TD 5
"Maafkan lah segalanya, berikanlah aku peluang kedua, sungguh aku perlu hidup lebih lama dan menyulam kasih bersamamu, Ibuku"
Flashback
"Ibu, cantik tak baju adik. Ibu nak tahu tak baju nie Irfan yang bagi tau, dia cakap hadiah buat adik. Cantikkan ibu, adik suka sangat". Ujar Alisyah bersama senyuman paling manis. Gembira hatinya mendapat hadiah dari kekasih hati.
"Ya sayang cantik baju adik, pandai Irfan pilih ya". Puan Anita tersenyum bahagia melihat kegembiraan yang ada pada anaknya.
"Akak!!!, akak cantik kan baju adik, Irfan bagi tau, nanti adik keluar jumpa dia. Eeee tak sabarnya" Alisyah membuat muka gediknya.
"Wah, cantiknya adik mesti lagi cantik kalau adik tambah mekap nanti kan Ibu" Dhiya tertawa sambil berjalan menuju ke arah ibunya lalu mencium pipi wanita itu. "Sayang Ibu" ujarnya dengan penuh kasih.
"Eeee, akak jangan la ambil Ibu adik" Alisyah berlari menuju ke arah ibunya lalu memeluk kedua wanita itu. "Lisya sayang ibu dan kakak buat selamanya" Ujarnya sambil mencium pipi ibunya berkali kali bersama Dhiya.
"Ibu sayang puteri-puteri ibu dunia akhirat" Anita mencium kedua-dua pipi anak perempuannya. Mereka bertiga tertawa bahagia dan gembira. Mereka sebuah keluarga yang sangat bahagia.
End Flashback.
Puan Anita tersenyum sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Sungguh dia rindu kepada kedua puterinya itu. Semakin di ingat semakin lebat air matanya mengalir. Rindu kepada anak yang sudah tidak akan pernah dia lihat lagi, anak yang tidak boleh dia usap kepalanya lagi dan anak yang tidak akan pernah dia dapat peluk lagi. Sungguh hati tuanya berasa sakit yang teramat.
Oleh kerana itu dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang anak itu sudah pergi. Jauh dari dirinya lagi, anak yang di tatang bagai minyak yang penuh bertemu ajalnya dahulu.
Dia masih tidak dapat terima kenyataan sehingga anak keduanya yang dijadikan mangsa. Dia yang dijadikan tempat menghambur segala kemarahan, kesakitan dan kesengsaraan. Baginya itu belum cukup lagi. Alisyah sepatutnya perlu hidup dengan lebih lama lagi. "Ya Allah, mengapa bukan aku sahaja yang kau ambil dulu mengapa harus aku tersiksa menahan rasa rindu kepada anakku"
"Ya Allah, ambil saja nyawaku ini, kau temukan lah aku dengan puteriku di syurgamu Ya Allah, sakitnya menanggung rindu ini. Mengapa bukan aku saja yang pergi". Puan Anita merintih seperti orang yang tiada akal. Sudah cukup ibadah untuk bertemu Allah?.
"Allah, Anita awak dah kenapa nie" Hasyim terkejut melihat keadaan isterinya yang tidak terkawal itu. "Bawa mengucap Nita, ingat Allah, belum masa untuk kita pergi, awak tak risaukan Along dengan Dhiya ke, tak fikir perasaan mereka nanti kalau dapat tahu awak macam nie, istighfar nita. Allah bersama dengan hambanya yang lemah. Sudah bangun pergi ambik wuduk kita solat sama-sama". Ujar Hasyim tenang.
Tanpa mereka sedar seorang anak yang lemah sedang teresak sendiri tanpa ada yang menenangkan. Dia dengar doa ibunya, dia lihat tangisan ibunya tapi dia tidak bisa berbuat apa-apa. "Tuhan mengapa engkau tidak menggantikan sahaja tempat ku bersama adikku. Aku sudah pasrah Ya Allah, apalah ertinya bahagia buatku jika ibuku itu sedang derita. Aku tahu ini dugaan buatku tetapi mengapa sakitnya terlalu sakit ya Allah, mengapa sakitnya seperti aku seorang insan yang tidak layak hidup di duniamu ini". Dia menangis sepenuh hati. Sakit, kelam dan hancur. Sedih, kecewa dan terluka diri seorang Dhiya.
Benarkah dia tidak berharga, benarkah semua orang benci akan dirinya? Jadi apa yang perlu dilakukannya? Hidup berjauhan dari ibunya adalah perkara yang akan menyiksa dia. Mahu lari? Ke mana dia?. Seorang insan yang tiada teman, tiada sahabat mahupun rakan, semua sibuk menjauh dari dia. Tuhan benarkah sudah tiada peluang kedua?.
♡♡♡
"Dhiya" Hasyim mengetuk bilik Dhiya.
"Ya Ayah, ada apa yang Dhiya boleh tolong" Dhiya berusaha menenangkan dirinya. Kepalanya terasa begitu berat. Terlalu sakit.
"Dhiya okay ke, mengapa muka pucat nie nak, Dhiya sakit ke?" Hasyim bertanya sambil menyentuh dahi Dhiya. "Allah, panasnya badan Dhiya, dah makan ubat?"
Dhiya hanya tersenyum nipis dan semakin lama dia rasa semakin sakit sehingga akhirnya dia rebah dalam dakapan ayahnya.
"Assalammualaikum, Ya Allah, Dhiya!!" Jerit seseorang yang baru sahaja menjejakkan kaki kedalam rumah.
"Along mari sini angkat adik kamu nie, dia demam nie" Hasyim memanggil anak sulungnya yang baru sahaja tiba itu.
"Tak perlu bawa ke hospital ke ayah" Hamzah bertanya kepada Ayahnya setelah meletak Dhiya ke atas katil.
Hamzah adalah anak pertama Hasyim dan Anita. Beza umur antara Hamzah dengan Dhiya hanyalah dua tahun manakala beza umur Dhiya dengan Alisyah cuma setahun. Mereka bertiga anak, jantung hati Hasyim dan Anita. Ketiga-tiga mereka sangat rapat dan selalu berkongsi cerita. Ada sahaja kerenah yang ditunjukkan kepada ibu bapa mereka.
Tetapi malang tidak berbau, kehilangan si bungsu juga turut menghilangkan kegembiraan keluarga mereka. Setelah kehilangan Alisyah keluarga mereka porak poranda. Hamzah yang sudah berkahwin itu pindah rumah kerana sudah ada tanggungjawabnya sendiri.
"Tak perlu, tuam je kain basah kat dahi dia, nanti dia bangun bagi makan bubur lepastu bagi ubat, nanti dia okay lah" Ujar Hasyim sambil mengusap lembut dahi anaknya, sempat di cium dahi putih anaknya itu. "Ayah sayang Dhiya dunia akhirat, cepat sembuh sayang". Bagi seorang ayah anaknya tidak pernah besar.
Hamzah tersentuh melihat adegan itu, Dhiya adalah anak yang solehah dan sentiasa taat kepada orang tuanya. "Ibu mana ayah, nie ibu tahu tak Dhiya pengsan nie" Ujar Hamzah dengan kening yang berkerut. Biar betul ibunya nie, anak pengsan dia buat tak tahu.
"Ada kat bilik tu hah, hurm macam kamu tak kenal ibu kamu tu"
"Ya la Ayah, jangan sampai Ibu kehilangan Dhiya pula baru nak menyesal". Hamzah dah masak dengan perangai ibunya yang tidak terima kenyataan itu.
"Kamu datang nie sebab nak jenguk kita orang ke? Bini kamu mana?"
"Ha ah ayah, waddah ada kat rumah tu, along singgah kejap nak bagi barang dapur dengan duit nie Alhamdulilah ada rezeki lebih, Along bagi la kat ayah". Hamzah memberi beberapa keping wang RM50 kepada ayahnya.
Sebagai anak tanggungjawab bukan sahaja terhadap isteri ataupun suami tetapi juga kepada ibu bapa. Ya syurga isteri dibawah kaki suami tetapi sebelum berkahwin syurga itu di kaki ibu, jangan dengan suami berlembut dengan si ibu menengking. Syurga anak lelaki pula tetap di telapak kaki Ibunya jadi memang sepatutnya Ibu lah yang didahulukan. Redha Ibu Bapa itu penting dalam melakukan apa sahaja.
"Along pergi jumpa Ibu sekejap, ayah tengok-tengokkan la Dhiya dulu". Hamzah mengetuk bilik ibunya. "Ibu boleh Hamzah masuk".
"Ya, masuklah" Puan Anita membenarkan.
"Apa khabar Ibu" Hamzah bertanya sambil menyalam tangan ibunya.
"Baik Alhamdulilah, kamu dengan isteri kamu apa khabar, cucu ibu sihat?" Anita bertanya dengan mata masih melihat kitab suci Al-Quran.
"Along dengan Waddah sihat je begitu juga dengan Iman.Kami semua sihat Alhamdulilah".
"Bagus la kalau macam tu, lega ibu dengar".
"Ya ibu, tapi yang tak sihat sekarang ni Dhiya, Ibu tanya Along tapi Ibu ada tengok Dhiya?. Sampai bila Ibu nak abaikan Dhiya ibu, nak tunggu dia pula yang pergi?. Jangan menangkan ego sangat ibu, nanti makan diri sendiri" Ujar Hamzah dengan tegas.
Anita hanya berdiam diri sambil mulut terkumat kamit membaca surah Ar-Rahman. Baginya tidak perlu ambil tahu tentang wanita bernama Dhiya, kerana Dhiya, dia kehilangan anaknya. Dhiya bukan anak kamu juga ka?.
"Tak apa la Ibu, Along balik kejap je nie, nanti ada masa, Along tidur sini dengan anak bini along. Along balik dulu ya ibu" Dia menyalam tangan ibunya lalu dahi wanita itu di cium sekilas. "Assalammualaikum ibu"
"Waalaikumsalam". Anita meletak Al-Quran ke atas meja lalu melihat kelibat anaknya yang semakin menjauh. "Dhiya sakit?". Dia hanya diam dan diam, membiarkan anak yang sedang menahan kesakitan. Hanya kerana ego dia menidakkan kata hati. Hati kata pergi fikiran pula menganggui. Kata-kata si anak lelaki bermain di fikirannya lagi. Kehilangan Dhiya?.
"Kebahagiaan hanya mendatang selepas kita terima beribu kesusahan,
Jangan pernah berdendam hanya kerana dia beri kesakitan,
Sebaiknya bertahan jika masih boleh tahan,
Dan berundur la ketika sudah tidak mampu untuk berjuang,
Kadang kita perlu belajar melepaskan dari bertahan untuk sebuah penderitaan".
Adakah bab ini menggangu emosi?. Maaf jika bab ini tak memuaskan hati ♡.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro