Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TD 43

"Tiada derita, tiada bahagia"

Pagi yang indah membuat mereka berdua bergelak tawa. Tidak terhitung betapa gembiranya dirinya dapat menyambut hari jadi si jantung hati.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Liya sayang,
Happy birthday to you"  Lagu hari jadi dinanyikan. Irfan memegang kek lalu dibawa ke hadapan Auliya.

"Selamat hari jadi sayang" Irfan mencium dahi dan pipi anaknya. Rasa sayang semakin mendalam. Anak hasil cintanya bersama Naura. Irfan teringat akan anaknya bersama bekas isterinya. Bagaimana keadaan anak itu?

"Terima kasih papa! Liya gembira sangat! Nanti Liya carikan papa isteri baru" Liya ketawa mengekek.

"Aip tak payah cari Liya, kalau papa masih ada jodoh, papa akan kahwin. Jangan risau" ujar Irfan tenang.

"Ye la papa, ni tokma tak datang ke? Acik Mayyah, Cik Hidayah dan Cik Khairun mana pa? Tak datang ke? Selalunya diaorang yang memeriahkan hari jadi Liya" Auliya menunduk sedih. Irfan tersenyum.

"SUPRISE! Happy birthday Liya sayang! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki" Mayyah, Khairun serta Hidayah memberi kejutan kepada anak buah mereka.

"Yeay! Terima kasih acik sayang! Acik nak tahu tak, Liya dah jumpa ibu baru tau! Nama dia tak tahu la. Tak ada tanya" Auliya dengan semangatnya berbicara.

"Lah Liya jumpa kat mana ibu tu?" Hidayah bertanya, jangan cakap arwah kakak dia hidup balik dah la!

"Kat Lapangan Terbang" jawab Liya polos.

"Aik, buat apa pergi Lapangan Terbang?" kening Khairun berkerut hairan.

"Ada kerja hari tu, budak kecil ni tak tahan nak buang air kecil, masa tu pula dekat dengan Airport suruh je la dia pergi" Irfan menjawab.

"Oh, perempuan siapa yang Liya cakap bang?" Sumayyah bertanya.

"Abang pun tak sempat tengok" Irfan menjawab.

"Sudah-sudah la tu, mari makan!" Puan Khadijah bersuara. Semenjak kehilangan Naura, hubungan mereka semakin erat dan kukuh. Dia sedaya upaya melayan semua anaknya dengan baik dan memberi sepenuh perhatian agar anak-anaknya tidak berasa kesunyian tanpa kasih-sayang ibu bapa.

"Ya umi, adik simpan kek ni dulu pergi peti sejuk. Dah sejuk baru kita makan" Sumayyah membawa kek Auliya pergi ke dapur lalu meletak kek itu ke dalam peti sejuk.

Irfan rasa gembira kerana walaupun isterinya sudah meninggal dunia, keluarga isterinya tetap menganggapnya seperti anak sendiri. Dibuang keluarga sendiri dan dilayan seperti anak kandung oleh keluarga si isteri.

Benarlah kata mereka, semua yang hilang akan ada penggantinya. Jika, Dhiya digantikan dengan Naura, apa salahnya, jika Naura digantikan dengan Dhiya semula? Irfan tekad ingin memiliki Dhiya semula. Irfan ingin menggunakan anak mereka untuk kahwin dengan Dhiya. Kelemahan seorang ibu adalah anak dia bukan? Mustahil anaknya bersama Dhiya tidak ingin tahu siapa ayahnya, kecuali dia sudah mempunyai ayah baru.

"Irfan!" Encik Ibrahim suara lebih kuat.

"Ya Dhiya!" Irfan tersentak.

Pandangan mereka sekeluarga tepat ke arah Irfan.

"Siapa Dhiya?" Encik Ibrahim bertanya.

"Erk dia bukan siapa-siapa" Irfan menjawab sambil menahan debar. Selama perkahwinannya bersama Naura, ibu ayah Naura sedikit pun tidak tahu tentang statusnya yang duda dan mereka tidak tahu bahawa Nauralah penyebab kerosakan rumah tangga Irfan.

"Baik kamu jujur Irfan" Puan Khadijah menatap wajah bekas menantunya dengan tajam.

"Dia..."

●●●

"Dhiya, sampai bila kamu nak sembunyikan perkara ni dari Irfan? Dia berhak tahu yang anak kamu dua sudah pergi meninggalkan dunia" Anita bersuara.

"Dia tak layak tahu ibu, dia tak layak jadi ayah kepada anak Dhiya. Dia tak layak jejakkan kaki ke kuburan Irya" Dhiya menjawab tanpa nada.

"Ya, ibu faham tapi sampai bila lagi? Selagi kamu tak bagitahu, Irfan akan sangka anak itu masih ada" ujar Anita lagi.

"Irya tetap ada, ibu. Irya ada dengan Dhiya" Dhiya menjawab lalu memandang ibunya.

"Irya ada dalam diri Dhiya, perginya Irya, hilanglah Dhiya. Yang ada sekarang cuma jasad, ibu. Jasad tanpa jiwa. Dhiya sudah lama mati!" Dhiya tanpa sedar meninggikan suara terhadap ibunya.

"Allahu, kamu cakap apa ni Dhiya? Istighfar nak, jangan layan sangat perasaan kamu" Anita memujuk.

"Nak buat macam mana ibu? Memang Dhiya dah mati pun" Dhiya menjawab pasrah.

Anita menenangkan Dhiya yang lemah di dalam pelukannya. "Shush, sabar nak".

Dhiya hanya diam. Jujur, sekarang Dhiya  sedaya upaya melawan perasaannya namun cakap pasal anaknya, Dhiya pasti akan lemah.

"Ya Ibu, kadang Dhiya terfikir, apa lagi ujian yang akan Dhiya peroleh. Sudah sebaik mungkin Dhiya kuatkan semangat tapi tak boleh ibu, Dhiya tak boleh" Dhiya bercakap lemah.

"Nak, kamu kena ingat nak beroleh syurga tak mudah. Allah bagi ujian kerana Dia sayang. Cuba Dhiya bayangkan, Dhiya hidup senang tanpa ujian tapi sebenarnya Allah tidak redha dengan Dhiya. Dhiya rasa kebahagiaan itu akan lama ka? Dhiya jangan cepat putus asa dengan Allah, Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui nak" Anita mula menasihatkan Dhiya.

Sebagai ibu, Anita tidak ingin anaknya jatuh buat kali kedua.

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

فَبِاَ يِّ اٰلَآ ءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبٰنِ

Fa bi'ayyi aalaaa'i robbikumaa tukazzibaan

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?"

(QS. Ar-Rahman 55: Ayat 13)

"Ingat Dhiya, nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan? Dapat hidup hari ni juga satu kenikmatan, janganlah kamu berburuk sangka pada Tuhan" Anita mengusap kepala Dhiya. Surah Ar-Rahman di baca dengan merdunya.

Dhiya menutup mata lalu beristighfar perlahan. "Nikmat mana lagi yang kau nak dustakan Dhiya?" hati berbicara.

Mereka berdua diam tak bersuara sehingga azan maghrib bergema.

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

"Jom Dhiya, kita jemaah sama-sama" Anita membantu Dhiya berdiri lalu mereka bersama mengambil wuduk.

●●●

"Papa, nak salam" Auliya menghulurkan tangannya lalu mencium tangan sang ayah. "Kalau mama ada mesti kita jemaah sekali, kan ayah! Liya rindu la" Auliya duduk di riba sang ayah.

"Kalau rindu mama, baca Al-fatihah. Doakan semoga mama tenang di sana. Rindu itu perasaan yang indah kerana sayangnya kita pada manusia. Jadi, Liya kena sayang Allah barulah Allah rindukan Liya" ujar Irfan lalu mengusap kepala anaknya yang ditutupi tudung itu.

"Liya sayang semua la papa, tapi papa... Siapa Dhiya?" Auliya bertanya kerana sudah puas dia mencari namun sedikit klu pun tak dapat.

"Dhiya tu kawan papa" Irfan rasa jawapan ini paling selamat, nanti dia bagitahu, Auliya bagitahu kepada Puan Khadijah pula. Dah la anaknya ini tidak pandai simpan rahsia!

"Hebat kawan papa tu, sampai begitu sekali eh papa ingat dia" Liya mengusik.

"Ada-ada je kamu ni! Dah dah jangan melalut. Pergi ambil Quran sana. Kita baca surah Al-Alaq pula"

"Papa, kita baca surah Al-Insyirah la. Liya dah hafal yang tu, Liya baca papa dengar eh?" ujar Auliya.

"Okay! Baca la"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Bismillahirrahmanirrahim

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ ﴿الشرح

1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?,

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ ﴿الشرح:٢

2. Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu,

الَّذِ ىٓأَنقَضَ ظَهْرَكَ ﴿الشرح

3. yang memberatkan punggungmu,

وَرَفَعْنَالَكَ ذِكْرَكَ ﴿الشرح

4. dan Kami tinggikan sebutan nama(mu) [2] bagimu.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿الشرح

5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ﴿الشرح

6. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ﴿الشرح

7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب ﴿الشرح

8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

امين

"Aamiin".


Irfan tersenyum mendengar anaknya membaca surah itu. Secara tak sedar, dia terkenang semula kenangannya bersama anak-anak di rumah Anak Yatim. Terbit rasa rindu ingin bertemu mereka semua. Surah ini, surah yang mereka baca. Perasaan Irfan berkemacuk, ada perasaan terharu, sedih dan pedih.

Dia tak sangka sudah lima tahun berlalu dari semua kisah yang berlaku. Perkahwinan, anak dan keluarga. Irfan mengakui terlalu banyak dosa yang dia lakukan. Hati terasa sayu mengenangkan perbuatannya kepada semua orang. Lagi-lagi terhadap Dhiya dan keluarganya.

Kerana cinta kepada Naura, Dia tanpa sedar kehilangan semua. Hilang Dhiya yang setia, Dhiya yang baik hati dan Dhiya yang penyayang. Dia terkenang semua sewaktu hidupnya bersama Dhiya. Irfan akui, rasa sayang sudah bertandang ke hati namun Naura la yang dia pilih.

Mungkin kah ada peluang kedua untuk dirinya? Mungkinkah kedua orang tuanya akan memaafkan dia semula? Atau dia masih perlu bagikan masa? Tapi sampai bila harus dia hidup dalam penyesalan? Sampai bila?

Tanpa sedar Irfan teresak sendiri, bahu Auliya dijadikan tempat dia luahkan  perasaan. "Liya... Papa banyak dosa" Irfan merintih lemah.

Dia sudah sakitkan Dhiya, dia mungkir janji kepada Alisyah, dia kurang ajar kepada kedua orang tuanya dan orang tua Dhiya. Dan Irfan menceraikan Dhiya sewaktu Dhiya mengandung.

"Dosa apa lagi yang hamba lakukan Tuhan?" Irfan tertunduk malu. Penyesalan demi penyesalan bertandang.

"Abang naufal, kita orang selalu diajar bahawa tiada satu pun masalah di dunia ini yang tiada penyelesaiannya. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Mungkin banyak lagi kejutan yang bakal kita terima".

"Dan pastinya semua adalah ketentuan daripada Allah SWT"

Kata-kata Ana bermain di fikirannya. Irfan telah melakukan kesilapan yang begitu besar. Selama ini dia telah melakukan suruhan Allah namun dia tetap melakukan perkara yang dibenci Allah. Irfan solat lima waktu tapi menceraikan isteri yang sedang hamil. Bukankah itu adalah satu perkara yang dibenci Allah? Dan menceraikan isteri sewaktu dia mengandung adalah haram di sisi agama islam.

Namun mata dibutakan, rasa dendam di menangkan. Inilah sifat manusia, tak pernah bersyukur dengan pemberian Allah, satu hari nanti tidak kira cepat atau lambat, semua akan berputar. Apa yang kau beri, itu yang kau terima. Dan Irfan menunggu kifarahnya kerana dia menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya. Irfan bertaubat atas nama Allah.

"Amar makruf nahi mungkar,
Pelajari semula ayat ini,
Buatlah apa yang di suruh dan tinggalkanlah yang dilarang,
Tinggalkan yang tak pasti,
Kejarlah cinta Illahi"


opss! Ni bab 43 ye semua HAAHHAHAHAHAH.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro