantik elok di jari itu.
"Semoga kau bahagia Dhiya. Lupakan segalanya tentang kita. Kau dan aku hanya sebuah kenangan silam." ujar Irfan lalu tersenyum.
Lagu berakhir namun mereka hanya diam, bagai hidup di dunia mereka sendiri. Tikah, Fiffy dan Luth hanya diam memandang sahabat mereka.
"Terima kasih, saya doakan awak juga bahagia. Mungkin masih ada pengganti Naura di luar sana. Masih terlalu muda umur awak Irfan, Auliya juga perlu seseorang untuk menjaga dia. Naura pasti bahagia kalau kamu berdua bahagia" kata Dhiya lagi.
"In shaa Allah, jika ada jodoh lagi" hanya itu balasan Irfan. Mereka kembali berbicara, ingin melupakan suasana sebentar tadi.
Mungkin ini pengakhiran buat Dhiya dan Irfan tetapi permulaan baru untuk mereka meneruskan kehidupan.
Dan mereka tekad untuk saling melupakan dan mencari jodoh yang ditakdirkan.
"Bahagia? Tak mungkin ada jika kau dibelenggu kisah lama,
Teruskanlah melangkah mencari bahagia kerana bahagia sentiasa bersama kita,
Hanya perlu berusaha dan bangkit dari kenangan silam yang kelam"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro