TD 42
"Tiada derita, tiada bahagia"
Masuk sahaja ke dalam simpang rumahnya, hati Dhiya dihurung sebak. Selama lima tahun, dia memendam perasaan sedih, perasaan pedih dan rindu. Setiap masa dia merindui semua insan yang disayanginya. Tidak pernah sehari pun dia tidak mendoakan kesejahteraan keluarganya.
Ketika sampai dihadapan rumah, Dhiya merenung rumah itu dengan perasaan hiba. Segala kenangan mula menjengah. Kata-kata ibunya bermain difikiran. Segala kata hinaan dia fikirkan. Dhiya mula tidak terkawal, jika di Sabah dia boleh menahan semuanya di sini dia tak bisa.
"Assalammualaikum" salam diberi.
"Waalaikum...salam" Hasyim dan Anita terkedu melihat kedatangan Dhiya.
"Allahu Dhiya..." Hasyim memeluk tubuh anaknya.
"Kamu sihat nak?" soalan pertama selepas lima tahun tidak bersua, hanya berhubung melalui media sosial saja.
"Alhamdulilah, sihat" Dhiya menyalam tangan kedua ibu ayahnya. Rindu jangan diucap, sudah terlalu lama dia pendam perasaan rindu terhadap kedua mereka.
"Ibu... Dhiya pergi kuburan Irya ya?" Dhiya meminta izin.
"Kamu tak nak rehat dulu ka?" Anita bertanya.
"Tak, Dhiya rindu anak Dhiya" Dhiya merenung wajah kedua ibu ayahnya.
"Baiklah Dhiya, balik sebelum maghrib ya?" Anita membenarkan apabila melihat Dhiya bersungguh-sungguh ingin pergi.
"Ya ibu" Dhiya menghantar begnya ke atas rumah lalu mengambil air di dapur dan surah yassin. Dhiya keluar dari rumah lalu berjalan perlahan sehingga sampai ke kuburan.
"Assalammualaikum anak ibu" Dhiya memberi salam lalu mengusap batu nisan Irya.
"Ibu rindu Irya... Irya baik-baik saja kan?" Dhiya tersenyum sendiri.
Surah yassin dibuka. Lafaz bismillah ditutur, bacaan dimulakan. Dhiya membaca dengan khusyuknya hingga ke akhir ayat. "Semoga Irya tenang disana ya nak, semoga Allah pertemukan kita berdua nanti. Irya nak tahu sesuatu? Ibu terlalu rindukan Irya, ibu harap ibu boleh tabah dan kuat tapi semua itu hanya diluaran saja"
"Dari dulu hingga sekarang, ibu hanya sendirian, Ibu keseorangan Irya. Ibu sangka Irya akan lahir dan membesar dengan sempurna namun takdir yang tercipta tidak seperti yang dipinta. Irya, sehingga hari ini, perasaan yang disembunyikan tetap tidak menyenangkan. Ibu selalu pendam, ibu selalu diamkan tetapi ia tetap menyakitkan. Irya... bagaimana ingin ibu hilangkan rasa cinta ini? Rasa sayang ini? Bagaimana ibu harus melupakan cinta ini? Ibu tak sanggup lagi... Ibu tak sanggup menahan segala kepedihan" Dhiya teresak.
Hendak menidakkan kata hati namun cinta terlalu besar dari alam semesta.
"Irya, bolehkah ibu mendapatkan kebahagian ibu semula? Ibu inginkan cinta dari ayah Irya tapi segalanya sudah tidak bermakna. Perasaan itu masih ada namun sudah tidak bermakna. Sewaktu cerai sudah terlafaz, perasan itu terkubur indah jauh di dalam hati. Ibu harap satu hari nanti, perasaan itu hilang juga kerana ibu sudah tidak bisa bertahan dengan cinta yang bukan ditakdirkan untuk ibu. Irya, kalau Irya masih hidup mesti Irya jadi teman gosip ibu kan? Haih rindunya" Dhiya meluahkan segalanya kepada anaknya.
Jika Irya boleh membalas, pasti seribu pelukan serta ciuman akan diterima oleh Dhiya namun semuanya sepi. Hanya Dhiya yang bersendirian bertemankan batu nisan.
"Izinkan ibu pulang ya Irya? Esok kita jumpa lagi. Ibu nak jumpa mama-mama gojes Irya lepas ni" Dhiya bercakap lagi. Kali ini air mata tidak jatuh dengan derasnya, hanya perasaan yang tidak boleh dihalang, perasaan sedih yang tidak berpenghujung namun jika Dhiya selalu menangisi bukankah itu seperti meratapi? Maka itu Dhiya hanya bertenang dan bertahan, jika nyawanya diambil sekarang, percayalah dia pasti pergi dengan rela hati.
●●●
Another Soul 🍂
"Assalammualaikum korang!"
Tikahmereng♡
"Waalaikumsalam Dhiya, kau dah balik eh? Sampai hati tak bagitahu. Kalau tak boleh kita orang jemput kau!"
Adik sendu♡
"Tulah! Kak Dhiya ni! Dah la orang rindu dia sangat 😭"
Fiffybiul ♡
"AAAAAA DHIYAAA! AKU RINDU KAU!! lama duh tak jumpa!"
"Sebab ni aku chat korang, jom jumpa. Pukul 1 lepas zuhur kat restoran ayah Tikah. Okay?"
Fiffybiul♡
"Dhiya oi, kami semua memang kat restoran ni setiap masa. Tunggu kau datang je!"
Adik sendu ♡
"Datang la kak Dhiya, kita orang tunggu. Kak Tikah pergi tandas tu"
"Oklah, jumpa nanti. Aku ada bawa hadiah ni. Bye! Laela saedah ukhti.Assalammualaikum"
Fiffybiul♡
"Gudnite! Waalaikumsalam"
Adik sendu ♡
"Selamat malam hakak-hakak sekalian. Waalaikumsalam"
Dhiya menutup telefonnya. Biliknya diketuk. Dhiya bangun lalu membuka pintu biliknya. "Ada apa ibu?" Dhiya bertanya apabila melihat ibunya berdiri di hadapan biliknya.
"Ibu nak cakap sesuatu boleh? Mari keluar" ujar Anita lalu berjalan ke ruang tamu.
Dhiya hanya menurut lalu mengikut langkah ibunya.
"Hah Dhiya duduk dulu" Encik Hasyim mula menyapa.
"Ya ayah, ada apa ni?" Dhiya bertanya.
"Tak ada apa pun, cuma nak berbual dengan Dhiya. Lama sangat Dhiya kat sana ya. Balik sini pun tak pernah" ujar Encik Hasyim.
Dhiya senyum nipis. "Ya ayah, Dhiya bukan tak nak balik tapi jejakkan kaki di sini membuat Dhiya jatuh lagi sekali, Dhiya tak mampu, Dhiya tak kuat. Jika dulu, Dhiya boleh bertahan namun sekarang sudah tidak sama ayah. Dhiya rasa sudah hilang semuanya walaupun ibu ayah di depan mata, Dhiya rasa Dhiya sudah kehilangan semuanya. Ibu... Ayah, Dhiya sakit, Dhiya sedih, Dhiya luka dan Dhiya tak mampu lagi... Dhiya tak mampu tahan segala perasaan ini. Sungguh perasaan ini membunuh Dhiya. Ibu... Dhiya nak mati" Dhiya teresak.
Perasaan yang terkubur lama kini disuarakan semula.
"Nak pendam sakit, nak luah pedih. Itulah perasaan Dhiya selama ini. Sudah lama Dhiya cuba hapuskan tapi Dhiya tak mampu" Dhiya menundukkan kepalanya lalu teresak.
Hasyim dan Anita hanya diam mendengar luahan Dhiya. Siapa sangka anak yang disangka baik saja rupanya menyimpan kesedihan begitu lama. Mereka sangka lima tahun dapat menyembuhkan segala kesakitan Dhiya namun hari ini segalanya terbongkar, bukan bahagia namun deritalah yang menemani Dhiya.
Jika mereka tahu selama lima tahun, setiap malam Dhiya pasti dibayangi masa silam. Waktu Dhiya dicerai, sewaktu Dhiya melahirkan anaknya, sewaktu Dhiya melihat anaknya ditanam ke dalam tanah. Sungguh tiada siapa yang dapat memahami perasaan itu. Derita yang tercipta itu tidak terhenti begitu saja, kini Dhiya masih merasai sakitnya walau sudah bertahun lamanya.
Sebagai orang tua tugas mereka bukan saja memberi segala keperluan fizikal namun juga memberi perhatian. Semua insan pernah bergelar anak, jadi pastinya mereka faham apa yang berlaku bukan?
Untuk ibu ayah diluar sana, fahamilah bahawa anak itu bukan patung yang tiada perasaan, anak ini bukan batu untuk ditendang, bukan kayu untuk dibakar dan bukan mainan untuk dibuang. Anak ini anugerah tuhan, selagi boleh, berikanlah kasih-sayang, jangan biarkan anak bersendirian memendam perasaan kerana tanpa sedar mereka akan jatuh lebih dalam dan menganggap diri tak diperlukan. Percayalah anak tidak menyimpan dendam namun hati tetap biru lebam kerana menahan kesakitan.
"Dhiya.. jangan lemah nak, ramai lagi yang perlukan kamu. Kami tahu kami salah kerana tidak mengambil tahu tentang Dhiya namun percayalah kami sangat sayangkan Dhiya" Anita cuba memujuk namun Dhiya tetap teresak kuat.
"Tak ibu, tiada siapa faham Dhiya. Dhiya hanya lahir untuk puaskan hati manusia. Dhiya tahu, Dhiya hanya hamba Allah yang penuh dosa tapi mengapa? Mengapa semua kesakitan tiada ubatnya? Dhiya selalu minta kepada Allah, ya hati Dhiya tenang namun ia tidak lama ibu... perasaan ini membunuh Dhiya setiap hari. Percayalah ibu, Dhiya sudah tak mampu. Lima tahun berlalu namun mengapa? Sakitnya masih utuh hingga ke hari ini. Dhiya nak mati" Dhiya menangis dan terus menangis.
Segala kesakitan selama ini bertandang kembali. Dhiya sedaya upaya menahan diri dari mengeluarkan tangis namun semuanya sia-sia apabila semua perkara menghantui semula.
"Istighfar Dhiya" Hasyim menenangkan Dhiya dengan membaca selawat serta surah-surah suci Al-Quran. Dhiya makin tenang hanya esakan kecil yang tinggal.
"Dhiya, dua tahun lepas, Irfan datang ke sini. Dia minta maaf atas apa yang terjadi dan dia... cari anak kamu berdua" Anita berbicara.
Dhiya terkedu. "Ibu... ibu cakap apa?" Dhiya bertanya risau.
"Ibu tak beritahu apa-apa, ayah dah halau Irfan. Kami tak bagitau Irfan tentang keberadaan Irya. Dia tak layak jumpa Irya" Anita menjawab lalu memeluk Dhiya.
Dhiya kini dipeluk oleh kedua ibu ayahnya. Dirinya rasa disayangi dan dihargai. "Ya Allah panjangkan umur kedua orang tua ku dan umurku supaya keadaan ini dapat aku rasai buat waktu yang lama lagi" Dhiya memejamkan mata. Kedua orang tuanya sudah begitu tua, bila-bila masa saja Allah akan mengambil mereka berdua semula.
Sesungguhnya semua yang bernyawa pasti akan merasai mati.
●●●
Dhiya melangkah masuk ke dalam restoran ayah Tikah.
"Dhiya!!" Fiffy dan Tikah teriak kuat sehingga beberapa orang yang sedang makan memandang mereka. Dhiya ketawa perlahan lalu memeluk mereka berdua. Tak sampai beberap minit namanya diseru lagi.
"KAK DHIYA!!" Rose berlari perlahan lalu memeluk Dhiya.
Dhiya tertawa. Beg plastik ditangannya di bagi kepada mereka bertiga.
"Aww Dhiya, terima kasih babe. Semoga murah rezeki. Muah" ujar Fiffy dan Tikah. Rose menjeling mereka berdua.
"Dorang tu mengada je kak Dhiya, jangan layan sangat" Rose bersuara.
"Halah halah budak kecil ni! Cepuk karang!" Fiffy mengangkat tangan ingin menghempuk kepala Rose namun Rose yang lebih tinggi itu membuat Fiffy terhenti.
"Halah kak Fiffy ni, dah la pendek ada hati nak cepuk orang!"
Dhiya tepuk dahi. "Sudahlah makcik oi, aku nak makan ni. Korang nak gaduh, gaduhlah ye" Dhiya berjalan ke sebuah meja lalu duduk.
"Cepatlah duduk!" Dhiya pasrah. Duduk pun berebut!
"Dhiya... kat sana ada lelaki hensem tak? Dengar-dengar lelaki Sabah semua hensem" mereka bertiga menunggu jawapan Dhiya dengan mata yang bersinar.
"Sayang-sayangku, aku tak pergi sana untuk cari laki. Aku cari ilmu, tapi ada juga yang hensem" Dhiya menjawab tanpa perasaan.
"Kan! Yang hensem tu mesti laki orang kan?" Fiffy mengeluh.
"Aip Fy, kau dah buang Luth kau tu ke?" Dhiya bertanya.
"Eh eh Luth tu suami aku, mana boleh buang!" Fiffy membalas.
"Fy! kau kahwin tak ajak kita orang? Sampai hati kau!" Tikah berteriak.
"Kau ni tertelan mikrofon ke gila? Heh Rose baik kau buang kakak kau pergi tong sampah sana" Fiffy mengarah Rose.
"Tapi kan kak Fiffy, bila akak kahwin dengan Luth?" Rose mengaru kepalanya. Pelik.
Fiffy membuat muka menyampah. "Heh kamu dua orang! Aku BERGURAU. B.E.R.G.U.R.A.U!"
Dhiya ketawa kuat. "Dah la orang tengoklah"
Tikah dan Rose memandang Fiffy dengan pandangan tak puas hati.
"Ok ok sorry laa" Fiffy tersengih.
"Bila nak kahwin Fy? Dah lima tahun kot" Dhiya bertanya lagi.
"Tak lama lagi, aku tunggu kau balik je sebenarnya. Dalam satu bulan lagi kita orang kahwinlah" Fiffy menjawab lalu tersenyum-senyum sendiri.
Mereka bertiga hanya menggelengkan kepala melihat Fiffy yang angau itu.
"Kau Dhiya? Tak jumpa sesiapa lagi?" Tikah bertanya kepada Dhiya.
Dhiya senyum. "Aku tunggu ajal jemput je Tikah, aku dah pasrah dengan semuanya. Korang, pernah jumpa Naura dan Irfan?" soalan Dhiya membuat mereka bertiga terdiam.
"Tikah? Rose? Fiffy?" Dhiya menanti jawapan mereka.
"Dhiya... sebenarnya Naura dah meninggal dunia" Fiffy bersuara.
"Oh.." Dhiya menjawab perlahan membuat mereka bertiga hairan.
"Jadi? Irfan kat mana?" Dhiya bertanya lagi.
"Ada je Dhiya, cuma semenjak Naura meninggal, Irfan pun dah tak macam dulu. Dia dah makin matang kot. Tapi itu balasan dia sebab sakitkan kau kot. Apa orang kata tu... Kifarah" Fiffy membalas lagi.
"Betul la tu, Kifarah" Tikah mengiyakan.
"Oh, baguslah macam tu. Anak dorang macam mana?" Dhiya masih lagi bertanya.
"Ada juga, Dhiya tak payah tanya pasal dia lagi eh?" Fiffy yang berasa geram itu bersuara.
"Tak payah dengar kalau itu hanya buat kau sakit" ujar Tikah pula.
"Tapi Fy, Tikah... aku lagi sakit kalau tak tahu" Dhiya menundukkan kepalanya. Dhiya tak ingin tahu tapi hati memberontak.
"Nama anak dia orang apa?" Dhiya tak putus bertanya walaupun dia tahu mereka bertiga tidak suka.
"Auliya Ufairah..."
"Didalam diri seorang anak,
Ada tangisan yang disembunyikan,
Ada sakit yang diubati sendiri,
Ada sedih yang dipulihkan sendirian,
Mereka tidak luah kepada ibu bapa bukan kerana kawan lebih berharga,
Namun sikap orang tua yang melebihkan kerja cukup menjelaskan segalanya"
Happy 6K! Thank you for read this annoying story. Wait for the end okay? Bubyee! Assalammualaikum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro