Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 48

"Tiada derita, tiada bahagia"

Hadiah yang diberi oleh Nuwair tadi di buka. Dhiya tersenyum. Buat pertama kali dalam hidupnya hadiah yang dia tunggu tiba juga. Sebuah naskah Al-Quran dan juga telekung serta tasbih. Sebuah buku panduan menjadi isteri solehah juga turut ada.

"Nak aku jadi isteri solehah dia ke apa?" Dhiya tersenyum kecil. Sewaktu balik tadi, Nuwair sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Wajah kacak Nuwair terbayang.

"Dah macam gila bayang kau Dhiya!" Dhiya bermonolog sendiri lalu membelek buku yang diberi oleh Nuwair itu. Kain telekung yang diberi juga sangat cantik dan lembut. Dhiya merasa begitu tenang. Cara Nuwair juga membuat Dhiya terjatuh suka. Dia jauh beza dengan bekas suaminya. Mungkin lelaki inilah kebahagiaannya.

"Terima kasih Ya Allah".

Mungkin inilah yang Allah tetapkan. Ya, cinta itu harus memiliki tapi mencintai tak seharusnya memiliki. Cinta itu boleh dipupuk, sedangkan kerak nasi boleh lembut jika di rendam guna air apatah lagi hati manusia. Dhiya yakin kisahnya bukan seperti novel yang dia baca.

Dua pasangan yang berpisah bersatu semula dan hidup bahagia kerana masih ada cinta tetapi berbeza dengan dirinya kerana cinta bukan miliknya. Benar dia mencintai seorang Irfan Naufal namun setelah semua terjadi, ingin hidup dengannya semula bukanlah perkara yang sepatutnya.

Nuwair Abaid, lelaki yang sudah lama menanti, sudah lama mencintai. Mungkin lelaki inilah jodohnya.

"Dhiya, solat istikarah dulu" Dhiya menutup mata lemah. Dalam diam dia mengalirkan air mata. Sakit rasanya masih mencintai tapi tidak mampu memiliki lagi. Dhiya tidak mampu, hatinya berasa sakit! Wajah Auliya terbayang. "Allahu, mengapa sakitnya sampai begini sekali Tuhan?"

"Tolonglah Dhiya, Dhiya tak mampu. Dhiya masih cinta dia Allah" Dhiya teresak. Benar, Nuwair sangat kacak dan mampu menjaga tapi Irfan. Irfanlah yang dia cinta.

●●●

"Tersengih-sengih kenapa Nuwair?" Puan Murizah menegur Nuwair yang leka termenung itu.

"Eh umi, duduklah. Wair tengah tengok bulan umi" Nuwair menjawab lembut.

"Wair, umi nak pesan sesuatu ni, jika sekiranya Dhiya tidak terima kamu, jangan sedih ya nak? Lagipun ibu lihat dalam mata Dhiya masih ada cinta kepada bekas suaminya, jika tidak mengapa dia menangis seteruk itu? Mengapa dia masih rasa kesakitan itu? Umi tahu, dalam diam Dhiya masih mengharapkan bekas suaminya datang"

"Nak, tak mudah melupakan orang yang kita cinta, apatah lagi orang itu pernah hidup bersama kita. Umi faham perasaan Dhiya kerana umi juga wanita, Dhiya menafikan kata hatinya tapi lupa untuk menyembunyikan sinar cinta di matanya. Umi takut, takut nanti kamu yang kecewa" ujar Puan Murizah. Dia tidak berbicara sesuka hatinya tapi inilah yang dilihatnya. Dhiya bukanlah seorang wanita yang pandai menipu. Dhiya akan luah apa yang dirasainya. Dan cinta, cinta kepada bekas suaminya yang membuat dia sakit dan terluka.

"Ya umi, Nuwair faham. Lagipun cinta tak semestinya memiliki. Nuwair terima jodoh Nuwair. Jika dia bukan Dhiya sekalipun, Nuwair akan cintakan dia sepenuh hati" Nuwair menjawab. Baginya tidak perlu menangis atau terkejar-kejar seseorang yang bukan dicipta untuknya. Cepat atau lambat, semua akan indah bila sampai waktunya.

"Alhamdulilah, lega umi dengar" Puan Murizah membalas lalu menepuk bahu anak lelakinya.

"Lagipun, tu anak jiran kita tu, dia pun sesuai dengan Wair" Puan Murizah cuba membuat lawak.

"Umi ni, jiran kita semua dah kahwin!" jawab Nuwair.

"Gurau je, gurau" Puan Murizah tergelak.

"Hah abi mana? Tak nampak pun hari ni" Nuwair bertanya.

"Abi kamu ada ja kat bawah. Duduk kat surau" Puan Murizah menjawab.

"Ouh, Nuwair nak pergi sana juga la. Bye umi" Nuwair turun ke bawah ingin berjumpa abinya.

●●●

"Selamat pagi papa!" Auliya memanjat badan Irfan lalu pipi Irfan diciumnya.

"Selamat pagi anak papa" Irfan menjawab lalu memeluk anaknya.

"Papa, jom turun makan!" Auliya mengajak Irfan.

"Papa cuci muka kejap" Irfan membalas lalu berdiri menuju ke tandas.

"Papa hari ni kita nak makan apa? Papa pandai masak tak?" Auliya bertanya. Memandangkan mereka kembali ke rumah mereka sendiri, tiada siapa akan masakkan makanan buat mereka. Kan sebelum ini dia tinggal di rumah neneknya, tapi beberapa minggu selepas itu Irfan membuat keputusan untuk tinggal di rumahnya bersama Dhiya dulu.

Motif? Hanya ingin rumah itu di duduki semula.

"Papa, rumah ni cantik la. Tersusun rapi! Dulu mama dengan papa tinggal kat sini ke? Eh tapi kita punya rumah kan kat tempat lain" Auliya berbicara sendiri.

"Rumah ni rumah papa sebelum kahwin dengan mama kamu" Irfan membalas tenang.

"Ouh, macam tu tapi papa gambar tu bukan gambar acik Dhiya ke?" Auliya bertanya sambil tangannya di tunjuk kearah gambar Dhiya yang sedang tersenyum.

Irfan merenung gambar itu lalu senyum nipis. "Betul la tu, gambar acik Dhiya" Irfan mengiyakan.

"Papa, acik Dhiya tu cantik kan? Rugi papa tak kahwin dengan dia, dah lah pakai tudung labuh, lemah lembut. Auliya suka kalau acik Dhiya jadi mama Auliya!" Auliya bercakap dengan senyuman lebar.

Irfan merenung Auliya lama. "Mana boleh macam tu sayang, lagipun acik Dhiya tak mungkin nak papa semula, selepas apa yang papa lakukan" ayat terakhir itu hanya di tutur secara perlahan.

"Kenapa papa cakap macam tu? Dia dan papa gaduh ke?" mulut kecil itu tidak berhenti bertanya.

"Nanti Liya faham la. Sekarang Liya siap-siap dulu. Kita jalan beli barang dapur" Irfan mengusap kepala Auliya lembut.

Irfan merenung rumah lamanya ini. Dari bawah hingga ke atas dan setiap ruangan ini dia terokai. Dalam diam dia menyimpul senyuman, Irfan betul-betul merindui suasana hidupnya bersama Dhiya. Ya, dia tahu sukar untuk Dhiya kembali semula padanya tapi doa menjadi senjata, doa kepada Allah semoga Dhiya memberi dia peluang kedua. Dia sedar dirinya jahat tapi bukankah semua manusia layak mendapat peluang kedua?

"Papa jom! Liya dah siap" Auliya yang lengkap berpakaian serba pink itu menyapa Irfan yang terleka di buai angannya.

"Cantik anak papa!" Irfan memegang tangan Auliya lalu bersama-sama menuju ke kereta. Setiba sahaja ke Shopping Mall itu mereka berdua berjalan-jalan mencuci mata sebelum membeli barang yang di inginkan.

"Pa, tuu" Auliya menggoncang tangan Irfan lalu mulutnya dimuncungkan.

Irfan berkerut kening. "Siapa?" soalnya.

"Acik Dhiya" jawab Auliya.

Irfan terdiam mendengar nama itu. Kepalanya di palingkan melihat gerangan itu.

"Dhiya! Tengok tu" Fiffy berbicara membuat Dhiya berpaling.

Dan mereka berdua saling bertatapan di depan khalayak ramai.

"Dhiya!" Fiffy menarik tangan Dhiya lalu dibawa diri itu jauh dari Irfan.

"Pa, dia dah pergi" Auliya memegang tangan papanya kuat.

Irfan terdiam, tangan Auliya dicapai lalu dia meneruskan langkahnya.

"Kenapa kau tenung dia? Kau tak ingat ke apa dia buat kat kau? Kau dah lupa? Kau nak aku ingatkan kau balik ke? Jangan jadi bodoh Dhiya! Dia tak layak untuk kau" Fiffy bercakap dengan kuat. Ingin menyedarkan Dhiya dari cinta yang dusta.

"Ingat Dhiya, kau layak untuk bahagia tapi bukan dengan Irfan Naufal. Kau ada cerita tentang Nuwair kan? Aku lebih suka kau dengan Nuwair, sekurang-kurangnya kau tak menangis bagai orang gila!"

"Dhiya, cinta ini tak harus memiliki, aku tahu kau cintakan Irfan tapi ingat balik semuanya, Irfan tak sesuai dengan kau! Buat macam biasa dah lah, yang kau balas tenungan dia kenapa? Aku geram dengan kau ni!" Fiffy menghembus nafas perlahan. "Dah sebelum kau terserempak dengan dia orang lagi baik kita pulang!" Fiffy membawa Dhiya keluar dari bangunan mewah itu.

"Ya la Fy" Dhiya menjawab lemah. Namun perasaannya sukar untuk di jangka, ingin sahaja dia masuk ke dalam kedai itu semula dan menatap wajah Irfan buat masa yang lama!

"Move on la Dhiya" hati berbisik lembut.

"Dhiya, kau tak payah pening-pening ya, kau kahwin je dengan Nuwair tu, aku seratus peratus yakin yang kau akan bahagia! Ingat, Irfan cuma masa lalu dan masa lalu itu perlu dilupakan! Ini bukan mata pelajaran sejarah tau yang kau kena hafal dan ingat semua peristiwa yang pernah berlaku bertahun lama dahulu! Kau kena maju dan terus maju! Jangan nak tinggal dalam gua la Dhiya" Fiffy membebel lagi, ikutkan hati dah lama dia basuh otak Dhiya supaya bersih dari memikirkan Irfan tak guna itu!

"Fy, tolong la diam. Aku penat tau" Dhiya rasa ingin menangis sekarang juga!

"Hah tu la kau, aku cakap sikit mula la cakap penatlah itulah inilah!" ujarnya lagi.

"Dah la aku nak balik! Malam nanti ada filem hindustan. Dah lah filem Shah Rukh Khan!" Dhiya tersenyum sendiri.

"Entahlah Dhiya, apa je kau tak minat, tamil pun kau layan kan?" Fiffy menyindir Dhiya secara lembut

Dhiya memandang Fiffy tajam. "Aku cepuk juga kau ni"

"Eh eh, jom balik Dhiya.." Fiffy ketawa mengekek.

●●●

Bantal dipeluk erat ke dada. Air mata turun dengan derasnya. Dhiya sedaya upaya menyembunyikan esakannya. Malu oi kalau ibu atau ayah nampak!

"Kenapa kamu berbungkus ni Dhiya?" suara Encik Hasyim kedengaran.

Dhiya mengetap bibir. "Eh ayah, tak tidur lagi ke? Dhiya nak layan hindustan kejap" Dhiya menjawab sambil menarik air yang keluar dari hidungnya, bukan hingus ya! cecair yang selalu keluar bila kita menangis kuat! Tapi bukan sama je ke? Entahlah labu.

"Hah nanti jangan lupa matikan TV ye, dah lewat ni. Ni filem hindustan ni paling lewat pun habis pukul 1, kamu jangan lupa pula ya" Encik Hasyim kembali menuju ke biliknya.

Dhiya menggaru kepala. "Macam mana ayah tahu filem ni habis pukul satu? Pelik ye" Dhiya bermonolog sendiri.

Dhiya kembali mengalirkan air mata apabila cerita ini sudah mencapai kemuncaknya. Kal Ho Naa Ho, cerita tentang cinta, pengorbanan dan keluarga. Pelbagai perasaan di alaminya dan dia juga belajar untuk melepaskan seseorang yang kita sayang, bukan kerana tidak boleh memiliki tapi takdir tidak pernah salah memilih. Kadang bahagia itu bukan terletak pada apa yang kita cinta tapi apa yang kita terima.

Setelah cerita itu habis, Dhiya tidak boleh melelapkan matanya maka itu Dhiya duduk dan membuka telefonnya. Galeri dibuka lalu gambarnya bersama Irfan ditenung lama. Gambar yang sederhana, yang ada hanya senyuman dan pelukan palsu tanpa cinta.

Dhiya terkenang segala kenangannya bersama Irfan, memang betul lebih banyak duka daripada suka tetapi cinta tak mengira itu semua kerana cinta indah dan buta.

"Tuhan, jika jodohku adalah dirinya, Engkau berikanlah petunjuk -Mu dan Engkau dekatkanlah dia kepadaku tetapi Ya Allah, jika dia bukan jodohku Engkau jauhkan dan Engkau hapuskanlah dia dari pandanganku sesungguhnya Ya Allah hanya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas kami semua" Dhiya menutup mata sambil mengaminkan doanya.

"Irfan si cinta hati ataupun Nuwair si pencinta diri, dua-dua aku tak pasti dan aku serahkan segalanya pada Illahi kerana aku tahu aku tidak mungkin mendapat kedua lelaki itu. Mungkin aku hanya perlu tunggu sehingga Allah mendatangkan jodohku" Dhiya diam merenung ke hadapan.

"Semua akan indah bila tiba masanya"

"Taktala cinta beralih arah
Diri ini akan hilang entah kemana,
Taktala si dia jauh dari mata,
Hati risau bagai nak gila,
Mahu apa hati ini sebenarnya?"

Happy 10K! Thanks for your support guys ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro