Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 49

"Tiada derita, tiada bahagia"

Bismillah, izinkan saya memulakan semula mengarang kisah Dhiya dan semua watak dalam Terciptanya Derita.

Dhiya termenung lama. Mungkin sudah sampai ke bulan lamunannya. Mata dikedip sebentar lalu dia berdiri dari kerusinya. Pinggan yang diguna untuk makan tadi diangkat lalu diletak ke singki.

Rancangannya untuk hari ini ialah joging! Dhiya ingin berjoging di taman berdekatan rumahnya. Sudah lama dia tak joging. Dhiya masuk ke dalam biliknya lalu mencari baju yang sesuai. Setelah semua sudah selesai, Dhiya keluar dari rumahnya selepas mendapat izin ibunya.

"Fuh, dah lama tak rasa badan ringan macam ni!" Dhiya mengangkat tangannya lalu merenggangkan badan buat seketika.

Sedang sibuk dia melakukan senaman, badan seseorang melanggar dia. Dhiya cepat-cepat membantu budak itu untuk bangun.

"Awak tak apa-apa ke?" Dhiya bertanya sambil tangan membantu membersihkan pakaian budak tersebut.

"Hai acik Dhiya!" kanak-kanak itu bersuara ceria.

Dhiya terkedu melihat kanak-kanak tersebut.

"Auliya" nama itu disebut perlahan. Mata Dhiya melilau mencari gerangan ayah kepada seorang Auliya ini.

"Kamu datang sini dengan siapa?" Dhiya bertanya. Bayang Irfan langsung tidak kelihatan.

"Seorang!" Auliya menjawab.

"Allahu, kenapa keluar sendiri ni Liya? Kalau kamu kena culik nanti macam mana?" dahi Dhiya berkerut. Tanpa sedar tangan Auliya digenggam erat.

Auliya tersengih lalu mengenggam tangan Dhiya semula. "Jom jalan acik, Auliya teringin nak jalan dengan acik" Auliya berbicara sambil mata dibulatkan.

Dhiya terdiam. Tangannya yang menggengam tangan Auliya dipandang lama.

'Malang betul hidup aku sejak budak ni ada' hatinya berbisik kecil.

"Jomlah acik" Auliya menarik tangan Dhiya.

Dhiya dalam keadaan terpaksa hanya mengikut langkah kaki kecil Auliya.

"Acik Dhiya... kita nak aiskrim boleh?" Auliya bertanya lalu menundukkan kepala.

Dhiya hanya mengeluarkan duit dari poketnya lalu diberikan kepada Auliya.

"Nah, pergi beli cepat" ujarnya.

"Terima kasih acik Dhiya. Liya sayang acik" Auliya berlari anak ke tempat seorang pakcik yang membawa aiskrim menggunakan basikal.

Mata Dhiya berkaca. "Liya sayang acik" kata-kata itu bermain difikiran. Jika budak ini bukan anak kepada Irfan, percayalah Dhiya sendiri akan bawa dia lari.

"Acik! Meh la kita sambung jalan. Ini baki duit tadi dan ini aiskrim acik" ujar Auliya lalu menyuakan aiskrim kepada Dhiya.

Dhiya tiada pilihan lain selain mengambil aiskrim tersebut. "Dah, jom. Saya hantar Liya balik" Dhiya memegang tangan Auliya kemas.

"Tapi Liya tak nak balik! Papa jahat. Dia marah Liya" Auliya mula tercebik ingin mengeluarkan tangis namun Dhiya pantas memujuk.

"Eh papa sayang awak tau! Dia kan papa awak" Dhiya dengan hati tak rela menuturkan ayat tersebut.

"Tapi Liya tak nak balik! Please aunty" Auliya memegang tangan Dhiya erat. Sedikitpun dia tidak melepaskan tangan Dhiya.

"Haih, susah la kamu ni. Dah jom" Dhiya membawa Auliya pergi ke pantai yang penuh dengan orang ramai. Auliya tertawa gembira. Dhiya hanya menggeleng lalu tertawa sama. Dhiya melihat seorang wanita bersama anak kecilnya bermain belon air.

Auliya mengangkat kening apabila Dhiya berpaling menghadapnya. Tawa kecil tercetus. Dhiya menarik tangan Auliya lalu membawa dia bermain sama. Mereka berdua bergelak tawa.

Setelah puas bermain, mereka berdua duduk kepenatan di persisiran pantai.

"Acik Dhiya, terima kasih tau bawa Liya main! Liya suka sangat. Liya sayang acik Dhiya. Liya sebenarnya rindukan mama Liya. Dah lama dia tinggalkan Liya. Liya sedih tapi apa boleh buat kan? Liya tak boleh minta dekat Tuhan untuk kembalikan mama Liya. Liya cuma boleh doa semoga Liya dapat mama baru. Acik Dhiya nak tak jadi mama Liya?" mulut kecil itu berbicara.

Dhiya merenung wajah Auliya lama. Kata-kata Auliya sebentar tadi dibiarkan tanpa berjawab.

"Acik Dhiya, Auliya cuma nak acik Dhiya jadi mama Auliya sebab Auliya takut. Takut kalau nanti mama baru Auliya benci Liya lepastu dia pukul Liya. Nanti Liya nangis lepas tu Liya sakit" Auliya berbicara lagi. Kali ini tawa Dhiya terlepas.

"Tak ada lah. Liya banyak tengok drama melayu ni" Dhiya menjawab.

"Tak lah, Liya tengok drama korea lah acik Dhiya. Sekarang Liya tengah layan cerita yang ada beauty tu" Auliya cuba menerangkan tapi Dhiya hanya berkerut dahi. Drama apa yang ada beauty?

"Tak apalah kalau acik tak tahu, Liya pun tengok sikit je" Auliya tersengih.

"Papa kamu tak cari kamu ke Liya?" Dhiya bersuara selepas syok mendengar cerita Auliya.

"Mana lah Liya tahu. Liya bukan papa"

Dhiya menepuk dahi perlahan. "Tak apalah, jom acik hantar Liya balik" Dhiya berdiri lalu membersihkan seluar yang dia pakai. Niat nak berjoging terbatal, diganti pula dengan meluangkan masa bersama anak bekas suaminya.

"Jomlah, drama TV3 pun nak mula dah tu" Auliya berdiri. Dia juga membersihkan seluar yang dia pakai. Dhiya hanya memandang Auliya lama. Semua drama ke budak kecik ni layan?.

Mereka berdua jalan beriringan sehingga sampai ke kereta Dhiya. Nasib jarak rumahnya dengan taman yang Auliya pergi tak jauh. Macam mana budak kecil ni boleh ada kat taman ni hah? Atau rumah yang dia tinggal dekat sini juga? Dhiya hanya biarkan segalanya menjadi tanda tanya. Malas nak peningkan kepala.

●●●

Air mata jatuh lagi. Kali ni lebih banyak dari petang tadi. Kerana stres dirinya memarahi satu-satunya anak yang dia ada. Irfan hanya menanti Auliya kembali pulang ke rumah. Bukannya dia biarkan Auliya berjalan sendiri tapi Auliya sudah tahu jaga diri. Sudah berapa kali dia keluar rumah dia tetap akan balik juga. Jadi Irfan hanya menanti dan terus menanti sehingga dia terdengar bunyi kereta berhenti tepat di hadapan rumahnya.

"Alah acik, kita tak nak masuk. Kita nak ikut acik"

Sayup-sayup suara Auliya kedengaran. Irfan bergegas menuju ke hadapan rumah.

"Liya" nampak sahaja kelibat Auliya, Irfan berlari sepantas mungkin. Tubuh kecil Auliya dia peluk sepenuh hati.

"Kenapa Liya tinggalkan papa" luah Irfan kepada Liya.

"Alah papa, jangan lah nangis. Kalau papa nangis, Liya pun akan ikut nangis" Auliya membalas membuatkan Irfan tertawa.

Namun ada sesuatu yang tidak kena. Mengapa si kecil Auliya ini pulang bersama Dhiya?

Ehem

Suara seseorang berdehem kedengaran, mungkin ingin memberitahu yang dia masih wujud di situ. Irfan memandang wajah Dhiya lama. Sedikit rasa rindu bertandang ke hatinya. Dulu wajah ini yang dia benci namun sekarang wajah inilah yang dia rindui.

"Saya nak balik" dia berbicara perlahan namun masih didengar oleh Irfan.

"Terima kasih Dhiya hantar anak saya pulang. Liya salam acik Dhiya dulu. Dia nak balik dah tu" ujar Irfan kepada Liya.

"Papa, Liya nak ikut acik Dhiya pulang boleh? Liya janji Liya tak akan nakal" Auliya bertanya kepada Irfan.

Irfan memandang wajah Dhiya bagai meminta pendapat.

Dhiya duduk lalu badan Auliya di bawa kehadapannya.

"Liya, nanti ada jodoh kita jumpa lagi ya? Terima kasih untuk kenangan ini. Ibu harap Liya akan gembira dan bahagia. Terima kasih kerana menggembirakan ibu hari ini dan terima kasih kerana memberikan ibu peluang menjadi seorang ibu yang sebenar" Dhiya berbicara lalu mengalirkan air mata. Tubuh kecil Auliya dipeluk erat. Dhiya menggunakan panggilan ibu untuk dirinya kerana Auliya memberi dia perasaan menjadi seorang ibu. Walau apa pun yang terjadi, walau benci bagaimana pun dirinya terhadap Irfan. Dia tidak menafikan bahawa Auliya adalah adik kepada Irya.

"Terima kasih sayang" Dhiya ingin melepaskan tubuh kecil itu namun pelukan Auliya sangat kuat sehingga Dhiya tidak mampu menahan sebak di hatinya. Tubuh itu kembali di dakap lalu tumpah tangisan mereka berdua di hadapan seorang lelaki.

Irfan menunduk. Dirinya lah punca derita seorang Dhiya. Jika malam itu dia tidak melepaskan Dhiya, mungkin anak mereka masih hidup bernyawa. Namun jika perkara itu berlaku, tidak wujudlah seorang Auliya.

Semua yang terjadi ada hikmahnya bukan? Irfan yakin semuanya akan indah semula.

"Ibu... kenapa acik gelarkan diri acik ibu? Acik bukan Ibu Auliya" Auliya berbicara lalu menatap wajah Dhiya.

"Ibu pun ibu Liya" hanya itu yang Dhiya ungkapkan.

"Betul ke ibu? kalau macam tu Auliya ada ibu lah? Lepas ni keluarga Liya akan sempurna?" Auliya bertanya ceria.

"Tidak. Ibu hanya jadi Ibu kepada Liya tapi satu hari nanti, Liya akan ada mama baru lagi" Dhiya menjelaskan.

"Tak apa lah acik. Hanya acik je ibu Liya" Auliya membalas lalu mencium pipi Dhiya.

Dhiya hanya senyum. "Okay lah saya balik dulu. Auliya masuk lah. Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi." Dhiya dengan hati yang berat melepaskan tubuh kecil Auliya.

"Terima kasih ibu. Liya sayang ibu!" ujar Auliya kuat.

Dhiya berpaling lalu melambai tangannya.

Irfan melihat keakraban mereka berdua terasa begitu menyesal dan terkilan. Dhiya, wanita tabah. "Semoga awak dapat kebahagiaan awak Dhiya. Saya doakan awak bahagia" Irfan sedang berusaha untuk redhakan segala. Dia yang mulakan semua ini maka dia yang akan akhirkan. Dia percaya jodohnya bukan bersama Dhiya.

"Jom pa kita masuk. Tadikan..." Auliya mula bercerita dari mula hingga akhir.

"Baguslah tu, tapi ingat dia bukan mama atau ibu kamu" Irfan berkata tegas. Bukannya dia ingin menghalang tapi dia takut nanti anaknya tidak boleh terima bila Dhiya pergi jauh dari hidupnya.

"Kenapa pa? Acik Dhiya tak boleh jadi ibu Liya ke? Salah ke pa?" seusai berkata Auliya lari ke biliknya. "Tak boleh ke Liya bahagia dengan memiliki seorang mama? Liya perlukan mama. Mama kenapa pergi cepat sangat?" Auliya menangis sekuatnya. Ya usianya masih muda namun dia sudah diajar segalanya. Maka itu fikirannya sama seperti orang dewasa. Tahu akan semua perkara. Termasuk suka dan duka.

"Liya papa minta maaf sayang" suara Irfan kedengaran.

"Jom kita makan. Ada makanan kegemaran Liya tau!" Irfan cuba memujuk lagi.

Pintu dibuka kedengaran, Auliya memandang wajah Irfan lama. "sorry papa, Liya janji Liya tak akan lawan cakap papa lagi. Liya dah tak ada siapa-siapa selain papa. Kalau papa marah juga siapalah nak layan Liya?" Auliya memeluk Irfan lalu tersedu menangis.

"Alolo anak papa, walau apa pun yang terjadi, Liya kena ingat tau yang papa selalu ada untuk Liya. Papa akan pastikan tiada siapa boleh lukakan Liya. Papa sayangkan Liya. Terlalu sayang" Irfan menangis di bahu anak kecilnya. Hanya Allah sahaja yang tahu isi hatinya sebagai seorang ayah kepada anak yang dihadiahkan kepadanya ini.

"Papa jangan sedih tau, Liya takkan pernah tinggalkan papa. Liya sayangkan papa lebih dari semua orang! Mama pun sayangkan papa, jadi papa kena kuat! Kalau papa tak kuat, ingat Liya ye papa" Auliya mengelap air mata Irfan.

"Terima kasih Liya, Liya anugerah terindah yang diberikan kepada papa. Semoga Liya sentiasa diredhai Allah" Irfan mencium lembut dahi Auliya.

"Semoga kita terus bahagia papa"

●●●

Dhiya diam merenung ke luar rumah. Setiap hari inilah yang dilakukannya. "kau dah fikir baik-baik kan Dhiya? Ini keputusan kau dan kau harus terima segalanya" nafas dihembus perlahan.

Telefon di buka nama seseorang di cari, dengan lafaz bismillah dia membalas soalan yang tertangguh selama seminggu.

Saya terima.

Satu tick. Dua tick. Bluetick.

Alhamdulilah. Terima kasih Dhiya. Esok saya datang dengan umi.

Dhiya tersenyum. Kaki dibawa keluar.

"Ibu, ayah. Dhiya nak cakap sesuatu" Dhiya menyapa kedua ibu ayahnya.

"Apa dia Dhiya? Cakaplah" puan Anita membalas.

"Esok Nuwair dan umi dia akan datang"

"Untuk apa?" Encik Hasyim memintas percakapan Dhiya.

"Melamar Dhiya" Dhiya membalas laju.

"Alhamdulilah. Nita, bersihkan rumah. Telefon along suruh datang. Dhiya, jangan malukan keluarga kita lagi ya nak?" encik Hasyim memandang wajah Dhiya lama.

"Insyaallah ayah, Dhiya terima semua yang berlaku" balas Dhiya.

"Hah siapkan semua, orang bawa hajat besar. Nita siap-siap, kita beli barang dapur. Masak sedap-sedap esok" Encik Hasyim menyuruh dengan senyuman yang tak lekang.

"Ya awaknya" hanya itu yang Dhiya dengar selepas itu kedua ibu bapanya mula sibuk menguruskan semua.

"Aku kahwin esok ke?" Dhiya pelik sendiri.

●●●

Senyumannya tak lekang selepas menerima mesej daripada seseorang yang dia suka.

"Wah Wair senyum dari tadi dah kenapa?" Encik Aakif menyapa Nuwair.

"Eh abah, umi mana? Wair ada berita nak sampaikan" Nuwair tersenyum manis.

"Apa benda nak bagitahu ni Wair? Senyuman tak lekang abah tengok" Encik Aakif masih termanggu.

"Amboi anak beranak ni, sibukkan apa?" Puan Murizah menyapa sambil menghidangkan air serta biskut kering.

"Tak tahu la dengan anak awak ni, tersenggih-senggih" Encik Aakif menjawab sambil meminum air yang dihidang oleh isterinya tadi.

"Ada apa Wair?" giliran Puan Murizah pula bertanya.

"Ehem, Dhiya dah terima Wair. Wair cakap, esok Wair datang rumah Dhiya"

"Allahu akbar, betul ke Wair?" Puan Murizah bertanya ceria.

"Betul umi" Nuwair menjawab dengan pipi yang mula merah.

"Haih dah nak kahwin anak teruna kita ni" Encik Aakif berbicara sambil memeluk bahu isterinya.

"Baguslah tu abang, lagipun saya berkenan dengan budak Dhiya tu. Dia anak murid saya yang paling amazing!" ujar Puan Murizah.

"Amboi, ngak bisa bahasa inggeris" Nuwair membalas.

Gelak tawa mereka kedengaran.

"Siap-siap lah Nuwair, tahniah sebab ada juga orang nak kat awak!" Encik Aakif berjalan laju masuk ke dalam rumah apabila wajah Nuwair mula berubah kelat.

Puan Murizah mengesat air mata yang keluar akibat bergelak tawa sebentar tadi.

"Hah Wair, jangan sia-siakan peluang yang Dhiya bagi! Tahniah anak" Puan Murizah mengusap rambut Nuwair.

"Terima kasih umi"

Nuwair masuk ke dalam biliknya lalu membersihkan diri. Sejadah diambil dan sujud syukur dilakukan.

"Terima kasih Dhiya kerana memberi Wair peluang kedua. Terima kasih ya Allah, tanpa izin-Mu tidak akan ku kecapi bahagiaku" Nuwair tersenyum bahagia.

"Tenggelamnya cerita taktala semua sudah berakhir,
Bahagia ataupun derita semua terletak ditangan pencerita,
Bila heroin sudah gembira, hero pula yang menangis duka,
Itulah yang terjadi pada umat di dunia,
Bahagia mereka hanya sementara"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro